Cuba lihat berita yang diperturunkan. Petikan berita Harakah ini jelas menunjukan penipuan yang tidak boleh diampunkan. Rakyat Perak sekali lagi diputarbelitkan. Apa-apa pun baca lah dulu....
Sidang Dewan Rakyat sudah pun selesai berlangsung.Ianya mengambil masa dua hari. Hari pertama merupakan hari perasmian dengan dipenuhi Ucapan Titah Tuanku. Hari Kedua …apa yang berlaku?
(Apa yang berlaku?? ADUN Pakatan Rakyat buat kecoh bawa "banner" tulis macam-macam.. Semuanya dan dirancang. kalau tidak mana datangnya "banner-banner" tu. Lu fikir la sendiri!!!!)
Rakyat tentunya mahu tahu, apakah perkara-perkara penting yang berkaitan dengan rakyat telah diputuskan. Rakyat telah memilih mereka sebagai wakil mereka ke mesyuarat di Dewan Undangan Negeri bagi membawa segala aduan dan masalah mereka di tempat masing-masing.
(Macam mana nak berbahas, semuanya kecoh! Serang menyerang sampai pergi ke meja ADUN Kerajaan...Cakap mesti mau fikir!!!)
Untuk memberi kesempatan kepada kesemua 59 wakil rakyat negeri Perak ini supaya dapat mengemukakan soalan-solan berhubung dengan masalah rakyat ditempat masing-masing, Pakatan rakyat telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk selama 5 hari.
(Kalau lima hari pun tak guna jugak..Depa pun bukan hormat sangat dengan peraturan dewan. Asyik-asyik keluar dewan.. Buat lima hari pun buang masa saja. Kalau ikut telunjuk dia orang, tak apa.. Kalau tak ikut, "merajuk" keluar dewan.. ini kah mentaliti yang ada pada ADUN PR???)
Cukup lah setakat itu. Ayat biasa, tak payah baca!!!!
Ini pengakuan penulis berita:(Tak berani pun letak nama sebenar!)
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Blog ini diwujudkan khusus untuk membicarakan perkara-perkara penting yang berlaku dalam penghidupan manusia yang mencakupi segenap bidang terutamanya pendidikan, kesihatan, perniagaan, motivasi, sukan, politik, kesenian, bahasa dan sebagainya.
Saturday, April 3, 2010
BERITA YANG PERLU DIPERBETULKAN!
Thursday, April 1, 2010
PERSIDANGAN DUN PERAK - FITNAH HARAKAH!
Sebuah petikan daripada Harakah. Ini semuanya FITNAH
yang amat hina dan tidak bermoral langsung. Cuba lah baca Sinar Harian sama, kalau akhbar-akhbar lain dikatakan "penipu". Sekarang siapa penipu??
Baca dengan teliti. Perkataan demi perkataan, baris demi baris. Kita tidak suka rakyat Perak dipermain-mainkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab seperti penulis ini!!!
(Kenapa tulisan warna merah? Kerana Bahaya)Penulis:Ajijoi (Ini pun sudahb tentu bukan nama sebenar!)
Perangkap yang dipasang oleh Umno dan BN sewaktu berlangsungnya Sidang Dun Negeri Perak ternyata mengena.
Segala prosedur, segala peraturan dan sehinggakan titah ucapan Raja Muda Perak juga tidak mereka endahkan, kerana agenda persidangan yang lebih utama adalah menunjukkan kepada rakyat betapa adun-adun Pakatan Rakyat sentiasa akan membuat kecoh dan kacau semasa sidang berjalan.
Segalanya menjadi bertambah mudah apabila pihak media yang bukan daripada kalangan pemain skrip mereka diletakkan di dalam bilik gelap yang menghalang daripada merakamkan gambar-gambar yang tidak mereka inginkan didedah kepada rakyat. Hanya imej-imej idaman daripada lensa-lensa upahan mereka sahaja yang akan diperbesarkan.
Maka, muka hadapan akhbar Utusan menjadi wadah utama untuk mereka mengutuk dan memperkecilkan tindakan-tindakan Adun PR yang mahukan keadilan dan peraturan sidang diikuti.
