Tuesday, December 29, 2009

PERSEDIAAN MENULIS BLOG

Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan dan diberi perhatian yang sewajarnya apabila hendak memulakan penulisan blog. Antaranya:


1. Pembentukan karisma blog (power to inspire devotion)

Dalam erti kata yang mudah, blog yang hendak ditulis mestilah mempunyai fokus(hala tuju) atau tema yang jelas. Penampilan blog yang mempunyai tema akan memudahkan pelawat-pelawat hadir untuk mencari maklumat.Lazimnya blog sebegini mempunyai kategori atau "keywords" yang selari dengan "content" blog. Janganlah nanti, "keywords" yang dipilih ialah tentang kucing, tetapi penulisan blog pula berkisar tentang tikus. ...(kan haru jadinya)

2. Persediaan dan perancangan awal (pelan tindakan & perancangan strategik)

Setiap penulisan blog, hendaklah didahulukan dengan perancangan yang teliti serta terperinci terutamanya dari segi "content" yang hendak dihasilkan. Sebaiknya, mesti ada suatu pelan tindakan atau perancangan strategik yang mencakupi perkara-perkara asas dan utama yang akan menjadi maklumat yang amat berguna kepada pelawat. Suatu rangka kerja perlu juga diwujudkan agar proses penulisan blog ini berjalan lancar dan terbantut di separuh jalan. Berikut disenaraikan secara ringkas perkara-perkara yang perlu difikirkan:

a. Topik atau tajuk blog
Penting difikirkan tajuk yang mampu menarik pelawat. Ada kemungkinan tajuk yang dihasilkan itu tidak terlalu unik dan memadai menimbulkan rasa ingin tahu pembaca.
Dari segi sukan, mungkin tajuk yang digunakan ialah "KALAH LAGI..."MALAYSIA JAGUH KAMPUNG.... dan lain-lain. Mengenai politik pula boleh diletakkan tajuk "INFO POLITIK...CAKAP-CAKAP POLITIK .... dan sebagainya.Kalau blog yang menjuruskan ke arah mencari pendapatan tambahan,pemasaran internet, maka tajuknya bolehlah ditulis seperti MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN.... REALITI PEMASARAN INTERNET... MENJADI JUTAWAN DI HUJUNG JARI.. dan pelbagai lagi.

b. Kumpulan sasaran (target group)
Ini juga aspek asas yang penting kerana "target group" menentukan bahasa yang akan digunakan. Blog berkenaan cerita-cerita artis atau gosip, lazimnya akan ditujukan kepada golongan-golongan remaja yang berumur antara 18-30 tahun.Oleh itu, bahasa dalam penulisan blog mungkin "sempoi", santai dan tidak terikat dengan struktur ayat yang berbahasa. Anak-anak remaja lebih menggemari gambar atau video. Kumpulan orang-orang tua antara umur 30 hingga 50 tahun, mungkin menggemari perkara-perkara yang ilmiah untuk mencabar pemikiran. Namun begitu, soal bahasa perlu diambil kira kerana kadang-kadang bahasa yang bersahaja lebih menarik perhatian pembaca. Dalam kajian para blogger, bahasa percakapan harian paling diminati oleh pelawat-pelawat blog.

Monday, December 28, 2009

MENARIK TRAFIK KE BLOG.


Saya suka melayari blog-blog orang yang berpengalaman atau “sifu” dalam bidang blog ini seperti ini:SMARTUSAHA.com

Banyak tips yang boleh diperolehi dari blog sifu-sifu ini. Disini saya “paste” sedikit artikel mengenai cara-cara menarik trafik ke blog.

Beliau ingin kongsikan satu tip sahaja mengenai cara mendapatkan trafik dengan mudah ke blog anda.

