Thursday, March 4, 2010

MENGAPA TERUS MENIPU RAKYAT?

Saya petik secebis berita dari Harakahdaily.net. bertarikh 04 Mac 2010:

"Wakil-wakil rakyat muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap beberapa wakil rakyat `veteran’ yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Rakyat sebagai musuh pada masa depan negara dan mengkhianati harapan rakyat.
“Tindakan mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih (mereka yang terbabit) untuk perubahan dua tahun lalu,”

Perkara-perkara "putar-belit" yang perlu direnungi sedalam-dalamnya. Banyak yang BETUL atau TIDAK BETUL? Kata mereka:

i. Tindakan mereka yang terbabit meninggalkan parti itu bukanlah disebabkan dasar parti yang tidak adil.

ii. Inisiatif mereka yang terbabit keluar dari parti itu disebabkan oleh masalah yang terlalu peribadi, yang menjurus bukan kepada kepentingan rakyat.

iii. Wakil-wakil rakyat belia (muda) PKR menganggap pemimpin-pemimpin veteran PKR terbabit sebagai "biawak-biawak hidup".


Ini merupakan perkara biasa dalam perjuangan politik. Ada yang bercorak peribadi. Akan tetapi, ada juga yang mengutamakan keikhlasan. Ada yang ikhklas sehingga berani membuat teguran. Sifat ini adalah sifat terpuji dan mulia kerana risikonya mungkin menjatuhkan maruahnya, mendedahkan dirinya kepada ancaman akan "dipukul", dicaci, dimaki dan sebagainya. Inilah sikap orang-orang veteran yang lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang-orang muda yang baru setahun jagung dalam dunia politik. Bak kata orang-orang, "ubun-ubun pun masih lembut lagi".

Maaf cakap: Orang-orang muda (terutamanya YB belia PKR) lebih suka menjadi pengikut yang setia membuta-tuli tanpa berfikir panjang. Ketahuilah bahawa orang-orang veteran ini lebih dahulu makan garam. Lebih matang dalam berpolitik!

Janganlah menyalahkan orang lain kalau rumahtangga sendiri porak-peranda. Kadang-kadang, isu luaran hanyalah antara 20-30% sahaja, yang selebihnya adalah isu dalaman. Lihat semula isu-isu yang terjadi di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor.Fikirkan juga, mengapa terlalu banyak sangat akativiti-aktiviti maksiat (perjudian, pelacuran, VCD cetak rompak, penagihan dadah) berlaku pada masa ini?

Mengapa isu-isu kepentingan peribadi sahaja yang ditonjolkan sebagai alasan YB-YB mereka keluar parti? Apakah YB-YB ini tidak memikirkan soal maruah peribadi mereka yang digelar sebagai pengkhianat? Sudah tentu mereka sudah tidak sanggup lagi bersekongkol atau bersubahat dengan apa yang sedang dilakukan.

Mengapa UMNO dipersalahkan? Apakah handal sangat ke UMNO untuk memecahbelahkan atau mempengaruhi mereka? ALLAH swt. adalah YANG MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI.. Janganlah MENIPU RAKYAT!!! lagi. Sokonglah pemipmpin-pemimpin yang ikhlas, sanggup menggadai maruah, nama baik demi keamanan negara dan keagungan Allah swt. Bukan pemimpin yang sanggup memutarbelit isu asalkan disenangi oleh "rakan kerabatnya".

Harper's MagazineNew York MagazineThe Crisis Magazine

Tuesday, March 2, 2010

PKR MENUJU KEHANCURAN!

Menurut sebuah akhbar hari ini, seorang bekas orang kuat PKR menyatakan bahawa terdapat lebih 10 orang wakil rakyat mereka akan keluar parti. Katanya lagi..
"Mereka tidak akan melompat pada masa yang sama. Mereka akan muncul seorang atau dua orang sekali. Seperti dalam sukan tinju, ada regu masing-masing."

Wednesday, February 24, 2010

MENDEKATI RAKYAT

Saya terpanggil di pagi ini untuk menulis tajuk ini setelah membaca akhbar Utusan Malaysia hari Rabu - 24 Februari 2010. Seronok hati bila baca ruangan muka 10 yang berjudul: Menjuarai isu rakyat.

