Tuesday, January 24, 2012

MENCIPTA PROGRAM AFFILIATE MENGUNTUNGKAN

Hari ini, tidak tahu hendak buat apa di rumah. Cuti Tahun Baru Cina banyak hari juga. Tapi, tidak boleh hendak berjalan ke mana kerana kenduri kahwin anak saudara. Seronok jugalah kerana ramai adik-beradik dan saudara mara yang datang. Tambah-tambah menyeronokkan saudara di sebelah arwah ayah yang tinggal di Kedah, ramai yang datang. Alhamdulillah.



Tak ada apa kerja, layari internet. Jumpa sebuah website sponsoredreviews.com. Banyak juga maklumat pasal blog, blogging dan blogger. Siapa yang minat menulis blog boleh layari website ini. Ini penting kepada yang menjalankan internet marketing atau pemasaran internet. Lepas pada itu, ini tidak boleh dilupakan. Tengok-tengok gambar kereta idaman..







Kemudian, macam biasa selak-selak blog pakar internet marketing.Jadi, jumpa satu artikel yang agak menarik dan penuh motivasi kepada blogger baru. Saya perturunkan disini secara ringkas.



5 LANGKAH MAGIC MENCIPTA PROGRAM AFFILIATE YANG MENGUNTUNGKAN.

Terdapat banyak sebab kenapa program affiliate anda gagal membawa pengunjung ke blog atau laman web seperti yang diharapkan. jadi, di bawah ini saya senaraikan LIMA cara yang mudah dan cepat untuk memperingkat trafik ke blog anda.



1.MENULIS SURAT JUALAN (SALES LETTER) YANG MENGANCAM PEMBACA

Pastikan surat jualan yang ditulis mampu menukarkan pemikiran pembaca untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda paparkan dalam blog. Sekiranya ini berjaya dihasilkan, maka trafik blog anda akan meningkat. Kejayaan menarik prospek untuk menjadi pelanggan adalah bergantung kepada surat jualan. Jadi, carilah seberapa banyak contoh surat jualan yang hebat-hebat untuk anda kaji dan pelajari kaedah menulisnya.Kalau perlu dan berpatutan, anda boleh mengupah pakar-pakar profesional untuk menulisnya.




2.TAWARKAN PELBAGAI PERALATAN AFFILIATE (AFFILIATE TOOLS)

Ini merupakan perkara yang amat penting dalam memacu kejayaan sesebuah program affiliate. Sediakan "banner" atau papan iklan yang menarik serta mempunyai tenaga "kekuatan" menarik perhatian pelanggan. Bina "tip=tip" surat jualan (newsletter) tentang affiliate secara mingguan sambil menggalakkan perkongsian idea.Iklan yang mempunyai grafik atau gambar hendaklah berkesan dan mampu mengubah persep[si pelanggan secara total. Ini juga hendaklah dipelajari daripada otai-otai Internet Marketing. Layari blog-blog mereka..



3.ADAKAN PERTANDINGAN ATAU TAWARAN KEPADA AFFILIATER

Berikan hadiah kepada "top seller". Tawarkan produk-produk secara PERCUMA bagi para affiliater yang menghasilkan jualan terbaik dan terbanyak.


Blog Advertising - Advertise on blogs with SponsoredReviews.com
Nunn Bush

4.BERITAHU FAEDAH DAN KEISTIMEWAAN PROGRAM YANG ANDA PROMOSI.

Jikalau surat jualan (sales newsletter) anda telah berjaya menarik pelanggan "ramai gila", hendaklah dimaklumkan. Nyatakan jika anda membahagikan 50% keuntungan dari setiap "referring affiliate" yang diterima. Beritahu juga tentang pertandingan dan tawaran yang anda lakukan agar ini berjaya menarik syarikat-syarikat affiliates untuk meletakkan iklan.




5.SEBARKAN SECARA MELUAS KE SELURUH DUNIA (Get the world out)

Letakkan "link" pada muka surat jualan anda supaya pengunjung akan klik untuk mengetahui secara mendalam tentang keuntungan yang diperolehi daripada promosi produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.Beritahu mereka kenapa mereka perlu menjadi rakan affiliate? Buat kajian dan semak tentang "keywords" yang anda gunakan sesuai dengan sasaran pengunjung serta adakan komunikasi atau networking dengan webmaster lain yang telah berjaya. Berikan mereka faedah dan peluang untuk "sign-up"

Program affiliate apabila sudah diletakkan akan mampu menarik trafik secara percuma kepada blog anda dan anda akan berjaya pada suatu masa nanti.


Anda boleh membaca bahan tambahan Internet Marketing
atau,
Copyblogger.com atau,
Toprankblog.com

Nuffnang