Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Monday, April 5, 2010

UCAPAN PUTAR BELIT MENIPU RAKYAT!

Saya sengaja menyimpan petikan berita daripada Malaysiakini sebagai bukti kepetahan bercakap seorang Manteri Besar Pakatan Rakayat. Kita akan lihat sejauh mana kebenaran dan kepalsuan cakap-cakapnya. Ada kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini, hanya pandai bercakap dan berjanji, tetapi bila hendak melaksanakan ”terkial-kial: dan mecari seribu alas an. Yang paling sedapnya, alasan kerajaan Pusat tidak bagi peruntukan, jadi bagaimana nak laksanakan. Dulu, semasa berjanji tidak terfikir pun begitu. Main sedap janji saja.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya.

"Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini,” bidasnya.
Komen: Bagi saya, siapa yang menipu dan siapa yang penyangak?? Jangan main sedap cakap saja. Air muka pun dah tahu, siapa sebenarnya penyangak dan penipu!

Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.

"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.

"Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.
Komen: Tak perlu cari.. Kerajaan persekutuan boleh buat di mana-mana sahaja. Kuasa ada .... apa pun tak heran..
PKR, katanya lagi akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini.
Komen: Dekat pilihan raya, semuanya mesra rakyat… Lepas habis pilihan raya… Tengoklah… Mesra haprak!!! Ini pun janji pilihan raya..
Bukan 'berorientasikan janji-janji'

Menteri besar Selangor itu juga berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.

"Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya.
Komen: Cakap bolehlah.. Buat belum tahu!

Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlangsung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Tuduhan meleset

Abdul Khalid juga menolak dakwaan Najib kononnya rakyat sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat.
Komen: Nak kata apa lagi..Biasa la.. Dok syok sendiri….
"Jika dia kata rakyat tak yakin dengan Pakatan, kenapa Najib datang ke mari? Dia sepatutnya pergi berseronok di tempat lain,” katanya sambil merujuk lawatan Perdana Menteri di kedai-kedai sekitar Kuala Kubu Baru hari ini.
Komen: Beginilah cara bercakap pemimpin PR… Dok tersengeh-sengeh gelabah.. Tapi, control habis..

Sementara itu, lebih 500 orang menghadiri majlis bersama Menteri Besar dan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendengar maklum balas terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat.
Komen: 500 orang saja yang hadir. Ingat 5000 orang..isy!isy!

Abdul Khalid juga menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor.
Komen: Baru nak bagi… Umpan pilihan raya la tu.. Tadi, kata kat BN bagi umpan... Dia pun serupa.. Mengata orang, dia yang lebih!
Beri geran

Khalid berkata pemberian geran ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu, dan usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bersama Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kerajaan negeri meletakkan sasaran 100,000 pemberian milikan tanah di seluruh Selangor.
Komen: La macam tu... Awat tak bagi tahun lepas???

Pada majlis tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri komited untuk membantu warga Selangor menduduki tanah yang sekian lama dinafikan kepada mereka di bawah pentadbiran lalu.
Dalam perkembangan lain Khalid berkata ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.

Komen: Pulak dah! Lepas tu duit tabung tu pi tang mana, tak tau pulak …. Kena tipu lagi!

"Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu," tambahnya.
Komen: Susah jugak kerja ibu bapa.. Nak pengesahan pulak. Bukan apa, dia nak comform, orang BN ka orang PR??????

Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu.
Komen: Banyak tu… silap-silap apa pun tak dapat..Tunggu dan lihat!! Fikir habis-habis...
Mothers 05632 California Gold Car Wash - 32 ozMagellan Premium Car Kit for iPhone and iPod touchSolid 14k Yellow and White Gold Mens Watch Band CZ Cubic Zirconia Ring New14K Two Tone Gold Men's Watch Band Ring w DiamondsParker Latitude Fine Writing Medium Point Fountain Pen, 1 Blue Ink, Stainless Steel Body Pen(61943)Parker Latitude Fine Writing Medium Point Fountain Pen, 1 Black Ink, Silky Black Barrel Pen(61934)
Komen:
Melihat kepada kemelut dalam Pakatan Rakyat hari ini, amatlah sukar untuk mencari kebenaran atas sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan. Apa yang bakal terjadi, apabila PR memerintah ialah Melayu akan kehilangan kuasa. Lihat sajalah, apa yang disuarakan oleh Kapal Tak Karam-Karam apabila mencabar YAB Timbalan PM berhubung dengan pengakuan Melayu fisrt, second Malaysian. Apa sebenarnya ini???? LIHAT LAH TAKTIK MEREKA DALAM MEMERANGKAP ORANG MELAYU. Begitulah nanti akan terjadi dalam Pakatan Rakyat. Lihatlah Pulau Pinang. Dimana orang Melayu sekarang???? Jawatan apa yang dipegang oleh EXCO kerajaan negeri berbangsa Melayu (wakil PAS dan PKR).. Habuk pun tak ada! Janganlah dok seronok bila PR menang!!!!

Monday, March 29, 2010

TULISAN BUKAN MELAYU DI HARAKAH?

Wajarkah tulisan yang akan saya paparkan di bawah ini, ditulis di dada akhbar Harakah? Wajarkah Melayu dikutuk sedemikian rupa di dada akhbar milik orang Islam?
Sedih dan terharu... Tuduhan demi tuduhan diizinkan. Lihat dan bacalah!


Penulis: Li Fook Gao

Apakah perasaan ahli-ahli PAS selepas membaca berita-berita mengenai ucapan-ucapan di AGM Perkasa yang diutarakan oleh Datuk Ibrahim Ali (IA) dan Tun Dr Mahathir (TDM)?

Sama ada saudara teruja mahupun tidak, marilah kita sama-sama merenung persoalan-persoalan di bawah supaya kita dapat berfikir sejenak sebelum kita membuat keputusan sama ada ucapan-ucapan yang dibahaskan di AGM Perkasa boleh dipercayai atau tidak?

Adakah saudara sedar bahawa dalam kedua-dua ucapan tokoh yang di”perkasa”kan langsung tidak menyentuh tentang apa penyebab utama keadaan orang Melayu yang masih tidak berubah ke tahap yang memuaskan walaupun setelah 52 tahun UMNO berkuasa di negara kita?

Siapa yang harus dipersalahkan sekiranya IA merasakan bangsa Melayunya sendiri tidak terbela?

Apa yang boleh dilakukan oleh parti-parti politik seperti PAS dan DAP untuk merugikan bangsa Melayu sekiranya selama 52 tahun yang lepas mereka hanyalah dikenali sebagai parti pembangkang yang berkelahi antara satu sama lain?

