Wednesday, September 30, 2015

BERNIAGA MASA PENCEN

NAK BUAT APA BILA PENCEN


Ramai orang lazimnya tertanya-tanya tentang aktiviti harian selepas berpencen. Tidak ramai yang berjaya merancang dengan baik bila tiba masanya untuk berpencen.Lantaran itu, ramai YB (yang berpencen..yang bersara) akan mengalami stress selepas sebulan atau dua bulan selepas bersara.



Buka butik pakaian masa pencen



Foto:Sinar Harian.


Pelbagai soalan timbul sebelum berpencen.

1.Apa nak dibuat selepas pencen?

2.Tuan sudah kayakah, maka mahu pencen?

3.Stress di tempat kerja? Jika ya pencen pun stress juga, nanti stress duit pula.

4.Anak-anak tuan kesemuanya sudah bekerja? Maka tuan ingin pencen?.

Cadangan Sumber Pendapatan Selepas Bersara

TAK TAHULAH? Kebanyakan orang tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada semua soalan tersebut. Apa yang pastinya, jika kita boleh dapat semua apa yang kita kehendaki semasa bertugas dan bekerja, maka tidak perlulah kita pencen, walaupun masanya sudah tiba.



-Jika kita ingin bermain golf, ada orang (kuli batak) uruskan golf untuk kita.
-Jika kita ingin melancong ke luar negara, ada orang uruskan program di luar negara
-Jika kita ingin bersantai dalam negara, bila-bila masa sahaja ada staf yang halalkan cara
-Jika kita ingin makan sedap, makanan datang jumpa kita
-Jika kita ingin menginap di hotel 10 bintang, taukeh hotel datang melutut buat program untuk kita.


Sewaktu bekerja sudah bagaikan duduk dalam syurga dunia(masyaallah, kelebihan syurga akhirat tidak dapat digambarkan), maka tidak perlulah pencen. Kerjalah selagi ada nyawa di badan.

Saya ingin pencen awal sebab saya ingin lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa saya bekerja.

Ia bukan perkara pelik. Ia bukan perkara terlarang, cuma ia tidak boleh dilakukan. Ia barangkali melanggar peraturan.

Perkara-perkara yang boleh dilakukan.
1. Saya ingin tulis buku. Tulis banyak-banyak dan terbitkan.
2. Saya ingin menerbitkan buku @jadi penerbit
3. Saya ingin memberi kursus atau bercakap mengenai perkara-perkara tertentu dalam bidang yang saya tahu, atau saya fikir saya tahu.
4. Saya ingin berniaga, walaupun saya belum pasti apa yang ingin saya niagakan.
5. Saya ingin melancong ke luar negara. Bukan jauh, tempat-tempat yang murah-murah sahaja.
6. Saya ingin kayuh basikal keliling.
7. Saya ingin lepak, sambil minum-minum dengan rakan-rakan. Entahlah, barangkali setelah pencen, rakan pun sudah lari.



Salah satu perkara penting yang ramai orang mahukan tetapi “struggle” untuk capai adalah Kebebasan Masa tetapi disertai dengan Kebebasan Wang.
Cuba perhatikan sekeliling kita, ada orang ada duit tetapi tidak ada masa, ada orang ada masa tetapi tiada duit tetapi yang paling parah ialah tiada duit dan tidak masa serta tidak ada masa beribadat.

Anda boleh cakap wang tidak penting tetapi eventually wang adalah alat yang bagus yang jika anda ada dan tahu gunakannya, anda lebih mudah capai kebebasan masa supaya anda boleh pilih untuk beribadat dan membantu ramai orang dengannya. Kebebasan masa dan wang adalah 2 perkara yang tidak akan diajar di sekolah atau universiti kerana sistem pendidikan kita mengajar supaya kita menjadi pekerja dan bekerja sehingga pencen. Umur pencen dibarat telah dinaikkan mencecah 60 tahun dan ada yang 65 tahun. Kita pun mungkin akan menurut sistem yang sama.



Satu masa dahulu saya pun hampir-hampir terikut sistem yang ada iaitu belajar pandai-pandai dan kemudian dapatkan kerja yang “baik”. “Baik” bagi setiap orang berbeza. “Baik” bagi orang yang bekerja macam saya satu masa dahulu adalah RM1,500-RM2,000 sebulan dan kita bandingkan dengan kawan kita yang dapat RM1,000-RM1,500 sebulan. Memanglah “rasa baik”. Tapi bila saya kenali mereka yang berniaga dan berjaya dengan perniagaan mereka, mereka bukan sahaja mempunyai bracket pendapatan ratusan ribu ke jutaan ringgit setahun tetapi mereka ada masa yang berkualiti dengan keluarga mereka, mereka banyak buat sumbangan wang serta khidmat masyarakat serta mereka ada masa untuk solat berjemaah dan mengaji kitab.


