Monday, April 5, 2010

UCAPAN PUTAR BELIT MENIPU RAKYAT!

Saya sengaja menyimpan petikan berita daripada Malaysiakini sebagai bukti kepetahan bercakap seorang Manteri Besar Pakatan Rakayat. Kita akan lihat sejauh mana kebenaran dan kepalsuan cakap-cakapnya. Ada kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini, hanya pandai bercakap dan berjanji, tetapi bila hendak melaksanakan ”terkial-kial: dan mecari seribu alas an. Yang paling sedapnya, alasan kerajaan Pusat tidak bagi peruntukan, jadi bagaimana nak laksanakan. Dulu, semasa berjanji tidak terfikir pun begitu. Main sedap janji saja.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya.

"Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini,” bidasnya.
Komen: Bagi saya, siapa yang menipu dan siapa yang penyangak?? Jangan main sedap cakap saja. Air muka pun dah tahu, siapa sebenarnya penyangak dan penipu!

Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.

"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.

"Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.
Komen: Tak perlu cari.. Kerajaan persekutuan boleh buat di mana-mana sahaja. Kuasa ada .... apa pun tak heran..
PKR, katanya lagi akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini.
Komen: Dekat pilihan raya, semuanya mesra rakyat… Lepas habis pilihan raya… Tengoklah… Mesra haprak!!! Ini pun janji pilihan raya..
Bukan 'berorientasikan janji-janji'

Menteri besar Selangor itu juga berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.

"Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya.
Komen: Cakap bolehlah.. Buat belum tahu!

Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlangsung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Tuduhan meleset

Abdul Khalid juga menolak dakwaan Najib kononnya rakyat sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat.
Komen: Nak kata apa lagi..Biasa la.. Dok syok sendiri….
"Jika dia kata rakyat tak yakin dengan Pakatan, kenapa Najib datang ke mari? Dia sepatutnya pergi berseronok di tempat lain,” katanya sambil merujuk lawatan Perdana Menteri di kedai-kedai sekitar Kuala Kubu Baru hari ini.
Komen: Beginilah cara bercakap pemimpin PR… Dok tersengeh-sengeh gelabah.. Tapi, control habis..

Sementara itu, lebih 500 orang menghadiri majlis bersama Menteri Besar dan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendengar maklum balas terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat.
Komen: 500 orang saja yang hadir. Ingat 5000 orang..isy!isy!

Abdul Khalid juga menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor.
Komen: Baru nak bagi… Umpan pilihan raya la tu.. Tadi, kata kat BN bagi umpan... Dia pun serupa.. Mengata orang, dia yang lebih!
Beri geran

Khalid berkata pemberian geran ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu, dan usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bersama Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kerajaan negeri meletakkan sasaran 100,000 pemberian milikan tanah di seluruh Selangor.
Komen: La macam tu... Awat tak bagi tahun lepas???

Pada majlis tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri komited untuk membantu warga Selangor menduduki tanah yang sekian lama dinafikan kepada mereka di bawah pentadbiran lalu.
Dalam perkembangan lain Khalid berkata ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.

Komen: Pulak dah! Lepas tu duit tabung tu pi tang mana, tak tau pulak …. Kena tipu lagi!

"Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu," tambahnya.
Komen: Susah jugak kerja ibu bapa.. Nak pengesahan pulak. Bukan apa, dia nak comform, orang BN ka orang PR??????

Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu.
Komen: Banyak tu… silap-silap apa pun tak dapat..Tunggu dan lihat!! Fikir habis-habis...
Mothers 05632 California Gold Car Wash - 32 ozMagellan Premium Car Kit for iPhone and iPod touchSolid 14k Yellow and White Gold Mens Watch Band CZ Cubic Zirconia Ring New14K Two Tone Gold Men's Watch Band Ring w DiamondsParker Latitude Fine Writing Medium Point Fountain Pen, 1 Blue Ink, Stainless Steel Body Pen(61943)Parker Latitude Fine Writing Medium Point Fountain Pen, 1 Black Ink, Silky Black Barrel Pen(61934)
Komen:
Melihat kepada kemelut dalam Pakatan Rakyat hari ini, amatlah sukar untuk mencari kebenaran atas sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan. Apa yang bakal terjadi, apabila PR memerintah ialah Melayu akan kehilangan kuasa. Lihat sajalah, apa yang disuarakan oleh Kapal Tak Karam-Karam apabila mencabar YAB Timbalan PM berhubung dengan pengakuan Melayu fisrt, second Malaysian. Apa sebenarnya ini???? LIHAT LAH TAKTIK MEREKA DALAM MEMERANGKAP ORANG MELAYU. Begitulah nanti akan terjadi dalam Pakatan Rakyat. Lihatlah Pulau Pinang. Dimana orang Melayu sekarang???? Jawatan apa yang dipegang oleh EXCO kerajaan negeri berbangsa Melayu (wakil PAS dan PKR).. Habuk pun tak ada! Janganlah dok seronok bila PR menang!!!!

Saturday, April 3, 2010

BUKTI PERMAINAN POLITIK PAKATAN RAKYAT

Saya pinjam berita dari UMNO, untuk tatapan ramai!

PUTRAJAYA, 1 April – Ibarat senjata makan tuan, usaha pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan dengan cara menghalalkan lompat parti, menjatuhkan maruah, menimbulkan keraguan, berbohong dan fitnah kita terdedah satu persatu.

Penyokong dan pemimpin mereka tidak sanggup berbuat jahat dan yang terlarang untuk mencapai matlamat. Temberang konon YDP Agung dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha kini terdedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas pakatan pembangkang yang sengaja menaburkan fitnah terhadapnya dan membuat banyak janji kepada rakyat yang kesemuanya tidak tertunai sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata penipuan pembangkang itu bermula dengan cubaan mereka untuk merampas kuasa pada 16 Sept 2008, diikuti kononnya ia mendapat sokongan daripada YDP Agong dan ATM.

“Mereka cuba pancing sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat BN supaya berpaling tadah dan bertukar parti menyokong pembangkang. Tetapi bila Adun mereka ’seberang’ pada kita, mereka ‘bertempik’.

