Tuesday, March 23, 2010

MENGAPA INI TERJADI?

SOALNYA MENGAPA INI TERJADI?

“POLITIC is the art of possible”, kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck.
Mungkinkah kerana berpegang kepada falsafah itu tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti.
Terakhir anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, 65 mencuba falsafah itu. Sebelumnya Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Manakala anggota parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dipecat sebagai ahli parti. Sekarang jumlah anggota parlimen PKR tinggal 27 orang.
Rakan-rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kekal 28 kerusi dan PAS juga bertahan 23 kerusi. Pada awalnya jumlah anggota parlimen yang menang atas tiket PAS ada 24 kerusi, namun Datuk Ibrahim Ali enggan mengakui hakikat itu.
Jadi PAS terus kekal dengan 23 kerusi biar pun ada pertambahan dengan satu kerusi di Kuala Terengganu pada Januari 2009.
Politik ikut cuaca juga melanda wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Mereka lebih ramai yang sudah beralih angin.
Segala cerita bermula di Perak pada awal tahun lepas. Dua Adun PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) dilaporkan hilang, tiba-tiba mereka muncul bersama Datuk Seri Najib Razak.
Turut hilang Adun DAP, Hee Yit Fong (Jelapang). Amalan politik mereka menepati ramalan Otto Von Bismarck, segala kemungkinan boleh berlaku. Benarlah dikatakan ia seumpama cuaca.
Jamaluddin, 53, sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan.
Manakala Osman, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak.
KOMEN:

Persoalan tentang berita dan bilangan kerusi itu tidak penting. Sebenarnya, yang lebih penting ialah mengapa ”keluar parti” ini terjadi? Ini perlukan jawapan yang jelas dan benar. Bukan suatu andaian atau pendapat main hentam saja. Dalam dunia realiti, sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Pokok pada persoalan ini hanyalah satu iaitu ”KECEWA DENGAN KEPIMPINAN”. Kepimpinan mementingkan bulu, mengutamakan kroni dan kedudukan atau taraf sosio-ekonomi. (Maksudnya, yang kaya diutamakan. Yang dulunya ada kedudukan, akan diberikan jawatan serta-merta.) Perkara mengenai kemuliaan Islam dan kedudukan Melayu bukan lagi menjadi dasar perjuangan. Tidak berani bercakap dua perkara ini demi menjaga hati ”rakan se pakatan”. Alangkah hinanya perjuangan ini! Jangan lah diberikan alasan mereka yang keluar itu kerana mendapat habuan dari pihak lain. Ini alasan macam budak-budak hingusan yang hanya dipujuk dengan gula-gula. Ini soal perjuangan, macam YB Datuk Ibrahim Ali. Dia lebih selesa berjuang sebagai ahli Bebas. Bebas bercakap segala penyelewengan. Kalau duduk dalam parti, akan susah jika bercakap perkara-perkara dasar parti. Kelak nanti dihadapkan ke JK Disiplin parti yang entah apa-apa. Kemudian, tanpa banyak pertimbangan akan dipecat. Lebih teruk lagi, buat sembahyang hajat diturunkan bala atau laknat kepada YB yang berkenaan. Yang menghairankan, sembahyang hajat supaya tunjukkan kebenaran tentang MELIWAT tak berani nak buat. Sepatutnya buatlah supaya rakyat jelas perkara ini. Bukan sahaja tak buat solat hajat, malah pelbagai fatwa dikeluarkan. Konon-kononnya, mereka sahajalah ulamak yang direstui ALLAH swt.

Peristiwa di Perak, ditakdirkan terjadi begitu. ALLAH Maha Adil dan Pengasih. Kasihkan kepada orang Islam dan Melayu di Perak, maka kerajaan PR tumbang. (Faham-faham saja le!) Kita orang Melayu Perak sepatutnya bersyukur.

No comments:

Nuffnang