Showing posts with label penulisan blog. Show all posts
Showing posts with label penulisan blog. Show all posts

Monday, January 9, 2012

MENCARI RAKAN SELURUH DUNIA

DAFTAR QUEPASA.com

Semalam saya join Quepasa.com. Best juga kerana boleh berkawan dengan awek Mat Saleh. Nak cuba boleh… Apabila menceburkan diri dalam dunia internet marketing dan juga affiliate marketing, maka aspek yang paling penting kita fikirkan ialah untuk meluaskan atau mempromosi laman web kita seluas-luas yang boleh. Oleh itu, kita perlu mencari prospek atau kenalan seberapa banyak yang boleh di seluruh dunia. Itu sebabnya kita menyertai TAGGED, FACEBOOK, TWITTER, LINKEDIN , Quepasa.com KLIK HERE:LINKEDIN
KLIK HERE:FACEBOOK
KLIK HERE:TWITTER KLIK HERE:TAGGED

Dalam menjalankan perniagaan melalui internet marketing dan juga affiliate marketing, banyak juga perkara-perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya anda inginkan kejayaan. Ramai juga yang mencuba beberapa bulan, bertahun-tahun, tetapi masih belum berjaya. Kenapa? Kadang-kadang mungkin kita katakan kegagalan yang berlaku adalah kerana kesilapan strategi. Sebagai langkah untuk memperbaiki strategi internet marketing dan juga affiliate marketing , maka amatlah perlu kita membuat kajian atau penyelidikan sama ada membaca buku dan juga melayari blog-blog ”internet marketer” atau IM yang telah berjaya sama ada di dalam negara atau luar negara.


Jangan segan untuk membaca pelbagai sumber, daripada laman web@blog di internet; Antaranya, boleh baca Tips to Becoming a Successful Internet Marketer, Affiliate Marketing Lessons dan pelbagai lagi. Bagi kumpulan IM tempatan yang berjaya, anda boleh baca blog atau saksikan video berikut:





Baru-baru ini saya terbaca di satu blog, yang berbunyi…..

Untuk berjaya dalam bidang yang diceburi,minat tidak mencukupi. Saya ulangi minat tidak mencukupi. Usaha juga perlu dilakukan BERLIPAT GANDA. Salah satu pelajaran yang saya alami dalam dunia perniagaan internet adalah untuk berjaya, usaha perlu ada. Kejayaan tidak pasti, tetapi usaha perlu ada. Juga, boleh diadakan satu rangka strategi dan rancangan ( step by step ) untuk menjalankan perniagaan anda.


Mengikut kata Adam Khoo, yang penting adalah Massive Action dan gunakan petua(USF) - Ultimate Success Formula beliau:


Ultimate Success Formula

1.Know What You Want
2.Take Massive Action
3.Learn From Feedback and
4.Make Adjustments Until You Reach Your Goal

Di bawah, ada 4 video di mana Adam menceritakan USF:









Klik untuk baca secara PERCUMA

Friday, December 16, 2011

UNDIAN UEFA CHAMPION LEAGUE 2011/12

Malam ini, saat yang mendebarkan telah berlangsung di TV ASTRO, iaitu UNDIAN PERTANDINGAN UEFA CHAMPION LEAGUE 2011/2012.

KEPUTUSAN UNDIAN:

JADUAL PERLAWANAN 1ST LEG

My Table Text
BIL
PERLAWANAN
TARIKH
1
OLYMPIQUE LYONNAIS lwn APOEL FC 14 FEBRUARI 2012
2
BAYER 04 LEVERKUSEN lwn FC BARCELONA 14 FEBRUARI 2012
3
AC MILAN lwn ARSENAL FC 15 FEBRUARI 2012
4
FC ZENIT ST.PTR lwn SL BENFICA 15 FEBRUARI 2012
5
SSC NAPOLI lwn CHELSEA FC 21 FEBRUARI 2012
6
CSKIA MOSKVA lwn REAL MADRID FC 21 FEBRUARI 2012
7
FC BASEL 1893 lwn FC BAYERN MUNCHEN 22 FEBRUARI 2012
8
OLYMPIQUE DE MARSEILLE lwn INTER MILAN 22 FEBRUARI 2012

