Monday, March 29, 2010

TULISAN BUKAN MELAYU DI HARAKAH?

Wajarkah tulisan yang akan saya paparkan di bawah ini, ditulis di dada akhbar Harakah? Wajarkah Melayu dikutuk sedemikian rupa di dada akhbar milik orang Islam?
Sedih dan terharu... Tuduhan demi tuduhan diizinkan. Lihat dan bacalah!


Penulis: Li Fook Gao

Apakah perasaan ahli-ahli PAS selepas membaca berita-berita mengenai ucapan-ucapan di AGM Perkasa yang diutarakan oleh Datuk Ibrahim Ali (IA) dan Tun Dr Mahathir (TDM)?

Sama ada saudara teruja mahupun tidak, marilah kita sama-sama merenung persoalan-persoalan di bawah supaya kita dapat berfikir sejenak sebelum kita membuat keputusan sama ada ucapan-ucapan yang dibahaskan di AGM Perkasa boleh dipercayai atau tidak?

Adakah saudara sedar bahawa dalam kedua-dua ucapan tokoh yang di”perkasa”kan langsung tidak menyentuh tentang apa penyebab utama keadaan orang Melayu yang masih tidak berubah ke tahap yang memuaskan walaupun setelah 52 tahun UMNO berkuasa di negara kita?

Siapa yang harus dipersalahkan sekiranya IA merasakan bangsa Melayunya sendiri tidak terbela?

Apa yang boleh dilakukan oleh parti-parti politik seperti PAS dan DAP untuk merugikan bangsa Melayu sekiranya selama 52 tahun yang lepas mereka hanyalah dikenali sebagai parti pembangkang yang berkelahi antara satu sama lain?

Betulkah negara kita akan bertambah maju tanpa parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP? Jika ya, mengapa Malaysia merosot dengan begitu ketara sekali apabila keseluruhan rakyat Malaysia hampir membuatkan negara kita sifar pembangkang pada 2004 semasa zaman yang sepatutnya kita mencapai status Gemilang, Terbilang dan Cemerlang?

TDM dengan cepat menghunuskan jarinya kepada Tun Abdullah Badawi sebagai penyebab utama negara tiada pertumbuhan selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri.

Akan tetapi, adakah saudara sedar minda saudara tengah dipermainkan oleh yang dianggap pejuang? TDM langsung tidak menyentuh tentang amalan rasuah (barahnegara) yang diwarisi daripada zamannya sebagai penyebab utama duit-duit rakyat tidak pernah sampai ke tangan rakyat.

Adakah saudara sedar bahawa itulah cara berpolitik TDM selama ini dengan mempersendakan saudara-saudara sebangsanya untuk mencari mangsa lain untuk dipersalahkan bagi menutup kegagalannya sendiri?

IA berkata salah satu matlamat Perkasa ialah menpertahankan Islam. Walaupun matlamat Perkasa tepat dengan intipati pengikutnya yang semuanya Melayu beragama Islam, sasaran matlamatnya mungkin jauh tersasar.

Sebagai contoh, Perkasa harus mempertahankan Islam daripada ancaman siapa?

Dalam ucapan IA seolah-olah segala-galanya yang merosakkan nama baik Islam datangnya daripada DAP. Betul ke?

Gejala bakar gereja yang memburukkan nama Islam, angkara siapa? Perarakan kepala lembu yang secara terus-terang menghina penganut agama Hindu dan menampar nama baik agama Islam, angkara siapa?

Siapa yang menganiaya negeri serambi Mekah sekian lama daripada menerima royalti minyak?

Negara dikenali sebagai negara barahnegara yang merosakkan nama baik Islam, angkara siapa?

Siapa yang sanggup lantik perasuah yang dibuktikan dalam sesebuah parti sebagai Menteri Besar, Pakatan Rakyat ke?

Siapa pula pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh dalam pemerintahannya sebagai tanda penghormatan kepada tokoh dan ajaran Islam? Adakah Perkasa memujinya atau mengutuknya?

