(Keratan akhbar Mingguan Malaysia mengenai Dr.Irfan Khairi- Jutawan Internet)
Saya suka paparkan ini kepada pengunjung-pengunjung blog saya:
"Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan"
BEKERJA dari rumah dan memperoleh pendapatan RM1 juta! Bunyinya mungkin pelik tetapi itu yang telah dibuktikan oleh anak muda bernama Irfan Khairi, 28.Lebih membanggakan, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom (UK) ini mula memegang status jutawan muda sejak tiga tahun lalu.
Ketika rakan-rakan sebayanya sibuk membina keyakinan diri menerusi bidang pekerjaan yang diceburi, Irfan anak kelahiran Perak tetapi dibesarkan di Selangor dan kini menetap di Seremban, telah mampu memiliki apa sahaja yang diingini. Kejayaan yang dimilikinya itu, walaupun nampak mudah, namun menurut bapa kepada dua anak ini, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan terancang.
``Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata, tetapi mengambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini,'' katanya kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar RASHID MAHFOF ketika ditemui di Kelana Jaya baru-baru ini.
Menurut Irfan, semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalami kejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu.
``Saya dapati mereka berjaya kerana melakukan apa yang disukai. Dan ini yang saya lakukan untuk diri saya,'' katanya.
*MESEJ: LAKUKAN SESUATU PERKARA YANG DIMINATI. JANGAN PAKSA LAKUKAN PERKARA YANG TIDAK DIMINATI!
Menarik tentang Irfan ialah beliau juga bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK, dinamakan Learning Grid.Pernah mengikuti kursus Ekonomi di Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Irfan mengakui ketiadaan minat menyebabkan beliau beralih arah ke bidang multimedia.
Berbekalkan semangat, kreativiti dan komputer ribanya, anak muda pemalu dan suka merendah diri ini akhirnya menemui impian yang dicari-cari - duduk sebaris dengan tokoh jutawan Internet yang lain.
*MESEJ: LAKUKAN SESUATU DENGAN SEMANGAT, KREATIF DAN RENDAH DIRI – BERANI MEMBUAT SALAH SEBELUM MENEMUI KEBENARAN!
Dengan kepakaran yang ada, Irfan kini mendedahkan segala rahsianya menerusi buku bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar yang ditulis sendiri, selain sibuk menganjurkan seminar-seminar tentang kejayaannya.
Inilah serba ringkas yang ingin saya paparkan mengenai idola jutawan internet muda Malaysia masa kini. Tidak ada perkara yang mustahil dalam dunia ini. Semuanya adalah kehendak ALLAH Yang Maha Berkuasa, Pemurah dan Penyayang. Mencari wang di internet juga bukan suatu perkara yang direka-reka atau angan-angan kosong. Perniagaan internet atau internet marketing merupakan suatu bentuk perniagaan yang “common” di negara Barat. Perkembangan perniagaan internet di Malaysia pun sudah mula menampakkan perkembangan positif. Ramai peniaga sudah mula menyedari tentang kepentingan pengiklanan di muka-muka blog dan “social media” yang lain seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, Netlog dan sebagainya. Kalau hendak dilihat pada statistik pengguna internet di Malaysia, pada tahun 2011 ianya menampakkan satu angka yang membanggakan berbanding dengan data-data statistik lima tahun sebelumnya.
Lihat dekat Statistik Pengguna Internet
WORLD INTERNET USAGE AND POPULATION STATISTICS
March 31, 2011
Jumlah penduduk dunia: 6,930,055,154
Jumlah pengguna internet:2,095,006,005
Jumlah penduduk Asia: 3,879,740,877
Jumlah pengguna internet:922,329,554
*Jumlah penduduk Malaysia:28,728,607 (28.7 juta)
*Jumlah pengguna Internet:16,902,600 (16.9 juta)
Jika dilihat dari statistic yang dipaparkan di atas, bermakna terdapat lebih 16.9 juta penduduk Malaysia menggunakan internet. Kalau setiap seorang menyumbang sebanyak 0.10 sen dalam sehari dalam perniagaan internet, bererti jumlah sumbangan sehari ialah RM 1.69 juta. Sekiranya, anda mempunyai 10% “share” daripada jumlah ini, berapakah yang anda akan dapat? Inilah gambaran jumlah wang yang boleh dikumpulkan melalui kegiatan perniagaan internet atau ”internet marketing”.