Wednesday, April 7, 2010

CARI PASAL SBT PULA!

Tengoklah, tidak habis-habis mencari pasal tentang keburukan orang lain. Sudah kelaziman, setiap yang kerajaan lakukan, tidak akan mendapat pujian daripada beliau. Siapa??? Siapa???? Bacalah petikan berita di bawah...
"Di kawasan luar bandar, murid tahun empat hingga enam, mereka diminta untuk hadir ke kelas tuisyen tersebut selepas mereka menghadiri kelas biasa pada waktu pagi. Biasanya program ini pada waktu tengah hari. Pada waktu tengah hari jugalah mereka perlu hadiri kelas agama, fardu ain, kafa dan sebagainya.

"Saya rasakan bahawa program itu tidak memberikan masa yang sesuai supaya mereka dapat mengamati kelas tersebut," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoal kemampuan guru yang ditugaskan untuk mengajar kelas itu memandangkan sudah terbeban dengan kerja-kerja di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi dalam jawapannya berkata, daripada pemantauan yang dibuat, prestasi murid yang mengikuti kelas tersebut mengalami peningkatan.

Beliau juga menafikan kerajaan akan menghentikan program tersebut namun dihadkan kepada murid tahun enam sahaja.

Nizar dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kementerian membuat pemantauan kepada pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen kerana terdapat banyak rungutan daripada ibu bapa terutama di Parlimen Bukit Gantang bahawa pelaksanaan program ini hanya sekadar melepas 'batuk di tangga'.


Komen:
Kalau kita teliti, Skim Bantuan Tuisyen adalah satu program kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berhasrat membantu pelajar-pelajar berpendapatan rendah tetapi mempunyai potensi untuk cemerlang. Dalam kontaks ini, pelajar-pelajar tidak dipaksa untuk mengikut SBT ini. jadi, kalau sudah menjadi masalah kepada pelajar pihak sekolah tidak keberatan sebenarnya untuk menolak atau menghentikan SBT bagi pelajar ini. Tuduhan mengatakan guru hanya "melepaskan batuk ditangga" adalah amat keterlaluan dan dibuat oleh orang-orang yang tak mengenang budi. Siapa???? Siapa???? Faham-faham sajalah.. Semua yang orang buat, tidak betul.. Tidak bagus... Yang siapa buat betul??? Siapa????

TAKTIK BARU UNTUK RAIH SIMPATI! GILA…

Berita ini dikutip dari Harakah...
Walaupun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, namun ceramah pentas Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi tetap diadakan di atas sebuah lori usang tanpa menggunakan jentera kerajaan negeri.
Pentas pemuda yang berlangsung di Dataran Bandar Baru Bukit Sentosa malam tadi menampilkan ketiga-tiga tokoh ketua pemuda daripada PAS, PKR dan DAP.
Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan, program malam itu sebagai permulaan gerak kerja pemuda Pakatan Rakyat bagi membantu kemenangan Pakatan Rakyat di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Komen:
Hendak tergelak pun ada juga. Tapi, tak apalah... Motifnya, hendak tunjuk kepada rakyat yang mereka tidak gunakan ”jentera kerajaan negeri”. Masih terlalu awal untuk memperkatakan perkara ini. Tapi yang jelasnya, ceramah macam ni supaya ”SENANG LARI” kalau kena serbu dengan pihak berkuasa. Percaya atau tidak, mesti tak ada permit punya! Tak payah lah tipu atau temberang pada rakyat. Banyak isu yang belum beres lagi.. Janganlah hendak tunjuk-tunjuk kejujuran atau keikhlasan. Sekarang ini, satu dunia sudah tahu yang PAKATAN RAKYAT BERMASALAH!!!

Tak payah lah cakap berdegar-degar pasal zionis Israel. Cubalah cerita kepada rakyat tentang betapa akrabnya DS Anwar Ibrahim dengan pemimpin Israel yang kaya-kaya. Ceritakan bagaimana "Tok Sheikh" dapat banyak duit untuk menaja setiap perjalanannya ke seluruh pelusuk dunia menjual "maruah negara" serta mengajak pemimpin-pemimpin negara luar campur tangan dalam kes yang sedang dihadapinya. Kenapa tidak dijelaskan kepada rakyat tentang isu-isu 16 September,.. isu lompat parti yang pada dasarnya diasaskan oleh "Tok Sheikh"....Kenapa sembunyikan??? Rakyat pun ingin tahu jugak... Jangan pandai bercakap perkara-perkara yang bersifat dongeng dan penglipurlara.. Tahu apa maksud dongeng dan penglipurlara???

CERITA RM 100!

Tak payahlah nak diperbesar-besarkan cerita RM100 ni. Duit tu pun rasa malu.. Kalau RM1000 (satu libu ma... bukan satu latuih!) bolehlah angkat bahu sikit. Ni cerita kerajaan bagi kat warga emas ni dah tak kisah.. Tengokla bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat tiap-tiap bulan.. cerita bagi duit la tu! Apa nak dihairankan. Ni cerita RM100, satu kapal riuh-rendah (kapal Pakatan Rakyat la.. termasuklah PAS!). Apa nak jadi. Kalau masa bagi tu ikhlas, la dah jadi tak ikhlas.. Lain kali bagi RM1000 atau USD500.. tentu orang tak berani nak kata apa!

FITNAH TERBARU!

Satu usaha fitnah untuk memburukkan pentadbiran YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kabinetnya. Lihatlah betapa TANDUSNYA dan CETEKNYA pemikiran pencacai tua PAS ini. MASUK AKAI ka?? LOGIK ka??? Dah tak ada modai, carilah modai koroi…. Apa punya orang tak tau? Orang percaya ka??? Tapi, jangan tak tau… ada yang percaya. Inilah susahnya…

Baca la berita yang saya bawak ni…

Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ( tak teringin la nak letak gambar!!!)
"Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu. (Siapa yang buat kerja ni, memang bodoh la... jerat tengkuk sendiri. Siapa ??? Ini dah tentu rekaan semata-mata.. Tiada yang benar, melainkan semua tak benar!!!
"Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis," kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini. Buat buang masa saja... Tak payah lah dulu. Pastikan pencacai tu tunjukkan bukti yang sahih dulu.. Kalau dok main tembak, sapa pun boleh.. Budak beringus pun boleh buat..Ini modai baru Pak Sheikh! Jangan tak tau..
"Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital," katanya. Rentikan lah... membazir aje. Mengabis kan boras..!!!
Mahfuz melihat apa yang berlaku itu sebagai ancaman kepada negara ini kerana institusi keselamatan negara seperti polis telah ditentukan hala tuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan Israel yang disifatkannya sebagai entiti haram pengganas. Tuduhan ini terlalu berat! Sila tubuhkan Jawatankuasa Penyiasat tentang tuduhan ini!!!... Tapi, depa pandai kilaih.... Isu Tok Sheikh tak habis lagi, depa bawak pulak isu baru. Depa nak suruh rakyat lupa!!! Cerdik, pencacai dan Tok Sheikh ni..
"Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret (Datuk Seri) Anwar yang mendedahkan perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan. Betul dak apa yang dikata.. Memang mereka cerdik nak kalih cerita.... Berhati-hatilah dengan orangp-orang macam ni!!!
Komen:
Memang jelaslah pada kita bahawa memang mereka dalam PR (lebih-lebih lagi PAS) tidak ada kerja lain.. MENIPU! MENFITNAH! BERBOHONG! PEMALSU...

Nuffnang