Betulkah negara kita akan bertambah maju tanpa parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP? Jika ya, mengapa Malaysia merosot dengan begitu ketara sekali apabila keseluruhan rakyat Malaysia hampir membuatkan negara kita sifar pembangkang pada 2004 semasa zaman yang sepatutnya kita mencapai status Gemilang, Terbilang dan Cemerlang?

TDM dengan cepat menghunuskan jarinya kepada Tun Abdullah Badawi sebagai penyebab utama negara tiada pertumbuhan selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri.

Akan tetapi, adakah saudara sedar minda saudara tengah dipermainkan oleh yang dianggap pejuang? TDM langsung tidak menyentuh tentang amalan rasuah (barahnegara) yang diwarisi daripada zamannya sebagai penyebab utama duit-duit rakyat tidak pernah sampai ke tangan rakyat.

Adakah saudara sedar bahawa itulah cara berpolitik TDM selama ini dengan mempersendakan saudara-saudara sebangsanya untuk mencari mangsa lain untuk dipersalahkan bagi menutup kegagalannya sendiri?

IA berkata salah satu matlamat Perkasa ialah menpertahankan Islam. Walaupun matlamat Perkasa tepat dengan intipati pengikutnya yang semuanya Melayu beragama Islam, sasaran matlamatnya mungkin jauh tersasar.

Sebagai contoh, Perkasa harus mempertahankan Islam daripada ancaman siapa?

Dalam ucapan IA seolah-olah segala-galanya yang merosakkan nama baik Islam datangnya daripada DAP. Betul ke?

Gejala bakar gereja yang memburukkan nama Islam, angkara siapa? Perarakan kepala lembu yang secara terus-terang menghina penganut agama Hindu dan menampar nama baik agama Islam, angkara siapa?

Siapa yang menganiaya negeri serambi Mekah sekian lama daripada menerima royalti minyak?

Negara dikenali sebagai negara barahnegara yang merosakkan nama baik Islam, angkara siapa?

Siapa yang sanggup lantik perasuah yang dibuktikan dalam sesebuah parti sebagai Menteri Besar, Pakatan Rakyat ke?

Siapa pula pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh dalam pemerintahannya sebagai tanda penghormatan kepada tokoh dan ajaran Islam? Adakah Perkasa memujinya atau mengutuknya?

Yang lebih memilukan, adakah ajaran Islam membolehkan akta zalim seperti ISA digunakan pada manusia seperti yang ingin dipertahankan oleh Perkasa?

Siapakah musuh Islam yang sebenarnya? Siapa yang membuat bising di Parlimen atas lesen-lesen judi? Perkasa, UMNO, MCA ataupun PAS, PKR dan DAP? Bolehkah ahli PAS menyokong Islam yang cuba dibawa Perkasa?

Saudara ahli-ahli PAS haruslah bijak membuat penilaian terhadap Perkasa dari sudut tuntutan Islam.

Janganlah mudah terperdaya dengan retorik-retorik mereka yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa. Jangan pula memandang ringan terhadap pengaruh wayang kulit mereka kerana ramai juga yang akan terpedaya kalau kita tidak bersama-sama berusaha untuk menyedarkan persepsi sesama kita.

Renungan terakhir, mengapa proses usaha menanamkan tanggapan di minda Melayu bahawa “Malay is under siege” dan “Islam is under siege” masih diteruskan oleh puak-puak ini? Betul ke Melayu dan Islam yang seolah-olah diserang ataupun intelek cetek saudara is under-siege?

--------------------------------
Li Fook Gao menaruh harapan tinggi supaya PAS dapat menggantikan UMNO pada PRU-13.
Komen:

(Harapan yang akan tinggal harapan, dan tidak ke mana pun.. Lihatlah nanti!)

Melayu sebenarnya tidak merosot. Sebenarnya, Melayu sudah banyak kemajuan. Cuma, kemajuan ini disalahtafsirkan. Bagi setengah orang, Melayu yang maju adalah Melayu yang pandai mengadakan reformasi di jalan-jalan raya. Melayu yang maju adalah Melayu yang melilit kepala dan menutup muka melontar batu kepada polis.. Melayu yang maju adalah Melayu yang sanggup menjual nama negara di luar negara.. Itulah ukuran Melayu yang maju... Melayu yang sanggup mengadakan pelbagai akuan bersumpah untuk menfitnah seseorang. Melayu yang tidak maju ialah Melayu yang tidak mengikut mereka...

Friday, March 26, 2010

PERKEMBANGAN PERAK: ANALISIS PRU12 DAN SASARAN PRU13 - BHG. 2

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sekarang ialah:
1. Barisan Nasional (BN) - 28 kerusi
2. PAS - 6 kerusi
3. DAP - 17 kerusi
4. PKR - 5 kerusi
5. Bebas - 3 kerusi - Menyokong Barisan Nasional.

Kedudukan kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) di Perak ialah:
1. Barisan Nasional (BN) - 12 kerusi
2. PAS - 3 kerusi
3. DAP - 6 kerusi
4. PKR - 2 kerusi
5. Bebas - 1 kerusi

Bagi DUN Perak yang dikuasai oleh BN ialah:
1. N1 -Pengkalan Hulu
Disandang oleh YB Datuk Seri Mohd.Tajol Rosli Ghazali (mantan Menteri Besar).
* Majoriti 4,645 (jumlah undi 9,254 )
* Mengalahkan calon PKR .

YB Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli

2. N2 -Temengor
Disandang oleh YB Datuk Hj. Hasbullah Osman (sekrang SU Politik Timbalan PM).
* Majoriti 4,6217 (jumlah undi 10,910 )
* Mengalahkan calon PKR.
YB Datuk Hj.Hasbullah Osman

Bacaan lanjut:UMNO Gerik

3. N3 -Kenering
Disandang oleh YB Datuk Hj.Mohd Tamizi Hj.Idris.
* Majoriti 2,798 (jumlah undi 9,646 )
* Mengalahkan calon PAS.

Y.B. Dato' Haji Mohd.Tarmizi bin Haji Idris


4. N4 -Kota Tampan
Disandang oleh YB Datuk Hj.Saarani bin Mohamad.
* Majoriti 2,335 (jumlah undi 7,732 )
* Mengalahkan calon PKR.
Y.B. Dato' Hj. Saarani bin Mohamad

Bacaan lanjut:UMNO Lenggong


STATISTIK P54 (DUN N1 & N2)

BN mengalahkan kedua-dua calon PKR di N1 dan N2. Ini menunjukkan pengundi di N1 dan N2 menolak ideologi politik yang dibawa oleh PKR. Pengundi di kawasan ini kebanyakannya ialah Melayu (73%), Cina (17.8%) dan India (7.46%). dari jumlah ini, ada kemungkinan 20% orang Melayu merupakan penyokong (ahli) PAS, dan 70% orang Cina menjadi ahli DAP/PKR (suatu andaian). Mereka menyumbang sokongan kepada calon Pakatan Rakyat (PR).

