Wednesday, January 18, 2012

PROMOSI BLOG

5 LANGKAH MUDAH MEMPROMOSI BLOG Artikel ini adalah kutipan daripada artikel bertajuk “How to Promote Your Blog in 5 Easy Steps” tulisan Christ Brady. Bacaan lanjut, boleh dibaca di sini Christy Brady

Jikalau anda mempunyai laman web atau blog, dan tidak sabar-sabar mahukan seluruh dunia mengenalinya, sedangkan anda hanya ada sedikit “jalan” yang boleh mempromosikan blog anda kepada pengunjung atau pembaca internet.


Sebenarnya, adalah lebih baik anda member focus kepada kaedah atau jalan untuk mempromosikan blog anda secara berkesan. Keberkesanan adalah menjadi kunci utama untuk mempromosikan blog anda , terutamanya blog yang boleh menjana pendapatan melalui kaedah ”internet marketing”

Anda bekerja kuat untuk menghasilkan blog dan melaksanakan pelbagai strategi promosi yang membolehkan anda menghasilkan wang! Betul? Atau Tidak? Akan tetapi, apa yang dibuat dan bagaimana mempromosikan blog adalah suatu tugas yang berat. Percayakan kepada saya kerana saya terlebih dahulu melakukannya. Saya telah membayar ratusan ringgit untuk ”bookmarking”, ”directory submission”,”social networking” dan juga melakukan ”Googling” secara meluas.


Saya telah berjaya menemui pelbagai idea dalam kaedah ”try and error”; dengan mencuba pelbagai kaedah untuk membawa trafik atau pengunjung ke blaog. Anda tidak perlu membayar apa-apa. Semuanya adalah PERCUMA


Anda boleh mempelajari tentang mempromosikan blog anda dengan "5 Langkah Mudah". Mungkin bagi anda yang baru berblog rasanya panjang, tetapi percayalah melalui langkah-langkah yang akan diterangkan ini, ianya akan berjaya menarik pembaca ke blog anda sehingga anda sendiri tidak terbayangkan betapa ramainya nanti.



Langkah 1:

Tumpukan pada matlamat kepada promosi yang anda ingin usahakan . ”Picture a business” - kenali dan buat sesuatu yang mengarah kepada matlamat yang ingin anda capai melalui blog. Catatkan dengan terperinci segala matlamat yang ingin anda capai atau rangkakan usaha-usaha untuk menjayakan promosi anda seperti ; mendapatkan 100, 500 atau 1000 orang pelawat, atau 500 orang pelawat baru kepada ”newsletter” atau menjual RMxxxx di dalam Amazon store anda.


Persoalan yang perlu diberi perhatian yang berat ialah kenapa anda mempromosikan blog anda? Suatu langkah yang amat sukar ialah terdapatnya pengunjung yang tidak mahu menghiraukan langsung blog anda! Walau bagaimanapun, mempunyai matlamat yang tersusun jelas akan menjadi panduan untuk anda menghidangkan sesuatu yang berguna kepada pengunjung laman web atau blog anda sendiri. Anda sudah tahu kumpulan sasaran (target group) yang akan menjadi pembeli atau prospek setiap promosi yang anda lakukan.




Umpamanya:
• Blog menjana pendapatan tambahan (extra income) melalui pemasaran internet (internet marketing) adalah ditujukan kepada golongan remaja berumur antara 20-40 tahun yang cekap dengan kemahiran computer berbanding golongan dewasa antara 40-50 tahun lebih menggenari ruang-ruang perbincangan tentang pemakanan tambahan dan penjagaan kesihatan. Ini suatu kemungkinan dan tanggapan. Benar? Atau Tidak?
• Blog yang menghimpunkan persoalan atau isu-isu politik akan diminati oleh peminta-peminat politik terutamanya yang mengandungi isu-isu panas dalam politik tanah air dan luar negara.

