Tuesday, December 29, 2009

PERSEDIAAN MENULIS BLOG

Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan dan diberi perhatian yang sewajarnya apabila hendak memulakan penulisan blog. Antaranya:


1. Pembentukan karisma blog (power to inspire devotion)

Dalam erti kata yang mudah, blog yang hendak ditulis mestilah mempunyai fokus(hala tuju) atau tema yang jelas. Penampilan blog yang mempunyai tema akan memudahkan pelawat-pelawat hadir untuk mencari maklumat.Lazimnya blog sebegini mempunyai kategori atau "keywords" yang selari dengan "content" blog. Janganlah nanti, "keywords" yang dipilih ialah tentang kucing, tetapi penulisan blog pula berkisar tentang tikus. ...(kan haru jadinya)

2. Persediaan dan perancangan awal (pelan tindakan & perancangan strategik)

Setiap penulisan blog, hendaklah didahulukan dengan perancangan yang teliti serta terperinci terutamanya dari segi "content" yang hendak dihasilkan. Sebaiknya, mesti ada suatu pelan tindakan atau perancangan strategik yang mencakupi perkara-perkara asas dan utama yang akan menjadi maklumat yang amat berguna kepada pelawat. Suatu rangka kerja perlu juga diwujudkan agar proses penulisan blog ini berjalan lancar dan terbantut di separuh jalan. Berikut disenaraikan secara ringkas perkara-perkara yang perlu difikirkan:

a. Topik atau tajuk blog
Penting difikirkan tajuk yang mampu menarik pelawat. Ada kemungkinan tajuk yang dihasilkan itu tidak terlalu unik dan memadai menimbulkan rasa ingin tahu pembaca.
Dari segi sukan, mungkin tajuk yang digunakan ialah "KALAH LAGI..."MALAYSIA JAGUH KAMPUNG.... dan lain-lain. Mengenai politik pula boleh diletakkan tajuk "INFO POLITIK...CAKAP-CAKAP POLITIK .... dan sebagainya.Kalau blog yang menjuruskan ke arah mencari pendapatan tambahan,pemasaran internet, maka tajuknya bolehlah ditulis seperti MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN.... REALITI PEMASARAN INTERNET... MENJADI JUTAWAN DI HUJUNG JARI.. dan pelbagai lagi.

b. Kumpulan sasaran (target group)
Ini juga aspek asas yang penting kerana "target group" menentukan bahasa yang akan digunakan. Blog berkenaan cerita-cerita artis atau gosip, lazimnya akan ditujukan kepada golongan-golongan remaja yang berumur antara 18-30 tahun.Oleh itu, bahasa dalam penulisan blog mungkin "sempoi", santai dan tidak terikat dengan struktur ayat yang berbahasa. Anak-anak remaja lebih menggemari gambar atau video. Kumpulan orang-orang tua antara umur 30 hingga 50 tahun, mungkin menggemari perkara-perkara yang ilmiah untuk mencabar pemikiran. Namun begitu, soal bahasa perlu diambil kira kerana kadang-kadang bahasa yang bersahaja lebih menarik perhatian pembaca. Dalam kajian para blogger, bahasa percakapan harian paling diminati oleh pelawat-pelawat blog.

No comments:

Nuffnang