Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, January 27, 2012

MECARI WANG - MENULIS BLOG


MENGAPA ANDA TIDAK MENGHASILKAN SATU SEN PUN DARIPADA BLOG ANDA, TETAPI MENGAPA ORANG LAIN BOLEH?

Apabila kali pertama saya menulis blog, dengan beberapa siri “posting”, saya amat berkeyakinan akan menerima beribu-ribu pengunjung daripada seluruh dunia. Keadaan ini diharapkan akan mewujudkan kebanjiran trafik yang besar menghala ke laman blog saya.


Malangnya, ini sebenarnya tidak berlaku. Apabila saya memaparkan blog ini, ianya seolah-olah menjadi sebuah “lubang hitam” – yang bermaksud bahawa blog saya tidak didatangi oleh sesiapa pun. Tiada siapa yang ingin menghebahkan kepada orang lain kecuali ibu dan isteri saya. Mengapa ini berlaku?




Ihsan drp:Shipspotting.com

Menulis blog diibaratkan sebuah kapal yang belayar di laluan atau terusan yang sempit. Perlu berhati-hati, bimbang terlanggar tebing dan terus karam. Ianya mengundang padah yang tidak terkira peritnya. Jurumudi perlu berhati-hati dan mempunyai kepakaran yang tinggi. Itulah analogi seorang penulis blog yang mahu kejayaan pada masa hadapan.Biar perlahan-lahan tetapi berjaya sampai ke destinasinya.


Tiba-tiba saya teringatkan beberapa idea yang bernas daripada pembacaan blog-blog pakar di internet. Antaranya, ada yang mengatakan menulis perkara-perkara yang menyeronokkan, termasuk tentang sukan permainan yang diminati dan lain-lain perkara yang mungkin berkaitan pemasaran internet atau internet marketing yang sekarang ini memang menjadi kegemaran pengunjung-pengunjung laman blog atau pengurus syarikat yang memasarkan program affiliate atau menghasilkan wang (monetization).
Anda boleh melayari laman web yang mengupas tentang internet marketing: Problogger.com



Anda sebenarnya perlukan suatu laluan mudah untuk menyalurkan idea-idea yang hebat, iaitu:


1, Kemana arah pergi blog anda? (Halatuju / matlamat penulisan blog)
2. Apa yang akan dipasarkan atau promosi?(Produk / perkhidmatan)
3. Apa yang perlu dipatuhi? (Pembahagian masa / Fokus)

Berikut ada ENAM perkara yang akan menentukan anda akan menjadi seorang penulis blog (blogger) yang hebat dan berjaya pada masa hadapan dengan pendapatan jutaan ringgit. Ini hanya akan terhasil melalui kehadiran pengunjung atau prospek ke blog untuk melanggan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan.


Sebagai contoh penulisan blog yang baik, anda boleh layari blog pakar-pakar di internet seperti:



Anda boleh mencari kenalan: Frienfeed.com
Anda juga boleh layari blog-blog di bawah:
Dr.Azizan

PERTAMA:BINA SENARAI EMAIL DAN PIKAT PENGUNJUNG.


Sebaik-baiknya senarai email ini dibuat seawal-awal mungkin selepas anda menyiapkan "post" blog. Anda juga perlu mengumpulkan email bakal-bakal pelanggan yang terdiri daripada sahabat-handai yang dikenali, saudara-mara, rakan-rakan sekolah serta rakan-rakan sejawat agar anda mempunyai pengunjung atau pelawat blog anda yang ramai.Adalah lebih baik jika anda mengumpulkan senarai email ini semasa "post" pertama blog, kerana anda cepat membina keyakinan pengunjung ke atas produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Keyakinan pelawat adalah penting sebagai tanda penerimaan ke atas kepakaran anda dalam bidang yang anda paparkan di laman blog.


Untuk menjadi pakar dalam penuolisan blog, anda boleh layari AdesBlog.com
Anda juga boleh baca bacaan tambahan di Copyblogger.com
Anda juga boleh "sign-up" dengan Aweber.com

Bagaimana mengumpul senarai email? Sediakan "email subscribe" melalui tawaran atau pemberian ebook secara percuma atau mengadakan "mini-course" untuk membina blog yang hebat atau menjana wang melalui "internet marketing" dan sebagainya.



KEDUA:BINA KEUNIKAN ISI KANDUNGAN BLOG.