Caranya ialah dengan menggunakan email marketing. Selain menggunakan RSS, SEO dan sebagainya, email marketing. adalah salah satu teknik yang berguna juga. Logiknya mudah iaitu:
“Tak semua pembaca blog akan selalu ke blog anda. Jadi, anda perlu remind mereka dengan contact melalui emel”.
Ada pembaca tetap walaupun mereka selalu ke blog anda, namun kadang-kadang disebabkan sibuk, mereka tidak sempat masuk ke blog anda tersebut. Jadi, jika ada sesuatu yang menarik di blog anda, hubungi mereka melalui emel.
Cara untuk hubungi mereka melalui emel ada dua cara:

1. Terangkan secara ringkas mengenai artikel yang menarik itu di dalam emel anda.
2. Senaraikan artikel-artikel yang menarik di blog itu ke dalam emel anda. Contohnya, EXTRAincome.com “3 artikel menarik di blog EXTRAincome.com"

Ingat kembali logik yang saya nyatakan di atas, tak semua pembaca blog kita akan selalu ke blog kita. Jadi kemungkinan (bahkan pasti) mereka tidak sempat membaca artikel yang lepas tersebut. Jadi dengan compile beberapa artikel dan senaraikan di emel, mereka boleh membaca artikel tersebut satu-persatu.
Sekiranya tiada mailing list, maka binalah. Jangan tunggu untuk menggunakan servis berbayar seperti Aweber dan Getresponse jika memang anda tak mampu. Gunalah skrip free yang begitu banyak di Internet. Saya dulu pun mula-mula guna yang free juga. Jadi tak ada alasan di sini untuk mengaplikasikan teknik email marketing ini.

Saya rasa, itu sahaja tip yang sempat saya kongsikan pada kali ini.
Inilah tip yang disampaikan oleh :SMARTUSAHA.com Menarik dan cukup jelas untuk difahami.


Dalam konteks mewujudkan blog untuk menghasilkan pendapatan atau pun perniagaan internet, mencari trafik yang berkesan menarik pelawat ke blog anda merupakan suatu perkara yang penting. Tanpa trafik bermakna tiadalah pelawat ke blog, biarpun blog yang dihasilkan amat menarik dan hebat.



Untuk bacaan tambahan berhubung menarik "traffic" ke blog anda, bolehlah jengok-jengok website ini... tapi jangan lupa datang balik!
Noorizamshah.com

Blog Dinberamboi.com

Blogpendapatan.com

Saturday, December 26, 2009

PEMASARAN MELALUI FACEBOOK


Sebuah buku berkenaan FACEBOOK

Anda boleh join sebagai fan di siniFACEBOOK FAN


FACEBOOK merupakan laman sosial yang terkenal di dunia masakini dengan jumlah kunjungan ratusan juta orang. Setiap orang yang terlibat dengan perniagaan internet perlu mendaftar dengan FACEBOOK dengan hanya
SIGN UP FACEBOOK
Ini adalah "copy & paste" daripada Syed-ikhwan.com


Fakta-fakta penting:
1. Berdasarkan carta Alexa, Facebookmenduduki tempat ke-2 carta website yang mempunyai populariti dan traffic yang banyak dan dikunjungi ramai dengan tujuan utama mencari rakan serta bersocial secara online.
2. Secara tidak langsung Facebook adalah tempat yang sesuai bagi para “usahawan internet” mempromosikan dan memperkembangkan produk dan perkhidmatan mereka dan mempertingkatkan trafik ke website mereka.


Cara untuk memasarkan produk atau perkhidmatan di Facebook?

Terlebih dahulu mesti memahami fungsi, persekitaran serta “people” di dalam Facebook itu sendiri. Gambarajah di atas menjelaskan konsep ini supaya lebih difahami.Secara keseluruhannya, terdapat beberapa tip yang perlu diikuti untuk berjaya melaksanakan pemasaran melalui Facebook.

Cara 1: Mewujudkan profile menarik.

Anda perlu sediakan satu profile atau akaun khas dan menarik serta jelas dan menggambarkan sesuatu yang ingin anda sampaikan. Gaya pemasaran hendaklah sistematik dan tidak melulu serta elakkan didakwa sebagai spam. Profile yang lengkap dengan info, gambar, networking rakan akan membuatkan anda mencapai pelanggan-pelanggan berpotensi dengan lebih cepat lagi. Perkongsian link, gambar dan maklumat mesej yang dibuat hendaklah tidak “direct”.

Cara 2 : Perkongsian gambar(photoz) dan ”tagging”.