Anda perlu tahu tentang kandungan (content) blog yang ingin anda paparkan kepada pembaca. Kandungan ini hendaklah menepati tajuk yang lazimnya ditentukan melalui kajian “niche” atau ”keywords” yang akan dikesan oleh enjin pencari (search engine). Contohnya, kalau blog tentang pemasaran internet atau ”internet marketing” ianya perlu mempamerkan artikel berkaitan dengan promosi produk atau perkhidmatan. Paling tidaknya ia mungkin memasukkan penerangan produk sesuatu program affiliate atau ”affiliate program”. Anda tentu tidak menginginkan seseorang pengunjung yang mengunjungi blog anda akan datang hanya untuk lima minit dan beredar terus tidak datang-datang lagi. (Ini boleh diketahui dengan menggunakan Google Analytics)

Kunci persoalannya: WHY ARE YOU PROMOTING YOUR BLOG?


Langkah 2:

Selepas anda menyusun segala MATLAMAT anda perlu merancang untuk menggerakkan (wheels into motion) blog ini ke dalam trafik. Anda perlu menyertai forum. Perbincangan di forum akan menarik pembaca mencari blog anda. Sertai forum yang mempunyai komuniti yang berkaitan dengan kandungan atau ”niche” blog anda. Blog anda berkenaan internet marketing, bermakna anda perlu menjemput komuniti internet marketing ke dalam forum anda.


Anda juga perlu memasukki pelbagai forum, terutamanya yang mengaitkan konten blog anda. Berikan sumbangan idea atau pendapat serta saranan-BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN DENGAN MENULIS BLOG?



Langkah 3:

Sertai laman media sosial seperti Twitter. Katakan sesuatu mengenai internet marketing dalam laman sosial ini.Letakkan alamat blog anda di sini. "Tweet" kepada kawan-kawan yang anda kenali. Anda akan menjadi popular apabila meletakkan nama anda pada "Tweet". Teruskan dan cari pengikut (followers) seberapa ramai yang boleh. Elakkan "spam"!

Langkah 4:

"Setup Facebook for your business!" - Itulah seperti yang dinyatakan oleh Christy Brady. Ceritakan kepada rakan-rakan tentang perniagaan internet yang sedang anda promosikan melalui blog. Isu yang penting ialah mendedahkan blog anda secara meluas dan tidak terbatas. Oleh itu, anda perlu menjana atau membina laluan (traffic) agar rakan-rakan anda menjadi rakan Facebook.
Di bahagian kaki blog, anda perlu meletakkan butang (button) yang menghubungkan Twitter, Facebook, StumbleUpon, Digg dan Google+ supaya pembaca mudah menekan butang (click) untuk berkongsi (share). Ini akan menambah trafik ke blog anda.

Jungle Jewels
LinkShare_125x125ButtonV1
Pretty Darn Cute - Modern WordPress Themes for the Feminine Blogger


Langkah 5:

Lawati laman-laman web atau blog yang memaparkan tentang perniagaan internet atau "internet marketing" dan turunkan komen-komen yang membina. Cari blog yang mempunyai "niche" atau "keyword" yang sama dengan blog anda.


Ruang komen blog anda juga perlu diadakan dan perlu diberi reaksi atau jawapan kepada setiap komen yang diletakkan pada blog anda. Komen mewujudkan hubungan yang erat dengan enjin pencari (search engine) dan juga dengan pembaca. Mereka mewujudkan "links" untuk menarik ke blog anda. Komen adalah tanda terjalin interaktif (jalinan networking)dengan "search engine". Ini juga adalah sebagai isyarat tentang blog yang berjaya atau tidak berjaya. Blog yang berjaya lazimnya mempunyai pengunjung (page rank) yang ramai pada setiap hari. Anda juga mestilah selalu-selalulah update blog dengan konten yang baru dan menarik.



Akhirnya, LIMA langkah mudah mempromosikan blog telah dipaparkan.Anda perlu laksanakan segala yang disarankan. Sekiranya anda melakukan setiap saranan yang disenaraikan, adalah tidak mustahil sekiranya blog anda akan menjadi popular di kalangan pengunjung-pengunjung internet.

Dapatkan bacaan lanjut: Profitable Blogging Made Easy hari ini..

Send e-mail to zunaidi.hassan7@gmail.com

Name:

E-mail:

Comment:


Nuffnang