Tuesday, March 23, 2010

HANCUR - ZAKAT PULAU PINANG!

Inilah ceritanya bila kafir laknat memerintah. Bacalah, biar sampai faham.
(Petikan sumber daripada Berita Harian)
FEB 17 — Siapakah bakal dilantik Pengerusi Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Pusat Urus Zakat (PUZ), syarikat yang diamanahkan mengendalikan urusan zakat di Pulau Pinang?

Berjayakah kerajaan negeri pimpinan DAP untuk ‘menguasai’ PUZ dengan mencadangkan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menduduki jawatan itu, yang sebelum ini secara tradisinya disandang oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Mengapa pula kerajaan negeri begitu berminat untuk menempatkan Mansor menduduki kerusi itu walaupun beliau bukannya YDP Maipp mahupun Ahli Majlis Maipp sehingga dibantah keras oleh Umno Pulau Pinang?

‘Arahan’ kerajaan negeri kepada Maipp yang memiliki kepentingan 100 peratus dalam PUZ melalui surat yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, bukannya Ketua Menteri, Lim Guan Eng, supaya melantik Mansor, juga dilihat pelik oleh Umno kerana Abdul Malik tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk mengeluarkan surat itu.

Umno melihat cadangan pelantikan Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sebagai usaha kerajaan negeri untuk memanipulasi hal-ehwal zakat bagi kepentingan politik, bukannya golongan asnaf.
Lantaran itu, Umno Pulau Pinang mahu YDP Maipp, Ellias Zakaria, dilantik menjawat jawatan berkenaan kerana beliau mempunyai latar belakang yang tepat bagi menguruskan institusi zakat di negeri ini. Ellias yang juga bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri juga mahu mempertahankan tradisi yang diamalkan sejak PUZ ditubuhkan pada 1994, iaitu YDP Maipp juga menyandang jawatan Pengerusi PUZ.Malah, mesyuarat Ahli Majlis Maipp yang diadakan baru-baru ini juga menyaksikan ada ahli majlis yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri itu. Dan, apakah keputusan mesyuarat seterusnya yang dijadualkan pada akhir bulan ini.


Yang menjadi persoalan ialah kenapa kerajaan negeri begitu berminat dengan jawatan Pengerusi PUZ selepas gagal untuk ‘memiliki’ kerusi YDP Maipp. Adakah ia kerana PUZ yang menguruskan kira-kira RM40 juta kutipan zakat setahun, dilihat seperti ‘lembu susu’ oleh pihak yang berkepentingan sehingga merebut untuk menguasainya.

Sebenarnya, usaha pakatan pembangkang – DAP, PKR dan Pas — untuk menguasai Maipp dan seterusnya PUZ bermula sejak mengambilalih Pulau Pinang pada Mac 2008. Ketika itu, YDP Maipp yang juga Pengerusi PUZ disandang oleh Shabudin Yahaya.Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan sejak 2004 hingga kini, ‘ditekan’ supaya melepaskan jawatan dalam Maipp.

Lantaran tekanan itu, Shabudin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 15 April 2008 selepas mengutuskan surat pelepasan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama negeri. Bagaimanapun, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak memberi perkenan, sebaliknya menitahkan supaya Shabudin terus memegang jawatan itu sehingga tempoh tauliah tamat pada Disember 2009.

Pada masa sama, perbincangan diadakan di antara wakil kerajaan negeri diketuai Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin (meletak jawatan pada April 2009) dengan pemimpin Umno. Mereka setuju bahawa individu yang bakal dilantik sebagai YDP Maipp mestilah bukan orang politik bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.Kedua-dua pihak bersetuju mencadangkan nama Ellias yang juga pensyarah USM kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai pengganti Shabudin selaku YDP Maipp dan kemudiannya diperkenankan.

Bagaimanapun, ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir pada Ogos 2009 berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas, isu jawatan YDP Maipp muncul semula.Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat pengumuman jika calon Pas, Mohd Salleh Man, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menang pilihan raya kecil itu, beliau akan dilantik sebagai YDP Maipp walhal Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Ellias.

Mesyuarat Exco kerajaan negeri turut bersetuju melantik Mohd Salleh mengisi jawatan berkenaan, sekali gus membelakangkan keputusan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sekali lagi masalah timbul kerana kerajaan negeri bukan saja mengetepikan perkenan Seri Paduka tetapi juga mempermainkan harapan penyokong Pas yang mahu wakil mereka juga mendapat jawatan dalam kerajaan negeri setelah Mohd Hamdan tidak diberikan apa-apa jawatan.

Apabila Shabudin mengosongkan kerusi jawatan YDP Maipp dan diganti oleh Ellias seperti diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, penyokong Pas hanya menggigit jari untuk melihat wakil mereka mendapat jawatan berkenaan dan berasakan seolah-olah mereka dipermain-mainkan kerajaan negeri.Jadi untuk tidak menghampakan harapan Pas yang menjadi penyokong setia walaupun dilayan seperti ‘melukut di tepi gantang’, Mohd Salleh diberi jawatan sebagai Timbalan YDP Maipp.

Selepas gagal menguasai kerusi YDP Maipp, maka kerajaan negeri kini berusaha untuk menguasai PUZ dengan mencadangkan Mansor yang juga Adun Penanti untuk menjadi Pengerusi PUZ.