“Soalnya siapa buat kudeta…siapa cuba main ‘permainan’ ini. Pada mereka semua halal, di tangan mereka matlamat menghalalkan cara. Sebab dalam politik, bagi mereka fakta tidak penting sebaliknya persepsi itu penting,” katanya.

Najib berkata beliau juga sedang menunggu temujanji dengan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, yang sebelum ini mendakwa pernah diupah untuk memfitnah Perdana Menteri dan isteri terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Shaaribuu.

“Saya tunggu, temujanji saya dengan Zulkifli, barang kali dia nak cerita. Inilah permainan yang mereka buat kononnya saya terlibat dengan Altantunya pada hal saya sudah bersumpah, saya tidak mengenali Altantunya.

“Orang lain tak berani sumpah tetapi saya berani sumpah. Tidak payahlah buat perancangan sebab ini fitnah. Kita boleh merancang tetapi Tuhan menentukan… jangan khuatir kita di pihak yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama Kelab Adun Penyokong BN di Sri Perdana di sini, pada Rabu malam. Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada masa sama, Presiden UMNO berkata, trend mutakhir sokongan rakyat terhadap BN setiap hari semakin meningkat, malah daripada lawatan-lawatannya ke seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, sambutan terhadap parti itu juga meriah.

Sehubungan itu, Pengerusi BN itu mengingatkan wakil-wakil rakyat BN supaya terus bekerja keras bagi memastikan BN dapat mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang. -MediaUMNO

LAGI-LAGI CERITA BOHONG!

Sepotong petikan berita:
Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai cuba mengguna kuasa mengendalikan perjalanan sidang. Ternyata Ganesan gagal mengendali dengan bijak dan baik.

Apa yang pincangnya? Soalnya, kalau dikaji secara terperinci, awal-awal lagi PAKATAN RAKYAT cuba memprovokasikan Persidangan DUN Perak. Jangan tak tahu....

1. Siapa yang tulis surat kepada DYMM Paduka Sultan Perak, supaya tidak diperkenankan Sidang DUN kali ini? Siapa??

2. Siapa yang pandai-pandai tulis notis menjemput ahli-ahli YB ke sidang DUN sedangkan dia bukan lagi Speaker Dewan???? ( Tak menghormati DYMM Paduka Sultan Perak)

3. Siapa yang minta semua soalan untuk sidang DUN dihantar kepadanya yang masih mengaku sebagai Speaker Dewan sedangkan mahkamah sudah memutuskan YAB Dato' Dr. zambry sebagai MB yang sah? (Secara tidak langsung perlantikan Dato Ganesan sebagai Speaker Dewan adalah sah!) Kenapa tidak mahu kenyataan ini???? Kalau sudah dasar pembelit, mesti mau belit punya.

Lihat kenyataan berita ini lagi...

Inilah isu yang menyebabkan semua Adun PR mengambil tindakan keluar dewan sebagai protes di atas kesombongan dan keangkuhan Speaker haram Ganesan. Tindakan ini dilihat oleh PR sebagai satu penghinaan dan biadab terhadap Tuanku yang bertitah semalam. Adun PR bimbang sekiranya Rang Undang-undang telah dibentang, dewan akan ditangguhkan oleh Speaker tanpa ada perbahasan Titan Tuanku. Sidang 7 Mei 2009 yang lalu telah berlaku, sidang ditangguhkan begitu sahaja tanpa disambung semula bagi membahaskan Titah Tuanku.
(Berita ini ditulis oleh: Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.)


Tengoklah macam mana "manisnya" ayat-ayat itu. Seolah-olah semua ADUN PR yang ada tu baik-baik belaka. Bersopan santun, berbudi-bahasa.... alahai seronoknya kalau dapat ADUn begini!..Tapi, apa yang berlaku, BUKAN...Bacalah Sinar Harian.. kalau baca Utusan dan Berita harian, surat khabar UMNO.. "Banner-banner" yang dibawa ke dalam dewan tu datang dari mana??? Bila buat??? Pendek kata, "kekecohan" yang berlaku itu sudahj dirancang. ADUN PR bukan merancang untuk membahaskan Titah Tuanku.. tapi, sebaliknya hendak berdemonstrasi. Mereka sebenarnya kecewa kerana tidak berjaya menarik rakyat Perak berdemonstrasi di luar dewan pada hari itu. Rakyat sudah muak dan mual.. TERMUNTAH!!!

Cuba tengok berita ini pulak...

Malaysia memang mempunyai penduduk 26 juta tetapi separuh daripadanya adalah Muslim. Maknanya lebih kurang 13 juta rakyat Malaysia adalah Muslim. Pelik juga bila rakyat yang bukan Islamnya hanya sekitar 13 juta orang tapi Malaysia pula menjadi antara 10 negara yang tertinggi mengambil arak. Sedangkan banyak lagi negara lain yang terdiri dari orang bukan Islam dengan jumlahnya yang ramai. Kalau semua rakyat Malaysia yang seramai 26 juta orang itu terdiri dari orang bukan Islam dan Malaysia pula berada antara 10 negara yang tertinggi ambil arak maka itu bukanlah suatu berita yang terbalik.


Penulis:Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang,
Dr Hamzah Jaafar.


Ini tulisan orang yang tak habis mengaji. Kalau ye pun, cuba kaji pulak, orang negeri mana pulak yang banyak dok kedarah benda keji ini. Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Siapa yang pegang negeri-negeri ini?? Tak kan buat tak tau pulak. Lagi pun, kalau nak membasmikan gejala ini banyak pihak kena terlibat. Alim ulamak yang paling penting. Tapi, alim ulamak hari ini dah sibuk pulak berpolitik. Nak keluar fatwa pun dah tak berani, takut puak balik sana lari... Lagi pun, yang buat kerja ni pulak orang-orang bukan Islam (Faham-faham saja la siapa sebenarnya..) Sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat lah yang banyak terlibat dalam busines jual benda haram ni... Suruh lah depa jangan jual. Bagi tau la Hukum Hudud. Benda ni wajib dilaksanakan. Tapi, sebut pun dah tak mau...

BERITA YANG PERLU DIPERBETULKAN!

Cuba lihat berita yang diperturunkan. Petikan berita Harakah ini jelas menunjukan penipuan yang tidak boleh diampunkan. Rakyat Perak sekali lagi diputarbelitkan. Apa-apa pun baca lah dulu....