Lihat statistik keputusan PRU 11 dan PRU 12, untuk perbandingan:


PRU 11- N1
* Jumlah pengundi: 11,418
* Pencapaian calon:
1. DATUK SERI MOHD TAJOL ROSLI GHAZALI -BN (6,202 undi)
2. Hijaz @Junid Mat Ghazali -PAS (1,909 undi)
* Majoriti - 4,293
* Peratus mengundi - 74.14%
* Jumlah keluar mengundi - 8,465

PRU 12- N1
* Jumlah pengundi: 11,781
* Pencapaian calon:
1. DATUK SERI MOHD TAJOL ROSLI GHAZALI -BN (6,769 undi)
2. Lee Sing Long -PKR (2,124 undi)
* Majoriti - 4,645
* Peratus mengundi - 78.55%
* Jumlah keluar mengundi - 9,254

Dengan mengandaikan data pengundi PRU 12 adalah sama dengan PRU 13 nanti, maka jumlah pengundi mengikut kaum di N1 adalah:
* JUMLAH PENGUNDI: 11,781
* Melayu (73.96%): 8,718 orang
* Cina (11.29%): 1330 orang
* India (12.96%): 1527 orang
* lain-lain (1.79%): 210 orang

Seandainya PRU 13 nanti, calon BN mendapat:
* 50% Melayu mengundi: 4359 undi
* 20% Cina mengundi: 260 undi
* 20% India mengundi: 305 undi
* 100% Lain-lain mengundi: 210
JUMLAH UNDI DIPEROLEHI : 5134 undi

Calon pembangkang -Pakatan Rakyat mendapat:
* 50% Melayu mengundi: 4359 undi
* 80% Cina mengundi: 1064 undi
* 80% India mengundi: 1221 undi
JUMLAH UNDI DIPEROLEHI : 6644 undi


Dengan statistik di atas, apa akan terjadi kepada calon BN??? Apa langkah yang perlu dijalankan?

Wednesday, March 24, 2010

PERKEMBANGAN PERAK: ANALISIS PRU12 DAN SASARAN PRU13 - BHG. 1

Jumlah kerusi yang dipertandingan di Perak ialah 24 kerusi (Parlimen) dan 59 kerusi (Dewan Undangan Negeri -DUN)

Berdasarkan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12), yang dijalankan pada Mac 2008 dahulu, maka 28 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), 6 kerusi PAS, 18 kerusi DAP, 7 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas tiada calon menang. Dalam konteks ini, Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya menjadi kerajaan negeri Perak yang baru dengan Menteri Besarnya ialah YB Datuk Seri Mohd. Nizar (DSMN).PR diwakili oleh parti-parti DAP,PAS dan PKR. Secara gabungan, PR memperolehi 31 kerusi berbanding BN memperolehi 28 kerusi. Maka memerintahlah PR dengan "bermacam-macam kerenah".(Lantak depa le..) Maklumlah, bak ibarat seorang suami ada 3 "bini", sudah tentu la macam-macam cerita. Seorang nak kereta besar, seorang lagi nak gelang besar dan dah tentu seorang lagi nak yang besar-besar jugak.

Keadaan negeri Perak masa itu "kucar-kacir" sedikit. Lagi pun, kecetekan pengalaman dalam memerintah negeri menjadikan banyak perkara senang jadi susah. Yang tak pening jadi pening, terus pitam....nasib baik tak mati. Ada perkara yang tidak boleh dilakukan, bagi mereka boleh dilakukan. Ada yang haram, bagi mereka halal. Yang kena kepada selera dan nafsu mereka, semuanya ok! Yang tak kena, kira tak ok! Rakyat pun naik "haru dan biru". Terkedu dan terkejut. Janji macam lain, buat macam lain.

YB DS Mohd. Nizar- Bekas MB

Beberapa bulan kemudian, entah macam mana nak jadi cerita dan nak jadi rezeki (bagi orang-orang yang banyak bersabar dengan ujian Allah swt). Berkat selalu mendirikan solat hajat, pentadbiran kerajaan negeri Perak telah bertukar tangan kepada BN. Mengelopor lah MB (Pakatan Rakyat) pada masa itu. (Gambo diatas tu, masa jadi MB lagi, nampak senyum giler..) Macam mane ceritanya? Secara ringkasnya, bermula apabila 3 orang wakil rakyat PR telah "sukarela" keluar parti dan menjadi wakil rakyat (YB) BEBAS. Ketiga-tiga YB ini mengadap DYMM Paduka Sultan Perak untuk menyatakan sokongan kepada BN. Maka, dengan itu jadilah kerusi BN sebanyak 28, Bebas 3 kerusi dan PR tinggal 28 kerusi. Memerintahlah BN dengan MB nya iaitu YAB Datuk Zambry Abdul Kadir, wakil Pangkor. Rakyat Perak mengucapkan syukur kehadrat ALLAH swt, kerana menyelamatkan negeri dari lembah kehancuran dan "kucar-kacir".

YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abd.Kadir - MB Perak


Tuesday, March 23, 2010

LAGU ORKESTRA PERPECAHAN!

''TIDAK salah berselisih faham kerana masing-masing mempunyai naluri untuk berfikir tetapi jangan sampai berpecah.

''Sekarang ini seolah-olah seperti sebuah orkestra yang dimainkan yang mahukan kita (orang Melayu) bergaduh.''

Pesanan ini bukanlah dilafazkan oleh mana-mana pemimpin politik Melayu tetapi ia adalah peringatan tulus ikhlas daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Elias Zakaria, kelmarin.

Persoalannya sejauh manakah orang Melayu memahami akan permainan orkestra politik tersebut? Atau demi kepentingan politik, masing-masing lebih rela mengorbankan kepentingan bangsa dan agama?

Apa yang menarik Elias memberikan peringatan itu ketika menyampaikan ceramah di Pulau Pinang dalam forum bertajuk ''Nilai Sebenar Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.''

Selepas pilihan raya umum lalu nama Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi sebutan di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hasrat untuk mencontohi kepimpinan khalifah agung berkenaan.

Tetapi seperti mana kata Elias dalam ceramahnya, ''Jangan sebut (mencontohi kepimpinan Khalifah Abdul Aziz) sebab retorik politik, tapi fahami dan hayati sepenuhnya apa yang dia telah lakukan.''

Namun bagi orang Melayu yang taksub (orang-orang PAS dan PKR) dengan pegangan politik sempit dan demi menjaga kepentingan politik bersama dalam pakatan, mereka bergembira dengan apa yang diucapkan oleh Guan Eng.