Pernyataan yang saya petik ini cukup jelas dan ikhlas dari pengarang ROHANA MAN (maaf kerana menyebut nama cik@puan)

"....KESUNGGUHAN Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak mendekati rakyat pelbagai kaum terutama rakyat biasa semakin hari semakin menyerlah. Tanpa mengenal erti penat dan lelah terutama dalam keadaan cuaca yang panas terik sekarang, Najib tetap bersemangat turun padang menemui dan beramah mesra dengan rakyat di seluruh pelosok tanah air."

Sebenarnya apa yang dinyatakan ini adalah benar tentang YAB Perdana Menteri Malaysia yang keenam ini.Lihat petikan berikut:

"Najib bukan cakap kosong tetapi dia melaksanakan dan mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat. Inilah yang rakyat mahu," kata Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya ketika dihubungi.

Wednesday, February 17, 2010

BAHAYA "FIRAUN KECIL"!

Seronok juga baca akhbar Berita Harian -17 Februari 2010, cerita fasal AGENDA FIRAUN KECIL. Siapa sebenarnya... Sekarang ini, memang banyak isu yang sedang menghantui fikiran warganegara Malaysia. Kadang-kadang, sakit kepala juga kalau difikirkan sangat-sangat. Tetapi, itulah hakikatnya. Permainan politik Malaysia hari ini sudah memasukki era yang "complicated". Bak kata Astro,MACAM-MACAM ADA!

The Arcana of Freemasonry: A History of Masonic Symbolism (Dover Books on History, Political and Social Science)The Black Book: The True Political Philosophy of Malcolm X, El Hajj Malik El ShabazzThe Dawn: Political Teachings of the Book of EstherThe Political Junkie Handbook: The Political Junkie Handbook: A Definitive Book on Politics (The Definitive Reference Book on Politics)


Perkara ini ditimbulkan oleh ahli politik sebenar, YB Zulkifli Nordin yang menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang kini dikuasai oleh "Firaun kecil" yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan agama Islam, Raja dan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya: "Saya cukup yakin ada niat jahat di kalangan "Firaun Kecil" yang mahu melihat saya keluar dari PKR (Parti Keadilan Rakyat)".

Berita yang kedua:
Anuar akui silap pilih calon wakil rakyat PKR.

Secara ringkasnya.."...kesilapannya itu mengakibatkan calon kurang berkemampuan serta tidak mempunyai semangat kuat untuk berjaya menjadi wakil rakyat ....seterusnya mengabaikan kebajikan rakyat.". Itulah ungkapan yang terdapat di dalam berita berkenanaan (lihat ms. 8). Sebenarnya, siapa yang silap??? Bagi saya, yang amat silap ialah wakil rakyat yang berkenaan memilih parti untuk mereka berjuang. Mereka sebenarnya terlalu mempercayai janji-janji manis yang dihamburkan semasa pilihanraya dahulu. Kebanyakan YB yang "terjebak" atau "terjerat" ini telah pun mula nampak cahaya kebenaran yang dapat membezakan lautan kepalsuan. lantaran itu, daripada terus bergelumang dengan dosa lebih baiklah sekarang berundur diri, takut-takut "mati tidak sempat bertaubat". Itulah hakikat sebenarnya yang terpendam di jiwa dan sanubari YB-YB yang berkenaan. Rakyat-rakyat atau pengundi-pengundi di kawasan ini sepatutnya mengucap syukur kehadrat ALLAH swt. kerana diberi taufik dan hidayah untuk sedar dari kegelapan.




Thursday, February 11, 2010

CERITA KARUT LAGI!


BEKAS MB PERAK ITU DIPILIH SECARA SAH MENERUSI PILIHAN RAYA: ABDUL HADI

Ini cerita dalam SINAR HARIAN-EDISI PERAK bertarikh 11 Februari 2010.

Yang menghairankan, "statement" ini mengelirukan dan "memutarbelitkan". Baru semalam, mahkamah sudah memutuskan dengan sejelas-jelasnya. Satu negara, malah satu dunia pun sudah tahu. YAB Datuk Seri Dr.Zambry Abdul Kadir sudah diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah! Ini suatu penghinaan kepada kedaulatan undang-undang negara. Pada peringkat awal, mereka bermain dengan undang-undang dan institusi kehakiman. Mungkin pada ketika itu, mereka nampak dan "rasa" boleh mempengaruhi institusi ini disamping mengajak rakyat bersama dalam kemelut ini. Rakyat yang "tidak mengerti apa-apa" menjadi "pak turut" dengan mengadakan reformasi di merata tempat tanpa menghiraukan pekerjaan dan tanggung jawab kepada keluarga. Wang dikocek semakin berkurangan kerana terlalu sibuk berpolitik dan berdemonstrasi. Inilah hakikat yang kita lihat hari ini.