Cara Hidup Islam & Rahsia Kejayaan Perniagaan



Sudah tentu ada yang kaya tapi tidak ada masa untuk keluarga, tidak ada masa untuk ke masjid dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Bukan orang kaya sahaja, mereka yang tak kaya pun lagi ramai macam tu.

Faktanya ialah, ini hidup kita dan kita sebenarnya ada pilihan untuk tentukan hidup bagaimana yang kita mahu bina yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.

Ini soalan yang saya cadangkan anda tanya kepada diri sendiri dan ini mengambil assumption bahawa sekiranya Allah swt berikan anda kesihatan dan umur yang panjang sebagaimana doa anda setiap kali lepas solat.



Adakah kehidupan anda hari ini semakin hari semakin mendekati kebebasan masa dan wang agar anda mempunyai masa untukNya?

Jika ya, baguslah. Jika tidak, pastikan ia menjadi antara agenda utama anda tahun ini iaitu untuk belajar bagaimana untuk merancang agar anda “on-track” mencapainya segera. Jangan tunggu pencen baru nak ada masa dengan keluarga atau Tuhan kerana waktu itu belum tentu sampai.



Berapa ramai hari ini sibuk kerja tetapi gaji masih tidak cukup dan tidak ada masa serta tidak mampu pun berikan kehidupan yang tenang kepada keluarga? Rumah pun tidak mampu nak beli.

berhenti-kerja-makan-gaji-3


Sebab itu antara penyelesaiannyanya adalah mempelajari ilmu berniaga, ilmu pelaburan yang sebenar serta ilmu pemasaran kerana ilmu-ilmu ini telah terbukti berjaya membebaskan ramai daripada belenggu makan gaji dengan mencapai kewangan yang kukuh dalam masa yang singkat serta bebas masa. Of coz semuanya juga mudah bila ada perhubungan yang bagus dengan Allah swt yang Maha Berkuasa.

berhenti-kerja-makan-gaji-5



Kalau diamat-amatkan kisah-kisah kejayaan perniagaan seseorang pasti dikaitkan dengan agama.

Jarang kita temui orang yang berjaya dalam perniagaannya tetapi mereka ini tidak menyumbang kepada agama yang mereka anuti, tidak kira agama Islam mahupun sebaliknya.

Mari sama-sama kita cungkil rahsia ini.

Sebelum memulakan perniagaan,

semak hubungan kita dengan agama. Adakah kita seorang yang patuh kepada ajaran agama?



Sebagai contoh, adakah kita seorang yang tepati waktu solat 5 waktu sehari semalam? Adakah kita taat membayar zakat fitrah & zakat harta setiap tahun? Adakah setiap Ramadhan kita berebut-rebut mengerjakan amalan sunat? Adakah kita tidak pernah bercuti untuk solat dhuha setiap hari?

Jika ya, anda pasti berjaya dalam perniagaan. Jika tidak, eloklah diperbaiki dahulu sehingga menjadi rutin harian, sebelum memulakan perniagaan.

Mengapa?



Kerana dalam sesebuah perniagaan yang berjaya, tiada istilah ‘tokey’ goyang kaki. Tiada istilah rehat & tiada istilah pencen. Selagi mata belum tertutup, selagi itu ‘tokey’ bekerja tanpa henti.

Begitu juga dengan agama, selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita solat tanpa cuti, selagi itu kita berpuasa tanpa ponteng, selagi itu kita bayar zakat tanpa ada tarikh pencen.

Cara Hidup Islam vs Perniagaan Yang Berjaya



Dalam berniaga, pelanggan adalah segalanya. Tanpa pelanggan, bukan berniaga namanya. Apabila pelanggan mencari, kita mesti ada di situ untuknya. Di sinilah solat 5 waktu mendidik kita menepati masa.

Dalam berniaga, sifat amanah dan jujur adalah aset penting. Pelanggan akan kembali kepada kita selagi kita jujur dan amanah. Terlebih bayar, tersilap pulangkan baki, tak cukup sukatan, kerosakan alat penimbang, semua ini berlaku dalam perniagaan. Jika sedar kita betulkan, jika tidak disedari, zakatlah pembersih harta.



Sebab itu, 2.5% daripada pendapatan perniagaan BUKAN hak kita, sebab itu mesti dikeluarkan. Zakat mengajar kita supaya tidak sayang untuk melepaskan harta yang bukan hak kita. Zakat juga menjauhkan diri kita dari sifat kikir, kedekut dan tamak haloba.

Dalam berniaga, kita membuat keuntungan dengan memenuhi permintaan pelanggan. Kenalpasti kesakitan, cari penawarnya. Kenalpasti masalah, cari solusinya. Ramadhan mendidik kita berebut membuat kebaikan. Jumpa orang susah, hulurkan bantuan. Jumpa orang miskin, hulurkan keperluan. Jumpa orang berpuasa, hulurkan air untuk berbuka.



