Tuesday, April 6, 2010

BN buli rakyat Hulu Selangor! BETUL KE?

Hari ini baca berita di bawah. Kita perlu jawab juga... Mana boleh main tulis ikut sedap hati saja..jangan diperbodohkan!! Biarlah mereka saja yang diperbodohkan oleh DAP dan PKR.. Rakyat mesti mau fikir punya.. Ke mana Melayu akan pergi nanti???


http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. Pilihan raya kecil di negara kita terus menjadi pentas Umno dan BN menabur gula - gula guna memperbodoh dan mempersendakan rakyat sendiri . Saya tidak tahu bagaimana rakyat atau masyarakat yang bertamaddun hari ini boleh menerima tindakan Umno dan BN .
Komen: Kenapa? Teruk sangat ke UMNO dan BN. Sampai dituduh. Sepatutnya, berterima kasihlah kepada kerajaan yang ada hari ini. Adanya penulis hari ini pun adalah hasil kebajikan yang dibangunkan oleh kerajaan BN dan UMNO. Peluang belajar di sekolah, melanjutkan pelajaran ke universiti, kemudahan kesihatan yang menjadikan penulis sihat walafiat, dan sebagainya lagi... adalah hasil dari kebajikan yang disediakan oleh kerajaan BN dan UMNO. Jangan lupa pulak!!!

2. Kesempatan saya menonton berita Awani semalam cukup memualkan apabila Perdana Menteri secara spontan dengan senyuman melirik sinis ke arah audien yang terdiri dari masyarakat India di Hulu Selangor menghamburkan gula - gula pilihanrayanya .

Komen: Biasa le tu… Bila ada pilihan raya, sememangnya begitu. Tapi, ini bukan gula-gula, tapi sebagai rasa tanggungjawab. Kalau nak harapkan kerajaan negeri yang ada, entah bila nak diberi nya pu kita tak tahu. Lagi pun, adatlah pilihanraya…. Pembangkang pun bagi gula-gula juga. Cuma bezanya, brand gula-gula itu saja lah.. Banyak duitnya, hebatlah sikit gula-gula.. Tak ada duit, bagi coklat getah sajalah… Tak salah, kebajikan rakyat perlu diutamakan. PAS pun kalau ada, bagi jugak… Jangan nak temberang!!!

3. Tidaklah salah untuk memberi .... tetapi jika dilihat kepada cara UMNO dan BN memberi .... kepada masyarakat India di Hulu Selangor jelas kelihatan seperti mempersenda dan memperbodohkan kaum itu . Tidak kurang juga Timbalan Perdana Menteri yang menjanjikan :
Komen: Tengoklah budaya politik orang PAS. Tak habis-habis memprovokasi dan melaga-lagakan orang.. Isu ini jelas memprovokasikan orang India untuk membenci PM... tengoklah bahasa dan ayat yang digunakan. Pembaca yang bodoh akan terpengaruh. Mengapa hendak memperbodohkan orang. Yang saya tahu, PAS diperbodohkan oleh DAP dan PKR.. Tengoklah di Pulau Pinang!

4. Parlimen Hulu Selangor menyaksikan 3 DUN di bawahnya adalah dimenangi oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu . Kenapa UMNO dan BN tidak melaksanakan sahaja segala projek dan peruntukan yang dijanjikan itu sebelum ini ?
Komen: Mana anda tahu, projek itu belum dilaksanakan? Tunggu masa dan peruntukan saja.... Ingat senang ke nak bina sesuatu kemudahan.. Pemilihan lokasinya pun perli di ambil kira.. Nak buat reban ayam, senang la!!!