Mereka tidak pernah dan tidak akan berpuas hati sampai bila-bila sehingga "rakyat yang kerdil" menjadi mangsa dipengaruhi mereka. Rata-rata rakyat yang miskin dieksploitasi dengan mengatakan wujud ketidakadilan dalam segala segi.


Ini lagi satu cerita lagi...SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih mempunyai pengaruh dan menjadi pilihan rakyat meskipun Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah. Katanya, kepimpinan yang diterajui Mohammad Nizar masih lagi kukuh memandangkan ia adalah pilihan rakyat yang mengundi beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu…..

Perlu diingat bahawa kerusi yang ada untuk PR hanyalah 28 sahaja. Yang lebihnya,adalah hak BN. “Statement” mengatakan kepimpinan yang diterajui oleh MN masih lagi kukuh adalah TIDAK BENAR sama sekali. Lagi pun pentadbiran PR di bawah MN selama 11 bulan dahulu cukup mengajar rakyat Perak bahawa pemilihan pentadbiran negeri kepada PR amatlah merugikan. Banyak kelemahan dan penyelewengan berlaku sewenang-wenangnya. Jadi, sebagai rakyat Perak, kami akan cukup berhati-hati, terutamanya pada PRU 13 nanti. Masa itu, barulah ”kayu pengukur” yang sebenarnya berfungsi. Jangan jadi, ”ibarat anjing menyalak bukit”.

Wednesday, February 10, 2010

DIALOG ORANG-ORANG KECEWA!

Hari ini: 10 FEBRUARI 2010
Akhbar: SINAR HARIAN
"Tidak boleh berselindung dengan apa-apa institusi atau sistem melainkan kembali mendapat mandat yang sah daripada rakyat." DSAI.
(Apa kata kalau Datuk Nizar yang menang...lain cerita pulak!) Marilah semua rakyat Malaysia menilai pernyataan ini sedalam-dalamnya.

"Masalah ini hanya dapat diselesaikan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak".DSMNJ.
(ape-ape aje le..)Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.

"Apa yang penting untuk dapatkan kehakiman daripada rakyat itu lebih baik, bubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihan raya baru. Keputusan mahkamah tidak mencukupi kerana lima hakim yang buat keputusan".KS
(Jadi mau berapa orang hakim? 100 ka..1000 ka.. Semuanya tarak botui jugakkkk)

"Harus segera adakan pilihan raya untuk Perak kerana sekarang bukan masa untuk badan kehakiman buat keputusan. Rakyat ialah hakim, kita akan mendesak pilihan raya di adakan." DSHA
(Siapa yang bawa perkara ini ke mahkamah? tak habis-habis...)

"Langkah terbaik menyelesaikan isu di Perak, dengan mengembalikan hak dan majoriti rakyat melalui pe4mbubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan pilihan raya. Zambri harus sedar, tiada undang-undang yang dapat menafikan kuasa rakyat dalam pilihan raya>".MO
(Kalau dah macam tu, tak payah lah bawa perkara ini ke mahkamah. Baik dok sengap-sengap..Bila dah tak berjaya, kona kot lain pulak..)

"Keputusan ini tidak menjejaskan tanggungjawab kami dan kami akan terus melaksanakan tugas dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat." SA

"Barisan Nasional (BN) perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat membuat menentukan pemimpin pada pilihan raya yang diadakan. Paling penting adalah hak rakyat untuk memilih. Jadi, kami sebulat suara bersetuju agar sidang dewan rakyat negeri Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan demi mengembalikan sistem demokrasi di negeri itu". GE
(You siapa mau campur ini hal negeri Perak..You punya negili pun kecoh macam-macam..Jaga lu punya hal sudah lah. Tutuk tiam-tiam..)

"Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Datuk Seri Zambry sebagai Menteri Besar Pewrak yang sah, adalah sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan."DSMNJ
(Apa lagi nak terkejut dan sedih. Allah menetapkan takdirNYA..Kita insan yang kecil kena redha...)