Olympique Lyonnais


APOEL FC

Jurulatih Lyon-Remi Garde
Jurulatih APOEL FC-Ivan Jovanović


SSC Napoli

Walter Mazzarri- Jurulatih Napoli

CHELSEA FC

André Villas-Boas-Jurulatih Chelsea
My Table Text
SILA BUAT UNDIAN:
PASUKAN MENJADI JUARA
Email:
Minat Bolasepak: Ya Tidak
Kelab jadi Juara EUFA Champion League 2011/12
Comments:

PERLAWANAN 2ND LEG


My Table Text
BIL
PERLAWANAN
TARIKH
1
ARSENAL FC lwn AC MILAN 06 MAC 2012
2
SL BENFICA lwn FC ZENIT ST.PTR 06 MAC 2012
3
APOEL FC lwn OLYMPIQUE LYONNAIS 07 MAC 2012
4
FC BARCELONA lwn BAYER O4 LEVERKUSEN 07 MAC 2012
5
FC BAYERN MUNCHEN lwn FC BASEL 1893 lwn 13 MAC 2012
6
INTER MILAN lwn OLYMPIQUE DE MARSEILLE 13 MAC 2012
7
CHELSEA FC lwn SSC NAPOLI 14 MAC 2012
8
REAL MADRID FC lwn CSKIA MOSKVA 14 MAC 2012


APA PENDAPAT ANDA TENTANG BLOG INI? SILA KOMEN..
Email Adress:
Comments:

HTML lessons


Join shareasale.com, Earn Cash!
Bacaan tambahan, layari Cikgudee-deeShoppe.com

Monday, December 12, 2011

TIP KESIHATAN 2

Ini adalah sambungan dari entri terdahulu TIP KESIHATAN




TIP 5:Ubat-ubatan Antidepresan

Biarpun tiada tekanan, doktor boleh menetapkan ubat-ubatan antidepresan sebagai sebahagian dari rawatan untuk menghilangkan kesakitan bahagian belakang bawah yang kronik. Ia tidak jelas bagaimana antidepresan boleh membantu meringankan kesakitan kronik. Dipercayai, pengaruh antidepresan dan bahan kimia mungkin menjejaskan isyarat sakit dalam badan.



My Table Text

BERMINAT UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH. JANGAN ABAIKAN PELUANG INI!


PELUANG TIDAK AKAN DATANG SELALU!

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! +Azizi Ali, Jurulatih jutawan +Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap +Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM) +Billi Lim, Jutawan Berani Gagal +Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf +Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan +Irfan Khairi, Jutawan Internet

Back To School Sale 80% off

Get 50% off any pair of prescription eyeglasses from our entire collection (basic single-vision lenses included). Use code: FALL50  Optional lens upgrades and coatings may be added for an additional cost. Sunglasses prescription lenses not eligible for di
Click here to visit this site
Click here to visit this site
Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!




Saturday, December 10, 2011

SUPERMODEL WILSON- Anak GERIK

WILSON TAN anak kelahiran GERIK, PERAK telah digelar MODEL TOP STAR AWARD/BEST ASIA MODEL AWARDS sempena 6th Asia Model Festival Awards 2011 pada Januari 2011 di Seoul, Korea.

AMAT MEMBANGGAKAN bagi anak Gerik, sebuah bandar yang kecil di daerah Hulu Perak. Namun, bandar ini pesat membangun..

