Tuesday, November 29, 2011

AZAM HIJRAH BARU

TARIKH: 28 NOVEMBER 2011 Hari ini merupakan tahun baru Islam 1433 Hijrah. Bersyukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.. Ingin menulis semula, setelah sekian lama bersembunyi dibalik bayang-bayang sendiri yang tidak tersembunyi... Terlalu lama rasanya tidak menulis dan terlalu beku otak untuk memerah ilham di layar maya ini. Terpanggil juga untuk menulis, lantaran umur pun sudah meningkat. Taraf kesihatan pun makin menurun... Cuma digagahi kerana masih mampu bersenaman ringan-ringan..


Bersama ini saya ingin postkan satu artikel penting untuk kesihatan.... Bacalah, jangan tak baca!!!!

Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya

HPA Online Network
Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.

  1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi. Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. Penawar alami boleh menanganinya.
  2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
  3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit. Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
  4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
  5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
  6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah. Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
  7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik. Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
  8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.
Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.
Sumber : penawaralami
 Untuk lebih lanjut : klik kat sini





KLIK SINI

Nuffnang