Monday, March 22, 2010

CERITA DOKTOR TUA

Saya bawa sebuah cerita lagi. Saya panjangkan untuk bacaan semua sahabat. Baca, jangan tak baca!

Oleh Teh Tarik Satu!

Panas dan kecoh. Mungkin itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan pergolakan terkini yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meletakkan jawatan Khamis lalu kerana pelbagai sebab termasuk tekanan, kini heboh diperkatakan yang Timbalan Presiden PKR yang baru dilantik sebagai senator, Dr. Syed Husin Ali akan disingkirkan.

Semuanya gara-gara kerana nafsu rakus Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggantikan beliau dengan kekasih gelapnya, Azmin Ali.

Sumber-sumber dalam PKR memberitahu kawan, akibat merajuk denagn perbuatan Anwar, Dr. Syed Husin telah menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden dalam waktu terdekat ini.

``Hasrat beliau telah dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat Biro Politik PKR tiga hari lalu walaupun beliau belum lagi menyerahkan surat perletakan jawatan.

``Tampak seperti ada perancangan rapi untuk memberi tekanan dan melemahkan beliau dengan harapan beliau akan meletakkan jawatan,'' kata sumber tersebut kepada kawan.

Kata sumber itu lagi, hasrat perletakkan jawatan beliau sebenarnya sangat tidak manis untuk dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik kerana ia masih dianggap desas-desus.

``Lainlah jika beliau telah menghantar surat perletakan jawatan dan mengumumkannya secara terbuka. Ini baru di peringkat 'merajuk' dan ia boleh berubah jika beliau dipujuk,'' menurut sumber itu lagi.

Kawan mulanya enggan mempercayai perkara tersebut, maklumlah bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia itu baharu sahaja dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kini telah bergelar Yang Berhormat selepas 50 tahun berkecimpung dalam politik.

Namun selepas bertanya dengan beberapa rakan dalam Cawangan Khas, nyata kisah tersebut juga sedang rancak dipantau oleh mereka.

Bagi kawan, isu ini akan menjadi satu lagi episod menarik dalam PKR.

Yang terus gembira tentunya Azmin dan pemain watak duka dalam cerekarama baru ini pula sudah tentu Dr. Syed Husin sendiri.

Kawan yakin Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah tidak akan mampu mempertahankan kehendak Anwar untuk menyingkirkan Dr. Syed Husin secara terhormat kononnya.

Kawan tahu apa sebab Anwar mahu singkirkan kuda tua tersebut. Bagi Anwar, Dr. Syed Husin adalah pemimpin lama dan lembab. Beliau tidak mampu memberikan nilai tambah kepada PKR walaupun PKR terbentuk daripada gabungan parti yang dipimpin oleh Dr. Syed Husin dan bonekanya, Wan Azizah.

Lagipun, beliau bukanlah seorang pemimpin yang agresif. Anwar kini hidupnya dan karier politik beliau berada pada titian yang amat halus. Beliau boleh musnah gara-gara penglibatannya dalam skandal liwat bersama seorang lagi bekaskekasih gelapnya, Saiful Bukhari di mana perbicaraan mengenainya akan bermula tidak lama lagi.

Justeru, Anwar mengharapkan seorang yang hebat untuk memimpin PKR kerana Wan Azizah juga tergolong dalam kategori lembab berpolitik. Sedangkan Azmin, bagi Anwar memiliki ramuan yang hebat untuk membawa PKR untuk bangkit semula di mata rakyat.

Maklumlah, PKR sudah semakin hilang momentum tarikannya di kalangan rakyat jelata termasuk golongan marhaein. PKR hari ini bukan lagi macam PKR pada pilihan raya umum 2008. Taringnya main tumpul dan kelunakan mendengar hujah-hujah pemimpinnya dalam pentas ceramah juga semakin hilang gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda pemimpin parti berkenaan termasuk terlibat dalam skandal seks dan rasuah.

Mungkinkah pelantikan Dr. Syed Husin sebenarnya, satu cara beliau menolak ke tepi pemimpin yang pernah merajuk ini selepas Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan fahaman sosialis adalah adik kepada komunis?

Adakah Dr. Syed Husin sedang makan hati dan merajuk dengan Anwar? Kita nantikan pengumuman mengejutnya dalam waktu terdekat ini. Kawan yakin rajuknya kali ini tidak akan terpujuk.

Mesej cerita.
Saya secara peribadi berpendapat, bila dah dapat kuasa di Putrajaya nanti, yang tua-tua semua kena pancung.. Kecuali dia sorang saja tua. Betui tak????

No comments:

Nuffnang