Wednesday, December 28, 2011

TINGKATKAN TENAGA DALAM BADAN

Geartaker.com

6 LANGKAH MENINGKATKAN TENAGA DALAM BADAN


Adakah anda tahu?

Adakah anda mengalami masalah lesu badan atau kekurangan tenaga? Contohnya, anda sukar untuk bangun dari tidur, cepat lelah apabila banyak menggunakan tenaga fizikal dan ada ketikanya anda langsung tidak bermaya.



Jika YA! ternyata anda mengalami masalah kekurangan tenaga. Jangan biarkan diri anda begitu, cuba atasinya dengan SEGERA. Ikuti langkah-langkah berikut:

1.WAKTU TIDUR CUKUP.

Waktu tidur yang minima adalah lapan jam. Jika anda tidak mencapai had yang disarankan, cuba susun semula jadual harian anda. Cuba sedaya upaya dapatkan waktu tidur yang cukup. Mulakan dengan mendidik diri anda dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Lama kelamaan diri anda dapat membiasakan waktu tidur yang sempurna.


2.MENGUNYAH MAKANAN.

Ada antara anda yang gemar mengunyah. Tidak kira masa dan ketika, pasti di tangan anda ada sesuatu yang boleh dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah. Sebenarnya, anda boleh melakukan perkara tersebut, asalkan pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak serta, vitamin dan protin. Misalnya kacang goreng, buah-buahan berserat tinggi dan bijirin. Tapi ingat dan elakkan sama sekali mengambil makanan yang kurang zat. Makanan seperti makanan segera memang mengenyangkan tetapi tidak menambah tenaga. Malahan badan anda mungkin akan menjadi bertambah berat.Jadi, jangan jadikan makanan segera sebagai santapan harian anda.



Pantothen Logo

3.SENAMAN YANG TERATUR.

Jangan malas bersenam. Tubuh anda sebenarnya perlukan senaman untuk mengeluarkan peluh.Apabila peluh dikeluarkan, toksin dalam badan akan ikut keluar dan menjadikan badan anda merasa lebih selesa dan cergas.Buat senaman pada waktu pagi dan petangm, atau kedua-duanya sekali.Lakukannya selama 10 minit. Jika anda mempunyai masa yang lebih, lakukannya selama 1 atau 2 jam. Sebaik-baiknya anda berjoging pada waktu pagi dan petang setiap hari. Bukan sahaja badan anda menjadi lebih segar, malah tidur anda juga lebih nyenyak.




4.MINUM BANYAK AIR.

Air memang diperlukan oleh badan manusia.Anda seharusnya mengambil air sebanyak lapan gelas sehari untuk memenuhi keperluan badan. Ini adalah kerana, air bukan sahaja membantu memproses kerja sistem tubuh kita tapi baik bagi kesihatan kulit. Air juga menjadi bahan utama membuang toksik dalam badan. Jika anda tidak gemar mengambil air kosong atau mineral, campurkan sedikit perahan air limau atau sedikit perisa minuman.




5.JANGAN TINGGALKAN BUAH DAN SERAT.

Makanan berserat penting untuk perkumuhan. Pengambilan serat yang cukup memudahkan anda membuang air besar.Apabila najis dalam perut anda di keluarkan dengan sempurna,in juga akan berkurangan. Makanan berserat, terutamanya buah-buahan seperti limau, epal, mangga dan pisang adalah yang terbaik. Pengambiolan yang sempurna menjadikan tenaga dalam badan akan meningkat 100%. Jadi, makanlah buah-buahab banyak.




6.JANGAN LUPAKAN DOKTOR.

Jangan sekjali-kali, anda menjauhkan diri daripada doktor. Pekerjaan doktor bukan sahaja memberikan ubat, malah boleh memberi khidmat nasihat yang berguna untuk kesihatan diri kita. Anda juga akan mengetahui punca masalah yang terdapat dalam diri anda.




Bacaan tambahan, layari Cikgudee-deeShoppe.com

Nuffnang