GAYA DAN STAIL SEORANG PERAGAWAN


Suka saya memetik sedikit berita dari BERITA HARIAN bertarikh 10 Disember 2011: Kesungguhan untuk bergelar model berjaya, diiringi minat serta tekun mendalami ilmu peragaan dan fesyen, menjadi azimat jejaka kelahiran Grik, Perak. Ditambah dengan pakej sempurna dan ketinggian ideal persis model antarabangsa, Tan umpama aset yang perlu tampil di setiap pentas peragaan atau majalah fesyen. Ketika bertemu Tan, anak muda ini mengakui bukan mudah berdiri dengan nama-nama besar dalam bidang peragaan andai semangat serta kesungguhan untuk belajar tidak berada di genggaman. “Ketika peringkat awal pembabitan saya pada 2008, selama enam bulan saya tidak menerima tawaran pertunjukan fesyen lalu terfikir apa yang saya sudah buat. Mengapa tidak, sebelum itu saya sudah memiliki kerjaya selesa sebagai jurutera yang mengkhusus dalam bidang minyak dan gas. “Namun, inilah kisah pengorbanan saya. Andai anda bertanya apakah saya menyesal meninggalkan profesion dulu, sudah pasti saya jawab tidak. Ini kerana apabila saya memutuskan mahu menjadi model, saya berazam menjadi seperti supermodel Amber Chia dalam versi lelaki,” kata jejaka lulusan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini.Ihsan:BERITA HARIAN.

Apa yang membanggakan ialah SEMANGAT dan IMPIAN "supermodel" WISON TANuntuk berjaya dalam dunia modeling ini walau pun sudah memiliki pekerjaan tetap sebagai JURUTERA. Inilah kehebatan beliau yang berjaya mencapaui cita-cita sebagai Supermodel dalam masa tiga tahun sahaja.

eBook Import Dari China

Wednesday, February 17, 2010

BAHAYA "FIRAUN KECIL"!

Seronok juga baca akhbar Berita Harian -17 Februari 2010, cerita fasal AGENDA FIRAUN KECIL. Siapa sebenarnya... Sekarang ini, memang banyak isu yang sedang menghantui fikiran warganegara Malaysia. Kadang-kadang, sakit kepala juga kalau difikirkan sangat-sangat. Tetapi, itulah hakikatnya. Permainan politik Malaysia hari ini sudah memasukki era yang "complicated". Bak kata Astro,MACAM-MACAM ADA!

The Arcana of Freemasonry: A History of Masonic Symbolism (Dover Books on History, Political and Social Science)The Black Book: The True Political Philosophy of Malcolm X, El Hajj Malik El ShabazzThe Dawn: Political Teachings of the Book of EstherThe Political Junkie Handbook: The Political Junkie Handbook: A Definitive Book on Politics (The Definitive Reference Book on Politics)


Perkara ini ditimbulkan oleh ahli politik sebenar, YB Zulkifli Nordin yang menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang kini dikuasai oleh "Firaun kecil" yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan dasar berhubung kedudukan agama Islam, Raja dan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya: "Saya cukup yakin ada niat jahat di kalangan "Firaun Kecil" yang mahu melihat saya keluar dari PKR (Parti Keadilan Rakyat)".

Berita yang kedua:
Anuar akui silap pilih calon wakil rakyat PKR.

Secara ringkasnya.."...kesilapannya itu mengakibatkan calon kurang berkemampuan serta tidak mempunyai semangat kuat untuk berjaya menjadi wakil rakyat ....seterusnya mengabaikan kebajikan rakyat.". Itulah ungkapan yang terdapat di dalam berita berkenanaan (lihat ms. 8). Sebenarnya, siapa yang silap??? Bagi saya, yang amat silap ialah wakil rakyat yang berkenaan memilih parti untuk mereka berjuang. Mereka sebenarnya terlalu mempercayai janji-janji manis yang dihamburkan semasa pilihanraya dahulu. Kebanyakan YB yang "terjebak" atau "terjerat" ini telah pun mula nampak cahaya kebenaran yang dapat membezakan lautan kepalsuan. lantaran itu, daripada terus bergelumang dengan dosa lebih baiklah sekarang berundur diri, takut-takut "mati tidak sempat bertaubat". Itulah hakikat sebenarnya yang terpendam di jiwa dan sanubari YB-YB yang berkenaan. Rakyat-rakyat atau pengundi-pengundi di kawasan ini sepatutnya mengucap syukur kehadrat ALLAH swt. kerana diberi taufik dan hidayah untuk sedar dari kegelapan.