"Maknanya kita tidak payah ada pilihan raya, kita tidak payah ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin negeri atau negara."DSMNJ

Ini merupakan suatu tuduhan yang berat terhadap institusi Raja Berperlembagaan... Perkataan ini tidak sepatutnya keluar... kena banyak muhasabah diri. Jangan ikutkan selera dan nafsu.Ini suatu tuduhan yang melulu..)

Apabila kalah, semuanya tidak betul. Seperti apa yang dikatakan dalam akhbar Berita Harian:
"....kita terima walaupun perkara ini menyedihkan terutama kepada "law abiding citizen" (rakyat yang patuh kepada undang-undang). This is where verdict neglected constitutional principal (keputusan yang mengabaikan prinsip perlembagaan)"..

Maknanya di sini, sekiranya keputusan mengisytiharkan DSMNJ sebagai Menteri Besar barulah dianggap "keputusan yang tidak mengabaikan prinsip perlembagaan". Jadi, kalau kena kepada Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat, maka kehakiman dan perundangan negara dianggap baik dan adil.

Wednesday, January 20, 2010

SEMANGAT KERJA THOMAS EDISON

MENGGUNAKAN contoh kesungguhan bekerja THOMAS EDISON yang tidak pernah berputus asa, sebaliknya sentiasa berfikiran positif untuk menghadapi cabaran adalah suatu penyebaran ilmu motivasi yang baik bagi meniup semangat untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

DALAM menangani masalah pemasaran atau promosi blog sebagai media untuk menjana pendapatan, sebaiknya usaha THOMAS EDISON dalam menghasilkan lampu wajar dijadikan teladan. Kenapa tidak? THOMAS EDISON mencipta lampu sehingga 6,000 kali gagal tetapi terus mencari punca kegagalan sehingga ibunya sendiri menyatakan beliau telah gagal. Akan tetapi, THOMAS EDISON menafikan dengan mengatakan ia bukannya gagal tetapi telah berjaya menemui 6,000 cara yang menyebabkan lampu tidak bernyala.

BEKERJA GUNAKAN OTAK




INI juga direalisasikan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Shafie Afdal bagi mempertingkatkan kerja kaki tangan kementeriannya. Untuk melaksanakan tanggungjawab, perlu ada sikap proaktif, kreatif dan inovatif bagi memastikan pencapaian objektif, visi, misi dan target selain berintegriti, gigih berusaha, sentiasa ingin dan mengambil tahu, berani dan mengamalkan sifat rendah diri.

DALAM konteks penulisan blog, kebebasan berfikir secara kteatif dan inovatif akan memberikan sumbangan besar untuk membangunkan blog dan menjana pendapatan yang tidak terhingga banyaknya.

KERAJINAN mencari ilmu-ilmu dan teknik-teknik pemasaran blog merupakan salah satu ciri-ciri inovatif dan proaktif yang perlu ada pada setiap blogger demi mencapai target disamping memberi sumbangan yang ikhlas kepada dunia blog.Penghasilan blog yang menarik dan cantik adalah sifat-sifat kreatif yang perlu ada pada penulis blog.

KAEDAH pemasaran blog boleh dilakukan melalui laman-laman "sosial media" seperti Facebook, hi5,


Thursday, January 7, 2010

ARAH KEJAYAAN

Kejayaan…..merupakan perkataan yang mempunyai pelbagai makna dan pengertian yang cukup luas. Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza berkaitan dengan konsep dan makna kejayaan ini. Secara keseluruhan dapat dibuat kesimpulan bahawa kejayaan adalah satu pencapaian, kebahagian, kegembiraan, kebanggaan dan usaha.

Jika di hayati dari segi konsep dan makna ini, memang kejayaan memberikan kita satu keseronokan dan kebanggaan. Namun adakah kita sudah sampai ke tahap yang boleh dikatakan kita berjaya atau kita semakin jauh dari maksud sebenar kejayaan itu. Mungkin kata-kata hikmat Rich Port berikut boleh mengukur maksud kejayaan.
DominasiLamanSosial

Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan. Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya

Rich Port.


Marilah bersama-sama menghayati cuitan-cuitan rasa berikut untuk memberikan kita lagi semangat dan hikmah untuk menemui jalan kejayaan yang diimpikan.

Kayakan hati anda sebelum anda menjadi kaya. Berfikirkan berapa banyak anda boleh memberi lebih baik daripada berfikir berapa banyak ganjaran yang boleh anda perolehi.

Jadilah mukmin yang kuat dan melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya dengan berusaha bersungguh-sungguh.