Di dalam account atau profileanda dibenarkan untuk berkongsi gambar dan sekaligus membuat tagging terhadap user lain. Dengan demikian, user tersebut akan mendapat email yang menyatakan mereka di tagging oleh seseorang.Jikalau anda menggunakan fungsi ini dengan betul dan berstrategy, nescaya anda boleh memperkenalkan produk atauperkhidmatan anda kepada mereka dengan baik.

Cara 3: Melalui Aplikasi.

Akan menjadi satu kelebihan, sekiranya anda pandai dalam mencipta aplikasi di dalam Facebook. Ini adalah kerana, mengekspoitasi kegunaan aplikasi tersebut bagi mengumpul ”potential lead” melalui sistem autoresponder anda disamping dapat menghiburkan rakan melalui aplikasi yang anda wujudkan.


DAPATKAN BUKU INI

Boleh baca di siniFacebook

Wednesday, December 23, 2009

APA ITU RSS FEED?

RSS Feed adalah kaedah teknikal yang mampu memberi capaian pantas kepada "entri" di dalam blog.

RSS atau makna sepenuhnya ialah "Really Simple Syndication" adalah widget yang berfungsi menjejak (tracking) artikel-artikel terkini di dalam sesebuah blog atau web.

RSS merupakan "penyuap" web yang digunakan untuk mengemaskini kandungan blog seperti catatan blog,. tajuk berita atau "podcast". Fungsi RSS kini dipertingkatkan lagi oleh pembangunan-pembangunan dan penyelidikan perisian (programmer) di mana RSS melalui perisian yang dapat digunakan pembangunan email berasaskan web juga menyediakan "feed reader" seperti yang terdapat di dalam email Yahoo.com.

BAGAIMANA MENDAPAT RSS FEED?

Menggunakan perkhidmatan "email subscribe" yang disediakan olehFeedBurner

Back to homepage


Monday, December 21, 2009

BUAT BLOG SENDIRI

MEMBINA LAMAN WEB(BLOG) SENDIRI

Membangunkan laman web atau blog sendiri bukanlah sesuatu yang amat sukar seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan orang.Berdasarkan fakta yang boleh dipercayai, adalah MUDAH untuk membangunakan sebuah laman web atau blog (yang lebih dikenali orang).Tanggapan yang mengatakan membina blog itu sukar, mungkin kerana ramai orang yang tidak tahu langsung (malah, tidak mahu mengambil tahu) berkenaan pembinaan blog. Pertanyaan ini sering diajukan - BAGAIMANA MENGERJAKAN?; DIMANA HENDAK MEMULAKAN?; SIAPA YANG LAYAK MELIBATKAN DIRI?; APA PERLUNYA MEMBINA BLOG?; dan sebagainya lagi.

Best DVD
Best Computers



Laman ini akan menceritakan tentang pembinaan blog sendiri kepada yang berminat. Sebenarnya, TERLALU MUDAH sekiranya MINAT...MINAT...MINAT. Tidak perlukan kemahiran membuat grafik, atau kepakaran dalam ilmu komputer..Cuma, anda perlu pelajari "STEP-BY-STEP" dengan menggunakan bahasa "user-friendly".

APAKAH BLOG?

Blog adalah laman web. Istilah blog berasal dari 2 perkataan iaitu "web" dan "log" menjadi "weblog" lalu dipendekkan menjadi "blog". Istilah "weblog" mula diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 1197 dan singkatan "blog" mula diperkenalkan oleh Peter Merholz. (Sumber ini dirujuk kepada Wikipedia)

Blog adalah seperti diari atau jurnal yang kandungannya disusun secara kronologikal mengikut tarikh, iaitu: kandungan (entri) terbaru akan berada di atas (top page)diikuti dengan kandungan lama di bawah. Melalui blog, anda boleh menulis pelbagai tajuk yang diingini atau diminati, termasuklah kisah-kisah peribadi; pengalaman pekerjaan; idea atau pendapat berhubung isu-isu global masa kini; ilmu atau kepakaran yang anda miliki; pelbagai teori yang ingin diketengahkan; dan lain-lain.




CIRI-CIRI BLOG
1:Isi kandungan
Kandungan utama sesuatu blog yang juga dipanggil artikel, "entri" atau "post" yang berbentuk teks, gambar tau grafik dan juga video.