Kadangkala "niche" yang anda pilih nampak cantik dan menarik - umpamanya blogging (money blogging), marketing (internet marketing), program affiliate dan berbagai-bagai lagi.Masalahnya, kadang-kadang ianya nampak umum dan terlalu "luas" seperti - "life style design" (corak kehidupan), unsur-unsur kebewbasan memilih pekerjaan dan sebagainya menjadikan ianya tidak fokus.


Anda perlu ada "finer tune your content" yang bermaksud ada suatu keunikan pada kandungan blog yang lebih berfokus dan menjadi tarikan kepada pengunjung. Anda boleh membina seberapa banyak blog dengan pelbagai "niche"; tetapi anda perlu menguji sambutan pengunjung dari segi kualiti melalui "re-tweets" (menggunakan Twitter), komen atau pandangan (views); perkongsian idea (shahres) dan sebagainya. Amat penting untuk anda membina "networking" dengan pengunjung dengan berdasarkan "niche" yang paling banyak sambutan.


Ihsan:Majalah Niaga

Wednesday, December 28, 2011

TINGKATKAN TENAGA DALAM BADAN

Geartaker.com

6 LANGKAH MENINGKATKAN TENAGA DALAM BADAN


Adakah anda tahu?

Adakah anda mengalami masalah lesu badan atau kekurangan tenaga? Contohnya, anda sukar untuk bangun dari tidur, cepat lelah apabila banyak menggunakan tenaga fizikal dan ada ketikanya anda langsung tidak bermaya.



Jika YA! ternyata anda mengalami masalah kekurangan tenaga. Jangan biarkan diri anda begitu, cuba atasinya dengan SEGERA. Ikuti langkah-langkah berikut:

1.WAKTU TIDUR CUKUP.

Waktu tidur yang minima adalah lapan jam. Jika anda tidak mencapai had yang disarankan, cuba susun semula jadual harian anda. Cuba sedaya upaya dapatkan waktu tidur yang cukup. Mulakan dengan mendidik diri anda dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Lama kelamaan diri anda dapat membiasakan waktu tidur yang sempurna.


2.MENGUNYAH MAKANAN.

Ada antara anda yang gemar mengunyah. Tidak kira masa dan ketika, pasti di tangan anda ada sesuatu yang boleh dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah. Sebenarnya, anda boleh melakukan perkara tersebut, asalkan pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak serta, vitamin dan protin. Misalnya kacang goreng, buah-buahan berserat tinggi dan bijirin. Tapi ingat dan elakkan sama sekali mengambil makanan yang kurang zat. Makanan seperti makanan segera memang mengenyangkan tetapi tidak menambah tenaga. Malahan badan anda mungkin akan menjadi bertambah berat.Jadi, jangan jadikan makanan segera sebagai santapan harian anda.



Pantothen Logo

3.SENAMAN YANG TERATUR.

Jangan malas bersenam. Tubuh anda sebenarnya perlukan senaman untuk mengeluarkan peluh.Apabila peluh dikeluarkan, toksin dalam badan akan ikut keluar dan menjadikan badan anda merasa lebih selesa dan cergas.Buat senaman pada waktu pagi dan petangm, atau kedua-duanya sekali.Lakukannya selama 10 minit. Jika anda mempunyai masa yang lebih, lakukannya selama 1 atau 2 jam. Sebaik-baiknya anda berjoging pada waktu pagi dan petang setiap hari. Bukan sahaja badan anda menjadi lebih segar, malah tidur anda juga lebih nyenyak.




4.MINUM BANYAK AIR.

Air memang diperlukan oleh badan manusia.Anda seharusnya mengambil air sebanyak lapan gelas sehari untuk memenuhi keperluan badan. Ini adalah kerana, air bukan sahaja membantu memproses kerja sistem tubuh kita tapi baik bagi kesihatan kulit. Air juga menjadi bahan utama membuang toksik dalam badan. Jika anda tidak gemar mengambil air kosong atau mineral, campurkan sedikit perahan air limau atau sedikit perisa minuman.




5.JANGAN TINGGALKAN BUAH DAN SERAT.

Makanan berserat penting untuk perkumuhan. Pengambilan serat yang cukup memudahkan anda membuang air besar.Apabila najis dalam perut anda di keluarkan dengan sempurna,in juga akan berkurangan. Makanan berserat, terutamanya buah-buahan seperti limau, epal, mangga dan pisang adalah yang terbaik. Pengambiolan yang sempurna menjadikan tenaga dalam badan akan meningkat 100%. Jadi, makanlah buah-buahab banyak.




