Tuesday, March 23, 2010

CERITA BOHONG DAN DONGENG.

Cakap saja bolehlah. Siapa pun boleh cakap macam-macam. Realitinya mana ada. Cakap untuk tipu orang bolehlah. Yang peleknya, yang dok kena tipu tu tak bisa sedar. Dok kena tipu sedia. Tak usah cakaplah. Kami di negeri Perak, dah masak sangat permainan "tipu-menipu" ni. Cakap bolehlah. Modai air liur.

Baca berita di bawah ini. Saya ambil dari Harakahdaily. Bukan surat khabar lain pun. Bangunlah saudara seIslam ku...Bangunlah!

KUALA LUMPUR, 23 Mac: “Kalau DAP (dan) Pakatan Rakyat dianggap ‘anti Islam’, adakah Umno dua kali ganda ‘anti Islam’ kerana memberikan peruntukan yang jauh lebih sedikit waktu memerintah kerajaan negeri dulu,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, beliau menempelak dakwaan Umno bahawa DAP melaksanakan dasar ‘anti-Islam’ di Pulau Pinang apabila membacakan jumlah peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri era Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional untuk perkembangan Islam.

“Waktu kita ambil alih kerajaan (2008), kerajaan Umno beri peruntukan (sebanyak) RM12.5 juta untuk perkembangan Islam di Pulau Pinang, selepas kita memerintah (2009), kita naikkan pada RM20.5 juta,” jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP di Dewan Rakyat pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri turut meningkatkan peruntukan kewangan untuk aktiviti perkembangan Islam sehingga RM24.3 juta pada tahun ini.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam sesi soal jawab, mendakwa Guan Eng dan DAP mengamalkan sikap anti-Islam ketika mentadbir kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Utusan Malaysia turut didakwa cuba menutup pencapaian sebenar kerajaan negeri dalam memelihara kepentingan Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang.

Tidak cukup dengan mendakwa Utusan Malaysia sebagai ‘utusan fitnah’, beliau turut mendakwa akhbar tersebut juga mengamalkan sikap anti Islam demi merealisasikan cita-cita Umno untuk menguasai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kelak.

Pun begitu, beliau melahirkan rasa yakin bahawa rakyat Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan dakyah ‘anti Islam’ yang dipropagandakan oleh akhbar Utusan Malaysia kerana rakyat sekarang bermaklumat dan bijak menilai berita dari akhbar tersebut.


Komen:

Memang le banyak (lebih sikit), tapi wang zakat dah jadi apa??? Jangan temberang la semua tu. YB Zahrin dah timbulkan soal ini hingga keluar parti. Kalau tidak bekas Timbalan Ketua Menteri tak letak jawatan. Kita kena tanya pasai apa? Ini yang penting dulu. Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka terlungkup habis di telan laut. Tak habis-habis dia orang menyebarkan pembohongan.

No comments:

Nuffnang