Thursday, March 4, 2010

MEMALUKAN - MENYEDIHKAN - LAWAK!!

Ini merupakan suatu berita yang amat mengejutkan. Saya paparkan di sini:

Petikan dari Malaysiakini:04 Mac 2010

"Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan."

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Patutkah seorang yang bergelar ULAMAK melaksanakan suatu perkara yang boleh memudaratkan seseorang. Ini bukan ULAMAK tapi ULAR MAK!!


Paling menyedihkan, pelajar-pelajar juga dilibatkan bersama dalam kancah ini. Wajarkah?

"......beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut..."

Ada satu lagi LAWAK! Baca berita ini (Jangan tidak baca pulak):
"Mulai hari ini, penyokong PKR dari semua negeri akan diwajibkan bergilir-gilir hadir di perbicaraan kes liwat ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata ekoran usaha itu, pihaknya berharap kehadiran penyokong dapat mencecah angka ribuan dan mencapai kemuncaknya setiap hari Jumaat.

"Kita harap sekurang-kurangnya 300 anggota daripada lima cabang hadir setiap hari.
Kehadiran diwajibkan kepada dua cabang PKR di Selangor, dua cabang di Wilayah Persekutuan dan satu cabang dari negeri-negeri lain akan bergilir-gilir hadir di mahkamah setiap hari," katanya.

Difahamkan, Saifuddin telah mengadakan pertemuan dengan ketua cabang PKR di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya kelmarin bagi membincangkan perkara itu.
Ada pihak yang mendakwa langkah terbaru PKR itu sebagai usaha untuk menarik lebih ramai penyokong hadir memberi sokongan.Ini kerana penyokong Anwar yang hadir di perbicaraannya kali ini tidak ramai, berbanding perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya 10 tahun lalu.
Memasuki hari keempat perbicaraaan pagi tadi, kehadiran paling ramai penyokong ketua pembangkang itu hanyalah pada hari pertama, Selasa minggu lalu - sekitar kira-kira 100 orang.Manakala pada hari-hari berikutnya, jumlah kehadiran penyokong PKR kurang daripada itu. Malah hanya kira-kira 30 orang sahaja yang menyertai protes Jumaat lalu.


Sampai macam tu sekali!!!Hendakkan tunjukkan ramai yang simpati.
JANGANLAH MENIPU RAKYAT LAGI!!!


Cuba lihat petikan ini. Suatu pembohongan fakta yang terang dan jelas. Apakah benar yang ditulis itu. Apakah benar-benar terjadi seperti itu? Cuba baca:

"..Polis berkeliaran di sekitar 'zon perang' sidang Dun Perak, 28 Oktober lalu. Jumlahnya cukup ramai. Speaker V Sivakumar diperlakukan lebih kejam berbanding insiden 7 Mei lalu; kali ini jubah dan songkoknya dirampas, selain perutnya dihentak dan lehernya dicekik. Ganas dan memalukan. Adun Pakatan terpaksa melalui lima sekatan. Helah agar tidak dapat sampai sebelum jam 10 pagi. Bajet negeri Perak 2010 diluluskan secara tergesa-gesa, paling singkat dalam sejarah.

Aksi BN yang kemaruk kuasa itu belum berakhir. Begitu juga dengan usaha membubarkan Dun. Lebih penting, rakyat harus mendapat maklumat benar dan faham realiti termasuk dari sudut perundangan. Jaringan informasi harus lebih efisyen. Dan usah lupa, sentimen kaum cukup marak dalam pergolakan politik Perak. Nizar dan teman-teman harus mengharunginya dengan tabah, bijaksana dan berbekalkan stamina panjang. Aktivis Pakatan mesti lebih bersiap siaga. "Saya takut jika Dun betul-betul dibubarkan nanti, momentum kita sudah luntur," bisik seorang wartawan sambilan di Ipoh."


JANGANLAH MENIPU RAKYAT LAGI!!!