Ganesan, Speaker yang dilantik secara haram telah menjalankan kerja haramnya dengan cukup baik sepertimana yang telah dirancang dan di skripkan untuk mencabul Perintah Tetap Dewan semahu beliau asalkan kemarahan dan ketidakpuasan hati adun-adun PR dapat dirakam buat peluru politik Umno dan BN.
Jika inilah tahap pemikiran dan cara berpolitik Umno dan BN, amat rugilah rakyat Perak apabila pentadbiran negeri diletakkan dibawah jagaan mereka.
Jika Dewan persidangan Dun Negeri dan Titah Ucapan Raja Muda Perak pun boleh mereka 'cincai'kan, apalah ada dengan kita segala rakyat yang senantiasa diperbodoh-bodohkan dengan permainan politik sekeji begini.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Komen:
Dalam akhbar Sinar Harian halaman N4, bertarikh 01 April 2010, di bawah tajuk ADUN Pakatan cuba bangkitkan isu pelantikan Ganesan, jelas menyatakan bahawa "..... ADUN daripada Pakatan Rakyat (PR) cuba membangkitkan isu pelantikan Yang Dipertua Dewan yang disandang oleh Datuk R.Ganesan dikatakan tidak mengikut Perintah Tetap."
Ini dengan jelas bahawa ADUN PR sememangnya berniat jahat untuk mengeksploitasi perkara ini. Mereka bukan hendak membawa masalah rakyat, tetapi semuanya untuk kepentingan politik peribadi. Dalam TV Awani pun tunjuk bagaimana ADUN PR menjadikan dewan sebagai tempat berdemonstrasi dengan pelbagai "banner". Inikah mentaliti ADUN PR Perak? Termasuklah dengan Ketua Pembangkangnya.. yang tak pernah sedar diri!
Lepas itu, mereka cadangkan persidangan selama lima (5) hari. Tidak masuk akal langsung. Dalam masa lima hari nanti, bolehlah bawa "sepanduk reformasi" besar sikit!. Ini kerja "orang-orang yang tak tahu buat kerja". Persidangan DUN lima hari pun nak cakap apa. Yang pastinya nak cakap:
1. MEB - Indah khabar dari rupa. (Ini yang "kepala besar-besar" mereka tengah canang satu Malaysia, satu dunia).
2. "Tok ketua" mereka kena fitnah.
3. Pasal kawan dengan Israel - keselamatan negara tergugat.
4. Pasal polis hendak tembak orang ikut suka hati. (Mana punya otak sempit macam ini. Rakyat kena nilai betul-betul tohmahan ini)
5. Pasal surat khabar berat sebelah. (Tak tulis pasal mereka, kata berat sebelah)
6. Pelaga pemimpin-pemimpin kerajaan . (Semuanya tak kena di hati perut mereka)
7. Cerita PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali bersifat perkauman.
8. Pasal cerita UMNO, dapat dosa. Cerita PAS dapat pahala.
9. Cerita enjin jet hilang.
10. Banyak buang bayi kerana BN memerintah.(logik ke???)
11. Macam-macam lagi yang tak masuk akal.
Dari senarai cerita di atas, ada kah cerita pasal kebajikan rakyat hendak dibahaskan. Dah tentu tidak ada. Silap-silap berbahas, keluar dcewan habis. Nak bahas apa lagi???
Wednesday, March 31, 2010
KENAPALAH BODOH SANGAT?
SEBERANG JAYA, 31 Mac: Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim boleh mengisi borang untuk mendapatkan sagu hati RM100 pemberian Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mempertikaikan usaha membantu golongan warga emas.
Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amir Ghazali dalam nada sinis berkata, Azhar yang juga setiausaha Umno negeri sememangnya berkelayakan untuk mendapatkan bantuan tersebut.
"Walaupun hanya RM100 setahun iaitu 27 sen sehari, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menunjukkan keprihatinan yang tinggi, tidak sebagaimana Umno langsung tidak menghargai jasa warga emas," ujar beliau.