Wednesday, January 20, 2010

SEMANGAT KERJA THOMAS EDISON

MENGGUNAKAN contoh kesungguhan bekerja THOMAS EDISON yang tidak pernah berputus asa, sebaliknya sentiasa berfikiran positif untuk menghadapi cabaran adalah suatu penyebaran ilmu motivasi yang baik bagi meniup semangat untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

DALAM menangani masalah pemasaran atau promosi blog sebagai media untuk menjana pendapatan, sebaiknya usaha THOMAS EDISON dalam menghasilkan lampu wajar dijadikan teladan. Kenapa tidak? THOMAS EDISON mencipta lampu sehingga 6,000 kali gagal tetapi terus mencari punca kegagalan sehingga ibunya sendiri menyatakan beliau telah gagal. Akan tetapi, THOMAS EDISON menafikan dengan mengatakan ia bukannya gagal tetapi telah berjaya menemui 6,000 cara yang menyebabkan lampu tidak bernyala.

BEKERJA GUNAKAN OTAK




INI juga direalisasikan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Shafie Afdal bagi mempertingkatkan kerja kaki tangan kementeriannya. Untuk melaksanakan tanggungjawab, perlu ada sikap proaktif, kreatif dan inovatif bagi memastikan pencapaian objektif, visi, misi dan target selain berintegriti, gigih berusaha, sentiasa ingin dan mengambil tahu, berani dan mengamalkan sifat rendah diri.

DALAM konteks penulisan blog, kebebasan berfikir secara kteatif dan inovatif akan memberikan sumbangan besar untuk membangunkan blog dan menjana pendapatan yang tidak terhingga banyaknya.

KERAJINAN mencari ilmu-ilmu dan teknik-teknik pemasaran blog merupakan salah satu ciri-ciri inovatif dan proaktif yang perlu ada pada setiap blogger demi mencapai target disamping memberi sumbangan yang ikhlas kepada dunia blog.Penghasilan blog yang menarik dan cantik adalah sifat-sifat kreatif yang perlu ada pada penulis blog.

KAEDAH pemasaran blog boleh dilakukan melalui laman-laman "sosial media" seperti Facebook, hi5,


Thursday, January 7, 2010

ARAH KEJAYAAN

Kejayaan…..merupakan perkataan yang mempunyai pelbagai makna dan pengertian yang cukup luas. Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza berkaitan dengan konsep dan makna kejayaan ini. Secara keseluruhan dapat dibuat kesimpulan bahawa kejayaan adalah satu pencapaian, kebahagian, kegembiraan, kebanggaan dan usaha.

Jika di hayati dari segi konsep dan makna ini, memang kejayaan memberikan kita satu keseronokan dan kebanggaan. Namun adakah kita sudah sampai ke tahap yang boleh dikatakan kita berjaya atau kita semakin jauh dari maksud sebenar kejayaan itu. Mungkin kata-kata hikmat Rich Port berikut boleh mengukur maksud kejayaan.
DominasiLamanSosial

Boleh dikatakan semua orang tahu ramuan yang perlu untuk kejayaan. Hanya satu masalahnya, iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar harganya

Rich Port.


Marilah bersama-sama menghayati cuitan-cuitan rasa berikut untuk memberikan kita lagi semangat dan hikmah untuk menemui jalan kejayaan yang diimpikan.

Kayakan hati anda sebelum anda menjadi kaya. Berfikirkan berapa banyak anda boleh memberi lebih baik daripada berfikir berapa banyak ganjaran yang boleh anda perolehi.

Jadilah mukmin yang kuat dan melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya dengan berusaha bersungguh-sungguh.

Memperolehi harta itu adalah sebaik-baik perangai setelah beragama. Kita seharunya berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan. Fokus kita adalah untuk mencapai kejayaan disamping dapat membantu orang lain.