Sidang Dewan Rakyat sudah pun selesai berlangsung.Ianya mengambil masa dua hari. Hari pertama merupakan hari perasmian dengan dipenuhi Ucapan Titah Tuanku. Hari Kedua …apa yang berlaku?
(Apa yang berlaku?? ADUN Pakatan Rakyat buat kecoh bawa "banner" tulis macam-macam.. Semuanya dan dirancang. kalau tidak mana datangnya "banner-banner" tu. Lu fikir la sendiri!!!!)

Rakyat tentunya mahu tahu, apakah perkara-perkara penting yang berkaitan dengan rakyat telah diputuskan. Rakyat telah memilih mereka sebagai wakil mereka ke mesyuarat di Dewan Undangan Negeri bagi membawa segala aduan dan masalah mereka di tempat masing-masing.
(Macam mana nak berbahas, semuanya kecoh! Serang menyerang sampai pergi ke meja ADUN Kerajaan...Cakap mesti mau fikir!!!)

Untuk memberi kesempatan kepada kesemua 59 wakil rakyat negeri Perak ini supaya dapat mengemukakan soalan-solan berhubung dengan masalah rakyat ditempat masing-masing, Pakatan rakyat telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk selama 5 hari.

(Kalau lima hari pun tak guna jugak..Depa pun bukan hormat sangat dengan peraturan dewan. Asyik-asyik keluar dewan.. Buat lima hari pun buang masa saja. Kalau ikut telunjuk dia orang, tak apa.. Kalau tak ikut, "merajuk" keluar dewan.. ini kah mentaliti yang ada pada ADUN PR???)

Cukup lah setakat itu. Ayat biasa, tak payah baca!!!!

Ini pengakuan penulis berita:(Tak berani pun letak nama sebenar!)
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Friday, April 2, 2010

BUDAYA ORANG GILA KUASA!

Tahukah anda, apakah ciri-ciri yang boleh digolongkan sebagai orang yang GILA KUASA? Di sini diperturunkan beberapa petikan berita yang memungkinkan anda mengenali cirri-ciri orang GILA KUASA!

Petikan 1:

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengakui terdapat anggota parti itu yang percaya terhadap tuduhan bahawa penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September lalu.

"Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya sewaktu merasmikan kongres dua sayap utama parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini.

Bagaimanapun, menurutnya, sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

"Saya tahu bahawa seluruh anggota parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup," katanya.

"Kita tahu ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut (mereka) mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada sebarang usul yang dikemukakan pihak Pakatan," katanya.

Pembohongan yang berleluasa oleh orang yang GILA KUASA!
Dr Syed juga mendakwa ahli-ahli parlimen itu menerima tekanan dan ugutan yang kuat, antaranya daripada polis Cawangan Khas (SB) yang "sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka (ahli parlimen BN)".
Pembohongan lagi!

Selain itu, katanya lagi, percubaan pemimpin Pakatan hendak bertemu perdana menteri bagi meminta sidang khas Parlimen diadakan bagi membincang dan memutuskan pelan perpindahan kuasa itu sentiasa ditolak.

Petikan 2:

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjelaskan punca kegagalannya menukar kerajaan persekutuan, atau "projek 16 September", walaupun beliau dijangka mengulas panjang isu itu seperti dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac 2008 lepas.

Semalam, timbalan presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima parti itu yang bermula di Shah Alam hari ini.

Akibat kegagalan tersebut, media menuduh Anwar berbohong dan terdapat ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang percaya dengan dakwaan sedemikian, kata Dr Syed Husin.

Mengakui projek itu "belum berhasil", Anwar berkata: "Peralihan kuasa bagi kita bukan percaturan politik peribadi.
(Memang ini percaturan politik peribadi!)

"Peralihan kuasa bagi kita adalah menegakkan suatu sistem yang adil, media yang bebas, badan kehakiman yang bebas, polis yang profesional, pimpinan yang tidak rasuah dan tamak haloba menekan rakyat.
(Ini pun satu pembohongan dan putar belit!)

"Itu maksud peralihan kuasa. Dan peralihan kuasa belum berhasil pada 16 September."
Maksud sebenar peralihan kuasa ialah supaya beliau boleh jadi Perdana Menteri dan semua kroninya dilantik menjadi Menteri-Menteri yang akan ”melanyak” semua kekayaan negara!

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan label anti-Melayu yang dikenakan terhadap DAP oleh "jaguh-jaguh Melayu baru" seperti ucapan-ucapan mereka di dalam Parlimen.
Tak kena lago tak apa. Kena macam Penang baru puas! DAP masa tak dapat kira semuanya bersetuju..dah dapat baru ketahuan!!!!

Petikan 3:

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan.
(Taktik baru pulak..Memang tak puas-puas selagi matlamat peribadi tidak tercapai. Nak jadi Perdana Menteri Malaysia yang baru…he!he!)

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada pertengahan bulan depan dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana menjelang pilihanraya negeri, selewat-lewatnya dijangka diadakan 2010.
(Nak tipu rakyat Sarawak pulak!)

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.
(Lantak engko la… Tak kan MP Sarawak nak tengok saja!!!)

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.


"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.”
(Tak boleh nak sebut la pasal benda tipu!!)

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.”
(Nak cakap apa lagi. Semuanya dan hancur-bocai.. Serabut habis… Allah tak suka orang cakap bohong!!!)

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli PKR dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.
(Harapan akan tinggal harapan.. Angan-angan Mat Jenin, akhirnya jatuh ke tanah..gedebup. Mati!!!!)

Petikan 4:

KUALA LUMPUR, 2 April: Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12 hanyalah satu pembohongan dan usaha mengalihkan perhatian umum terhadap krisis dalaman Umno negeri itu.
(Pandai pula kata orang berbohong! Yang selama ini, mereka berbohong kepada rakyat tu mereka tak sedar...Memanglah dasar GILA KUASA!!!)

Sambung berita lagi....

"Ini satu daripada taktik pembohongan Zambry. Kami sendiri telah mengesahkan dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim), memang tidak betul. Kalau ada sekali pun, ramai lagi calon yang lebih hebat dan lebih layak daripada beliau.
(Buat apa nak Tanya.. Siapa nak mengaku. Mampus tak mengaku punya… Cukupla tu.. Marilah bertaubat dan bersatu menyelamatkan Melayu dan Islam!)