Lagi pun, kalau setakat RM100 setahun, tak payah bagilah. Sebaik-baiknya wang RM20 juta, guna bina surau ke masjid untuk orang Islam Pulau Pinang. Dapat juga pahala pada LGE.
Monday, March 29, 2010
TULISAN BUKAN MELAYU DI HARAKAH?
Wajarkah tulisan yang akan saya paparkan di bawah ini, ditulis di dada akhbar Harakah? Wajarkah Melayu dikutuk sedemikian rupa di dada akhbar milik orang Islam?
Sedih dan terharu... Tuduhan demi tuduhan diizinkan. Lihat dan bacalah!
Penulis: Li Fook Gao
Apakah perasaan ahli-ahli PAS selepas membaca berita-berita mengenai ucapan-ucapan di AGM Perkasa yang diutarakan oleh Datuk Ibrahim Ali (IA) dan Tun Dr Mahathir (TDM)?
Sama ada saudara teruja mahupun tidak, marilah kita sama-sama merenung persoalan-persoalan di bawah supaya kita dapat berfikir sejenak sebelum kita membuat keputusan sama ada ucapan-ucapan yang dibahaskan di AGM Perkasa boleh dipercayai atau tidak?
Adakah saudara sedar bahawa dalam kedua-dua ucapan tokoh yang di”perkasa”kan langsung tidak menyentuh tentang apa penyebab utama keadaan orang Melayu yang masih tidak berubah ke tahap yang memuaskan walaupun setelah 52 tahun UMNO berkuasa di negara kita?
Siapa yang harus dipersalahkan sekiranya IA merasakan bangsa Melayunya sendiri tidak terbela?
Apa yang boleh dilakukan oleh parti-parti politik seperti PAS dan DAP untuk merugikan bangsa Melayu sekiranya selama 52 tahun yang lepas mereka hanyalah dikenali sebagai parti pembangkang yang berkelahi antara satu sama lain?
Betulkah negara kita akan bertambah maju tanpa parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP? Jika ya, mengapa Malaysia merosot dengan begitu ketara sekali apabila keseluruhan rakyat Malaysia hampir membuatkan negara kita sifar pembangkang pada 2004 semasa zaman yang sepatutnya kita mencapai status Gemilang, Terbilang dan Cemerlang?
TDM dengan cepat menghunuskan jarinya kepada Tun Abdullah Badawi sebagai penyebab utama negara tiada pertumbuhan selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri.
Akan tetapi, adakah saudara sedar minda saudara tengah dipermainkan oleh yang dianggap pejuang? TDM langsung tidak menyentuh tentang amalan rasuah (barahnegara) yang diwarisi daripada zamannya sebagai penyebab utama duit-duit rakyat tidak pernah sampai ke tangan rakyat.
Adakah saudara sedar bahawa itulah cara berpolitik TDM selama ini dengan mempersendakan saudara-saudara sebangsanya untuk mencari mangsa lain untuk dipersalahkan bagi menutup kegagalannya sendiri?
IA berkata salah satu matlamat Perkasa ialah menpertahankan Islam. Walaupun matlamat Perkasa tepat dengan intipati pengikutnya yang semuanya Melayu beragama Islam, sasaran matlamatnya mungkin jauh tersasar.
Sebagai contoh, Perkasa harus mempertahankan Islam daripada ancaman siapa?
Dalam ucapan IA seolah-olah segala-galanya yang merosakkan nama baik Islam datangnya daripada DAP. Betul ke?
Gejala bakar gereja yang memburukkan nama Islam, angkara siapa? Perarakan kepala lembu yang secara terus-terang menghina penganut agama Hindu dan menampar nama baik agama Islam, angkara siapa?
Siapa yang menganiaya negeri serambi Mekah sekian lama daripada menerima royalti minyak?
Negara dikenali sebagai negara barahnegara yang merosakkan nama baik Islam, angkara siapa?
Siapa yang sanggup lantik perasuah yang dibuktikan dalam sesebuah parti sebagai Menteri Besar, Pakatan Rakyat ke?
