Wednesday, March 31, 2010

CAKAP DAN ALASAN MEMANG MUDAH.

Kita akan bercerita tentang petikan di bawah!

Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan . Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.

Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak. Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.


Soalnya sekarang, melalui Pakatan Rakyat, bagaimana PAS hendak laksanakan semua ini? Dulu, soal kafir-mengkafir menjadi senjata untuk menyerang UMNO kerana bekerjasama dalam Barisan Nasional (bersama MCA dan MIC). Isu Negara Islam juga merupakan pegangan PAS. Tapi, sekarang sudah tidak kedengaran lagi kedua-dua isu ini sebab hendak jaga hati "kawan-kawan baik" PAS dalam Pakatan Rakyat. Mana boleh sebut lagi soal kafir-mengkafir dan negara Islam. Jadi, sejauh mana praktikalnya perkara-perkara yang dinyatakan dalam petikan di atas hendak dilaksanakan sekiranya ditakdirkan mereka menjadi kerajaan. Macam mana PAS hendak membasmi perjudian dan pelacuran di Selangor atau Penang??? Maka, itulah dikatakan CAKAP MUDAH, ALASAN PUN MUDAH!

No comments:

Nuffnang