Begitu ramai sekali pemimpin pembangkang hatta dalam Pas sendiri yang memperjuangkan Islam begitu teruja dengan permainan lidah Setiausaha Agung DAP itu. (lidah kuat putar-belit)

Justeru tidak hairanlah apabila kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul, ramai pemimpin utama Pas membela Guan Eng.

Pelbagai andaian dan hujah dikeluarkan, malah ada yang sanggup membelek kitab bagi mempertahankan pembatalan berkenaan.

Demikianlah juga apabila ada pemimpin pembangkang bukan Islam memperalatkan ayat suci al-Quran dalam kempen politik mereka, orang Melayu termasuklah pemimpin politik Islam yang menjadi sekutu mereka memuji. ( Komen: Semoga Allah swt melaknati orang itu)

Lebih mendukacitakan lagi, ada ketikanya akibat terlalu taksub dengan politik, sesetengah pengikut parti sanggup melaungkan takbir 'Allahuakhbar'' apabila seseorang pemimpin bukan Islam berhujah. (Komen: Dunia nak akhir zaman!)

Apabila ada pemimpin politik lain menentang perkara berkenaan, pemimpin atau parti itu akan dianggap perkauman atau tidak pandai soal Islam.

Begitulah keadaan orang Melayu sekarang, kita berpecah-belah, tidak mahu sepakat dan sekata semata-mata kerana perbezaan politik.

Perbezaan itulah yang menutup mata dan hati sesetengah daripada pemimpin Melayu untuk melihat kebenaran dan kadang-kala 'tersesat' dalam membezakan antara kepentingan politik dan kepentingan umat.

Inilah bahana orkestra yang mungkin dimaksudkan oleh Elias. Sesetengah kita mengikut alunan orkestra politik tersebut sehingga kita leka dan lalai. Kesudahannya kita berpecah-belah walaupun kita sebangsa dan seagama serta mengadap kiblat yang sama.

Kecelaruan akibat orkestra politik inilah yang membuka laluan kepada pihak-pihak lain untuk begitu berani dari semasa ke semasa terus mempersenda dan memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam.

Mereka sudah tidak ada rasa takut atau bimbang lagi kerana mereka tahu akan ada pemimpin politik Melayu yang akan sentiasa 'senada' dan 'seirama' dengan mereka.

Kepentingan politik mengatasi segala-galanya, apa sahaja hujah yang berkaitan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam akan dianggap rasis.

Atas sebab itulah Elias menegaskan, bahawa kita boleh berbeza cara hidup termasuk fahaman politik tetapi tidak sepatutnya berpecah.

Ia kerana perpecahan tidak akan menguntungkan mana-mana pun kelompok Melayu dan umat Islam. Sebab itulah di dalam al-Quran dan hadis, soal perpaduan ummah amat ditekankan.

Sejarah Islam sudah membuktikan perpecahan di kalangan umat Islam akan melemahkan mereka dan akhirnya mereka akan bercerai-berai sehingga tumbangnya empayar keagungan Islam.

Seperti mana kata Elias kunci kejayaan untuk menjadi umat yang hebat serta disegani sebenarnya bermula dengan kekuatan perpaduan dan bukannya kekuatan ekonomi.

Tetapi berapa ramaikah pemimpin Melayu yang menyedari perkara ini? Oleh kerana mementingkan perebutan kuasa politik, mereka meminggirkan semua peringatan itu.

Bagi mereka, kerjasama politik di dalam satu pakatan biarpun berbeza ideologi adalah lebih mustahak berbanding daripada mempertahankan hujah atau kritikan benar yang disampaikan oleh lawan politik mereka biarpun ia berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa.

Malahan ada pula yang tanpa mahu berfikir panjang - sudah pasti kerana kepentingan politik - sanggup bersetuju jika ada pihak luar mencampuri urusan dalaman negara kita.

Bagi mereka itu berlaku kononnya kerana di negara ini yang pemimpin utamanya adalah orang Islam terlalu banyak kepincangan termasuklah dalam bidang kehakiman.

Justeru hujah mereka, campur tangan asing hanyalah lambang keprihatinan kelompok berkenaan. Tetapi mereka sengaja melupakan orang asing yang bersikap demikian pastinya mempunyai 'udang di sebalik batu'.

Lebih malang lagi, pendirian yang boleh dianggap songsang ini disokong pula oleh penulis-penulis blog politik yang tidak sebulu dengan pemimpin parti Melayu di pihak kerajaan.

Ini belum lagi termasuk lidah rasmi parti masing-masing yang ada antaranya seratus-peratus hanya memaparkan fitnah dan memburukkan sesama Islam.

Mereka menulis mengikut emosi, mempertahankan pembatalan perarakan Maulidur Rasul, bergembira dengan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam dan menuduh pemimpin yang mempertahankan hak Melayu dan Islam sebagai rasis.

Inilah senario akibat leka dan lalai dengan orkestra politik yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak mahu orang Melayu dan Islam bersatu.

Bagi puak yang memainkan orkestra politik dengan tujuan untuk terus memecah-belah orang Melayu, mereka terus akan berbuat demikian kerana mereka tahu kelemahan orang kita ialah mudah terpengaruh dengan retorik politik. Ini termasuklah kata-kata ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Hakikatnya, seperti mana dibimbangi oleh Elias, orang Melayu terus berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik tidak lagi diiringi dengan usaha untuk merapatkan jurang dalam soal-soal berkaitan orang Melayu dan Islam.

Ada antara pemimpin Melayu terlalu teruja untuk meraih kekuasaan dan kedudukan, kelompok seperti ini sudah tidak mempedulikan apa-apa lagi selain mencari kedudukan politik semata-mata.

Justeru ketika kita masih berada dalam semangat sambutan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, maka cubalah berfikir sejenak wajarkah kita terus menari mengikut rentak orkestra alunan orang lain sehingga suatu hari kelak mampu memudaratkan masa depan orang Melayu dan umat Islam. - Utusan Malaysia

SEBUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

”Kini Pulau Pinang sudah diperintah oleh DAP. Walaupun PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkongsi kuasa di negeri ini kita yakin dan percaya suara pemimpin mereka tidak sekuat mana.Mungkin hanya sekuat sayur taugeh itu yang boleh kita definasikan kekuatan PAS dan PKR di negeri ini. Sama ada suka atau tidak suka , PAS dan PKR hanya berada di bawah telunjuk DAP selama parti ini memerintah. PAS dan PKR tidak mempunyai kuasa penuh dan tidak akan mampu membuang imej antara dua darjat di negeri ini. Orang Melayu akan terus miskin dan terbiar selagi DAP , memerintah negeri ini.”