6.JANGAN LUPAKAN DOKTOR.

Jangan sekjali-kali, anda menjauhkan diri daripada doktor. Pekerjaan doktor bukan sahaja memberikan ubat, malah boleh memberi khidmat nasihat yang berguna untuk kesihatan diri kita. Anda juga akan mengetahui punca masalah yang terdapat dalam diri anda.




Bacaan tambahan, layari Cikgudee-deeShoppe.com

Monday, December 12, 2011

TIP KESIHATAN 2

Ini adalah sambungan dari entri terdahulu TIP KESIHATAN




TIP 5:Ubat-ubatan Antidepresan

Biarpun tiada tekanan, doktor boleh menetapkan ubat-ubatan antidepresan sebagai sebahagian dari rawatan untuk menghilangkan kesakitan bahagian belakang bawah yang kronik. Ia tidak jelas bagaimana antidepresan boleh membantu meringankan kesakitan kronik. Dipercayai, pengaruh antidepresan dan bahan kimia mungkin menjejaskan isyarat sakit dalam badan.



My Table Text

BERMINAT UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH. JANGAN ABAIKAN PELUANG INI!


PELUANG TIDAK AKAN DATANG SELALU!

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! +Azizi Ali, Jurulatih jutawan +Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap +Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM) +Billi Lim, Jutawan Berani Gagal +Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf +Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan +Irfan Khairi, Jutawan Internet

Back To School Sale 80% off

Get 50% off any pair of prescription eyeglasses from our entire collection (basic single-vision lenses included). Use code: FALL50  Optional lens upgrades and coatings may be added for an additional cost. Sunglasses prescription lenses not eligible for di
Click here to visit this site
Click here to visit this site
Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!




TIP KESIHATAN

14 Tip untuk Melegakan Sakit Belakang


KEDUDUKAN MASA TIDUR

TIP 1:Tidur Lebih Baik untuk bantuan Sakit Belakang

Bila mengalami sakit belakang, cara tidur boleh menjadikan sakit bertambah kuat. Ia boleh jadi satu lingkaran ganas kerana apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, sakit belakang anda boleh rasa lebih teruk. Kedudukan tidur yang tidak nyenyak boleh juga memburukkan sakit belakang. Cuba ikuti tips ini…. Meletakkan sebiji bantal antara melutut anda menyimpan spina anda dalam satu keadaan neutral dan melegakan terikan di belakang anda. Jika anda memerlukan untuk tidur di belakang anda, gelongsor sebiji bantal di bawah melutut anda. Jadi pasti tidur di sebuah tilam yang pejal dengan selesa.



POSISI SEMASA DUDUK

TIP 2:Sakit Belakang dan Postur

Nenek selalu berpesan! Membongkok adalah suatu perlakuan buruk yang perlu dihindari. Postur yang tidak dikawal boleh membuat sakit belakang lebih buruk, terutama jika anda berposisi duduk dalam jangka masa panjang. Duduk tegak, dengan bahu bahu dilonggarkan dan badan disokong ke belakang kerusi . Cuba letakkan sebiji bantal atau sehelai tuala gulung antara bawah belakang anda dan kerusi anda. Kedudukan kaki hendaklah rata atas lantai itu.



DAPATKAN UBAT YANG SESUAI DARI PAKAR

TIP 3:Ubat Sakit Belakang

Terdapat dua jenis ubat penahan kesakitan di kaunter yang sering membantu dengan sakit belakang: dadah-dadah anti-radang nonsteroidal (NSAIDs) dan asetaminofen. Kedua-dua mempunyai beberapa kesan sampingan , dan sesetengah orang mungkin tidak dapat mengambilnya. Bercakap dan dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubat penahan kesakitan (pain killer). Jangan menganggap ubat sahaja boleh menyelesaikan kesakitan anda. Kajian menunjukkan anda mungkin akan memerlukan lebih satu jenis rawatan.



