Wednesday, April 7, 2010

CARI PASAL SBT PULA!

Tengoklah, tidak habis-habis mencari pasal tentang keburukan orang lain. Sudah kelaziman, setiap yang kerajaan lakukan, tidak akan mendapat pujian daripada beliau. Siapa??? Siapa???? Bacalah petikan berita di bawah...
"Di kawasan luar bandar, murid tahun empat hingga enam, mereka diminta untuk hadir ke kelas tuisyen tersebut selepas mereka menghadiri kelas biasa pada waktu pagi. Biasanya program ini pada waktu tengah hari. Pada waktu tengah hari jugalah mereka perlu hadiri kelas agama, fardu ain, kafa dan sebagainya.

"Saya rasakan bahawa program itu tidak memberikan masa yang sesuai supaya mereka dapat mengamati kelas tersebut," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoal kemampuan guru yang ditugaskan untuk mengajar kelas itu memandangkan sudah terbeban dengan kerja-kerja di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi dalam jawapannya berkata, daripada pemantauan yang dibuat, prestasi murid yang mengikuti kelas tersebut mengalami peningkatan.

Beliau juga menafikan kerajaan akan menghentikan program tersebut namun dihadkan kepada murid tahun enam sahaja.

Nizar dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kementerian membuat pemantauan kepada pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen kerana terdapat banyak rungutan daripada ibu bapa terutama di Parlimen Bukit Gantang bahawa pelaksanaan program ini hanya sekadar melepas 'batuk di tangga'.


Komen:
Kalau kita teliti, Skim Bantuan Tuisyen adalah satu program kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berhasrat membantu pelajar-pelajar berpendapatan rendah tetapi mempunyai potensi untuk cemerlang. Dalam kontaks ini, pelajar-pelajar tidak dipaksa untuk mengikut SBT ini. jadi, kalau sudah menjadi masalah kepada pelajar pihak sekolah tidak keberatan sebenarnya untuk menolak atau menghentikan SBT bagi pelajar ini. Tuduhan mengatakan guru hanya "melepaskan batuk ditangga" adalah amat keterlaluan dan dibuat oleh orang-orang yang tak mengenang budi. Siapa???? Siapa???? Faham-faham sajalah.. Semua yang orang buat, tidak betul.. Tidak bagus... Yang siapa buat betul??? Siapa????

Nuffnang