Kaedah belajar yang terbaik adalah mempraktikkan apa yang telah diketahui. Insan yang mempraktikkan apa yang diketahui dan kemudian mengajar kepada orang lain adalah insan yang paling banyak mendapat hikmah.

Menuntut ilmu adalah satu tugas yang amat penting, malah ia adalah lebih utama dari mencari harta kekayaan. Ilmu pengetahuan yang diperolehi itu akan memberikan kita keuntungan.

Sikap insan menghalakan cara dia bertindak. Tetapi sikap itu bergantung kepada cara ia berfikir, dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.

Islam menyuruh supaya umatnya berusaha bersungguh-sungguh untuk dunia dan akhirat, seterusnya menekankan umatnya berdikari, berusaha dan bertawakal.
Harap cuitan-cuitan ringkas ini akan memberikan anda rangsangan untuk terus berjaya. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

“Hati perlu kaya sebelum diri menjadi kaya. Berilah sebelum anda menerima ganjaran. Usah mengharapkan ganjaran sebelum anda memberikan sesuatu” .


Bookplanet.com
Raja Affiliate

KEJAYAAN SEBUAH BLOG

Untuk kejayaan sebuah blog supaya menjadi blog yang berhasil, perkara yang pertama harus anda mengerti adalah pengertian dasar dari SEO. SEO atau “Search Engine Optimising” adalah sebuah proses halaman web agar dapat dibaca dengan lebih baik oleh “search engine” yang bersifat ”crawler”. Salah satu kunci keberhasilan dari sebuah website atau blog adalah traffic. Traffic membuktikan bahwa blog tersebut banyak sekali pengunjungnya. Tidak ada traffic bererti sia-sia lah usaha anda bergelumang di dalam dunia blog. Para blogger yang pada awalnya semangat dan rajin sekali “update” blognya, namun setelah beberapa bulan, dengan ketiadaan trafik , tidak sedikit dari mereka yang berundur dari dunia blog. Apakah mereka berundur karena mereka gagal ?

Klik

KUNCI KEJAYAAN BLOG

Sabar dan tekun - Keputusan anda membuat blog bukan merupakan keputusan untuk jangka waktu setahun atau dua tahun, namun merupakan keputusan untuk jangka panjang dan berkala. Mudah sekali untuk memulai sebuah blog…hal yang paling sukar dalam kegiatan blogging adalah cara merawat blog, yang mana dibutuhkan sebuah ketekunan dan kesabaran..tekun mencari traffic melalui blogwalking, tekun mencari backlink, tekun untuk update konten , dan lain sebagainya.

Kandungan yang berkualiti - Membuat kandungan yang unik dan berkualiti merupakan senjata yang paling ampuh untuk mendapatkan ”oneway backlink”. Anda juga boleh mencari backlink dengan memberi komen di blog, follow blog, submit artikel, atau juga melalui link exchange atau tukaran link, namun dengan membuat kandungan yang berkualiti, anda tidak perlu mengeluarkan tenaga dan keringat yang banyak untuk mendapatkan backlink. Kalau anda membaca sebuah blog yang bermutu, biasanya anda akan memberi penghargaan atau sokongan tentang blog tersebut di laman blog anda dan memberinya backlink…..

Keyword - Apa jadinya kalau blog anda sangat menarik dan bermutu untuk dibaca, tapi tanpa keyword yang tepat ? Harus diperhatikan juga bagaimana membuat blog yang SEO. Anda ingin agar blog anda muncul di halaman pertama hasil pencarian..tapi hal ini tidak akan terjadi kalau keyword yang anda gunakan tidak tepat. Akibatnya, blog anda tidak akan pernah muncul di halaman pertama hasil pencarian, blog anda akan tersisihkan oleh blog lainnya yang mungkin sudah mempunyai ribuan backlink, sehingga traffic dari Google akan sangat minimum dan sedikit sekali ( atau bahkan tidak akan pernah dapat traffic dari Google ). Untuk itu, sebelum membuat sebuah blog ,perlu sekali menentukan keyword demi kejayaan blog anda.