Yang lebih memilukan, adakah ajaran Islam membolehkan akta zalim seperti ISA digunakan pada manusia seperti yang ingin dipertahankan oleh Perkasa?

Siapakah musuh Islam yang sebenarnya? Siapa yang membuat bising di Parlimen atas lesen-lesen judi? Perkasa, UMNO, MCA ataupun PAS, PKR dan DAP? Bolehkah ahli PAS menyokong Islam yang cuba dibawa Perkasa?

Saudara ahli-ahli PAS haruslah bijak membuat penilaian terhadap Perkasa dari sudut tuntutan Islam.

Janganlah mudah terperdaya dengan retorik-retorik mereka yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa. Jangan pula memandang ringan terhadap pengaruh wayang kulit mereka kerana ramai juga yang akan terpedaya kalau kita tidak bersama-sama berusaha untuk menyedarkan persepsi sesama kita.

Renungan terakhir, mengapa proses usaha menanamkan tanggapan di minda Melayu bahawa “Malay is under siege” dan “Islam is under siege” masih diteruskan oleh puak-puak ini? Betul ke Melayu dan Islam yang seolah-olah diserang ataupun intelek cetek saudara is under-siege?

--------------------------------
Li Fook Gao menaruh harapan tinggi supaya PAS dapat menggantikan UMNO pada PRU-13.
Komen:

(Harapan yang akan tinggal harapan, dan tidak ke mana pun.. Lihatlah nanti!)

Melayu sebenarnya tidak merosot. Sebenarnya, Melayu sudah banyak kemajuan. Cuma, kemajuan ini disalahtafsirkan. Bagi setengah orang, Melayu yang maju adalah Melayu yang pandai mengadakan reformasi di jalan-jalan raya. Melayu yang maju adalah Melayu yang melilit kepala dan menutup muka melontar batu kepada polis.. Melayu yang maju adalah Melayu yang sanggup menjual nama negara di luar negara.. Itulah ukuran Melayu yang maju... Melayu yang sanggup mengadakan pelbagai akuan bersumpah untuk menfitnah seseorang. Melayu yang tidak maju ialah Melayu yang tidak mengikut mereka...

TUDUHAN PALSU

Lihatlah betapa jijiknya tulisan ini. Suatu tuduhan dan fitnah. Bagi dia orang, buat kerja fitnah dan hasutan ni kerja UMNO.. Tapi, sekarang ni dah terbalik, dia orang pulak banyak buat kerja terkutuk. Lihat tulisan ini...

Pengarang: Herman Samsudeen

Memang sudah saya jangkan bahawa ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn akan menarik balik surat peletakan jawatannya yang dihantar kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat Isnin lalu.

Selepas Najib bertakhta, bukan senang Adun atau Ahli Parlimen BN nak letak jawatan, apa lagi nak lompat parti. Lihat sahaja kes ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang mengistiharkan lompat ke PKR tahun lepas, tak sampai seminggu beliau lompat balik kepada Umno.

Tapi lompat balik tu, bukan lompat saja-saja kerana sebelum muncul di Pejabat Najib di Putrajaya, beliau dilaporkan hilang. Khabarnya diculik dan dilarikan dari rumahnya hingga membuatkan Isteri dan anak-anak beliau risau.

Tup-tup, dia berdiri sebelah Najib, umum masuk Umno balik. Tak sempat balik rumah jumpa anak Isteri pun.

Jadi sebelum hal yang sama berlaku, Adun Titi Tinggi terus hantar SMS tak jadi letak jawatan. Atau mungkin ada sebab lain yang beliau lebih tahu. Yang pasti perebutan kuasa dan jawatan dalam BN begitu kuat. Yip yang juga Naib Pengerusi MCA Perlis begitu terasa bila beliau ditendang keluar dari bilik Exco Kerajaan Negeri selepas 2 tahun jadi Exco.

