Thursday, January 19, 2012

PROMOSI BLOG - KATA PAKAR



Inilah kereta idaman saya. Saya mengimpikan kereta ini dan amat berharap untuk mendapatkannya melalui “perniagaan internet” atau “internet marketing”. Tidak ada yang mustahil di dalam dunia. Semua takdir, rezeki dan bala adalah di bawah keberkatan ALLAH swt. Kalau diizinkanNya, pasti yang mustahil tetap terjadi.



Sebelum kita membaca lebih jauh, sila lihat tayangan ini.






Baca cerita tentang JimieRay – saya paste dari email saya

(Bacaan lanjut: jimieray.com)

Assalamualaikum & salam sejahtera Cikgudee,

Terima kasih kerana telah mengunjungi website saya dan mempercayai saya dengan memberi alamat email anda.
Pertama sekali, saya ingin Cikgudee tahu tentang kewujudan saya disebalik email ini!

Dan kedua - izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya..

Nama saya : Mohd Rozmie Bin Mat Daud
Nama panggilan di dunia Internet Marketing : JimieRay
Berumur 43 tahun berasal dari A.Setar tapi kini menetap di Bandar Bayan Baru, P.Pinang dengan seorang isteri & 2 anak (sepasang)..

Sebelum ini saya tiada pengetahuan langsung dalam bidang internet kerana saya bukan dari bidang IT.. Tapi segala-galanya bukan mustahil sekiranya kita sanggup mempelajarinya.

Saya mulakan diri dalam bidang Internet Marketing sekitar tahun 2007 dengan mempelari secara online dari satu laman web ke satu laman web. Terus terang, ketika itu saya betul-betul bermula dari ZERO...

Segala apa yang saya dapat secara online saya jadikan sebagai rujukan. Saya juga sering menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh Usahawan Internet sebagai persediaan saya untuk melangkah lebih jauh apabila saya benar-benar yakin bahawa bidang Internet Marketing adalah salah satu sumber pendapatan lumayan yang perlu di terokai... Motto saya, "Saya bukan Pakar..Tetapi saya sering belajar dengan mereka yang PAKAR"

Kini...bermula sekitar awal 2010 yang lalu, saya dijemput untuk bergabung bersama tiga orang lagi usahawan internet tempatan yang cukup di kenali ramai iaitu tuan Zamri Nanyan, tuan Razif Yusof dan tuan Rosli Sahfiee menubuhkan syarikat sendiri iaitu Team Penang Sdn Bhd di bawah jenama TeamPenang.com

Team Penang juga sering menganjurkan beberapi siri kursus Perniagaan Internet dan sering di undang memberikan seminar.

Baiklah Cikgudee, mungkin ini sedikit pengenalan ringkas mengenai saya. Saya HANYA mengatakan ini kerana saya menyedari anda mungkin tidak tahu siapa saya - dan saya ingin Cikgudee merasa selesa kerana telah memberikan alamat email anda!

Ini serba ringkas tentang JimieRay – blognya Blog Jimie
Baca artikelnya: Affiliate Marketing – Jalan Termudah Jana Wang Online
Dapatkan panduan KLIK

BMW-Kereta idaman



Apa kata Dr.Irfan Khairi:
Irfan Khairi: Jutawan Siber

Pasti ramai yang meraguinya.Apa tidaknya,kerana bisnes yang dimulakan oleh pemuda ini berputik di luar Negara,United Kingdom sebaik tamat pengajian.Tambah lagi,bisnes yang dijalankan tidak nampak dek mata kasar dan tidak glamour berbanding bisnes-bisnes lain.Seiring dengan gaya penampilannya yang begitu ringkas,sekali gus menyukarkan ramalan kejayaan yang telah dikecapi.

Bisnes yang dijalankan secara siber oleh Irfan Khairi tidak mengikat dirinya untuk berada di sesebuah tempat.Justeru membolehkan dirinya kembali ke tanah kelahiran setelah beberapa tahun bertapa di bumi Ratu Elizabeth.
Irfan Khairi bukanlah jenis manusia yang kedekut dengan ilmu,malah mula mengatu perancangan untuk mengadakan sesi bengkel motivasi dan ceramah sebagai langkah awal dirinya berkongsi dengan khayalak,terutama golongan muda negara ini mengenai pengalaman yang telah meletak tapak sekukuh dirinya sekarang.
Menyedari buku antara medium yang popular dalam menyampaikan maklumat,Irfan Khairi yang dilahirkan pada bulan Disember 1976,turut berusaha menerbitkan buku-buku berunsurkan motivasi.Karya sulungnya,"Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" telah pun siap dibukukan.Ikuti temu bual MASKULIN dengan pemuda yang bercita-cita menjadi ikon bisnes siber ini.



Irfan Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja pejabat 9 pagi – 5 petang, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya. Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyakRM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer yang canggih. Modal permulaannya.. hanya RM500.

Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun! Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.


Cerita Suhaimi:

Hi! Nama saya Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, saya lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, saya telah menubuhkan sebuah syarikat berasaskan internet (online based company) yang diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd. Saya telah menjalankan perniagaan di internet sejak tahun 2005. Antara perniagaan internet yang saya usahakan adalah seperti:

• WangCyber.com - ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun 2005. Terdapat pelbagai tips, perbincangan serta maklumat-maklumat terkini berkenaan perniagaan di internet di kongsikan di website tersebut.

• Sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga yang ingin anda bayar.

• Maskahwin.com – ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan yang khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak tahu macam mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.

RahsiaBlogger.com– ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya bersama saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah buku panduan yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh juga didapati terus secara online di website www.rahsiablogger.com.

RahsiaKambing.com – sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya.


Klikjer.com – ianya merupakan sebuah syarikat penerbitan digital yang mana, menerusi web ini, syarikat saya akan menerbitkan ebook-ebook yang dihasilkan oleh penulis tempatan. Selain itu, website ini juga turut menyediakan sebuah program affiliate berpusat yang membolehkan affiliate-affiliate di Malaysia menjana wang dengan mempromosikan ebook-ebook tersebut.

Selain menjalankan perniagaan di internet, saya juga kerap dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan Internet” anjuran IPT serta pihak swasta. Antaranya, seperti di UIA, Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama Malaysia, Institut Pembangunan & Pengurusan Johor, Akademi Pembangunan Belia malaysia, Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan sebagainya.

Baca Mohd.Suhaimi

Video Gobala Krishnan:


Nuffnang