Saturday, March 6, 2010

INI HARU-BIRU PUNYA MB!

Ini petikan untuk bacaan semua! Kena fikir elok-elok!


Oleh gelagat anwar

Rasa rindu pun ada dengan suasana mahkamah. Seronok datang awal pagi, berebut dengan wartawan dan penyokong Anwar di sidang mahkamah. Kalau ada masa minum dulu di bawah, Ok juga mee goreng akak di kantin mahkamah tu. Lebih seronok kalau dapat bersama dengan beberapa orang penting kepada gerakan reformis 1998. Mereka ini bercerita tanpa rasa malu dan takut. Tak kiralah orang kenal atau tidak. Penulis yang memang ramai kenalan di dalam PKR; mudah sangat nak join dengan dia orang ni. Mereka ini memang kumpulan yang meriah. Mereka boleh habiskan masa beratus-ratus hari atas nama perjuangan. Seorang daripada Gombak, Abang Razak misalnya - pernah hadir ke mahkamah sebanyak 167 hari dalam setahun; kerana terlalu minat dengan Anwar. Nampak macam bukan orang senang.

Ini soal perjuangan dan prinsip. Kita hormatlah. Tapi dalam pada perjuangan dan prinsip; mereka mula bercakap tentang 'masyuk' dan 'apa mereka dapat' di dalam segala usaha reformis ini. Mereka kata; 'tak banyak majikan yang nak ambil kami bekerja'. Al maklum, mereka ini 'asabiyyah'nya terlalu kuat. Kalau pakai baju mesti nak ada gambar Anwar. PKR mereka ini macam tak berapa minat. Kepada mereka, ramai yang pegang jawatan dalam PKR sudah kaya raya kerana perjuangan 'jalanan' mereka. Mungkin ada juga asasnya.

Ya lah, orang macam Mantan TKM Pulau Pinang; Fairus itu pun bukan terkenal sangat dengan gerakan reformis. Tiba-tiba terus jadi TKM. Terus pening kepala. Hari ini dah masuk UMNO. Apa jenis perjuangan orang macam ini.

Kelompok reformis adalah mereka yang benar-benar 'mempertaruh dan memperjudi' untung nasib keluarga demi Anwar. Semangat mereka memang luar biasa. Soal duit memang dia orang ketepikan. Kadangkala, ada la juga yang Azmin sedekah kepada dia orang. 'Tapi, mana cukup' kata Abang Lan, Wangsa Maju. Mereka inilah yang seringkali penulis jumpa dan bertemu sewaktu menunggu bicara mahkamah yang kerap tertangguh.

Menyedari bahawa kelompok reformis ini penting, Anwar telah mengarahkan 'Perjumpaan Reformis Bersama MB Selangor' diadakan baru-baru ini. Perjumpaaan berlangsung jampir 4 jam. Semuanya menjurus kepada 'bicara hati' dengan pejuang jalanan yang sekian lama memperjudikan nasib untuk menyokong Anwar.

Anwar sendiri hadir. Nik Nazmi ada. Nora ada. Tg Marziah ada. Pak Din ada. Pak Salleh Nasir pun ada. Ini semua orang kanan; penggerak reformis. Maka, antata yang paling banyak dibincangkan adalah BAGAIMANA puak reformis ini mesti dibantu. Anwar mahukan gerakan reformis dimulakan semula sesuai dengan kehangatan suasana mahkamah yang bakal bersambung 25 Mac nanti. Anwar tuntut kesungguhan mereka berada di mahkamah dan memulakan 'HARTAL' kalau perlu. Hartal ini macam 'nationwide' punya demontstrasi.

Jadi, dalam mesyuarat tersebut Khalid MB bersetuju bahawa semua reformis (150 orang reformis utama) akan diberikan elaun 'demonstrasi'. Ini sudah dijanjikan. Mereka mesti sentiasa memberikan sokongan kepada Anwar dalam apa cara sekalipun. Berapa jumlah? Katanya, antara RM2000 ke RM2500 sebulan. 150 orang sahaja. Mereka inilah yang bertanggungjawab nak bawa turun lebih ramai orang ke jalanan. Mereka masyuk; orang lain dapat apa?