"Umno Perak ada krisis dalaman dan ramai yang tidak bersetuju dengan Zambry. Jadi dia sebut perkara itu sekaligus mahu menunjukkan seolah-olah beliaulah calon yang paling baik sekali untuk menduduki jawatan Menteri Besar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
(Mana ada macam tu… Kami hidup seronok dan bahagia. Allah selamatkan orang-orang yang jujur dan ikhlas, bukan orang yang GILA KUASA!!!)

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang juga berkata, tindakan Zambry itu juga hanyalah sandiwaranya untuk menutup kegagalan beliau serta Speaker Dun, S. Ganesan yang gagal mengendalikan sidang Dun dengan baik meskipun mendapat bantuan daripada pelbagai pihak khususnya kawalan ketat polis.
(Heran jugak, tak sedar ke yang majoriti PR dah hilang kerana 3 orang mereka jadi BEBAS. Apa punya orang la...?????)

Mengulas lanjut mengenai sidang Dun yang berlangsung dua hari lepas, Nizar berkata, sidang Dun itu dijadikan sebagai alat untuk Umno/BN menunjukkan kuasa mereka sedangkan tiada apa yang dapat dicapai daripada persidangan tidak sampai lima jam itu.
(Siapa yang buat kecoh dulu??? Bawa banner macam-macam. Macam nak buat reformasi pulak...)

"Kenapa kami keluar dewan? Pertamanya perintah tetap telah diketepikan, tidak dipatuhi dan tidak dihormati. Yang kedua dalam agenda semalam tidak dinyatakan agenda untuk membahaskan titah ucapan Tuanku.”
(Buat cerita bohong lagi.. Sengaja plan nak buat kecoh..Kalau tidak mana dapat “banner” tu… Tak payahlah bohong. Ini bukan budak-budak!!!!)


"Kita tanya adakah perbahasan hendak diadakan tapi Ganesan dan Zambry tidak jawab. Jadi ini satu perkara yang mesti dijelaskan. Kalau ada perbahasan kita akan sediakan dan memang kita sediakan.
(Bohong! Dah rancang nak buat kecoh... Tak payahlah bagi macam-macam alasan!

"Yang ketiga kami mahu persidangan ini dilanjutkan sampai lima hari. Oleh kerana belum pernah lagi sejak rampasan kuasa di Perak, persidangan berlanjutan cuma yang ada sebelum ini pun tidak sampai dua tiga jam. Jadi kita minta supaya lebih adil dan kami boleh bersuara berkenaan tuntutan rakyat. Tapi ini pun tidak dijawab maka kami tidak ada pilihan lain kecuali keluar dewan," katanya.
(Mana ada rampasan kuasa.. Tak sedar ka PR dah hilang majoriti. ADUn PR yang isytihar jadi BEBAS. Tak akan tak faham lagi!!!!)

Petikan 4:

Kerajaan telah mengkhianati rakyat samada bumiputera maupun bukan bumiputera. Tidak ada kouta untuk bumiputera dan bukan bumiputera di gariskan di dalam MEB.Lebih berbahaya lagi ialah kerajaan seolah-olah membenarkan rakyat asing menguasai ekonomi dan memegang ekuiti di dalam negara kita.
Dasar Liberalisasi Ekonomi Negara (DLNE) yang diumumkan tahun lalu dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat telah dianaktirikan kini MEB lebih dahsyat lagi. Mengikut DLEN pegangan ekuiti Bumiputera diturunkan daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan ekuiti bukan Bumiputera dikurangkan daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Dasar ini membenarkan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) manakala nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.
Lebih malang lagi MEB langsung tidak menetapkan kouta Bumiputera dan Bukan Bumiputera, maknanya rakyat asing boleh membolot seberapa banyak ekuiti yang mereka suka tanpa had.

Komen:
Orang GILA KUASA memangnya macam itu. Semua yang kerajaan buat semuanya tak betul. Yang betul yang depa buat. Soal KALIMAH ALLAH senyap macam tu saja. Tak berani nak cakap lebih-lebih. Jaga hati “KAWAN KARIB”. Serupa dengan isu NEGARA ISLAM dan HUKUM HUDUD.. Senyap sunyi dah pun. Pasal kalau cakap deras-deras nanti kena ”henyak” dengan PAK SHEIKH . Isu murtad pun dah tak kisah dah. Nun dok target jadi Timbalan PM.. (Kot-kot la PAK SHEIKH nak bagi).

Yang hairannya, depa tak sedar ka yang PAK SHEIKH dok pekena depa. PAK SHEIKH tahu, nak dapat kuasa mesti pecahkan (porak-perandakan) orang Melayu. Idea ni disampaikan kepada KAPAL TAK KARAM-KARAM dan LIM SEPAK SIANG... lu mau kuasa kena kongsi sama orang Melayu... Awat tak mau.. Ni la orang Melayu ( pak turut PAK SHEIKH dan TOK GURU) tak sedar. Lepas tu, Malaysia akan jadi Penang dan Singapura... Tunggu tengok la!!!!

Thursday, April 1, 2010

PERSIDANGAN DUN PERAK - FITNAH HARAKAH!

Sebuah petikan daripada Harakah. Ini semuanya

FITNAH

yang amat hina dan tidak bermoral langsung. Cuba lah baca Sinar Harian sama, kalau akhbar-akhbar lain dikatakan "penipu".

Sekarang siapa penipu??



Baca dengan teliti. Perkataan demi perkataan, baris demi baris.

Kita tidak suka rakyat Perak dipermain-mainkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab seperti penulis ini!!!



(Kenapa tulisan warna merah? Kerana Bahaya)Penulis:Ajijoi (Ini pun sudahb tentu bukan nama sebenar!)

Perangkap yang dipasang oleh Umno dan BN sewaktu berlangsungnya Sidang Dun Negeri Perak ternyata mengena.

Segala prosedur, segala peraturan dan sehinggakan titah ucapan Raja Muda Perak juga tidak mereka endahkan, kerana agenda persidangan yang lebih utama adalah menunjukkan kepada rakyat betapa adun-adun Pakatan Rakyat sentiasa akan membuat kecoh dan kacau semasa sidang berjalan.

