Friday, March 5, 2010

PKR - KIAN LAMA, KIAN RETAK!

Ini adalah petikan untuk tatapan semua rakyat Malaysia!

KUCHING, 3 Mac – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.
Retaknya sudah lama berlaku, ada kumpulan dan individu yang meninggalkannya beberapa tahun lalu, kini kian lama parti itu kian retak dan kian ramai meninggalkan PKR.

Menurut Presiden UMNO, keadaan hilang kepercayaan adalah asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.

”Jadi, itu merupakan asas pokok untuk mereka membuat keputusan meninggalkan PKR,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin PKR keluar parti tersebut sejak kebelakangan ini. Terbaru ia melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohammed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Mengenai keinginan Mohammad Fairus untuk menyertai UMNO, Najib memberitahu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti itu merasakan sudah dikhianati oleh pucuk pimpinan PKR.

Katanya, Mohamad Fairus mengatakan yang dirinya difitnah serta dianiaya hingga merasakan sudah tiba masanya untuk bertindak menyertai UMNO.

Terdahulu dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung PBB, Najib turut menyifatkan PKR sebagai parti yang ‘menyendeng’ dengan menabur pelbagai janji termasuk bintang serta bulan tetapi satu demi satu wakil rakyatnya mula hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti berkenaan.

”Ada orang berbisik sesuatu kepada saya bahawa PKR itu adalah ‘Parti Kian Rebah’ dan kita tidak perlu orang yang tidak terbukti sebagai pembangkang,” ujarnya. -UMNONews/Utusan

No comments:

Nuffnang