Siapa pula pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh dalam pemerintahannya sebagai tanda penghormatan kepada tokoh dan ajaran Islam? Adakah Perkasa memujinya atau mengutuknya?
Yang lebih memilukan, adakah ajaran Islam membolehkan akta zalim seperti ISA digunakan pada manusia seperti yang ingin dipertahankan oleh Perkasa?
Siapakah musuh Islam yang sebenarnya? Siapa yang membuat bising di Parlimen atas lesen-lesen judi? Perkasa, UMNO, MCA ataupun PAS, PKR dan DAP? Bolehkah ahli PAS menyokong Islam yang cuba dibawa Perkasa?
Saudara ahli-ahli PAS haruslah bijak membuat penilaian terhadap Perkasa dari sudut tuntutan Islam.
Janganlah mudah terperdaya dengan retorik-retorik mereka yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa. Jangan pula memandang ringan terhadap pengaruh wayang kulit mereka kerana ramai juga yang akan terpedaya kalau kita tidak bersama-sama berusaha untuk menyedarkan persepsi sesama kita.
Renungan terakhir, mengapa proses usaha menanamkan tanggapan di minda Melayu bahawa “Malay is under siege” dan “Islam is under siege” masih diteruskan oleh puak-puak ini? Betul ke Melayu dan Islam yang seolah-olah diserang ataupun intelek cetek saudara is under-siege?
--------------------------------
Li Fook Gao menaruh harapan tinggi supaya PAS dapat menggantikan UMNO pada PRU-13.
Komen:
(Harapan yang akan tinggal harapan, dan tidak ke mana pun.. Lihatlah nanti!)
Melayu sebenarnya tidak merosot. Sebenarnya, Melayu sudah banyak kemajuan. Cuma, kemajuan ini disalahtafsirkan. Bagi setengah orang, Melayu yang maju adalah Melayu yang pandai mengadakan reformasi di jalan-jalan raya. Melayu yang maju adalah Melayu yang melilit kepala dan menutup muka melontar batu kepada polis.. Melayu yang maju adalah Melayu yang sanggup menjual nama negara di luar negara.. Itulah ukuran Melayu yang maju... Melayu yang sanggup mengadakan pelbagai akuan bersumpah untuk menfitnah seseorang. Melayu yang tidak maju ialah Melayu yang tidak mengikut mereka...
Friday, March 26, 2010
CERITA BELIT-MEMBELIT LAGI!
Baca! Jangan tak baca!
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Umno tidak perlu menyalahkan rakyat sekiranya mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebelum ini.
Komen:Rakyat mana pulak yang pertikai keputusan mahkamah? Rakyat mana?? Tak ada pun...
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Umno sendiri pun seolah-olah mengajak rakyat mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam isu kalimah 'Allah'.
Komen: Ini cerita kalimah Allah! Tanggungjawab memelihara nama ALLAH adalah tanggungjawab semua umat Islam..tak kan tak reti kot?
"Saya sendiri berasa pelik, apabila Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan bahawa suatu akhbar (mingguan The Herald) boleh menggunakan kalimah Allah, tak lama selepas itu seolah-olah wujud suatu usaha untuk tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," ujar beliau semasa membahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, malam tadi.
"Ia menggambarkan seolah-olah Umno juga membantah keputusan mahkamah seperti di Mahkamah Persekutuan."
Disebabkan itu, beliau yang juga Menteri Besar Perak pada era Pakatan Rakyat merumuskan bahawa Umno juga seolah-olah mengajak rakyat supaya tidak sebulat-bulatnya bersetuju dengan keputusan yang di buat di mahkamah.
Tambah beliau lagi, Umno juga sama ada sedar atau tidak sebenarnya sedang mendidik rakyat supaya menentang keputusan mahkamah yang dianggap tidak memberi kepentingan politik kepada mereka.
Disebabkan keputusan mahkamah yang acapkali dipertikai kerana oleh rakyat, Pakatan Rakyat dan Umno sendiri, beliau berkata, negara juga akhirnya turut mendapat impak berantai yang negatif.