DAPATKAN PRESKRIPSI UBATAN YANG BETUL


TIP 4:Dapatkan Preskripsi Penahan Sakit Belakang

Sesetengah orang mungkin perlu kekuatan preskripsi NSAIDs atau ubat-ubatan opioid untuk membantu mengurangkan kesakitan. Ia penting untuk bercakap dengan doktor atau ahli farmasi a jika mengambil mana-mana ubat-ubatan lain -- termasuk ubat-ubatan di kaunter -- untuk mengelak mengambil dos berlebihan bahan aktif tertentu. Doktor mungkin juga mempreskripsikan relaksan otot bagi membantu meringankan kekejangan otot pesakit.

My Table Text
BERMINAT UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH. JANGAN ABAIKAN PELUANG INI!
PELUANG TIDAK AKAN DATANG SELALU!
Video Panduan Lelong
Video tutorial cara pantas menjana wang di portal Lelong.com.my!



UNTUK TIP SETERUSNYA - BERSAMBUNG KE ENTRI SETERUSNYA. klik sini!

Thursday, December 1, 2011

MENGAPA TERJADI?

TARIKH:01 DISEMBER 2012 ...Tidak berapa hari lagi, 2011 akan PERGI meninggalkan kita dan 2012 akan menjenguk tiba.. Say hello!!!!

ALANGKAH SEDIHNYA HATI INI

... tau kenapa???? Beralih tahun, bererti beralih umur. Beralih umur ertinya merubah pemikiran, kesihatan, rupa paras... dan sebagainya lagi. Kita perlu melihat diri kita sendiri...MUHASABAH Ada antara kita, makin tua, makin menjadi. Bak kata orang miang-miang keladi, makin tua makin gatal Sisih malaikat 44..



Malaysia Web Hosting

Apa yang paling menyedihkan, terdapat di kalangan kawan-kawan yang sanggup "menikam belakang" semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Lantaran itu, tersebar luarlah seggala fitnah yang bukan-bukan bersama berjela-jela surat layang walau pun tidak pernah melayang... Renung-renungkanlah tentang DOSA FITNAH seperti yang diceramahkan oleh tok-tok guru alim ulamak...

Malaysia Web Hosting

Ini adalah sebuah website yang jelas membicarakan tentang FITNAH MENGFITNAH. Kalau tidak tahu eloklah baca di sini. DOSA-DOSA FITNAH Moga-moga dibersihkan, cuci hati-hati yang kotor, jiwa yang perasad..
Antara beberpa isi yang perlu dijadikanRENUNGAN BERSAMA adalah seperti di bawah....

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah. Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan."(Surah al-Hujurat, ayat 6) Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya mempunyai beberapa kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.


Get Started Today For Only $1! - AWeber Communications
Terpanggil untuk bercerita sedikit tentang apa yang terjadi pada kawan-kawan sepanjang tahun 2011. Sememangnya, tahun ini merupakan tahun yang AMAT MENGECEWAKAN dan PALING MALANG. Sudahlah keputusan UPSR jatuh dengan teruknya.. "mereka-mereka" yang haprak dan durjana ini tidak sedar-sedar...
TERFIKIR KAH ANDA TENTANG GAMBAR INI(nationalgeographic.com)


BERANI MENCUBA SESUATU YANG MENCABAR
Mentor Jutawan 2008 (baru)- klik di sini!
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Tuesday, November 29, 2011

AZAM HIJRAH BARU

TARIKH: 28 NOVEMBER 2011 Hari ini merupakan tahun baru Islam 1433 Hijrah. Bersyukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.. Ingin menulis semula, setelah sekian lama bersembunyi dibalik bayang-bayang sendiri yang tidak tersembunyi... Terlalu lama rasanya tidak menulis dan terlalu beku otak untuk memerah ilham di layar maya ini. Terpanggil juga untuk menulis, lantaran umur pun sudah meningkat. Taraf kesihatan pun makin menurun... Cuma digagahi kerana masih mampu bersenaman ringan-ringan..


Bersama ini saya ingin postkan satu artikel penting untuk kesihatan.... Bacalah, jangan tak baca!!!!

Punca Penyakit Gout Dan Penawarnya

HPA Online Network
Gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor, biasanya seseorang itu diserang oleh gout kerana salah satu sebab utama, ringkasan ini ditulis supaya anda dapat mengambil jalan penyelesaian penawarnya.