Segalanya menjadi bertambah mudah apabila pihak media yang bukan daripada kalangan pemain skrip mereka diletakkan di dalam bilik gelap yang menghalang daripada merakamkan gambar-gambar yang tidak mereka inginkan didedah kepada rakyat. Hanya imej-imej idaman daripada lensa-lensa upahan mereka sahaja yang akan diperbesarkan.

Maka, muka hadapan akhbar Utusan menjadi wadah utama untuk mereka mengutuk dan memperkecilkan tindakan-tindakan Adun PR yang mahukan keadilan dan peraturan sidang diikuti.

Ganesan, Speaker yang dilantik secara haram telah menjalankan kerja haramnya dengan cukup baik sepertimana yang telah dirancang dan di skripkan untuk mencabul Perintah Tetap Dewan semahu beliau asalkan kemarahan dan ketidakpuasan hati adun-adun PR dapat dirakam buat peluru politik Umno dan BN.

Jika inilah tahap pemikiran dan cara berpolitik Umno dan BN, amat rugilah rakyat Perak apabila pentadbiran negeri diletakkan dibawah jagaan mereka.

Jika Dewan persidangan Dun Negeri dan Titah Ucapan Raja Muda Perak pun boleh mereka 'cincai'kan, apalah ada dengan kita segala rakyat yang senantiasa diperbodoh-bodohkan dengan permainan politik sekeji begini.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Komen:

Dalam akhbar Sinar Harian halaman N4, bertarikh 01 April 2010, di bawah tajuk ADUN Pakatan cuba bangkitkan isu pelantikan Ganesan, jelas menyatakan bahawa "..... ADUN daripada Pakatan Rakyat (PR) cuba membangkitkan isu pelantikan Yang Dipertua Dewan yang disandang oleh Datuk R.Ganesan dikatakan tidak mengikut Perintah Tetap."

Ini dengan jelas bahawa ADUN PR sememangnya berniat jahat untuk mengeksploitasi perkara ini. Mereka bukan hendak membawa masalah rakyat, tetapi semuanya untuk kepentingan politik peribadi. Dalam TV Awani pun tunjuk bagaimana ADUN PR menjadikan dewan sebagai tempat berdemonstrasi dengan pelbagai "banner".

Inikah mentaliti ADUN PR Perak? Termasuklah dengan Ketua Pembangkangnya.. yang tak pernah sedar diri!



Lepas itu, mereka cadangkan persidangan selama lima (5) hari. Tidak masuk akal langsung. Dalam masa lima hari nanti, bolehlah bawa "sepanduk reformasi" besar sikit!. Ini kerja "orang-orang yang tak tahu buat kerja". Persidangan DUN lima hari pun nak cakap apa. Yang pastinya nak cakap:

1. MEB - Indah khabar dari rupa. (Ini yang "kepala besar-besar" mereka tengah canang satu Malaysia, satu dunia).

2. "Tok ketua" mereka kena fitnah.
3. Pasal kawan dengan Israel - keselamatan negara tergugat.
4. Pasal polis hendak tembak orang ikut suka hati. (Mana punya otak sempit macam ini. Rakyat kena nilai betul-betul tohmahan ini)
5. Pasal surat khabar berat sebelah. (Tak tulis pasal mereka, kata berat sebelah)
6. Pelaga pemimpin-pemimpin kerajaan . (Semuanya tak kena di hati perut mereka)
7. Cerita PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali bersifat perkauman.
8. Pasal cerita UMNO, dapat dosa. Cerita PAS dapat pahala.
9. Cerita enjin jet hilang.
10. Banyak buang bayi kerana BN memerintah.(logik ke???)
11. Macam-macam lagi yang tak masuk akal.

Dari senarai cerita di atas, ada kah cerita pasal kebajikan rakyat hendak dibahaskan. Dah tentu tidak ada. Silap-silap berbahas, keluar dcewan habis. Nak bahas apa lagi???

Wednesday, March 31, 2010

CAKAP DAN ALASAN MEMANG MUDAH.

Kita akan bercerita tentang petikan di bawah!

Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan . Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.

Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak. Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.


Soalnya sekarang, melalui Pakatan Rakyat, bagaimana PAS hendak laksanakan semua ini? Dulu, soal kafir-mengkafir menjadi senjata untuk menyerang UMNO kerana bekerjasama dalam Barisan Nasional (bersama MCA dan MIC). Isu Negara Islam juga merupakan pegangan PAS. Tapi, sekarang sudah tidak kedengaran lagi kedua-dua isu ini sebab hendak jaga hati "kawan-kawan baik" PAS dalam Pakatan Rakyat. Mana boleh sebut lagi soal kafir-mengkafir dan negara Islam. Jadi, sejauh mana praktikalnya perkara-perkara yang dinyatakan dalam petikan di atas hendak dilaksanakan sekiranya ditakdirkan mereka menjadi kerajaan. Macam mana PAS hendak membasmi perjudian dan pelacuran di Selangor atau Penang??? Maka, itulah dikatakan CAKAP MUDAH, ALASAN PUN MUDAH!

KENAPALAH BODOH SANGAT?

Pernyataan ini saya petik dari Harakah. Tengoklah, layakkah seorang "pemimpin" boleh keluarkan pernyataan yang sebodoh itu. Tak akan lah seorang YB DUN hendakkan duit tu!!! Tak tau la, mentaliti macam budak-budak...


SEBERANG JAYA, 31 Mac: Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim boleh mengisi borang untuk mendapatkan sagu hati RM100 pemberian Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mempertikaikan usaha membantu golongan warga emas.

Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amir Ghazali dalam nada sinis berkata, Azhar yang juga setiausaha Umno negeri sememangnya berkelayakan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

"Walaupun hanya RM100 setahun iaitu 27 sen sehari, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menunjukkan keprihatinan yang tinggi, tidak sebagaimana Umno langsung tidak menghargai jasa warga emas," ujar beliau.



Lagi pun, kalau setakat RM100 setahun, tak payah bagilah. Sebaik-baiknya wang RM20 juta, guna bina surau ke masjid untuk orang Islam Pulau Pinang. Dapat juga pahala pada LGE.