2:Tarikh
Ciri yang paling jelas pada sesebuah blog yang menjelaskan BILA isi kandungan dimasukkan ke dalam blog.

3:Ruang komentar
Ruangan ini disediakan di bahagian bawah muka(page) blog bagi membolehkan pembaca meletakkan mesej, komen, pandangan, kritikan, pendapat atau "feedback" kepada penulisan sesebuah blog.

4:Arkib
Bahagian ini menyimpan dan mengumpulkan "entry" yang telah dip[aparkan. Setiap "entry" dilabelkan mengikut bulan.

5:RSS Feed
Fungsi RSS Feed membolehkan pembaca mengikuti perkembangan sesebuah blog melalui langganan isi kandungan blog secara percuma.

Tuesday, December 15, 2009

MALAYSIA MENANG

TAHNIAH KEPADA PEMAIN-PEMAIN BOLASEPAK,JURULATIH & PEGAWAI PASUKAN MALAYSIA kerana berjaya membenam pasukan LAOS dalam perlawanan separuh akhir Bola Sepak Sukan SEA, 2009 di Stadium Utama,Kompleks Sukan Laos malam tadi. Tetapi, jutaan tahniah dan terima kasih kepada RTM MALAYSIA kerana menyiarkan "live" yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Malaysia. Penantian ini bermula apabila Malaysia telah berjaya mengalahkan musuh tradisi dan penyandang juara selama 8 tahun iaitu Thailand. Tahniah dan terima kasih kepada YB Menteri yang terlibat dan terutamanya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang prihatin dengan kehendak rakyatnya seiring dengan semangat 1MALAYSIA yang sentiasa dilaung-laungkan.

Secara keseluruhannya, permainan pasukan Malaysia agak konsisten. Cuma,dari segi semangat juang masih lagi dilihat gagal diserlahkan oleh semua pemain. Pertahanan Malaysia dilihat masih banyak memberi ruang kepada pemain lawan untuk membuat umpanan ke kawasan gol. Sepatutnya, setiap pemain mesti "follow" pemain lawan apabila bola dikuasai oleh lawan, iaitu dengan cepat memintas dan berada di hadapan pemain yang mengawal bola dan menghalangnya daripada memiliki ruang untuk membuat hantaran. Pemain mesti "too close" dengan pemain lawan yang memiliki bola dan bukan membiarkan ia membawa bola ke kawasan gol. Lihat permainan bola sepak UEFA Cup, Barclays Primier League, World Cup atau sebagainya... bagaimana setiap pemain tidak akan memberi ruang yang selesa kepada pemain lawan mengawal bola. Ini lah kelemahan yang ketara sehingga pemain Laos berjaya membuat percubaan jauh dan menjaringkan gol. INI PERLU DIPERHATIKAN APABILA MENENTANG VIETNAM DALAM FINAL NANTI.


Lagi satu aspek yang penting juga dalam permainan bolasepak ialah membuat banyak percubaan "blind-shooting" ke arah gawang gol. Ini juga, tidak ada dalam pasukan Malaysia semasa perlawanan dengan LAOS. Malaysia, amat bernasib baik kerana menjaringkan gol awal di minit ke-13, melalui gerak pantas Abdul Manaf Mamat yang melorongkan gol di hadapan kawasan gol Laos yang berjaya disambung secara "scissor kick" oleh Badrul Bakhtiar. Selepas itu, pasukan Malaysia mula memperlahankan rentak permainan seolah-olah sudah cukup untuk menang 1-0. Keadaan ini telah digunakan oleh Laos untuk mengasak kubu Malaysia sehingga berjaya menjaringkan gol pada jarak jauh. Sepatutnya, Malaysia meneruskan tektik menyerang pantas ke arah gol yang akan memaksa pertahanan lawan bekerja keras dan melakukan kesilapan. Langkah memperlahankan permainan akan "memakan diri" Malaysia. Permainan pantas (counter attacks) yang terancang merupakan senjata kemenangan pasukan-pasukan atau kelab-kelab bolasepak terbaik dunia seperti Chelsea, Barcelona, Real Madrid dan sebagainya.