Memperolehi harta itu adalah sebaik-baik perangai setelah beragama. Kita seharunya berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan. Fokus kita adalah untuk mencapai kejayaan disamping dapat membantu orang lain.

Kaedah belajar yang terbaik adalah mempraktikkan apa yang telah diketahui. Insan yang mempraktikkan apa yang diketahui dan kemudian mengajar kepada orang lain adalah insan yang paling banyak mendapat hikmah.

Menuntut ilmu adalah satu tugas yang amat penting, malah ia adalah lebih utama dari mencari harta kekayaan. Ilmu pengetahuan yang diperolehi itu akan memberikan kita keuntungan.

Sikap insan menghalakan cara dia bertindak. Tetapi sikap itu bergantung kepada cara ia berfikir, dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.

Islam menyuruh supaya umatnya berusaha bersungguh-sungguh untuk dunia dan akhirat, seterusnya menekankan umatnya berdikari, berusaha dan bertawakal.
Harap cuitan-cuitan ringkas ini akan memberikan anda rangsangan untuk terus berjaya. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

“Hati perlu kaya sebelum diri menjadi kaya. Berilah sebelum anda menerima ganjaran. Usah mengharapkan ganjaran sebelum anda memberikan sesuatu” .


Bookplanet.com
Raja Affiliate

KEJAYAAN SEBUAH BLOG

Untuk kejayaan sebuah blog supaya menjadi blog yang berhasil, perkara yang pertama harus anda mengerti adalah pengertian dasar dari SEO. SEO atau “Search Engine Optimising” adalah sebuah proses halaman web agar dapat dibaca dengan lebih baik oleh “search engine” yang bersifat ”crawler”. Salah satu kunci keberhasilan dari sebuah website atau blog adalah traffic. Traffic membuktikan bahwa blog tersebut banyak sekali pengunjungnya. Tidak ada traffic bererti sia-sia lah usaha anda bergelumang di dalam dunia blog. Para blogger yang pada awalnya semangat dan rajin sekali “update” blognya, namun setelah beberapa bulan, dengan ketiadaan trafik , tidak sedikit dari mereka yang berundur dari dunia blog. Apakah mereka berundur karena mereka gagal ?

Klik

KUNCI KEJAYAAN BLOG

Sabar dan tekun - Keputusan anda membuat blog bukan merupakan keputusan untuk jangka waktu setahun atau dua tahun, namun merupakan keputusan untuk jangka panjang dan berkala. Mudah sekali untuk memulai sebuah blog…hal yang paling sukar dalam kegiatan blogging adalah cara merawat blog, yang mana dibutuhkan sebuah ketekunan dan kesabaran..tekun mencari traffic melalui blogwalking, tekun mencari backlink, tekun untuk update konten , dan lain sebagainya.

Kandungan yang berkualiti - Membuat kandungan yang unik dan berkualiti merupakan senjata yang paling ampuh untuk mendapatkan ”oneway backlink”. Anda juga boleh mencari backlink dengan memberi komen di blog, follow blog, submit artikel, atau juga melalui link exchange atau tukaran link, namun dengan membuat kandungan yang berkualiti, anda tidak perlu mengeluarkan tenaga dan keringat yang banyak untuk mendapatkan backlink. Kalau anda membaca sebuah blog yang bermutu, biasanya anda akan memberi penghargaan atau sokongan tentang blog tersebut di laman blog anda dan memberinya backlink…..

Keyword - Apa jadinya kalau blog anda sangat menarik dan bermutu untuk dibaca, tapi tanpa keyword yang tepat ? Harus diperhatikan juga bagaimana membuat blog yang SEO. Anda ingin agar blog anda muncul di halaman pertama hasil pencarian..tapi hal ini tidak akan terjadi kalau keyword yang anda gunakan tidak tepat. Akibatnya, blog anda tidak akan pernah muncul di halaman pertama hasil pencarian, blog anda akan tersisihkan oleh blog lainnya yang mungkin sudah mempunyai ribuan backlink, sehingga traffic dari Google akan sangat minimum dan sedikit sekali ( atau bahkan tidak akan pernah dapat traffic dari Google ). Untuk itu, sebelum membuat sebuah blog ,perlu sekali menentukan keyword demi kejayaan blog anda.