  1. Stress, telah terbukti memberi kesan negatif pada badan, melalui pengurangan mineral dan nutrisi dan pengeluaran adrenalin dan hormon stress (steroid). Stress juga boleh menurunkan sistem imun anda, menukar paras sugar dalam daran dan menaikkan paras asid urik ke tahap tinggi. Dadah biasanya akan menambahkan stress melalui dehidrasi tisu organ dan menyempitkan laluan-neuro dan menyekat penyerapan zat nutrisi dan mineral. Penawar alami boleh menanganinya.
  2. Makan makanan yang salah, cara makan, masa makan dan banyak mana anda makan, secara terus memberi kesan pada kesihatan anda. Makan terproses melemahkan sistem penghadaman anda, yang dengan itu melemahkan sistem imun anda dan seterusnya akan membenarkan gout menyerang dan berbagai lagi penyakit akan muncul. Ubatan tidak dapat menggantikan apa yang makanan baik berikan. Penawar alami yang menggunakan beberapa makanan pasti yang memulihkan kesiahatan dengan cepat dan selamat.
  3. Berat badan yang melebihi. Seperti yang dimaklum sesiapa yang menghadapi berat banda terlebih akan menaikkan risiko berbagai penyakit. Kegemukkan boleh berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan metabolisma atau lebihan makanan atau kekurangan sesuatu yang sepatutnya. Ubatan tidak dapat mengimbangkan masalah ini, tetapi penawar alami akan dengan sendirinya mengimbangi beberapa hal dalam badan.
  4. Gula, terutamanya gula terproses, menyebabkan berbagai masalah kesihatan masyarakat moden sekarang. Terlalu banyak gula akan menyebabkan radangan dan ia adalah penyebab utama kebanyakan penyakit yang diketahui. Antara penyakitnya ialah tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan juga semua isu sistem imun yang masyarakat kita menderita seperti gout. Penawar alami boleh mengimbangi paras normal asid urik dan memberikan zat nutrisi penting yang pengambilan gula memudaratkan.
  5. Antibiotik, hari ni antibiotik telah di lebih gunakan. Memang adakalanya bagus digunakan. Perkataan antibiotik itu sendiri bermaksud melawan kehidupan dan itulah apa yang dilakukannya. Antibiotik melenyapkan semua organisma dalam badan, termasuk yang baik dan diperlukan oleh kesihatan.
  6. Ramai orang menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakseimbangan microorganism sihat yang diperlukan untuk penghadaman yang baik dan sistem imun yang berkesan. Dan juga, ramai orang yang mengambil antibiotik telah pun menderita dengan sistem imun yang lemah. Penawar alami boleh membantu memulihkan semula sistem pertahanan alami badan kita.
  7. Keseimbangan pH juga sangat penting dijaga seperti mana suhu badan, terlalu tinggi tidak baik dan terlu rendah juga tidak baik. Semua yang tersenarai di atas memberi kesan pada pH dengan meningkatkan keasidan dan kristal asid urik. Lagi tinggi paras asid lagi rendah oksigen dalam badan anda. Sel badan membuat kumbahan berasid dan biasanya dinyah melalui air kencing. pH yang rendah atau tinggi paras asid menyebabkan gout dan juga pengerasan arteri dan radangan sendi dan tisu sel badan.
  8. Paras rendah elektrolit (mineral) disebabkan oleh ubat dadah, diet kurang dan kurang aktiviti. Penawar alami boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.
Ini adalah satu pengenalan untuk memberi kesedaran kepada anda bahawa kita hidup sihat dari makanan hidup dan segar, kita tak dapat hidup sihat dari makanan mati atau bahan kimia iaitu dadah dan makanan terproses.
Sumber : penawaralami
 Untuk lebih lanjut : klik kat sini





KLIK SINI

Monday, November 30, 2009

CikgudeeCorner.com

Blog ini diwujudkan khusus untuk membicarakan perkara-perkara penting yang berlaku dalam penghidupan manusia yang mencakupi segenap bidang terutamanya pendidikan, kesihatan, perniagaan, motivasi, sukan, politik, kesenian, bahasa dan sebagainya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjemput sesiapa sahaja yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menyumbangkan idea, pendapat atau buah fikiran bagi menjadikan blog ini sebagai sebuah medan ilmu yang lengkap dan berguna. Dalam konteks ini, ilmu perlu dicari dan diterokai serta diamalkan kerana ilmu merupakan "titik-tolak" yang menentukan maju mundur sebuah masyarakat, organisasi dan negara. Tanpa ilmu, sesorang akan mundur serta ketinggalan disamping akan merasa "terhina"...



88DB.com

Nuffnang