Sepotong ayat di atas, sebenarnya adalah bayangan situasi yang sudah berlaku. Bak kata pepatah melayu, ”nasi sudah menjadi bubur”. Cuma yang amat dikesalkan, kenapa orang-orang Melayu (Islam) dalam PKR dan PAS tidak menyedari hakikat ini. Kenapa mereka mesti bersekongkol dengan puak-puak kafir ini. Kembalilah kepada perjuangan mulia dan suci, menyelamatkan bumi Malaysia dari kerakusan ”pemimpin politik kafir”. Tengok dan siasatlah bagaimana cara mereka bercakap. Cara mereka melayani pemberita. Fikirkanlah sedalam-dalamnya.

Lihat dan bacalah sepotong ayat ini:
”Apa yang kita lihat sekarang banyak tanah di negeri ini bukan sahaja sudah beralih tangan kepada bukan Melayu malah sudah terjual kepada orang luar. Jika sesuatu tidak dilakukan orang Melayu akan merempat di negeri ini.”

Lagi, baca ini pula!
”Kalau tak percaya boleh datang dan melihat sendiri berapa kerat peniaga Melayu di negeri ini. Orang Melayu hanya mampu berniaga di bawah-bawah pokok dalam keadaan gerai mereka yang uzur dan daif. Nasib tidak baik sering diserbu oleh pihak majlis perbandaran dan sebagainya. Kalau kita sempat pergi ke Teluk Bahang Pulau Pinang dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri peniaga India Muslim berniaga roti menggunakan basikal roda tiga dan sebagainya. Setahu kita peniaga roti basikal roda tiga wujud di zaman sebelum merdeka lagi. Tidak sakitkah mata pemimpin parti-parti Melayu dan Islam melihat fenomena ini? Adakah kuasa yang diberikan kepada mereka guna untuk memperjuangkan kepentingan ahli mereka sahaja?”

Inilah yang bakal terjadi pada PRU13 atau PRU14.. Seandainya terjadi, anak-anak cucu akan mengutuk!!! Melayu akan mengemis di negeri sendiri???

CERITA BOHONG DAN DONGENG.

Cakap saja bolehlah. Siapa pun boleh cakap macam-macam. Realitinya mana ada. Cakap untuk tipu orang bolehlah. Yang peleknya, yang dok kena tipu tu tak bisa sedar. Dok kena tipu sedia. Tak usah cakaplah. Kami di negeri Perak, dah masak sangat permainan "tipu-menipu" ni. Cakap bolehlah. Modai air liur.

Baca berita di bawah ini. Saya ambil dari Harakahdaily. Bukan surat khabar lain pun. Bangunlah saudara seIslam ku...Bangunlah!

KUALA LUMPUR, 23 Mac: “Kalau DAP (dan) Pakatan Rakyat dianggap ‘anti Islam’, adakah Umno dua kali ganda ‘anti Islam’ kerana memberikan peruntukan yang jauh lebih sedikit waktu memerintah kerajaan negeri dulu,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Justeru, beliau menempelak dakwaan Umno bahawa DAP melaksanakan dasar ‘anti-Islam’ di Pulau Pinang apabila membacakan jumlah peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri era Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional untuk perkembangan Islam.

“Waktu kita ambil alih kerajaan (2008), kerajaan Umno beri peruntukan (sebanyak) RM12.5 juta untuk perkembangan Islam di Pulau Pinang, selepas kita memerintah (2009), kita naikkan pada RM20.5 juta,” jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP di Dewan Rakyat pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri turut meningkatkan peruntukan kewangan untuk aktiviti perkembangan Islam sehingga RM24.3 juta pada tahun ini.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam sesi soal jawab, mendakwa Guan Eng dan DAP mengamalkan sikap anti-Islam ketika mentadbir kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Utusan Malaysia turut didakwa cuba menutup pencapaian sebenar kerajaan negeri dalam memelihara kepentingan Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang.

Tidak cukup dengan mendakwa Utusan Malaysia sebagai ‘utusan fitnah’, beliau turut mendakwa akhbar tersebut juga mengamalkan sikap anti Islam demi merealisasikan cita-cita Umno untuk menguasai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kelak.

Pun begitu, beliau melahirkan rasa yakin bahawa rakyat Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan dakyah ‘anti Islam’ yang dipropagandakan oleh akhbar Utusan Malaysia kerana rakyat sekarang bermaklumat dan bijak menilai berita dari akhbar tersebut.


Komen:

Memang le banyak (lebih sikit), tapi wang zakat dah jadi apa??? Jangan temberang la semua tu. YB Zahrin dah timbulkan soal ini hingga keluar parti. Kalau tidak bekas Timbalan Ketua Menteri tak letak jawatan. Kita kena tanya pasai apa? Ini yang penting dulu. Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka terlungkup habis di telan laut. Tak habis-habis dia orang menyebarkan pembohongan.

TIDAK BOLEH KRITIK LANGSUNG.

Lihat dan bacalah tulisan di bawah ini. Sengaja saya paparkan untuk bacaan umum. Lihatlah bagaimana sikap YB mereka yang tidak boleh ditegur langsung. Kalau yang orang lain, pandai dan sibuk kritik. Sudah kena batang hidung sendiri, tengoklah basa yang dia guna!

KULIM, 17 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang kebelakangan ini kerap mempertikaikan kepimpinan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah dinasihatkan supaya melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat di kawasannya terlebih dahulu.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Kulim, Lim Soo Nee sebagai menjawab tuduhan Mohd Radzhi bahawa sepanjang dua tahun kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak banyak membantu penduduk Kulim.

"Beliau tidak perlu mempertikaikan apa yang perlu dilakukan di kawasan saya.Sepatutnya beliau perlu memberi tumpuan dan melaksanakan amanah yang telah diberi oleh rakyat kepada beliau atas mandat tiket PKR dahulu untuk menjaga kebajikan mereka.Itu kawasan yang perlu beliau beri perhatian dan bukannya kawasan saya.

"Adalah lebih baik bagi beliau menjaga kawasan bebas beliau.Sebagai wakil rakyat Kulim maka saya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan penduduk kawasan ini berada dalam kehidupan yang harmoni dan selesa.Saya juga tidak mahu banyak berpolitik sehinggakan agenda rakyat yang sebenarnya dilupakan.