Maka, beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, sindrom pelabur meninggalkan negara berlaku dalam skala yang membimbangkan.
Komen: Ini cerita dusta..bohong...Jangan reka-reka cerita!)
Ujarnya lagi, mereka tidak mahu melabur di Malaysia, khususnya di Perak mungkin disebabkan mereka tidak percaya dengan tahap integriti dan kebebasan mahkamah di Malaysia.
Komen:Cukuplah tu. Orang dah tak percaya pun)
Dari maklum balas oleh beberapa pelabur asing yang ditemui di United Kingdom, beliau berkata, dunia luar belakangan ini berasa sangsi dengan institusi kehakiman negara.
Komen: Ini cerita karut.nak berbohong tu ingat kat Allah sama le..)
Hatta, menurut beliau, sekiranya berlaku pertelingkahan dalam dunia korporat, pelabur-pelabur asing terbabit tidak rela membawa kes mereka ke mahkamah tempatan.
Komen: Buat apa dia orang nak bawa kes... Kes pun tak pernah ada..
Sebaliknya, menurut beliau, mereka yang terbabit lebih rela membicarakan kes masing-masing di luar negara, termasuk di Singapura.
Komen: Main kat Singapura pulak. Kenapa? ramai Cina kat sana..
Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya memulihara semula tahap integriti dan kebebasan mahkamah tempatan kerana dengan berbuat demikian sekaligus menggalakkan pelabur asing kembali berlabur di Malaysia.
Komen: Pandai la nak nasihat...Tak habis-habis!!!
PERKEMBANGAN PERAK: ANALISIS PRU12 DAN SASARAN PRU13 - BHG. 2
Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sekarang ialah:
1. Barisan Nasional (BN) - 28 kerusi
2. PAS - 6 kerusi
3. DAP - 17 kerusi
4. PKR - 5 kerusi
5. Bebas - 3 kerusi - Menyokong Barisan Nasional.
Kedudukan kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) di Perak ialah:
1. Barisan Nasional (BN) - 12 kerusi
2. PAS - 3 kerusi
3. DAP - 6 kerusi
4. PKR - 2 kerusi
5. Bebas - 1 kerusi
Bagi DUN Perak yang dikuasai oleh BN ialah:
1. N1 -Pengkalan Hulu
Disandang oleh YB Datuk Seri Mohd.Tajol Rosli Ghazali (mantan Menteri Besar).
* Majoriti 4,645 (jumlah undi 9,254 )
* Mengalahkan calon PKR .
2. N2 -Temengor
Disandang oleh YB Datuk Hj. Hasbullah Osman (sekrang SU Politik Timbalan PM).
* Majoriti 4,6217 (jumlah undi 10,910 )
* Mengalahkan calon PKR.
Bacaan lanjut:UMNO Gerik
3. N3 -Kenering
Disandang oleh YB Datuk Hj.Mohd Tamizi Hj.Idris.
* Majoriti 2,798 (jumlah undi 9,646 )
* Mengalahkan calon PAS.
4. N4 -Kota Tampan
Disandang oleh YB Datuk Hj.Saarani bin Mohamad.
* Majoriti 2,335 (jumlah undi 7,732 )
* Mengalahkan calon PKR.
Bacaan lanjut:UMNO Lenggong
STATISTIK P54 (DUN N1 & N2)
BN mengalahkan kedua-dua calon PKR di N1 dan N2. Ini menunjukkan pengundi di N1 dan N2 menolak ideologi politik yang dibawa oleh PKR. Pengundi di kawasan ini kebanyakannya ialah Melayu (73%), Cina (17.8%) dan India (7.46%). dari jumlah ini, ada kemungkinan 20% orang Melayu merupakan penyokong (ahli) PAS, dan 70% orang Cina menjadi ahli DAP/PKR (suatu andaian). Mereka menyumbang sokongan kepada calon Pakatan Rakyat (PR).