Maknanya, puak reformis sudah boleh bernafas lega. MB Selangor janji RM2k sebulan. Kali 150 orang - baru RM300k. Duit siapa? Kita tak payah tanya.

CERITA PELEK DI PERAK!

Ini adalah petikan dari Bertita Harian.

Anda lihatlah sendiri PERMAINAN PAKATAN RAKYAT!

Pakatan Rakyat Perak minta Sultan tidak perkenan Sidang DUN



IPOH: Pakatan Rakyat memohon supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 30 Mac ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata jika Sultan Azlan memberi perkenan, bermakna institusi istana negeri itu mengiktiraf Datuk R Ganesan sebagai Speaker sedangkan beliau dipilih secara tidak sah.

Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan mendakwa, Ganesan dilantik sebagai 'Speaker' dalam Sidang DUN pada 7 Mei lalu ketika Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah belum merasmikan sidang.
Katanya, Ganesan dilantik oleh Adun Barisan Nasional (BN) ketika sesi pagi yang belum bermula sedangkan Raja Dr Nazrin merasmikan Sidang DUN kira-kira 3 petang.

"Jika Sultan Perak mengiktiraf Ganesan, kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja akan merosot.

"BN juga sudah memulakan tradisi bahawa perasmian Sidang DUN oleh Sultan atau Raja Muda tidak diperlukan kerana Speaker boleh dilantik sebelum sesi bermula," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ngeh yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, sesi pagi yang dipengerusikan oleh Adun Jelapang, Hee Yit Foong (Bebas) ketika proses pelantikan Ganesan juga dipertikai kesahan sidang itu kerana Hee tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN kerana sudah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Hee, bekas wakil rakyat DAP dan dua lagi Adun Bebas tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN ketika itu kerana Sivakumar mendakwa mereka sudah meletak jawatan berikutan tindakan ketiga-tiganya keluar parti masing-masing.

Dua lagi wakil rakyat Bebas berkenaan ialah Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radhi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Mereka keluar parti masing-masing dan mengisytiharkan sebagai Adun Bebas yang membolehkan BN menubuhkan kerajaan Perak pada 6 Februari tahun lal

CERITA-CERITA LAWAK LAGI!

Petikan ini ditulis oleh:Kamarulzaman Kamdias

Sheikh Anwar Ebraham berhujah dalam ‘The Wall Street Journal’ bertajuk “Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.” Isu agama dalam negara, tapi telah diberikan penjelasan kepada dunia.

Cuba tengok apa hujah dia lagi.. "Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.”

Si dangkal yang menunjuk pandai ni, tak faham. Bukankah sebelum kehadiran Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun lalu, semua agama samawi yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya memang merupakan agama benar yang menyeru manusia menyembah tuhan esa yang sama, iaitu Allah?

Sheikh Anwar al-Dangkal tak faham ke, bahawa bagi penganut Islam, agama-agama samawi ini telah diselewengkan oleh pengikut agama selepas kewafatan nabi-nabi mereka?

Allah yang dibawa oleh nabi-nabi mereka dulu memang sama dengan Allah yang dimaksudkan oleh penganut Islam hingga hari ini.

Selepas agama samawi ini diselewengkan, maksud Allah bagi mereka sudah bukan lagi tuhan yang esa. Di sinilah titik tolak berlakunya perpisahan antara iktiqad kepercayaan orang Islam dan penganut agama samawi yang lain berlaku.

Di sinilah yang menjadi pertikaian kita kalangan penganut Islam. Mereka semberono menggunakan perkataan Allah dengan meyelewengkan maksud dan iktiqadnya.