TIDAK ADA JALAN LAIN, GUNA KARTUN PULAK!

Tak tau la apa nak jadi? Tak habis-habis dengan kekalutan dan kekusutan yang ada. Yang menghairankan sekali, ada jugak lagi yang dok kena tipu dan jadi tunggangan "Tok Ketua" haprak. Tengoklah, cerita kartun pulak dijadikan media menabur fitnah. Last-last polis serbu dan rampas. Eloklah macam tu, sebab yang suka kartun ni kanak-kanak. Jadi, tengoklah bagaimana strategi "puak" ini mempengaruhi kanak-kanak pula dengan "pembohongan". sampai bila??? Apa pendirian KDN dalam hal ini??


Baca berita ini, dan pertimbangkan lah dengan penuh keikhlasan dan keimanan.

"Pada 20 Mac lepas, sepasukan polis dari IPD Jasin Melaka merampas majalah-majalah kartun kami -- Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia," kata Zunar.

Februari lepas, majalah sama juga dirampas di Seberang Jaya, Butterworth, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi di Pulau Pinang.

"Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur. Juga dirampas ialah plat dari kilang percetakan.

Semua majalah ini boleh dibeli secara online di website www.cartoonkafe.com atau email kepada cartoonkafe@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi pejabat Sepakat di 03 22744931 untuk keterangan lanjut.


Tengoklah pulak, tak boleh jual di kedai, dijual pula secara "online". Ini lagi bahaya. Kenapa mereka beriya-iya benar mereka hendak menjualnya. Banyak untung ke? Bukannya keuntungan yang menjadi matlamat mereka, tetapi kumpulan sasaran mereka golongan kanak-kanak dan remaja. Kenapa semua yang terjadi kepada mereka, dikatakan fitnah atau konspirasi? Bermakna, bila buat kesalahan kemudian didakwa di mahkamah, semuanya "fitnah" dan "konspirasi". Macam cerita berkawan dengan Israel, siapa yang lebih-lebih takut strategi keselamatan negara terbocor kepada Israel.. Siapa pulak yang berkawan lebih-lebih dengan Israel? Ini sepatutnya disedari oleh semua rakyat. Tapi, kenapa rakyat tidak nampak segala "helah" ini..

Tengoklah kartun di bawah ini...



Kartun yang akan merosakkan persepsi kanak-kanak@remaja

Sudah sampai masanya, kebebasan sebegini dikaji semula. Kita perlu tahu bahawa kewujudan sesuatu bahan bacaan untuk masyarakat ialah untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang berguna untuk penghidupan manusia. Tetapi, kalau untuk "mempersendakan" seseorang, apakah perlunya "bahan" itu diterbitkan???

KENAPA ISU APCO WORLDWIDE DIBESAR-BESARKAN? SATU USAHA MENGUBAH PERHATIAN MASYARAKAT??

Besar sangat ke isu APCO WORLDWIDE yang diheboh-hebahokan oleh "Tok Ketua" dan penyangak-pen yangak yang tidak pernah jemu-jemu hendak memporak-perandakan negara Malaysia. Isu penggunaan kalimah ALLAH pun tidaklah dibesar-besarkan sebegini. Isu murtad Lina joy pun tidak diambil pusing langsung. Soal kesucian agama Islam pun tidak diambil berat. Sebaliknya, isu APCO WORLDWIDE ini pula diambil serius seolah-olah ianya akan meruntuhkan negara.

Usaha-usaha penipuan dan "putar-belit" akan bermula dan sedang berlaku. Kenapa?? Ini tidak lain adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari perbicaraan liwat "tok Ketua" yang akan berlangsung. Selain itu, Isu 16 September, dan isu "keluar" dan "pemecatan" pemimpin PKR.

Cukup bijak, licik dan halus mereka mencari "bahan-bahan" untuk dibuat cerita "berbelit-belit" (macam ular) bagi meracuni dan menimbulkan keresahan di jiwa rakyat. Apatah lagi, sekarang ini penyokong-penyokong mereka tengah "sasau" dan "panik". Ada yang sudah mula bertanya-tanya,tentang Isu 16 September yang didedahkan sendiri oleh bekas sahabat "Tok Ketua". Ada yang menyatakan bahawa tergamak sungguh "Tok Ketua" buat macam itu. Maknanya, kerja liwat-meliwat tu pun kira betul la.. Kalau tak betul, mesti dia jawab. Ni, tak jawab dan terus keluar dewan. Lepas tu lari bertenang di luar negeri. Kat mana pulak dia dapat duit kerap pergi luar negeri. Gamak-gamaknya, George Soros bagi kot??? Di sini, cuba baca sebuah tulisan dalam sebuah bl0g:

