MENGAPA ANDA TIDAK MENGHASILKAN SATU SEN PUN DARIPADA BLOG ANDA, TETAPI MENGAPA ORANG LAIN BOLEH?
Apabila kali pertama saya menulis blog, dengan beberapa siri “posting”, saya amat berkeyakinan akan menerima beribu-ribu pengunjung daripada seluruh dunia. Keadaan ini diharapkan akan mewujudkan kebanjiran trafik yang besar menghala ke laman blog saya.
Malangnya, ini sebenarnya tidak berlaku. Apabila saya memaparkan blog ini, ianya seolah-olah menjadi sebuah “lubang hitam” – yang bermaksud bahawa blog saya tidak didatangi oleh sesiapa pun. Tiada siapa yang ingin menghebahkan kepada orang lain kecuali ibu dan isteri saya. Mengapa ini berlaku?
Ihsan drp:Shipspotting.com
Menulis blog diibaratkan sebuah kapal yang belayar di laluan atau terusan yang sempit. Perlu berhati-hati, bimbang terlanggar tebing dan terus karam. Ianya mengundang padah yang tidak terkira peritnya. Jurumudi perlu berhati-hati dan mempunyai kepakaran yang tinggi. Itulah analogi seorang penulis blog yang mahu kejayaan pada masa hadapan.Biar perlahan-lahan tetapi berjaya sampai ke destinasinya.
Tiba-tiba saya teringatkan beberapa idea yang bernas daripada pembacaan blog-blog pakar di internet. Antaranya, ada yang mengatakan menulis perkara-perkara yang menyeronokkan, termasuk tentang sukan permainan yang diminati dan lain-lain perkara yang mungkin berkaitan pemasaran internet atau internet marketing yang sekarang ini memang menjadi kegemaran pengunjung-pengunjung laman blog atau pengurus syarikat yang memasarkan program affiliate atau menghasilkan wang (monetization).
Anda boleh melayari laman web yang mengupas tentang internet marketing: Problogger.com
Anda sebenarnya perlukan suatu laluan mudah untuk menyalurkan idea-idea yang hebat, iaitu:
1, Kemana arah pergi blog anda? (Halatuju / matlamat penulisan blog)
2. Apa yang akan dipasarkan atau promosi?(Produk / perkhidmatan)
3. Apa yang perlu dipatuhi? (Pembahagian masa / Fokus)
Berikut ada ENAM perkara yang akan menentukan anda akan menjadi seorang penulis blog (blogger) yang hebat dan berjaya pada masa hadapan dengan pendapatan jutaan ringgit. Ini hanya akan terhasil melalui kehadiran pengunjung atau prospek ke blog untuk melanggan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan.
Sebagai contoh penulisan blog yang baik, anda boleh layari blog pakar-pakar di internet seperti:
Anda boleh mencari kenalan: Frienfeed.com
Anda juga boleh layari blog-blog di bawah:
Dr.Azizan
PERTAMA:BINA SENARAI EMAIL DAN PIKAT PENGUNJUNG.
Sebaik-baiknya senarai email ini dibuat seawal-awal mungkin selepas anda menyiapkan "post" blog. Anda juga perlu mengumpulkan email bakal-bakal pelanggan yang terdiri daripada sahabat-handai yang dikenali, saudara-mara, rakan-rakan sekolah serta rakan-rakan sejawat agar anda mempunyai pengunjung atau pelawat blog anda yang ramai.Adalah lebih baik jika anda mengumpulkan senarai email ini semasa "post" pertama blog, kerana anda cepat membina keyakinan pengunjung ke atas produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Keyakinan pelawat adalah penting sebagai tanda penerimaan ke atas kepakaran anda dalam bidang yang anda paparkan di laman blog.
Untuk menjadi pakar dalam penuolisan blog, anda boleh layari AdesBlog.com
Anda juga boleh baca bacaan tambahan di Copyblogger.com
Anda juga boleh "sign-up" dengan Aweber.com
Bagaimana mengumpul senarai email? Sediakan "email subscribe" melalui tawaran atau pemberian ebook secara percuma atau mengadakan "mini-course" untuk membina blog yang hebat atau menjana wang melalui "internet marketing" dan sebagainya.
KEDUA:BINA KEUNIKAN ISI KANDUNGAN BLOG.
Kadangkala "niche" yang anda pilih nampak cantik dan menarik - umpamanya blogging (money blogging), marketing (internet marketing), program affiliate dan berbagai-bagai lagi.Masalahnya, kadang-kadang ianya nampak umum dan terlalu "luas" seperti - "life style design" (corak kehidupan), unsur-unsur kebewbasan memilih pekerjaan dan sebagainya menjadikan ianya tidak fokus.
Anda perlu ada "finer tune your content" yang bermaksud ada suatu keunikan pada kandungan blog yang lebih berfokus dan menjadi tarikan kepada pengunjung. Anda boleh membina seberapa banyak blog dengan pelbagai "niche"; tetapi anda perlu menguji sambutan pengunjung dari segi kualiti melalui "re-tweets" (menggunakan Twitter), komen atau pandangan (views); perkongsian idea (shahres) dan sebagainya. Amat penting untuk anda membina "networking" dengan pengunjung dengan berdasarkan "niche" yang paling banyak sambutan.