Traffic - Setelah kandungan berkualiti anda buat secara rutin dengan keyword yang anda gunakan sudah tepat, maka langkah selanjutnya adalah melangkah untuk mencari traffic. Bagi menjadikan blog anda sempurna, carilah traffic sebanyak-banyaknya dan semampu anda. Beri komen-komen (khususnya di blog do follow), submit artikel di social bookmark ,blogwalking di shoutmix, tukaran link, menyertai perbicangan atau diskusi di forum-forum, bina hubungan baik dengan pengunjung didalam Facebook, twitter, linkedin, myspace, Freindster dan macam-macam lagi…


Kejayaan adalah wang

ImpakAutoBlog

Saturday, January 2, 2010

BERITA 01 JANUARI 2010

BINA MASA DEPAN MAKMUR

Ini adalah harapan YAB. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, agar ekonomi Malaysia bangkit dengan pertumbuhan lebih positif menerusi pengurangan kadar deficit fiscal dari 7.4% kepada 5.6% pada tahun ini. Akan tetapi, matlamat penting ialah untuk meletakkan asas kukuh bagi kemakmuran masa depan negara dengan pembaharuan yang berterusan .

”Masa depan Malaysia yang lebih cemerlang terletak kepada penggabungan serta pemupukan idea, bakat, inisiatif dan semangat seluruh rakyat tanpa mengenal batas dan latar belakang.”

Kerajaan akan membentangkan dua inisiatif penting – iaitu inisiatif jangka panjang melalui model baru ekonomiyang kan menjadi pandua hala tuju pembangunan Negara menuju 2020 seta tahun-tahun berikutnya; dan yang kedua, iaitu inisiatif jangka pendek dan sederhana menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Kunci kejaya terletak kepada peranan proaktif setiap rakyat Malaysia, bukan semata-mata kepada kekayaan sumberf alam malah, modal insan yang berilmu dihiasi semangat keusahawanan waja dalam menjana kekayaan baru untuk Negara.

Pentadbiran PM menggubal enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu:

1. Mengurangkan kadar jenayah.

2. Memerangi rasuah.

3. Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

4. Mempertingkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. dan,

6. Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Membentuk Indeks Pencapaian Utama atau ”Key Performance Indicator (KPI)” bagi rakyat menilai keberkesanan dan kejayaan pentadbiran kerajaan. (Tak mau pandai cakap atau hentam sahaja…)

KEKASIH SUAMI WANITA MATI DALAM ALMARI DITAHAN!

Masyaallah.. baru masuk tahun baru, sudah ada pembunuhan. Inilah bentuk peradaban manusia yang menjalani penghidupan di era 2010. Tiada lagi belas kasihan atau takut pada dosa dan pembalasan di Hari Akhirat.

Mangsa adalah Fazlina bt Ahmad, 39 tahun. Mayatnya telah dibungkus dengan selimut, mulut dan hidung ditutup dengan pita pelekat disorok dalam almari. Mangsa mati dipercayai lemas (tidak boleh bernafas). Peristiwa berlaku di Taman Pinggiran Ukay, Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN BENAR HERALD GUNA KALIMAH SUCI DIKAJI

Tan Sri Harussani Zakaria – Mufti Perak menyatakan:

”Nama Allah tidak boleh disamakan dengan nama Tuhan agama lain kerana Allah bermaksud Yang Maha Esa dan tidak bersekutu denganmana-mana benda. Keputusan itu suatu penghinaan.”

Beritanya ialah:
Kerajaan akan mengkaji perintah perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam, yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah sebelum membuat keputusan sama ada memohon penangguhan perintah itu atau mengemukakan rayuan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan yang menyampaikan penghakiman. Manasabah atau kena pada tempatnya ??? Fikirkanlah . Cerdik pandai agama Islam perlu beri perhatian (Ulamak PAS macam mana??)


HARGA GULA NAIK 20 SEN

Harga gula mentah dunia meningkat RM2.20 sekilogram (kg)..Ini yang meletihkan pengguna. Sekarang ini pun gula langsung tiada dijual.

Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengumumkan bahawa harga baru gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sen sekilogram dan di Sabah dan Sarawak ialah RM1.75 sen sekilogram.