Please visit this site:

RahsiaBulkSMS


88DB.com







Untuk mendapatkan maklumat lanjut:







Name:

Email Address:


Thursday, December 10, 2009

BIADAP

Memang BIADAP dan KURANG AJAR!!
Sudah jelas dan terang lagi bersuluh, bahawa mereka sememangnya suka menimbulkan isu-isu yang panas dan "menyakitkan hati: orang-orang Melayu dan Islam.


Beberapa hari yang lalu, mereka dengan angkuh tapi bodoh, telah memijak-mijak gambar YB-YB yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka. Bertolak dari peristiwa itu, terdapat reaksi-reaksi yang panas telah menyebabkan mereka "tersengeh-sengeh" memohon maaf dalam akhbar. Senang dan mudah begitu...


Hari ini pula ditimbulkan pula tentang kos pembinaan masjid di seluruh negara dalam persidangan parlimen. Apa niatnya sebenar? Ini tidak lain, untuk mencari publisiti murahan supaya dianggap memperjuangkan hak kaum-kaum lain. Isu-isu ini akan masuk surat khabar dan akan menyentak emosi orang ramai. banyak lagi perkara lain yang boleh dipersoalkan. Kenapa isu ini yang diketengahkan?


yang menghairankan, PAS dan PKR tidak nampak langsung kelantangan suara mereka. Apakah mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan politik. Kenyataan di Perak mengatakan bahawa DAP ikhlas. Betul ke?
Hari ini, mereka bercakap pula tentang DOSA, yang berkaitan dengan isu masjid yang di bawa ke mahkamah. Nampaknya, semua nak selesai melalui mahkamah.. Itu yang seperti dinyatakan, hari ini cakap lain..esok cakap lain..dasar lidah bercabang..Bila rakyat nampak melenting, mereka mula "konar" ikut lain pulak.

Please visit this site:

RahsiaBulkSMS







NIKAH BATIN

Hari ini kita dikejutkan lagi...WANITA MINTA NIKAH BATIN DISAHKAN
Ini berita tentang seorang ahli perniagaan, telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, untuk mengesahkan pernikahannya yang dilakukan secara batin (tajdi)sejak 4 tahun dahulu. Pernikahan ini dipercayai dilakukan pada 30 Jun 2005, tanpa wali, jurunikah, saksi dan hanya bersaksikan ALLAH. Ini merupakan kali pertama dikemukakan kepada mahkamah mengikut Seksyen 12 (2)Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Saya paparkan petikan Akta Undang-Undang Keluarga Islam WP 1984 untuk tatapan:

AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

________________________________________


Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan

(1) Suatu perkahwinan yang melanggar dengan Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini.
[Pin. Akta A902:s.6]

(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan subseksyen 40(2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Akta ini dengan perintah daripada Mahkamah.
[Mas. Akta A902:s.6]

Untuk lebih jelas boleh baca disini:KLIK

Belajar TWITTER

Hari ini, saya sudah mula belajar tentang TWITTER. Seronok juga, tapi susah juga. Saya gunakan laporan / e-book yang ditulis oleh pakar HyproBulksSMS..Tentang TWITTER ini, boleh rujuk pada link ini: TWITTER. Untuk mendaftar sebagai member, adalah senang sajdan layari :TWITTER.com

Thursday, December 3, 2009

STANDARD GURU MALAYSIA (sambungan 3)

RUMUSAN


1. menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru,
2. keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
3. guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

*sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
*dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

*memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Pembangunan modal insan berkualiti:
*bergantung kepada pendidikan berkualiti;
*dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.

Pendidikan juga perlu:
*membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif,
*berkemahiran menyelesaikan masalah,
*berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta
*berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia.

Guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:
”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

*pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti,
*memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara,
*kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.


Langkah yang telah diusahakan:
*memantapkan latihan perguruan,
*menambah baik sistem pemilihan calon guru,
*melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan
*menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

88DB.com

STANDARD GURU MALAYSIA(sambungan 2)

Model Standard Guru Malaysia



Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Standard 1:Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.


S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.


S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.



Standard 2:Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.


