Kenyataan yang lawak sepanjang zaman!
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Rancangan pengambil alihan kuasa pada 16 September 2008 bukan dicanangkan oleh Pakatan Rakyat sebaliknya berpunca daripada krisis dalaman Umno/BN sendiri yang mahu menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, dakwaan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua Pembangkang di Parlimen cuba membeli ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat adalah tidak berasas sama sekali.
“Apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang tetapi daripada gerakan dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,” katanya.
Ini lagi kartun!
Keratan akhbar Guan Ming Daily,dalam satu majlis makan malam di Georgetown. Guan Eng menunjukkan ego dengan cuba menunjukkan beliau sebagai idola .
Semasa berucap beliau bertanya apakah dengan memberikan bantuan RM100 setahun kepada warga emas adalah salah satu bentuk rasuah atau sebagai pengiktirafan dengan mengharapkan jawapan "Tidak" tetapi sangkaan beliau adalah meleset apabila orang ramai menjerit "Ya,ini adalah rasuah".
Beliau berharap dengan memberikan bantuan RM100 kepada warga emas kononnya dapat membeli kepercayaan mereka,tetapi dimalukan didalam majlis yang dianjurkan beliau sendiri.
Pisau membuat tinjauan,rata rata masyarakat cina di Pulau Pinang sudah nampak akan belang Guan Eng dan DAP,mereka lebih berani menyatakan tidak dan membantah secara berdepan walaupun majlis yang dihadiri adalah majlis yang dianjurkan oleh DAP.
Kaum cina berani nyatakan bantahan dan nampak akan kebobrokan khalifah sosialis kesayangan PAS,namun yang menyedihkan melayu haprak pakatan memberi sokongan membuta tuli terhadap ultra kiasu chauvanist seperti Guan Eng.
Malahan melayu haprak pakatan mengangkat Guan Eng seperti dewa yang turun dari langit,apa yang keluar dari mulut beliau bagaikan wahyu yang patut dituruti.
Guan Eng tak pernah takut,kerana akan ada melayu haprak yang akan mempertahankan beliau walau dengan apa cara sekali pun.
No comments:
Post a Comment