Traffic - Setelah kandungan berkualiti anda buat secara rutin dengan keyword yang anda gunakan sudah tepat, maka langkah selanjutnya adalah melangkah untuk mencari traffic. Bagi menjadikan blog anda sempurna, carilah traffic sebanyak-banyaknya dan semampu anda. Beri komen-komen (khususnya di blog do follow), submit artikel di social bookmark ,blogwalking di shoutmix, tukaran link, menyertai perbicangan atau diskusi di forum-forum, bina hubungan baik dengan pengunjung didalam Facebook, twitter, linkedin, myspace, Freindster dan macam-macam lagi…


Kejayaan adalah wang

ImpakAutoBlog

Tuesday, December 29, 2009

PERSEDIAAN MENULIS BLOG

Terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan dan diberi perhatian yang sewajarnya apabila hendak memulakan penulisan blog. Antaranya:


1. Pembentukan karisma blog (power to inspire devotion)

Dalam erti kata yang mudah, blog yang hendak ditulis mestilah mempunyai fokus(hala tuju) atau tema yang jelas. Penampilan blog yang mempunyai tema akan memudahkan pelawat-pelawat hadir untuk mencari maklumat.Lazimnya blog sebegini mempunyai kategori atau "keywords" yang selari dengan "content" blog. Janganlah nanti, "keywords" yang dipilih ialah tentang kucing, tetapi penulisan blog pula berkisar tentang tikus. ...(kan haru jadinya)

2. Persediaan dan perancangan awal (pelan tindakan & perancangan strategik)

Setiap penulisan blog, hendaklah didahulukan dengan perancangan yang teliti serta terperinci terutamanya dari segi "content" yang hendak dihasilkan. Sebaiknya, mesti ada suatu pelan tindakan atau perancangan strategik yang mencakupi perkara-perkara asas dan utama yang akan menjadi maklumat yang amat berguna kepada pelawat. Suatu rangka kerja perlu juga diwujudkan agar proses penulisan blog ini berjalan lancar dan terbantut di separuh jalan. Berikut disenaraikan secara ringkas perkara-perkara yang perlu difikirkan:

a. Topik atau tajuk blog
Penting difikirkan tajuk yang mampu menarik pelawat. Ada kemungkinan tajuk yang dihasilkan itu tidak terlalu unik dan memadai menimbulkan rasa ingin tahu pembaca.
Dari segi sukan, mungkin tajuk yang digunakan ialah "KALAH LAGI..."MALAYSIA JAGUH KAMPUNG.... dan lain-lain. Mengenai politik pula boleh diletakkan tajuk "INFO POLITIK...CAKAP-CAKAP POLITIK .... dan sebagainya.Kalau blog yang menjuruskan ke arah mencari pendapatan tambahan,pemasaran internet, maka tajuknya bolehlah ditulis seperti MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN.... REALITI PEMASARAN INTERNET... MENJADI JUTAWAN DI HUJUNG JARI.. dan pelbagai lagi.

b. Kumpulan sasaran (target group)
Ini juga aspek asas yang penting kerana "target group" menentukan bahasa yang akan digunakan. Blog berkenaan cerita-cerita artis atau gosip, lazimnya akan ditujukan kepada golongan-golongan remaja yang berumur antara 18-30 tahun.Oleh itu, bahasa dalam penulisan blog mungkin "sempoi", santai dan tidak terikat dengan struktur ayat yang berbahasa. Anak-anak remaja lebih menggemari gambar atau video. Kumpulan orang-orang tua antara umur 30 hingga 50 tahun, mungkin menggemari perkara-perkara yang ilmiah untuk mencabar pemikiran. Namun begitu, soal bahasa perlu diambil kira kerana kadang-kadang bahasa yang bersahaja lebih menarik perhatian pembaca. Dalam kajian para blogger, bahasa percakapan harian paling diminati oleh pelawat-pelawat blog.

Nuffnang