Lihat statistik keputusan PRU 11 dan PRU 12, untuk perbandingan:
PRU 11- N1
* Jumlah pengundi: 11,418
* Pencapaian calon:
1. DATUK SERI MOHD TAJOL ROSLI GHAZALI -BN (6,202 undi)
2. Hijaz @Junid Mat Ghazali -PAS (1,909 undi)
* Majoriti - 4,293
* Peratus mengundi - 74.14%
* Jumlah keluar mengundi - 8,465
PRU 12- N1
* Jumlah pengundi: 11,781
* Pencapaian calon:
1. DATUK SERI MOHD TAJOL ROSLI GHAZALI -BN (6,769 undi)
2. Lee Sing Long -PKR (2,124 undi)
* Majoriti - 4,645
* Peratus mengundi - 78.55%
* Jumlah keluar mengundi - 9,254
Dengan mengandaikan data pengundi PRU 12 adalah sama dengan PRU 13 nanti, maka jumlah pengundi mengikut kaum di N1 adalah:
* JUMLAH PENGUNDI: 11,781
* Melayu (73.96%): 8,718 orang
* Cina (11.29%): 1330 orang
* India (12.96%): 1527 orang
* lain-lain (1.79%): 210 orang
Seandainya PRU 13 nanti, calon BN mendapat:
* 50% Melayu mengundi: 4359 undi
* 20% Cina mengundi: 260 undi
* 20% India mengundi: 305 undi
* 100% Lain-lain mengundi: 210
JUMLAH UNDI DIPEROLEHI : 5134 undi
Calon pembangkang -Pakatan Rakyat mendapat:
* 50% Melayu mengundi: 4359 undi
* 80% Cina mengundi: 1064 undi
* 80% India mengundi: 1221 undi
JUMLAH UNDI DIPEROLEHI : 6644 undi
Dengan statistik di atas, apa akan terjadi kepada calon BN??? Apa langkah yang perlu dijalankan?
Wednesday, March 24, 2010
PERKEMBANGAN PERAK: ANALISIS PRU12 DAN SASARAN PRU13 - BHG. 1
Jumlah kerusi yang dipertandingan di Perak ialah 24 kerusi (Parlimen) dan 59 kerusi (Dewan Undangan Negeri -DUN)
Berdasarkan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12), yang dijalankan pada Mac 2008 dahulu, maka 28 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), 6 kerusi PAS, 18 kerusi DAP, 7 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas tiada calon menang. Dalam konteks ini, Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya menjadi kerajaan negeri Perak yang baru dengan Menteri Besarnya ialah YB Datuk Seri Mohd. Nizar (DSMN).PR diwakili oleh parti-parti DAP,PAS dan PKR. Secara gabungan, PR memperolehi 31 kerusi berbanding BN memperolehi 28 kerusi. Maka memerintahlah PR dengan "bermacam-macam kerenah".(Lantak depa le..) Maklumlah, bak ibarat seorang suami ada 3 "bini", sudah tentu la macam-macam cerita. Seorang nak kereta besar, seorang lagi nak gelang besar dan dah tentu seorang lagi nak yang besar-besar jugak.
Keadaan negeri Perak masa itu "kucar-kacir" sedikit. Lagi pun, kecetekan pengalaman dalam memerintah negeri menjadikan banyak perkara senang jadi susah. Yang tak pening jadi pening, terus pitam....nasib baik tak mati. Ada perkara yang tidak boleh dilakukan, bagi mereka boleh dilakukan. Ada yang haram, bagi mereka halal. Yang kena kepada selera dan nafsu mereka, semuanya ok! Yang tak kena, kira tak ok! Rakyat pun naik "haru dan biru". Terkedu dan terkejut. Janji macam lain, buat macam lain.