Sejurus sampai di New York, pada 25 September 09, Anwar disambut oleh Richard Haas, Pengerusi Council on Foreign Relation (CFR)
Siapa Richard Haass ? Richard Haass adalah berbangsa Yahudi yang mempunyai perkaitan darah dengan keluarga Rockeffeler, Amerika Syarikat. Semasa Presiden Bush (Republikan) memerintah Amerika Syarikat, Richard Haass adalah Pengarah Perancangan Dasar untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat (2001-2003)
Ketika Iraq diserang , Richard Haas bertugas Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow di CFR. Ketika itu, dia juga merupakan penasihat utama kepada Setiausaha Negara, Colin Powell, yang menentukan dasar-dasar luar Amerika Syarikat. Bermakna di tangan ‘penasihat Collin Powell’ lah serangan ke atas Iraq wajar atau tidak.
Iraq diserang pada 20 mac 2003. Bermakna atas nasihat Richard Haas lah faktor utama Iraq diserang. Pelaksana serangan ke atas Iraq dilakukan oleh Paul Wolfowitz (Yahudi) yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat(2001-2005).
Sebab itu, web wake-up-america.net, menyenaraikan nama Richard Haass dan Paul Wolfowitz sebagai dua daripada 42 Yahudi neocons Amerika yang bertanggungjawab membuat keputusan serangan ke atas Iraq. Klik di sini
Perang Iraq yang berslogankan ‘Operation Iraqi Freedom’ (Operasi Kebebasan Rakyat Iraq) itu telah mengorbankan lebih 1.2 juta nyawa [kajian daripada independent polling agency pada September 2007] dan lebih 5 juta kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim [kajian kerajaan Iraq pada Disember 2007]. klik di sini
Anwar Ibrahim ketika itu berada di penjara Sungai Buloh (1999-2004) turut memberi ’saham’ menyokong serangan ke atas Iraq. Dia menulis satu rencana yang diterbitkan oleh Majalah Time (milik CFR) dan International Herald Tribune (milik CFR) pada 11 Oktober 2001 yang menuduh Mohamad Atta dan Osama ben Laden sebagai pengganas yang mengebom WTC (World Trade Centre). Klik di sini
Tuduhan Anwar ini merupakan tuduhan paling jahat ke atas dunia muslim, kerana sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat gagal memberi bukti siapakah pihak pengebom WTC yang membunuh beribu-ribu rakyat Amerika itu.
Dalam rencana itu juga Anwar menyuntik nilai kebencian rakyat Amerika Syarikat kepada Malaysia dengan mengatakan kerajaan Malaysia mengawal media untuk menyemarakkan sentimen kebencian dan meletakkan kesalahan kepada Amerika Syarikat.
Tulis Anwar, “One is therefore perturbed by the confusion among Muslims who responded to the attack with a misplaced diatribe against the United States. In Malaysia, the government-controlled media have been deployed to stir anti-American sentiments, while members of the political elite use a different language for international diplomacy” Klik di sini
Sudah tentu tulisan Anwar ini mudah difahami mesejnya bahawa dia meletakkan dirinya sebagai penentang ‘terorisme’ (pengganas Islam). Dia menyalahkan Mohamad Atta dan Osama Bin Laden sebagai terorisme (walaupun tidak bukti yang mensabitkan kesalahannya) dan dia menyalahkan kerajaan Malaysia kerana bersimpati kepada dunia Islam, sedangkan Anwar adalah satu-satu individu yang bersimpati kepada Amerika Syarikat.
Semestinya tulisan Anwar yang membodek Amerika ini amat disukai oleh Yahudi neocons Amerika (seperti Paul Wolfowitz) yang sememangnya merancang menjadikan ‘kemusnahan WTC’ sebagai faktor pendesak serangan ke atas Iraq yang dianggap sarang kepada ‘terorisme’.


Ini sambung lagi bacaan!

Sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004 kerana berjaya dalam rayuan terakhir kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan, Anwar terus berangkat ke Munich, Jerman untuk menjalani rawatan sakit belakang(Komen: Mana ada sakit pun). Sebelum ini, pada 8 Ogos 2000, Anwar telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Datuk Arifin Jaka.
Antara tetamu penting yang melawat Anwar di Munich adalah Paul Wolfowitz, ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan ahli CFR.
Peter J. Boyer, wartawan The New York Yorker menulis satu rencana khusus bertajuk “The Believer – Paul Wolfowitz defends his war” [klik di sini] menceritakan kesibukan Wolfowitz di Amerika, tetapi tetap meluangkan masa untuk melawat rakan karibnya, Anwar Ibrahim, di Munich.
“…Pada malam 5 Oktober 2004, sekumpulan pelajar-pelajar Poland, profesor-profesor, pegawai tentera, dan pegawai kerajaan penuh sesak kepada sebuah auditorium kecil di Warsaw University untuk mendengar Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Defense, memberi ceramah berkenaan perang di Iraq ..”
Penulis sendiri mengakui, pada masa itu merupakan hari-hari yang memenatkan Paul Wolfowitz, kerana dia terpaksa melobi semua pihak termasuk di London untuk bersetuju dengan Amerika Syarikat berkaitan dengan peperangan ke atas Iraq. Dan dalam sama Wolfowitz terpaksa melobi kepada pihak Jerman untuk turut serta dalam peperangan itu.
Dalam perjalanan ke Jerman, penulis menggambarkan Paul Wolfowitz berhenti di Bandar Warsaw untuk melawat Memorial Umschlagplatz, satu memorial peringatan untuk ratusan ribu orang Yahudi Warsaw yang terkorban semasa pemerintahan Nazi, Jerman. Bapa Wolfowitz, Jacob Wolfowitz, dilahirkan di Warsaw, tetapi terselamat dari peristiwa ‘holocaust’ itu. Penulis menggambarkan, Wolfowitz benci kepada ‘holocaust’ sejak dari kecil lagi.
“…Dalam Perjalanan ke Poland, Wolfowitz membuat satu hentian di Munich, di mana beliau telah bertemu dengan dua lelaki yang telah membantu untuk membentuk pandangan Islamnya. Seorang daripadanya adalah Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berada di Jerman untuk rawatan perubatan…”
Penulis turut menggambarkan betapa akrabnya hubungan Wolfowitz dan Anwar Ibrahim yang telah dikenali sejak dari zaman pelajar lagi. Penulis menukilkan Anwar sebagai;

“…Bagi Wolfowitz dan pihak Barat lain, Anwar adalah jelmaan ‘Islam Moderat’, toleran, dan bercita-cita menggerakkan negaranya ke arah dunia moden…”
“…Selepas sahaja serangan WTC, 11 September, Anwar Ibrahim, yang ketika itu masih dalam penjara Malaysia, menulis satu rencana mengutuk dengan lantang serangan-serangan (teroris Islam) sebagai satu kebencian dan meratap kegagalan dunia Islam untuk memberi perhatian terhadap “penderitaan yang menyusahkan rakyat Islam di Iraq yang dilakukan oleh diktatornya (Saddam Hussein)…”



Siapa Paul Wolfowitz ini? Siapa? Seorang Yahudi yang mempunyai "share" dalam memusnahkan sebuah negara Islam iaitu Iraq.

Baca sepotong ayat lagi...
Anda akan berasa sedih mempunyai seorang pemimpin sebegini. Tetapi, anda bernasib baik kerana Peristiwa 16 September tidak menjadi kenyataan..