Jadi, apa yang berlaku ini mungkin dilihat sebagai pergolakan peribadi beliau, tapi pada saya inilah bukti bahawa dalam BN bukan mudah anda nak survive…..walaupun kononnya berjuang untuk rakyat, masing-masing nak jaga poket.

BN pula takut benar kalau Yip nekad letak jawatan sebab Pilihanraya kecil mungkin berlaku dan BN belum comfirm boleh menang balik disitu. Yip hanya menang dengan majoriti 1,841 undi sahaja disitu pada pilihanraya 2008. Jadi, amat penting untuk BN pastikan Yip tidak letak jawatan. Mereka tak kira, guna cara lembut atau kasar, yang penting Yip kekal jadi Adun buat sementara ini.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Komen:

Sewajarnya, demi perpaduan Melayu, penulis ini perlu "ditahan" kerana fitnah dan menyatakan sesuatu yang palsu dan jauh dari kebenaran sama sekali. Pandai-pandai saja dia menuduh UMNO yang bukan-bukan. Lagi pun, jagalah tepi kain sendiri. Tengoklah, apa terjadi pada Tok Guru... kejap cakap tak mahu, tak sihatlah. Lepas tu, bila dilantik... ketawa terkekeh-kekeh. Trick lama...

140 Digital Photography Backdrops PSD Layered Composite Backgrounds Templates Use With Adobe Photoshop and Corel Image Editing Software wColorVision GSX103 ProfilerPlus Software for Adobe Photoshop and Photoshop Elements

Cuba baca ini lagi. Semuanya kerja fitnah dan putar belit. Ini sajalah yang ada dalam akhbar tu... Akhirnbya yang pening orang Melayu (Islam). Sedarlah, orang Melayu ni sedang ditipu oleh bangsa lain. Dalam Pakatan Rakyat, pemimpin Melayu diperalatkan...

Baca di bawah ini!

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo’ Mohamad Ghazali mempersoal tindakan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang hanya menuding jari kepada Pakatan Rakyat berhubung isu fitnah yang dibangkitkan ahli parlimen itu.

Beliau yang bangun mencelah, memohon penjelasan Nizar berhubung isu fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) sebelum ini.

"Yang Dipertua, semasa Kulim Bandar Baharu berucap, saya telah menerima satu SMS daripada seorang ahli jemaah surau Al-Mutmainnah Pandan Perdana kalau tak silap saya, beliau menyatakan kenapa Kulim Bandar Baru atau Zul Noordin lidah bercabang?

"Saya tanya balik apa yang dimaksudkan lidah bercabang, maka dia kata di surau hari itu dia cakap 'PM yang bom Mongolia' tetapi sekarang dia mengatakan ada fitnah pula tentang perkara tersebut.

"Kemudian pada masa yang sama juga Kulim Bandar Baharu juga menyebutkan fitnah terhadap Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Kenapa perkara ini tidak langsung diambil perkiraan oleh YB Parit? Saya mohon penjelasan," katanya sambil memohon maaf kerana terpaksa membacakan SMS tersebut.

Beliau membangkitkan persoalan itu sewaktu Nizar membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Nizar sewaktu memulakan perbahasannya mendakwa pihak pembangkang serta akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Roket sering memutarbelitkan fakta.

Bangun mencelah sejurus dakwaan itu, Datuk Ismail Muttalib (BN-Maran) yang memohon penjelasan berhubung dakwaan Zulkifli Noordin bahawa banyak fitnah berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, persoalan Dr Lo' Lo’ tidak dijawab Nizar yang kemudiannya diarah Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee supaya menggulung perbahasan.

Sementara itu, Zulkifli petang ini melahirkan rasa kecewa dengan Dr Lo' Lo' kerana membacakan SMS berkenaan.

Ini kerana baginya SMS yang dibacakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa itu boleh direka.

Komen:

Wajarkah seorang Ahli Parlimen bersikap demikian? Apakah isu SMS boleh dijadikan sebagai landasan kebenaran sesuatu kenyataan? Tidak logik dan tak masuk akal langsung. Betul la kata YB Kulim-Bandar Baru..

Nuffnang