Bukan masalah boleh guna atau tidak! Kalau mereka nak guna, kenalah pastikan mereka menyembah tuhan yang esa seperti mana yang dimaksudkan oleh agama Islam yang dibawa oleh Muhammad saw!

Wahai Syeikh Anwar Al-Dangkal…Awak dinasihatkan janganlah membuat dakwaan liar dan mengelirukan seperti di bawah ini dalam majalah yang berbeza iktikad dengan awak….

“Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa. Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat”.

Awak ni nak menyelesaikan kemelut antara agama ke.. atau nak menambah kelirukan seluruh rakyat pelbagai agama dalam negara dan dalam masa yang sama cuba pula memberi gambaran buruk kepada dunia tentang negara awak sendiri?

Awak ke yang bertanggungjawab sehingga kehidupan pelbagai kaum dan agama di negara ini selama ini begitu aman dan damai?

Hakikatnya, rekod menunjukkan bahawa sejak awak menjadi penentang kerajaan, semua isu-isu sensitif yang selama ini terkawal sudah menjadi luar kawalan! Awak yang memanipulasi setiap keadaan dengan harapan bila keadaan tidak lagi aman, maka ada ruang untuk awak salahkan pemerintah.

Kalau desperado macam mana sekali pun janganlah soal iktiqad pun awak nak politikkan. Tak takut ke akan azab Allah, tuhan penganut Islam? Allah awak tu adalah Allah tuhan orang Islam. Bukan Allah tuhan lain-lain agama.

(Tengok ni…punyalah susah bila dah boleh kongsi nama tuhan. Nak kena bagi tau Allah yang mana. Allah tuhan orang Islam ke Allah tuhan bukan Islam).

Syeikh Anwar Al-Dangkal ni ada satu sifat terpuji, iaitu kekentalan semangat perjuangannya. Walau apa keadaan pun dia akan terus berjuang. Walau hingga titisan mazi terakhir pun dia akan terus mencari jalan agar semua manusia percaya kepada dia.

Kalau dia nak kuasa, apa cara pun dia akan gunakan. Walau macam mana bersalah, mati hidup balik pun dia tidak akan mengaku salah.

Pantang ada peluang dan kesempatan pasti akan dibenafaatkannya sebaik mungkin untuk membolehkan dia menjadi juara rakyat, walaupun terpaksa bermain api dengan Allah dan iktiqad umat Islam.

Cuba baca ayat di bawah ni…Macam mana dia susun sesuatu isu dengan ayat yang akhirnya setiap kesalahan akan kelihatan dilakukan oleh orang lain.

“Anwar mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO”.

Dia yang secara semberono memanipulasi setiap isu tapi akhirnya orang lain yang dituduh semberono dan dijadikan kambing hitam.

Ternakan kambing hitam Syeikh Anwar ada di mana-mana. Dalam PKR, dalam PAS, dalam UMNO, semua ada...

Sekarang ternakan kambing hitam dalam PKR sedang disembelih...Kambing hitam tu diberi nama Zulkifli Nordin.

PKR - MACAM-MACAM ADA!

Dipetik dari tulisan: Dr Novandri Hasan Basri

Seperti yang penulis jangkakan, salakan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), hanya sekadar membuang masa dan tidak akan mungkin mengganggu Lim Guan Eng Sosialis, walau sedetik pun.

Sekarang, PKR di Pulau Pinang diibaratkan seperti sampah oleh DAP Sosialis. Kepimpinan PKR negeri tidak mampu untuk bersuara dan mereka pasti akan diperbodoh-bodohkan oleh Guan Eng Sosialis dan orang-orang beliau.

Satu persatu, DAP Sosialis sudah mulai membuka pekung di dada kepimpinan PKR Pulau Pinang dan taktik begitu sudah diramalkan untuk menutup mulut pemimpin-pemimpin PKR yang lantang mempersoalkan kewibawaan Guan Eng Sosialis.

Zahrain Mohd Hashim didakwa sebagai seorang ahli politik yang 'frust menonggeng' dan kerana itu Zahrain membuat bising.