Dalam berniaga, kesabaran adalah kunci kejayaan. Mula-mula buka kedai, stok banyak, pelanggan belum kenal, kita risau stok rosak. Apabila sudah dikenali, stok pula tak dapat tampung permintaan, kita risau pelanggan lari. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran.

Dalam berniaga, servis selepas jualan & khidmat nasihat sangat dihargai oleh pelanggan. Pelanggan pasti akan kembali untuk berurusan dengan kita selagi kita ini berkualiti di mata mereka. Solat dhuha mendidik kita untuk berterima kasih kepada Pencipta di atas rezeki semalam, di samping memohon & mengharapkan agar dimurahkan rezeki pada hari ini.



Kesimpulannya, taatlah kepada agama, anda pasti berjaya. Sekadar ini dahulu renungan untuk hari ini, wallahu a’lam.
Lihat blog saya

Menjana Pendapatan

Monday, September 28, 2015

MENGEJAR DUNIA, MENCARI AKHIRAT

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-NYA dan kami memohon pertolongan-NYA dan kami memohon keampunan-NYA, dan kami berlindung kepada ALLAH dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh ALLAH maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang Berhak Di Ibadahi kecuali ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-NYA dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-NYA dan Rasul-NYA

‎"Sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah (Al-Quran), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru/diada-adakan (muhdats), dan setiap perkara yang baru/diada-adakan (muhdats) adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesasatan tempatnya neraka."

Gulungan yang "Beramal Akhirat Untuk Mengejar Dunia" adalah seperti yang di jelaskan oleh Allah Azzawajalla dalam Firmannya.

Firman Allah Subhanahuwata'ala:
, مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ (15) أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ...16

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Hud [11] : 15-16)


Firmannya lagi : أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ "Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong." Al Baqarah : 86

Gulungan yang "Mengejar AKhirat Dengan Dunia" adalah seperti yang di jelaskan oleh Allah Azzawajalla dalam Firmannya.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? Al An'am : 32

Firmannya lagi : قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا
Dan, carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah keadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi” [Al-Qashash : 77]

Ini lah kenyataan yang sering kita lihat pada umat Islam saat ini. Mereka memang gemar melakukan perkara-perkara Ibadah ,contonya puasa sunnah (iaitu puasa Isnin-Khamis dan lainnya), namun semata-mata hanya untuk menyehatkan badan sebagaimana di nasehat dari beberapa kalangan. Ada juga yang gemar sekali bersedekah, namun dengan tujuan untuk memperlihatkan oleh manusia untuk kepentingan projek atau urusan perniagaan.

Begitu pula ada yang rajin bangun di tengah malam untuk bertahajud, namun tujuannya hanyalah ingin menguatkan badan. Semua yang dilakukan memang suatu amalan yang baik tapi niatnya hanya sekadar kepentaingan diri sendiri..

Firman Allah Subhanahuwata'ala;
, مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ (15) أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ...16

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Hud [11] : 15-16)

Yang dimaksud dengan “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia” iaitu barangsiapa yang menginginkan kenikmatan dunia dengan melakukan amalan akhirat. Yang dimaksud “perhiasan dunia” adalah harta dan anak.

Mereka yang beramal seperti ini: “niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan”.

Maksudnya adalah mereka akan diberikan dunia yang mereka inginkan. Ini semua diberikan bukan kerana mereka telah berbuat baik, namun semata-mata akan membuat terlena dan terjerumus dalam kebinasaan kerana rusaknya amalan mereka. Dan juga mereka tidak akan pernah "yubkhosuun", iaitu dunia yang diberikan kepada mereka tidak akan dikurangi.

Ini bererti mereka akan diberikan dunia yang mereka cari se Nikmat nya (sempurna). Dunia, mungkin saja mereka peroleh. Dengan banyak melakukan amalan soleh, boleh jadi seseorang akan bertambah sehat, rezeki semakin mewah dan pekerjaan terus meningkat. Dan itu selayaknya yang mereka peroleh dan Allah ta'ala pun tidak akan mengurangi hal tersebut sesuai yang Dia tetapkan.

Apakah Balasan Nikmat yang mereka peroleh di akhirat?

Lihatlah firman Allah selanjutnya (yang ertinya),

“Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka”. Inilah akibat orang yang hanya beribadah untuk mendapat tujuan dunia saja.