"Adalah menjadi keutamaan supaya kebajikan mereka didahulukan.Oleh kerana itu Majlis Ketua Kampung diharap dapat menyalurkan maklumat tentang permasalahan yang ada di kampung masing-masing supaya dapat diatasi segala masalah yang dihadapi."katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, bagi membantu penduduk yang daif dan memerlukan di beberapa kampung seperti Mahang beberapa nama yang memerlukan pemerhatian telah pun disenaraikan untuk diajukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Komen:

Kulim pun tak tara mana pun. Saya selalu jalan-jalan kat sana. Jalan raya pun pecah-pecah habis. Kelam-kabut pulak tu. Pemandu-pemandu pun ramai yang kurang ajar. Potong tak tentu tempat. "Double line" pun dia potong "menyerit". Kalau cemerlang, jalan raya dan lalu lintas mesti "tip-top".

MENGAPA INI TERJADI?

SOALNYA MENGAPA INI TERJADI?

“POLITIC is the art of possible”, kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck.
Mungkinkah kerana berpegang kepada falsafah itu tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti.
Terakhir anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, 65 mencuba falsafah itu. Sebelumnya Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Manakala anggota parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dipecat sebagai ahli parti. Sekarang jumlah anggota parlimen PKR tinggal 27 orang.
Rakan-rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kekal 28 kerusi dan PAS juga bertahan 23 kerusi. Pada awalnya jumlah anggota parlimen yang menang atas tiket PAS ada 24 kerusi, namun Datuk Ibrahim Ali enggan mengakui hakikat itu.
Jadi PAS terus kekal dengan 23 kerusi biar pun ada pertambahan dengan satu kerusi di Kuala Terengganu pada Januari 2009.
Politik ikut cuaca juga melanda wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Mereka lebih ramai yang sudah beralih angin.
Segala cerita bermula di Perak pada awal tahun lepas. Dua Adun PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) dilaporkan hilang, tiba-tiba mereka muncul bersama Datuk Seri Najib Razak.
Turut hilang Adun DAP, Hee Yit Fong (Jelapang). Amalan politik mereka menepati ramalan Otto Von Bismarck, segala kemungkinan boleh berlaku. Benarlah dikatakan ia seumpama cuaca.
Jamaluddin, 53, sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan.
Manakala Osman, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak.
KOMEN:

Persoalan tentang berita dan bilangan kerusi itu tidak penting. Sebenarnya, yang lebih penting ialah mengapa ”keluar parti” ini terjadi? Ini perlukan jawapan yang jelas dan benar. Bukan suatu andaian atau pendapat main hentam saja. Dalam dunia realiti, sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Pokok pada persoalan ini hanyalah satu iaitu ”KECEWA DENGAN KEPIMPINAN”. Kepimpinan mementingkan bulu, mengutamakan kroni dan kedudukan atau taraf sosio-ekonomi. (Maksudnya, yang kaya diutamakan. Yang dulunya ada kedudukan, akan diberikan jawatan serta-merta.) Perkara mengenai kemuliaan Islam dan kedudukan Melayu bukan lagi menjadi dasar perjuangan. Tidak berani bercakap dua perkara ini demi menjaga hati ”rakan se pakatan”. Alangkah hinanya perjuangan ini! Jangan lah diberikan alasan mereka yang keluar itu kerana mendapat habuan dari pihak lain. Ini alasan macam budak-budak hingusan yang hanya dipujuk dengan gula-gula. Ini soal perjuangan, macam YB Datuk Ibrahim Ali. Dia lebih selesa berjuang sebagai ahli Bebas. Bebas bercakap segala penyelewengan. Kalau duduk dalam parti, akan susah jika bercakap perkara-perkara dasar parti. Kelak nanti dihadapkan ke JK Disiplin parti yang entah apa-apa. Kemudian, tanpa banyak pertimbangan akan dipecat. Lebih teruk lagi, buat sembahyang hajat diturunkan bala atau laknat kepada YB yang berkenaan. Yang menghairankan, sembahyang hajat supaya tunjukkan kebenaran tentang MELIWAT tak berani nak buat. Sepatutnya buatlah supaya rakyat jelas perkara ini. Bukan sahaja tak buat solat hajat, malah pelbagai fatwa dikeluarkan. Konon-kononnya, mereka sahajalah ulamak yang direstui ALLAH swt.

Peristiwa di Perak, ditakdirkan terjadi begitu. ALLAH Maha Adil dan Pengasih. Kasihkan kepada orang Islam dan Melayu di Perak, maka kerajaan PR tumbang. (Faham-faham saja le!) Kita orang Melayu Perak sepatutnya bersyukur.

Monday, March 22, 2010

CAKAP TAK FAHAM!

Sebuah berita yang sukar difahami.
KOTA BHARU, 22 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.

“Saya pun kenal juga (Anwar Ibrahim). Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.

“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi (jangan) sampai kepada peringkat (seolah-olah) macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.

“Saya terima nasihat dia (Izam), tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.

“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.

“Izam tidak kenal, sebab itulah dia (bersikap) sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz mengulas nasihat mantan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Izam Mohd Nor supaya (Nik Aziz) menjauhi Anwar Ibrahim.

Komen:
Mana ada pihak yang berani nak cakap apa pasal Anuar. Masing-masing dok tunggu habuan nak jadi Timbalan PM. Cakap lebih kurang nanti, kena pancung!Semua yang tak betul, jadi betul belaka! Kita tunggu dan lihat! Allah Maha Adil dan Pengasih. Allah murka kepada orang yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Apakah hukum orang yang mempertahankan seseorang yang "pembohong"? UMNO tidak pernah tipu orang. Tapi, orang yang kata UMNO tipu. Orang kata mereka tidak tipu, tapi mereka putar-belit. Mereka ni cemburu, sebab UMNO dah lama memerintah. Rekod UMNO baik sebab banyak pengalaman dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. PR memerintah tiga negeri pun dah macam-macam cerita. UMNO jaga orang Melayu dan Islam. Tapi, mereka memusnahkan Melayu dan merosakkan Islam. Kerana mereka, orang kafir sudah berani mempersendakan Islam dan Melayu. Sedarlah!

CERITA DOKTOR TUA

Saya bawa sebuah cerita lagi. Saya panjangkan untuk bacaan semua sahabat. Baca, jangan tak baca!

Oleh Teh Tarik Satu!

Panas dan kecoh. Mungkin itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan pergolakan terkini yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meletakkan jawatan Khamis lalu kerana pelbagai sebab termasuk tekanan, kini heboh diperkatakan yang Timbalan Presiden PKR yang baru dilantik sebagai senator, Dr. Syed Husin Ali akan disingkirkan.

Semuanya gara-gara kerana nafsu rakus Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggantikan beliau dengan kekasih gelapnya, Azmin Ali.

Sumber-sumber dalam PKR memberitahu kawan, akibat merajuk denagn perbuatan Anwar, Dr. Syed Husin telah menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden dalam waktu terdekat ini.

``Hasrat beliau telah dibincangkan secara panjang lebar dalam mesyuarat Biro Politik PKR tiga hari lalu walaupun beliau belum lagi menyerahkan surat perletakan jawatan.