5. Tawaran Projek perumahan RM 32 juta oleh Perdana Menteri jika masyarakat peneroka Felda mengundi UMNO dan BN juga sebahagian daripada manipulasi pilihanraya untuk terus memerangkap rakyat agar kekal menjadi bodoh dan terpedaya dengan segala politik murahan mereka . Alangkah manis jika Perdana Menteri memberi perhatian kepada peneroka Felda di negeri kelahiran beliau sendiri yang masih memerlukan banyak peruntukan untuk menaik taraf kehidupan peneroka Felda dan generasi kedua Felda setelah mereka membanting tulang separuh usia mereka untuk Felda .
Komen: Rasanya semua dah selesai. Tak ada masalah pun. Biasa la, orang-orang PAS ni bukannya nampak yang buat baik. Yang nampak semuanya tak baik. Baik pun kata tak baik, apatah lagi kalau tak baik. Tengoklah, isu kalimah ALLAH, isu pembohongan 16 September... tak ada komen apa-apa pun. Senyap aje...Kenapa? Takut ”rakan seperjuang” terasa!! Ini pendirian PAS sebenarnya. Tak ada dah NEGARA ISLAM.. HUKUM HUDUD... dan apa-apa lagi lah. Isu KAFIR tak dengar lagi dah... Kenapa??????

6.Saya sekali lagi yakin rakyat tidak mudah terpesona dan terpedaya terutama peneroka Felda yang kini rata - ratanya telah mula menghidu penyelewengan Felda juga kerajaan UMNO dan BN ke atas peneroka . Tidak ada sebab peneroka Felda seperti Felda Soeharto merelakan diri mereka diperangkap oleh UMNO dan BN dengan projek pembinaan rumah 250 unit sebagaimana yang diumumkan kerana ia hanyalah rumah untuk dijual [ bukan diberi percuma ] kepada peneroka .
Komen: Cukuplah tu.. Tak payah putar belit isu… Tengok diri sendiri sama. Fitnah menfitnah ni pekerjaan iblis dan syaitan. Tak kan tak belajar dari mana-mana Tok Guru…. Sejahil-jahil saya pun, saya tak berani nak fitanh-fitnah orang.. Tapi, yang sedihnya, orang-orang kampong cepat percaya!!! Tak tau la macam mana.. Kalau dikaji sedalam-dalamnya… Apa sangat yang dibuat oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT di negeri Selangor ini, khususnya di Hulu Selangor. Yang nampak jelas, segala pembangunan yang ada adalah hasil usaha Kerajaan BN terdahulu jugak.. Yang lain, habuk pun tak ada!!!!!


7.Lebih baik dan bermaruah jika kerajaan UMNO dan BN memulangkan semula hak 25000 peneroka Felda yang dinafikan sebelum ini berhubung dengan wang simpanan untuk Tanam Semula sebanyak RM 425 juta yang telahpun diarah bayar oleh mahkamah. Kerajaan UMNO dan BN tidak perlulah berlakon untuk acara pecah tanah membina 250 unit perumahan baru di Felda Soeharto .
Komen: Yang itu nampak sangat. Felda dah bayar bonus macam-macam tak nampak... Inilah dasar , kacang lupakan kulit!!!

8.Isu peruntukan rumah kediaman buat generasi kedua peneroka Felda masih belum selesai , juga isu tanah lebihan di kawasan Felda belum dapat ditangani dengan baik malah banyak lagi projek perumahan dan setinggan yang belum diselesaikan secara bijak oleh Kerajaan UMNO dan BN , tiba - tiba hari ini mereka menabur janji baru bernilai jutaan ringgit kepada pengundi Hulu Selangor .... saya harap pengundi nilailah sejujurnya sikap dan sandiwara UMNO dan BN lalu sedarkan mereka dengan menyentap segala kuasa yang menjadi punca mereka angkuh dan sombong lalu membuli rakyat marhaen.
Komen: Sepatutnya... dan sebaik-baiknya, Felda ni bagi kepada orang UMNO, atau BN sajalah... Bagi kat orang PAS atau PKR pun tak guna.. Felda ni dirancang untuk menyelesaikan masalah kemiskinan orang-orang Melayu. Jadi, bila dah senang jadi peneroka, dia nak hentam kerajaan pulak.. Melawan tauke!! Sepatutnya, semua BERSYUKUR kerajaan BN dan UMNO ini masih prihatin kepada masalah kemiskinan peneroka. Inilah yang kita nampak peranan PAS atau PKR... tak ada kerja lain.. menghasut, menfitnah, menghuru-harakan orang Melayu... orang Cina dan India, ketawa tengok orang Melayu berpecah-belah.. Cuba la fikir sikit!!!

Nuffnang