Seorang lagi pemimpin PKR, Tan Tee Beng, ahli parlimen Nibong Tebal pula turut didakwa 'frust menonggeng' dan 'mengacau' Guan Eng kerana Guan Eng menolak ke tepi cadangan PKR negeri yang mencalonkan beliau menjadi pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Tan Tee Beng juga didakwa campurtangan di dalam proses tender Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) bagi mendapatkan lot rumah kedai untuk keluarga beliau.

Mohd Razali Abdullah, bekas MPPP yang juga ahli PKR turut diperbodoh-bodohkan sehinggakan beliau menfailkan saman malu terhadap Jeff Ooi, orang kanan Guan Eng.

Pokoknya, kepimpinan DAP Sosialis di Pulau Pinang cuba menutup mulut rakan-rakan politik mereka sendiri dengan cara mengaibkan mereka di depan orang ramai dan tindakan tersebut sudah diramalkan sejak dari mula lagi.

Realitinya, kepimpinan PKR Pulau Pinang seperti sudah tiada maruah lagi dan nama baik mereka telah diconteng dan diperburuk-burukkan oleh Guan Eng.

Yang memalukan sekali ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin tertinggi PKR yang dahulunya diibaratkan jaguh di Pulau Pinang, tidak dapat berbuat apa-apa di negeri beliau sendiri.

Anwar Ibrahim hanya sekadar menumpang kuasa DAP dan tidak mampu untuk menegur Guan Eng.

Malah Anwar Ibrahim sendiri tiada kuasa untuk membantu peniaga-peniaga Melayu di kawasan parlimen beliau sendiri sehinggakan gerai-gerai mereka dirobohkan tanpa alternatif untuk membantu peniaga-peniaga tersebut.

Guan Eng juga cuba menutup kelemahan pentadbiran beliau dengan mengolah statistik pemberian tender yang kononnya beliau telah berlaku adil dan saksama kepada orang Melayu di Pulau Pinang.


Jika kita membaca sekali imbas tentang peratusan pemberian tender tersebut, kita tentu akan termakan dengan kenyataan Guan Eng. Mungkin beliau fikir bahawa orang Melayu Pulau Pinang bodoh-bodoh belaka.

Akan tetapi, beliau sebenarnya tidak menerangkan dengan lebih terperinci tentang nilai tender yang diberikan kepada orang Melayu.

Jika benar, apakah adil jika tender yang kecil nilainya diberikan kepada orang Melayu dan tender yang besar diberikan kepada orang Cina?

Yang 'menariknya' tentang satu lagi modus operandi untuk menutup mulut rakan-rakan politik Guan Eng ialah dengan melabelkan mereka sebagai tali barut UMNO dan Barisan Nasional.

Label yang diberikan itu pasti akan dapat menutup terus mulut sebarang pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang termasuk Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng.

Tetapi, ada satu cara lagi untuk menutup mulut mereka itu. Lim Guan Eng atau pun Anwar Ibrahim mungkin akan menganugerahkan wang ringgit yang banyak kepada Zahrain Mohd Hashim dan Tan Tee Beng.

Kedua-duanya akan bersetuju untuk digantung untuk beberapa bulan. Tatkala itu, mereka mempunyai alasan untuk meninggalkan tanggungjawab di kawasan masing-masing kerana kononnya perlu 'muhasabah diri dan memikirkan karier mereka seterusnya'!

Dan mungkin mereka akan memilih pusat peranginan yang mahal-mahal untuk dijadikan tempat 'menyembuhkan luka yang sangat perit' itu!

Apa pun penulis berharap agar kedua-dua pemimpin PKR negeri Pulau Pinang tidak senang dibeli oleh Guan Eng.

Yang penting sekarang ialah Lim Guan Eng patut dilucutkan jawatan dan hanya satu cara yang boleh dilakukan iaitu dengan mengulingkan kerajaan DAP Pulau Pinang

Nuffnang