Sememangnya di dunia akan mendapatkan apa yang mereka inginkan. Adapun di akhirat, mereka tidak akan memperoleh pahala kerana mereka dalam beramal tidak menginginkan akhirat. Ingatlah, balasan akhirat hanya akan diperoleh oleh orang yang mengharapkannya. Allah Ta’ala berfirman,

وَمَنْ أَرَادَ الْآَخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا

“Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (QS. Al Israa’: 19)

Orang-orang seperti ini juga dikatakan: “lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”. Ini semua dikarenakan mereka dahulu di dunia beramal tidak ikhlas untuk mengharapkan wajah Allah sehingga ketika di akhirat, sia-sialah amalan mereka. (Lihat penjelasan ayat ini di I’aanatul Mustafid, 2/92-93)

Sungguh betapa banyak orang yang melaksanakan solat malam, puasa sunnah dan banyak sedekah, namun itu semua dilakukan hanya bertujuan untuk memperoleh kekayaan dunia, memewahkan riezeki, umur panjang, dan lain sebagainya.

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu- menafsirkan surat Hud ayat 15-16. Beliau radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

“Sesungguhnya orang yang riya’, mereka hanya ingin memperoleh balasan kebaikan yang telah mereka lakukan, namun mereka minta segera dibalas di dunia.”

Ibnu ‘Abbas juga mengatakan,

“Barangsiapa yang melakukan amalan puasa, solat atau solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: “Allah akan memberikan bahaginnya didunia yang dia cari-cari. Namun amalannya akan sia-sia (lenyap) di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang merugi”.”

Perkataan yang sama dengan Ibnu ‘Abbas ini juga dikatakan oleh Mujahid, Adh Dhohak dan selainnya.Qotadah mengatakan,

“Barangsiapa yang dunia adalah tujuannya, dunia yang selalu dia cari-cari dengan amalan solehnya, maka Allah akan memberikan kebaikan kepadanya di dunia. Namun ketika di akhirat, dia tidak akan memperoleh kebaikan apa-apa sebagai balasan untuknya. Adapun seorang mukmin yang ikhlas dalam beribadah (yang hanya ingin mengharapkan wajah Allah), dia akan mendapatkan balasan di dunia juga dia akan mendapatkan balasan di akhirat.”

(Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, tafsir surat Hud ayat 15-16)

Hanya Beramal Untuk Mendapat Dunia, Tidak Akan Dapat Satu Bahagian pun Di Akhirat

Kenapa seseorang beribadah dan beramal hanya ingin mendapat dunia? Jika seseorang beramal untuk mencari dunia, maka sememangnya ia akan diberi.

Jika solat tahajud, puasa Isnin-khamis yang dia lakukan hanya ingin meraih dunia, maka dunia memang akan dia peroleh dan tidak akan dikurangi. Namun apa akibatnya di akhirat? Sungguh di akhirat dia akan sangat merugi. Dia tidak akan memperoleh balasan di akhirat disebabkan amalannya yang hanya ingin mencari-cari dunia.

Namun bagaimana dengan orang yang beramal dengan ikhlash, hanya ingin mengharap wajah Allah? Di akhirat dia akan memperoleh pahala yang berlipat ganda.

Allah Ta’ala berfirman,

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نزدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu bahaginnya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” ( Asy Syuraa: 20)

Pelbagai Niat dan Amalan Untuk Memperoleh Dunia

Niat seseorang ketika beramal ada banyak tujuan:
[Pertama] Jika niatnya adalah murni untuk mendapatkan dunia ketika dia beramal dan sama sekali tidak punya keinginan mengharap wajah Allah dan kehidupan akhirat, maka orang semacam ini di akhirat tidak akan mendapatkan satu bahagian nikmat pun. Perlu diketahui pula bahwa amalan semacam ini tidaklah muncul dari seorang mukmin. Orang mukmin walaupun lemah imannya, dia pasti selalu mengharapkan wajah Allah dan negeri akhirat.

[Kedua] Jika niat seseorang adalah untuk mengharap wajah Allah dan untuk mendapatkan dunia sekaligus, entah niatnya untuk kedua-duanya sama atau mendekati, maka semacam ini akan mengurangi tauhid dan keikhlasannya. Amalannya dinilai memiliki kekurangan kerana keikhlasannya tidak sempurna.

[Ketiga] Adapun jika seseorang telah beramal dengan ikhlas, hanya ingin mengharap wajah Allah semata, akan tetapi di balik itu dia mendapatkan upah atau hasil yang dia ambil untuk membantunya dalam beramal (semacam mujahid yang berjihad lalu mendapatkan harta rampasan perang, para pengajar dan pekerja yang menyokong agama yang mendapatkan upah dari negara setiap bulannya), maka tidak mengapa mengambil upah tersebut. Hal ini juga tidak mengurangi keimanan dan ketauhidannya, kerana semula dia tidak beramal untuk mendapatkan dunia. Sejak awal dia sudah berniat untuk beramal soleh dan menyokong agama ini, sedangkan upah yang dia dapatkan adalah di balik itu semua yang nantinya akan menolong dia dalam beramal dan beragama. (Lihat Al Qoulus Sadiid, 132-133)

Nuffnang