Secara relatifnya, kenaikan harga gula itu masih rendah berbanding Negara ASEAN termasuk Thailand berharga RM2.50 sekilogram, Indonesia –(RM3.40), Singapura –(RM3.05) dan Filipina –(RM3.62)


KELANTAN FAIL PERMOHONAN KETEPI BAYARAN GANTI RUGI

Kerajaan Kelantan failkan permohonan di Mahkamah Rayuan, bagi mengetepikan perintah membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM 800 juta kepada syarikat balak iaitu Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn.Bhd. (Timbermine)

Apa pulak cerita yang ini.. Tak habis-habis lagi.

CUBAAN PECAH REKOD TARIAN TERAMAI

Ini cerita di Georgetown, Pulau Pinang sempena sambutan tahun baru 2010. Peserta seramai 12,000 orang termasuk lah Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang. Hendak buat apa.. orang Islam tak payahlah turun. Duduklah dirumah, buat sembahyang sunat. Memang betul lah PENANG SEMUANYA ADA... maksiat pun banyak.


GRADUAN TAJAAN DISERAP AUTOMATIK

Langkah elak graduan pendidikan menganggur selepas tamat pengajian di IPTA.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata graduan tidak ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia perlu membuat permohonan tetapi tiada jaminan penempatan ke sekolah apabila tamat pengajian.

Berita ini mengecewakan hati para graduan yang bakal menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan di IPTA. Apakah langkah penyelesaiannya nanti???

Tuesday, December 29, 2009

PERSEDIAAN MENULIS BLOG

Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan dan diberi perhatian yang sewajarnya apabila hendak memulakan penulisan blog. Antaranya:


1. Pembentukan karisma blog (power to inspire devotion)

Dalam erti kata yang mudah, blog yang hendak ditulis mestilah mempunyai fokus(hala tuju) atau tema yang jelas. Penampilan blog yang mempunyai tema akan memudahkan pelawat-pelawat hadir untuk mencari maklumat.Lazimnya blog sebegini mempunyai kategori atau "keywords" yang selari dengan "content" blog. Janganlah nanti, "keywords" yang dipilih ialah tentang kucing, tetapi penulisan blog pula berkisar tentang tikus. ...(kan haru jadinya)

2. Persediaan dan perancangan awal (pelan tindakan & perancangan strategik)

Setiap penulisan blog, hendaklah didahulukan dengan perancangan yang teliti serta terperinci terutamanya dari segi "content" yang hendak dihasilkan. Sebaiknya, mesti ada suatu pelan tindakan atau perancangan strategik yang mencakupi perkara-perkara asas dan utama yang akan menjadi maklumat yang amat berguna kepada pelawat. Suatu rangka kerja perlu juga diwujudkan agar proses penulisan blog ini berjalan lancar dan terbantut di separuh jalan. Berikut disenaraikan secara ringkas perkara-perkara yang perlu difikirkan:

a. Topik atau tajuk blog
Penting difikirkan tajuk yang mampu menarik pelawat. Ada kemungkinan tajuk yang dihasilkan itu tidak terlalu unik dan memadai menimbulkan rasa ingin tahu pembaca.
Dari segi sukan, mungkin tajuk yang digunakan ialah "KALAH LAGI..."MALAYSIA JAGUH KAMPUNG.... dan lain-lain. Mengenai politik pula boleh diletakkan tajuk "INFO POLITIK...CAKAP-CAKAP POLITIK .... dan sebagainya.Kalau blog yang menjuruskan ke arah mencari pendapatan tambahan,pemasaran internet, maka tajuknya bolehlah ditulis seperti MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN.... REALITI PEMASARAN INTERNET... MENJADI JUTAWAN DI HUJUNG JARI.. dan pelbagai lagi.

b. Kumpulan sasaran (target group)
Ini juga aspek asas yang penting kerana "target group" menentukan bahasa yang akan digunakan. Blog berkenaan cerita-cerita artis atau gosip, lazimnya akan ditujukan kepada golongan-golongan remaja yang berumur antara 18-30 tahun.Oleh itu, bahasa dalam penulisan blog mungkin "sempoi", santai dan tidak terikat dengan struktur ayat yang berbahasa. Anak-anak remaja lebih menggemari gambar atau video. Kumpulan orang-orang tua antara umur 30 hingga 50 tahun, mungkin menggemari perkara-perkara yang ilmiah untuk mencabar pemikiran. Namun begitu, soal bahasa perlu diambil kira kerana kadang-kadang bahasa yang bersahaja lebih menarik perhatian pembaca. Dalam kajian para blogger, bahasa percakapan harian paling diminati oleh pelawat-pelawat blog.

Nuffnang