Standard 3:Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

PERINCIAN KEPERLUAN

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan
K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa

Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:

K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostrktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

PENUTUP

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Sambung bacaan:
KLIK SINI

88DB.com

STANDARD GURU MALAYSIA (sambungan 1)

GLOSARI
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

*Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

*Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

*Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

*Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

*Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

*Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

*Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

*Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

*Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

*Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

*Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

*Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

*Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

*Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

*Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

*Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

*Minggu Orientasi Sekolah(MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

*Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

*Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

*Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

*Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

*Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

*Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

*Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

*Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

*Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

*Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

KERANGKA SGM

Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

* Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

* Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

* meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

* meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,

* menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,

* meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

* mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

* Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

* Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

* Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

* Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1:Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2:Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3:Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.


Keperluan 3: Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Sambung bacaan:
KLIK SINI

88DB.com

STANDARD GURU MALAYSIA

Dari laman :
STANDARD GURU MALAYSIA
PENDAHULUAN
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

LATAR BELAKANG
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

RASIONAL
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

* Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

* Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

* KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

* Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

TUJUAN
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

* mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

* mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.


Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

PENGGUBALAN
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

* Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,

* Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan

* Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

PENGGUNAAN
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

* Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

* Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.


Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

* Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

* Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).

* Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.


Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

* Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

* Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.


Guru Besar dan Pengetua Sekolah

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

* Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.


Agensi Latihan Perguruan

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.

* Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

* Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

Sambung bacaan:
KLIK SINI

88DB.com

Monday, November 30, 2009

MEMILIKI KEJAYAAN

Video Panduan eBay

BAGAIMANA MENJADIKAN KEJAYAAN MILIK KITA?




Apakah syarat untuk seseorang itu berjaya?Apakah rekod kelulusan peperiksaan yang cemerlang di sekolah dan universiti akan menentukan seseorang itu BERJAYA?

Mari kita lihat perjalanan seorang pakar dalam perubatan sakit jantung iaitu DR.ROBERT JARVICK yang telah berjaya mencipta "jantung tiruan Jarvick" (mengambil sempena namanya). Jantung tiruan ciptaannya ialah jantung tiruan pertama yang benar-benar dapat berfungsi. Malah penggunaan jantung tiruan ini telah berjaya menyelamatkan pesakit-pesakit jantung sementara menunggu penderma organ ini.

Kisah kejayaan Dr. jarvick ini sebenarnya penuh dengan kegagalan. IQ atau tahap kecerdasan otaknya amat rendah sehinggakan beliau tidak pernah berjaya dalam ujian untuk memasuki fakulti perubatan di USA. Lantaran itu, beliau kemudiannya berhijrah ke Italy dan berjaya menjadi seorang doktor perubatan.

Dalam hal ini, untuk menjadi seorang yang

BERJAYA serta KREATIF

dalam kerjaya tidak semestinya memerlukan IQ atau tahap kecerdasan otak yang tinggi. Antara contoh tokoh-tokoh yang mempunyai IQ yang rendah tetapi berjaya menempa nama ialah seperti

THOMAS EDISON, SIR WINSTON CHURCHILL, ALBERT EINSTEIN (pakar matematik)dan PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ,

yang hanya berjaya mendapat gred 2 dalam peperiksaan menengah atas (setaraf dengan peperiksaan SPM sekarang).

IQ atau TAHAP KECERDASAN OTAK yang tinggi

bukanlah suatu ciri utama untuk menjadikan atau menentukan seseorang itu berjaya dengan cemerlang.

Jadi, apa sebenarnya??







Bacaan lanjut:MOTIVASI KEJAYAAN


88DB.com

CikgudeeCorner.com

Blog ini diwujudkan khusus untuk membicarakan perkara-perkara penting yang berlaku dalam penghidupan manusia yang mencakupi segenap bidang terutamanya pendidikan, kesihatan, perniagaan, motivasi, sukan, politik, kesenian, bahasa dan sebagainya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjemput sesiapa sahaja yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menyumbangkan idea, pendapat atau buah fikiran bagi menjadikan blog ini sebagai sebuah medan ilmu yang lengkap dan berguna. Dalam konteks ini, ilmu perlu dicari dan diterokai serta diamalkan kerana ilmu merupakan "titik-tolak" yang menentukan maju mundur sebuah masyarakat, organisasi dan negara. Tanpa ilmu, sesorang akan mundur serta ketinggalan disamping akan merasa "terhina"...



88DB.com

Nuffnang