Monday, April 5, 2010

KENYATAAN FITNAH YANG PERLU DISIASAT!

Ini berita saya kutip dari Harakahdaily.

KEMAMAN, 4 April: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar > (Bila pulak yang jadi Speaker sah???) menyifatkan siding DUN yang berlangsung di negeri Perak baru-baru ini bukan sidang ahli-ahli yang berhormat, tetapi adalah suatu sidang polis.

Beliau berkata demikian kerana katanya, kerajaan Umno/BN Perak sekali lagi telah membawa masuk beratus-ratus orang polis ke dalam dewan yang mulia itu.
Betul ke beratus-ratus orang? Cakap mesti mau botol punya....ane!

Selain itu, beliau mendedahkan, bagaimana kerajaan Umno/BN Perak telah membisukan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, memekakkan telinga mereka sendiri dan membutakan seluruh rakyat dalam negara ini.
Ini pun ada botol ka?

"Mereka telah mematikan pembesar suara ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, menyebabkan kami tidak boleh bersuara,

"beberapa orang dari kami telah mengangkat buku ‘perintah tetap’ DUN Perak, namun ‘speaker haram’ Ganesan tidak peduli, dan memekakkan telinga mereka,

"dan mereka telah membawa masuk hanya media yang menyokong mereka, menutup segala komunikasi, dan hanya menyiarkan berita yang ‘membuta’kan seluruh rakyat, dari mendapat tahu berita sebenarnya,”kata Sivakumar dalam ucapannya di majlis Perasmian Festival DUN Chukai, Khamis 1 April, 2010.

Oleh itu, katanya, apa guna semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terus berada dalam sidang DUN, sedangkan tidak boleh berbuat apa-apa, tidak boleh bersuara.


Komen:
Nilai sendirilah…. Apakah pernyataan ini

BETUL ke BOHONG????

Saya sebagai rakyat Perak yang hadir pada hari itu, Nampak dan dengar dengan jelas, siapa yang memulakan kekecohan dengan membawa “banner-banner” kecil yang bercetak computer.. Cukuplah. Duduklah diam-diam!!!!

No comments:

Nuffnang