``Tampak seperti ada perancangan rapi untuk memberi tekanan dan melemahkan beliau dengan harapan beliau akan meletakkan jawatan,'' kata sumber tersebut kepada kawan.

Kata sumber itu lagi, hasrat perletakkan jawatan beliau sebenarnya sangat tidak manis untuk dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik kerana ia masih dianggap desas-desus.

``Lainlah jika beliau telah menghantar surat perletakan jawatan dan mengumumkannya secara terbuka. Ini baru di peringkat 'merajuk' dan ia boleh berubah jika beliau dipujuk,'' menurut sumber itu lagi.

Kawan mulanya enggan mempercayai perkara tersebut, maklumlah bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia itu baharu sahaja dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kini telah bergelar Yang Berhormat selepas 50 tahun berkecimpung dalam politik.

Namun selepas bertanya dengan beberapa rakan dalam Cawangan Khas, nyata kisah tersebut juga sedang rancak dipantau oleh mereka.

Bagi kawan, isu ini akan menjadi satu lagi episod menarik dalam PKR.

Yang terus gembira tentunya Azmin dan pemain watak duka dalam cerekarama baru ini pula sudah tentu Dr. Syed Husin sendiri.

Kawan yakin Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah tidak akan mampu mempertahankan kehendak Anwar untuk menyingkirkan Dr. Syed Husin secara terhormat kononnya.

Kawan tahu apa sebab Anwar mahu singkirkan kuda tua tersebut. Bagi Anwar, Dr. Syed Husin adalah pemimpin lama dan lembab. Beliau tidak mampu memberikan nilai tambah kepada PKR walaupun PKR terbentuk daripada gabungan parti yang dipimpin oleh Dr. Syed Husin dan bonekanya, Wan Azizah.

Lagipun, beliau bukanlah seorang pemimpin yang agresif. Anwar kini hidupnya dan karier politik beliau berada pada titian yang amat halus. Beliau boleh musnah gara-gara penglibatannya dalam skandal liwat bersama seorang lagi bekaskekasih gelapnya, Saiful Bukhari di mana perbicaraan mengenainya akan bermula tidak lama lagi.

Justeru, Anwar mengharapkan seorang yang hebat untuk memimpin PKR kerana Wan Azizah juga tergolong dalam kategori lembab berpolitik. Sedangkan Azmin, bagi Anwar memiliki ramuan yang hebat untuk membawa PKR untuk bangkit semula di mata rakyat.

Maklumlah, PKR sudah semakin hilang momentum tarikannya di kalangan rakyat jelata termasuk golongan marhaein. PKR hari ini bukan lagi macam PKR pada pilihan raya umum 2008. Taringnya main tumpul dan kelunakan mendengar hujah-hujah pemimpinnya dalam pentas ceramah juga semakin hilang gara-gara pelbagai kontroversi yang melanda pemimpin parti berkenaan termasuk terlibat dalam skandal seks dan rasuah.

Mungkinkah pelantikan Dr. Syed Husin sebenarnya, satu cara beliau menolak ke tepi pemimpin yang pernah merajuk ini selepas Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan fahaman sosialis adalah adik kepada komunis?

Adakah Dr. Syed Husin sedang makan hati dan merajuk dengan Anwar? Kita nantikan pengumuman mengejutnya dalam waktu terdekat ini. Kawan yakin rajuknya kali ini tidak akan terpujuk.

Mesej cerita.
Saya secara peribadi berpendapat, bila dah dapat kuasa di Putrajaya nanti, yang tua-tua semua kena pancung.. Kecuali dia sorang saja tua. Betui tak????

Monday, March 8, 2010

MUAL DAN MUNTAH!

Baca berita di bawah ini. Lihat betapa mereka b egitu RAKUS menuduh polis, sedangkan apa yang mereka lakukan mereka tidak nampak. Lihat kesalahan mereka:
1. Buat ceramah tanpa permit.
2. Mereka bercakap pasal hak asasi, tetapi mereka bercakap penuh HASUTAN, FITNAH dan MERESAHKAN JIWA RAKYAT! Amat merbahaya.
3. Polis menjaga ketenteraman awam sebelum menjadi MARAK dan SUKAR DIKAWAL. Budaya REFORMASI menular kembali. Siapa dalangnya?
4. Mereka cuba mengalihkan ISU KERETAKAN dalam parti. Ini taktik lama. Semua orang sudah faham.
5. Mereka hendak memburukkan NAMA BAIK negara ke negara luar. Baik ke perangai macam ini?
6. Siapa salah jika cedera? Mereka MENGHALANG TUGAS-TUGAS POLIS? Berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang negara. Kalau tiada undang-undang apa akan jadi pada sebuah negara? HANCUR LEBUR..
7. Apa sahaja sekarang TUDUH kepada BN atau UMNO yang punya angkara. Bagi mereka, parti mereka buat kerja BETUL sokmo!

PETALING JAYA, 8 Mac: Para pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan pihak polis menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam akan mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu, mereka berkata, rakyat berhak berhimpun secara aman.

Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara.

"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Mereka dipercayai mengulas tindakan kira-kira 50 anggota FRU yang menyerbu perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi ketika Naib Presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.

Akibat serbuan itu, tiga petugas cedera dan membuat laporan polis.

Bagi mereka, di Malaysia hari ini pihak polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini.

Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah.

"Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara," kata kenyataan itu.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat juga akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini, tambah kenyataan itu. .



Sudah baca semuanya. Inilah contoh-contoh artikel atau berita yang merosakkan MINDA rakyat Malaysia. Tiada kerja lain, semuanya kerja FITNAH, HASUT, CACI dan PUTAR BELIT. Bila bercakap atau beri ”statements” bukan main garang. Bila sudah kena komen, kata lah pemberita salah lapor. PEMBERITA juga yang kena ejek, ANJING UMNO. Pemberita dia orang, tulis lagi ”hebat”. Kadang-kadang sampai tak tahu yang mana betul atau salah, melainkan SEMUANYA BETUL! TIADA YANG TIDAK BETUL. Rakyat pun sudah MUAL dan MUNTAH dengan ”fatwa-fatwa” songsang yang ikut selera!

Cuba lihat yang ini pula. Lagi MELOYAKAN... TUDUHAN, HASUTAN, kerja lain tidak ada?

Kini, semua cawangan PAS di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat agung. Muktamar Tahunan PAS dijangka akan diadakan pertengahan tahun ini.

"Tahu tak kenapa Umno berusaha keras untuk membeli seramai mungkin anggota Parlimen kita sekarang...kerana mereka mahukan kuasa 2/3 dalam Dewan Rakyat.