Motif sebenar cadangan itu tidak diketahui, tetapi sekiranya apa yang didakwa oleh Umno Pulau Pinang bahawa ia bermotifkan politik, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi umat Islam termasuk pembayar zakat.Justeru, bantahan itu perlu dipandang serius kerana campur tangan politik dalam pengurusan zakat memungkinkan ada golongan yang layak menerima zakat akan dipinggirkan kerana fahaman politik yang berbeza, selain gagal memastikan pembangunan masyarakat Islam terpelihara.
Bukannya menyokong mana-mana pihak tetapi sekadar peringatan kepada kerajaan negeri bahawa apa yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang mungkin boleh berlaku terutama dalam keghairahan parti politik untuk mencari sokongan dan meluaskan pengaruh masing-masing.


Justeru, kemelut ini perlu diselesaikan segera kerana ribuan penerima zakat di bawah sana sentiasa menunggu bila hak mereka akan tiba dan pada masa yang sama imej institusi zakat juga perlu bersih. Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, semua pihak sepatutnya berusaha memartabatkan institusi zakat dengan meningkatkan kesedaran di kalangan umat Islam supaya membayar zakat, serta memantapkan sistem pengurusan zakat bagi memastikan pembangunan umat Islam terpelihara. Kita tidak mahu akibat perebutan siapa yang berhak menjadi Pengerusi PUZ menyebabkan pengurusan zakat menjadi berkecamuk sehingga menjejaskan nasib penerimanya, sekali gus mencemarkan imej Islam.

Ketepikan segala permasalahan dan buat keputusan terbaik kerana kita tidak mahu ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’. — Berita Harian


Komen:


Lihatlah betapa liciknya Pakatan Rakyat “menghakmilik” harta orang lain menjadi harta mereka. Harta orang Melayu Islam Pulau Pinang. Entah apa lagi yang mereka akan ambil. Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pun terjadi sebegini.

Cuba tengok pula satu perkara lagi yang mereka hendak buat. Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan… apa motif sebenarnya. Lihat dan fikirlah secara mendalam. ”Pilihan raya PBT hanya mainan politik pembangkang!”
Secara logiknya, pilihan raya kerajaan tempatan hanya menyebabkan politiking sepanjang proses itu. Ia bertentangan dengan mandat atau peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sepatutnya menumpukan kepada kaedah terbaik dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pemilihan itu turut membabitkan sejumlah wang, masa dan tenaga banyak. Tetapi apabila kerajaan Pulau Pinang dan Selangor bercadang mahu mengadakan pilihan raya pada peringkat kerajaan tempatan, maka maksud tersurat dan tersirat di sebalik proses itu sebenarnya tersembunyi beberapa muslihat besar.
Kenapa bersungguh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan selepas sekian lama ia dimansuhkan? Pilihan raya kerajaan tempatan antara lain membabitkan kawasan Bandar Kuala Lumpur untuk memilih ahli majlisnya. Pilihan raya itu bagaimanapun dimansuhkan pada 1970. Sejak itu, tiada lagi pilihan raya kerajaan tempatan dan selepas 40 tahun berlalu kenapa kerajaan pakatan mahu ‘menghidupkan’ semula pemilihan berkenaan?


"Mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan banyak politiking dan tidak memberi manfaat kepada rakyat selain menghabiskan perbelanjaan".

Syed Ali Alhabshee
Setiausaha Barisan Nasional

Persoalan pertama timbul ialah siapa bakal bertanding pilihan raya itu? Apakah ia membabitkan proksi parti politik atau individu tulen yang mahu berkhidmat sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengadakan pilihan raya itu tidak lebih kecuali ada motif politik.(Hendak mengalihkan fokus kepada kelemahan pentadbirannya)

Ketika kerajaan pakatan pimpinan beliau menghadapi kemerosotan sokongan rakyat Pulau Pinang serta kritikan pemimpin ‘parti sahabat’ sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka cadangan beliau antara lain sebagai kaedah mengawal kerosakan terhadap DAP. Cadangan Guan Eng juga tidak lebih daripada sekadar mahu mengalihkan tumpuan umum terhadap kelemahan kerajaannya.

DAP menguasai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. PKR pula mengisi 9 kerusi dan 1 milik Pas, manakala 11 milik Barisan Nasional (BN). Andai pilihan raya itu dibenarkan, Guan Eng berasakan DAP mampu mengulangi keupayaan seperti ketika pilihan raya umum 2008 lalu. Kemenangan itu akan dicanang, dimanipulasi dan dieksploitasi menjadi pelbagai bentuk isu serta modal politik parti pembangkang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyokong cadangan Guan Eng kerana berfikiran sama iaitu pilihan raya berkenaan boleh dijadikan kaedah mengawal kerosakan PKR yang kian mereput kerana satu persatu pemimpinnya meletakkan jawatan dan keluar parti. (Taktik mengalihkan perhatian seperti tunjuk ajar DS Anwar Ibrahim )

“Pilihan raya kerajaan tempatan adalah agenda politik parti pembangkang semata-mata untuk memenuhi janji politik mereka,” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ini boleh dijadikan peluang untuk menguji kekuatan parti dalam kawasan itu. Ini satu strategi (politik),” kata aktivis Tan Sri Lee Lam Thye pula.

Komen:

Wahai sahabat-sahabat seMelayu dan seIslam, marilah kita merenung semua TIPU MUSLIHAT yang sedang dirancangkan. Fikirkanlah tentang anak-anak cucu kita yang akan mendiami negara ini. Kita mungkin tidak akan hidup lagi selepas PRU13, PRU14 atau PRU15. FIKIRKANLAH...

No comments:

Nuffnang