Sunday, December 11, 2011

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA atau BR1M merupakan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada daripada kerajaan BARISAN NASIONAL untuk isi rumah yang berpendapatan RM3000 dan kebawah.Pembayaran BR1M akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yang layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF). Bagi permohon yang tiada ‘pay slip’ contoh kerja sendiri/kerja kampung, boleh dapat pengesahan dari wakil rakyat atau ketua kampung. #BR1M dianggarkan memberi bantuan kepada 5.2 juta isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM 2.6 bilion keseluruhannya. Belanjawan Kerajaan BN. #BR1M Siapa layak? Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yg tinggal bersama yg sudah kahwin, anak itu pun layak. #BR1M: Ibu & bapa tunggal dan bujang yg ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.

JALUR GEMILANG KEMEGAHAN NEGARA

Hari ini,10 Disember 2011,Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia atau Bantuan Kewangan RM500 mula dibuka. Mungkin juga disebabkan maklumat yang dinyatakan kurang jelas atau pembaca terlepas pandang penjelasan sebelumnya. Jadi sekali lagi dikongsikan mekanisme penting, termasuk syarat kelayakan pemohon, definisi ketua isi rumah dan lokasi kaunter bantuan ini. Moga maklumat ini dapat membantu pembaca.

Syarat Permohonan:

Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:
• Warganegara Malaysia
• Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
• Berkahwin
• Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
• Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
• Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.

Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:

• Borang Pendaftaran BR1M
• Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
• Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

Untuk lebih jelas, boleh layari WEBSITE INI!!!

Di sini terlihat kehebatan PM Malaysia, DS Mohd. Najib dalam memberi keselesaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada rakyat jelata. Tapi, bagi PAKATAN RAKYAT lain pula pandangan dan pendapat mereka..Biasa le tu!!!


Nuffnang