Coromega Omega-3 Supplement, Orange Flavor, Squeeze Packets, 90-Count BoxWeil Nutritional Daily Multivitamin for Optimum Health, Tablets, 180-Count BottleCaltrate 600 Plus D Calcium Supplement Chewable Tablets with Vitamin D and Minerals, Assorted Fruit Flavors, 90-Count Bottles (Pack of 2)

Ini lagi satu yang perlu kita perhatikan dan fikirkan. Apakah sebenarnya manusia yang menulis sebegini. Memaki hamun orang menggunakan nama Allah. Lihat petikan di bawah:

"..DI SEBALIK kita bersyukur dengan hikmah Allah menunjukkan kepada kita beberapa ekor pengkhianat rakyat, kita merasa simpati juga dengan nasib DS Anwar. Kali ini beliau dihadapkan dengan bebanan serta dugaan yang maha hebat. Calang-calang manusia, sudah pasti tersungkur di pertengahan jalan. Tetapi DS Anwar telah ditarbiyah dengan kekuatan (menipu dan memutarbelit)kerohanian yang kental (tambah keras lagi..) di samping dokongan rakyat bawahan terhadapnya.

SIAPA PENGKHIANAT RAKYAT SEBENARNYA? SIAPA YANG MENJAJA KES KE LUAR NEGARA? SIAPA YANG TIDAK BERANI BERSUMPAH? SIAPA?..SIAPA?...

MENGAPA TERUS MENIPU RAKYAT?

Saya petik secebis berita dari Harakahdaily.net. bertarikh 04 Mac 2010:

"Wakil-wakil rakyat muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap beberapa wakil rakyat `veteran’ yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Rakyat sebagai musuh pada masa depan negara dan mengkhianati harapan rakyat.
“Tindakan mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih (mereka yang terbabit) untuk perubahan dua tahun lalu,”

Perkara-perkara "putar-belit" yang perlu direnungi sedalam-dalamnya. Banyak yang BETUL atau TIDAK BETUL? Kata mereka:

i. Tindakan mereka yang terbabit meninggalkan parti itu bukanlah disebabkan dasar parti yang tidak adil.

ii. Inisiatif mereka yang terbabit keluar dari parti itu disebabkan oleh masalah yang terlalu peribadi, yang menjurus bukan kepada kepentingan rakyat.

iii. Wakil-wakil rakyat belia (muda) PKR menganggap pemimpin-pemimpin veteran PKR terbabit sebagai "biawak-biawak hidup".


Ini merupakan perkara biasa dalam perjuangan politik. Ada yang bercorak peribadi. Akan tetapi, ada juga yang mengutamakan keikhlasan. Ada yang ikhklas sehingga berani membuat teguran. Sifat ini adalah sifat terpuji dan mulia kerana risikonya mungkin menjatuhkan maruahnya, mendedahkan dirinya kepada ancaman akan "dipukul", dicaci, dimaki dan sebagainya. Inilah sikap orang-orang veteran yang lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang-orang muda yang baru setahun jagung dalam dunia politik. Bak kata orang-orang, "ubun-ubun pun masih lembut lagi".

Maaf cakap: Orang-orang muda (terutamanya YB belia PKR) lebih suka menjadi pengikut yang setia membuta-tuli tanpa berfikir panjang. Ketahuilah bahawa orang-orang veteran ini lebih dahulu makan garam. Lebih matang dalam berpolitik!

Janganlah menyalahkan orang lain kalau rumahtangga sendiri porak-peranda. Kadang-kadang, isu luaran hanyalah antara 20-30% sahaja, yang selebihnya adalah isu dalaman. Lihat semula isu-isu yang terjadi di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor.Fikirkan juga, mengapa terlalu banyak sangat akativiti-aktiviti maksiat (perjudian, pelacuran, VCD cetak rompak, penagihan dadah) berlaku pada masa ini?

Mengapa isu-isu kepentingan peribadi sahaja yang ditonjolkan sebagai alasan YB-YB mereka keluar parti? Apakah YB-YB ini tidak memikirkan soal maruah peribadi mereka yang digelar sebagai pengkhianat? Sudah tentu mereka sudah tidak sanggup lagi bersekongkol atau bersubahat dengan apa yang sedang dilakukan.

Mengapa UMNO dipersalahkan? Apakah handal sangat ke UMNO untuk memecahbelahkan atau mempengaruhi mereka? ALLAH swt. adalah YANG MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI.. Janganlah MENIPU RAKYAT!!! lagi. Sokonglah pemipmpin-pemimpin yang ikhlas, sanggup menggadai maruah, nama baik demi keamanan negara dan keagungan Allah swt. Bukan pemimpin yang sanggup memutarbelit isu asalkan disenangi oleh "rakan kerabatnya".

Harper's MagazineNew York MagazineThe Crisis Magazine

Nuffnang