Saturday, December 10, 2011

SUPERMODEL WILSON- Anak GERIK

WILSON TAN anak kelahiran GERIK, PERAK telah digelar MODEL TOP STAR AWARD/BEST ASIA MODEL AWARDS sempena 6th Asia Model Festival Awards 2011 pada Januari 2011 di Seoul, Korea.

AMAT MEMBANGGAKAN bagi anak Gerik, sebuah bandar yang kecil di daerah Hulu Perak. Namun, bandar ini pesat membangun..

GAYA DAN STAIL SEORANG PERAGAWAN


Suka saya memetik sedikit berita dari BERITA HARIAN bertarikh 10 Disember 2011: Kesungguhan untuk bergelar model berjaya, diiringi minat serta tekun mendalami ilmu peragaan dan fesyen, menjadi azimat jejaka kelahiran Grik, Perak. Ditambah dengan pakej sempurna dan ketinggian ideal persis model antarabangsa, Tan umpama aset yang perlu tampil di setiap pentas peragaan atau majalah fesyen. Ketika bertemu Tan, anak muda ini mengakui bukan mudah berdiri dengan nama-nama besar dalam bidang peragaan andai semangat serta kesungguhan untuk belajar tidak berada di genggaman. “Ketika peringkat awal pembabitan saya pada 2008, selama enam bulan saya tidak menerima tawaran pertunjukan fesyen lalu terfikir apa yang saya sudah buat. Mengapa tidak, sebelum itu saya sudah memiliki kerjaya selesa sebagai jurutera yang mengkhusus dalam bidang minyak dan gas. “Namun, inilah kisah pengorbanan saya. Andai anda bertanya apakah saya menyesal meninggalkan profesion dulu, sudah pasti saya jawab tidak. Ini kerana apabila saya memutuskan mahu menjadi model, saya berazam menjadi seperti supermodel Amber Chia dalam versi lelaki,” kata jejaka lulusan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini.Ihsan:BERITA HARIAN.

Apa yang membanggakan ialah SEMANGAT dan IMPIAN "supermodel" WISON TANuntuk berjaya dalam dunia modeling ini walau pun sudah memiliki pekerjaan tetap sebagai JURUTERA. Inilah kehebatan beliau yang berjaya mencapaui cita-cita sebagai Supermodel dalam masa tiga tahun sahaja.

eBook Import Dari China

Nuffnang