Anwar berkata dia menentang peperangan di Iraq, tetapi dia bekerja dengan Paul Wolfowitz yang merencanakan peperangan ke atas Iraq. Stephen Sackur mengasak Anwar sebagai penyokong zionisme dan neocons. Anwar cuba nafikan, tetapi penafian Anwar tidak memuaskan hati Stephen Sackur menyebabkan dia menegaskan bahawa Anwar adalah adalah penyokong utama Paul Wolfowitz.
Apabila Anwar diajukan dengan serangan sebagai penyokong Wolfowitz daripada Stephen Sackur, menyebabkan Anwar tergamam dan tergagap-gagap untuk menjawabnya


Ini satu lagi petikan.. Pastinya ada kebenaran, kerana tiada sesiapa pun yang menafikannya. Penulisan penulis-penulis yang saya paparkan ini adalah yang sentiasa mengikuti perkembangan politik Malaysia:

Anwar Ibrahim adalah Diplomat Jemputan CFR, New York (klik di sini). The Brookings Institution pula adalah salah satu badan pemikir CFR yang ditaja oleh Rockefeller(Yahudi). Manakala Anwar pula merupakan Kumpulan Penasihat Antarabangsa Brooking Institution. Klik di sini dan Klik di sini.
Presiden CFR adalah Richard Haass(Yahudi), yang telah menyambut lawatan Anwar ke Amerika Syarikat baru-baru ini. Richard Haass pula Naib Presiden, The Brookings Institution. Klik di sini
Jadi semakin jelas, Anwar memang termasuk dalam lingkaran Yahudi CFR, bermula dari Institut Brookings (berjawatan penasihat antarabangsa), badan pemikir CFR (Anwar berjawatan Diplomat Jemputan CFR, New York), kemudian CFR yang ditaja oleh keluarga Yahudi terkaya di Amerika Syarikat, Rockefeller.
Brookings Institution pula adalah badan pemikir pro parti Demokrat, Amerika Syarikat. Diasaskan oleh Robert Brookings(Yahudi). Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott ,(Yahudi) bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Klik di sini

Pihak Israel tidak begitu berpuas hati dengan peranan Brookings Institution yang dilihat tidak begitu pro Israel, lalu seorang jutawan Yahudi Amerika bernama Haim Saban telah menderma sebanyak $13 million kepada institut itu untuk menubuhkan satu unit penyelidikan khusus yang dinamakan Saban Center for Middle East Policy.
Martin Indyk (Yahudi), bekas pentadbir kerajaan Amerika semasa Presiden Clinton (Demokrat) yang pro- Israel dilantik sebagai Pengarah Saban Center for Middle East Policy. Dia juga terlibat dalam organisasi lobi Israel di Amerika Syarikat yang dinamakan AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee).


Gambar Martin Indyk (Yahudi)


Yang ini, orang PAS (yang mengaku memperjuangkan Islam) MESTI baca!

Keterangan ini lebih jelas menunjukkan semua instrumen Yahudi Amerika telah melingkungi dan mengikat Anwar untuk melaksanakan misi demokrasi Yahudi di Timur Tengah. Projek ‘Demokrasi Islam’ yang dilaung-laungkan Anwar adalah sambungan lidah Yahudi yang berselindung di sebalik wajah Anwar.
Sebab itu apabila Anwar mencatatkan di blognya pada 28 September 2009,bahawa dia kesibukan dalam acara di New York dan Florida untuk mencari pendekatan baru Presiden Obama ke atas dunia Islam, sebenar retorik untuk menyeronokkan para penyokong Anwar di Malaysia.
Sebenarnya Anwar telah menemui ramuan baru pendekatan ke atas dunia Islam itu ketika Anwar, Zainah Anwar dan rakan-rakan CSID (Center for the Study of Islam & Democracy) menghantar surat kepada Presiden Obama pada 10 mac 2009.


Kandungan surat itu;

…Untuk tempoh yang lama, dasar Amerika di Timur Tengah telah dilumpuhkan dengan ketakutan terhadap parti-parti Islam yang akan mengambil alih kuasa. Sesetengah ketakutan ini munasabah dan difahami ; ramai pejuang Islam menyokong dasar- dasar yang tidak liberal….
…Mereka (parti-parti Islam sepatutnya) perlu lebih berusaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada hak-hak wanita dan minoriti agama, serta kesanggupan mereka untuk bertoleransi terhadap perselisihan pendapat…..
..(Tetapi) Dalam kebanyakan negara, termasuk Turki, Indonesia dan Maghribi, hak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya agak kredibel dan terbuka, juga mempunyai parti Islam yang moderat serta mempertingkatkan komitmen mereka kepada norma-norma demokratik.(Bila parti Islam dimoderatkan/liberalkan barulah menepati ciri demokrasi contohnya Indonesia dan Turki)…
….Mempromosikan demokrasi di rantau tersebut (Timur Tengah) akan memberikan peluang kepada parti liberal dan sekular untuk memantapkan diri mereka serta menghubungkan idea mereka kepada orang ramai, selepas penindasan selama berdekad-dekad yang menyebabkan mereka lemah dan dipinggirkan…
…(Perlunya Presiden Obama menumpukan demokrasi di Timur Tengah) untuk memberikan mesej kepada bangsa Arab dan dunia Muslim bahawa Amerika Syarikat akan menyokong semua pejuang kebebasan (beragama), demokrasi, dan hak asasi manusia…
…Sebagai penutup, kami menulis surat ini untuk meningkatkan kepercayaan kami yang mendalam bahawa sokongan terhadap demokrat dan demokrasi di Timur Tengah bukan untuk kepentingan di dalam rantau tersebut, tetapi juga kepada Amerika syarikat….
…Mungkin yang lebih penting, apa yang kami lakukan terhadap isu kritikal ini akan mendedahkan tentang betapa hebatnya kekuatan idea demokratik Amerika di dalam era ini kita akan menentukan untuk menghormati dan mengamalkannya (demokrasi) di Timur Tengah…..

Bermakna ketika ini, ketika Anwar masih berada di Amerika Syarikat, dia mencatatkan perkembangannya di sana dengan mengatakan,…”Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam…Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam..” mengesahkan peranannya sebagai Diplomat Jemputan, New York.
Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan, New York ? Adakah ini petanda Anwar akan terus aktif dalam misi lamanya itu ?



Apakah ANDA tidak bimbang atau takut, apabila membaca tulisan-tulisan sebegini? Ke manakah nanti umat Islam hendak pergi???

Nuffnang