"Dengan kuasa 2/3 ini, mereka boleh pinda perlembagaan termasuk meminda persempadanan kawasan pilihan raya ala gerymendaring yang membolehkan mereka menyusun penduduk dan pengundi ikut kehendak mereka," kata Dr Mariah.

Dr Mariah yang juga Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat berkata, Umno juga sedang berusaha keras untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi menjelang pilihan raya umum nanti.


Kaya betul UMNO, boleh BELI Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakai Rembat =PR). Isu baru pulak PINDA PERSEMPADANAN kawasan pilihan raya. Kalau tidak betul, harap-harap ALLAH SWT turunkan bala!

Sebenarnya, orang-orang Melayu (yang beragama Islam) dalam Pakatan Rakyat (PR=Pakai Rembat)adalah orang-orang yang PALING RUGI dan PALING BODOH. Apa tidak ruginya, asyik REFORMASI sampai tidak sempat hendak cari rezeki. Kalau di Penang, sekarang yang kaya raya, SIAPA? Di Selangor pun macam tu, SIAPA JADI TAUKEY BOSAT??? Yang jadi bodoh, kerana TERPAKSA MENGIYAKAN APA "RAKAN" MEREKA KATA, WALAUPUN BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM. Tak betul ke pendapat saya ni?? Pasal apa jadi macam ini? Sebabnya, hendak menjadi PM (Pemusnah Malaysia).

Wednesday, February 10, 2010

DIALOG ORANG-ORANG KECEWA!

Hari ini: 10 FEBRUARI 2010
Akhbar: SINAR HARIAN
"Tidak boleh berselindung dengan apa-apa institusi atau sistem melainkan kembali mendapat mandat yang sah daripada rakyat." DSAI.
(Apa kata kalau Datuk Nizar yang menang...lain cerita pulak!) Marilah semua rakyat Malaysia menilai pernyataan ini sedalam-dalamnya.

"Masalah ini hanya dapat diselesaikan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak".DSMNJ.
(ape-ape aje le..)Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.

"Apa yang penting untuk dapatkan kehakiman daripada rakyat itu lebih baik, bubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihan raya baru. Keputusan mahkamah tidak mencukupi kerana lima hakim yang buat keputusan".KS
(Jadi mau berapa orang hakim? 100 ka..1000 ka.. Semuanya tarak botui jugakkkk)

"Harus segera adakan pilihan raya untuk Perak kerana sekarang bukan masa untuk badan kehakiman buat keputusan. Rakyat ialah hakim, kita akan mendesak pilihan raya di adakan." DSHA
(Siapa yang bawa perkara ini ke mahkamah? tak habis-habis...)

"Langkah terbaik menyelesaikan isu di Perak, dengan mengembalikan hak dan majoriti rakyat melalui pe4mbubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan pilihan raya. Zambri harus sedar, tiada undang-undang yang dapat menafikan kuasa rakyat dalam pilihan raya>".MO
(Kalau dah macam tu, tak payah lah bawa perkara ini ke mahkamah. Baik dok sengap-sengap..Bila dah tak berjaya, kona kot lain pulak..)

"Keputusan ini tidak menjejaskan tanggungjawab kami dan kami akan terus melaksanakan tugas dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat." SA

"Barisan Nasional (BN) perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat membuat menentukan pemimpin pada pilihan raya yang diadakan. Paling penting adalah hak rakyat untuk memilih. Jadi, kami sebulat suara bersetuju agar sidang dewan rakyat negeri Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan demi mengembalikan sistem demokrasi di negeri itu". GE
(You siapa mau campur ini hal negeri Perak..You punya negili pun kecoh macam-macam..Jaga lu punya hal sudah lah. Tutuk tiam-tiam..)

"Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada Datuk Seri Zambry sebagai Menteri Besar Pewrak yang sah, adalah sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan."DSMNJ
(Apa lagi nak terkejut dan sedih. Allah menetapkan takdirNYA..Kita insan yang kecil kena redha...)

"Maknanya kita tidak payah ada pilihan raya, kita tidak payah ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin negeri atau negara."DSMNJ

Ini merupakan suatu tuduhan yang berat terhadap institusi Raja Berperlembagaan... Perkataan ini tidak sepatutnya keluar... kena banyak muhasabah diri. Jangan ikutkan selera dan nafsu.Ini suatu tuduhan yang melulu..)

Apabila kalah, semuanya tidak betul. Seperti apa yang dikatakan dalam akhbar Berita Harian:
"....kita terima walaupun perkara ini menyedihkan terutama kepada "law abiding citizen" (rakyat yang patuh kepada undang-undang). This is where verdict neglected constitutional principal (keputusan yang mengabaikan prinsip perlembagaan)"..

Maknanya di sini, sekiranya keputusan mengisytiharkan DSMNJ sebagai Menteri Besar barulah dianggap "keputusan yang tidak mengabaikan prinsip perlembagaan". Jadi, kalau kena kepada Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat, maka kehakiman dan perundangan negara dianggap baik dan adil.

Thursday, December 10, 2009

BIADAP

Memang BIADAP dan KURANG AJAR!!
Sudah jelas dan terang lagi bersuluh, bahawa mereka sememangnya suka menimbulkan isu-isu yang panas dan "menyakitkan hati: orang-orang Melayu dan Islam.


Beberapa hari yang lalu, mereka dengan angkuh tapi bodoh, telah memijak-mijak gambar YB-YB yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka. Bertolak dari peristiwa itu, terdapat reaksi-reaksi yang panas telah menyebabkan mereka "tersengeh-sengeh" memohon maaf dalam akhbar. Senang dan mudah begitu...


Hari ini pula ditimbulkan pula tentang kos pembinaan masjid di seluruh negara dalam persidangan parlimen. Apa niatnya sebenar? Ini tidak lain, untuk mencari publisiti murahan supaya dianggap memperjuangkan hak kaum-kaum lain. Isu-isu ini akan masuk surat khabar dan akan menyentak emosi orang ramai. banyak lagi perkara lain yang boleh dipersoalkan. Kenapa isu ini yang diketengahkan?


yang menghairankan, PAS dan PKR tidak nampak langsung kelantangan suara mereka. Apakah mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan politik. Kenyataan di Perak mengatakan bahawa DAP ikhlas. Betul ke?
Hari ini, mereka bercakap pula tentang DOSA, yang berkaitan dengan isu masjid yang di bawa ke mahkamah. Nampaknya, semua nak selesai melalui mahkamah.. Itu yang seperti dinyatakan, hari ini cakap lain..esok cakap lain..dasar lidah bercabang..Bila rakyat nampak melenting, mereka mula "konar" ikut lain pulak.

Please visit this site:

RahsiaBulkSMS







Nuffnang