Beberapa bulan kemudian, entah macam mana nak jadi cerita dan nak jadi rezeki (bagi orang-orang yang banyak bersabar dengan ujian Allah swt). Berkat selalu mendirikan solat hajat, pentadbiran kerajaan negeri Perak telah bertukar tangan kepada BN. Mengelopor lah MB (Pakatan Rakyat) pada masa itu. (Gambo diatas tu, masa jadi MB lagi, nampak senyum giler..) Macam mane ceritanya? Secara ringkasnya, bermula apabila 3 orang wakil rakyat PR telah "sukarela" keluar parti dan menjadi wakil rakyat (YB) BEBAS. Ketiga-tiga YB ini mengadap DYMM Paduka Sultan Perak untuk menyatakan sokongan kepada BN. Maka, dengan itu jadilah kerusi BN sebanyak 28, Bebas 3 kerusi dan PR tinggal 28 kerusi. Memerintahlah BN dengan MB nya iaitu YAB Datuk Zambry Abdul Kadir, wakil Pangkor. Rakyat Perak mengucapkan syukur kehadrat ALLAH swt, kerana menyelamatkan negeri dari lembah kehancuran dan "kucar-kacir".

Tuesday, March 23, 2010
LAGU ORKESTRA PERPECAHAN!
''TIDAK salah berselisih faham kerana masing-masing mempunyai naluri untuk berfikir tetapi jangan sampai berpecah.
''Sekarang ini seolah-olah seperti sebuah orkestra yang dimainkan yang mahukan kita (orang Melayu) bergaduh.''
Pesanan ini bukanlah dilafazkan oleh mana-mana pemimpin politik Melayu tetapi ia adalah peringatan tulus ikhlas daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Elias Zakaria, kelmarin.
Persoalannya sejauh manakah orang Melayu memahami akan permainan orkestra politik tersebut? Atau demi kepentingan politik, masing-masing lebih rela mengorbankan kepentingan bangsa dan agama?
Apa yang menarik Elias memberikan peringatan itu ketika menyampaikan ceramah di Pulau Pinang dalam forum bertajuk ''Nilai Sebenar Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.''
Selepas pilihan raya umum lalu nama Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi sebutan di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hasrat untuk mencontohi kepimpinan khalifah agung berkenaan.
Tetapi seperti mana kata Elias dalam ceramahnya, ''Jangan sebut (mencontohi kepimpinan Khalifah Abdul Aziz) sebab retorik politik, tapi fahami dan hayati sepenuhnya apa yang dia telah lakukan.''
Namun bagi orang Melayu yang taksub (orang-orang PAS dan PKR) dengan pegangan politik sempit dan demi menjaga kepentingan politik bersama dalam pakatan, mereka bergembira dengan apa yang diucapkan oleh Guan Eng.
Begitu ramai sekali pemimpin pembangkang hatta dalam Pas sendiri yang memperjuangkan Islam begitu teruja dengan permainan lidah Setiausaha Agung DAP itu. (lidah kuat putar-belit)
Justeru tidak hairanlah apabila kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul, ramai pemimpin utama Pas membela Guan Eng.
Pelbagai andaian dan hujah dikeluarkan, malah ada yang sanggup membelek kitab bagi mempertahankan pembatalan berkenaan.
Demikianlah juga apabila ada pemimpin pembangkang bukan Islam memperalatkan ayat suci al-Quran dalam kempen politik mereka, orang Melayu termasuklah pemimpin politik Islam yang menjadi sekutu mereka memuji. ( Komen: Semoga Allah swt melaknati orang itu)
Lebih mendukacitakan lagi, ada ketikanya akibat terlalu taksub dengan politik, sesetengah pengikut parti sanggup melaungkan takbir 'Allahuakhbar'' apabila seseorang pemimpin bukan Islam berhujah. (Komen: Dunia nak akhir zaman!)
Apabila ada pemimpin politik lain menentang perkara berkenaan, pemimpin atau parti itu akan dianggap perkauman atau tidak pandai soal Islam.
Begitulah keadaan orang Melayu sekarang, kita berpecah-belah, tidak mahu sepakat dan sekata semata-mata kerana perbezaan politik.
Perbezaan itulah yang menutup mata dan hati sesetengah daripada pemimpin Melayu untuk melihat kebenaran dan kadang-kala 'tersesat' dalam membezakan antara kepentingan politik dan kepentingan umat.
Inilah bahana orkestra yang mungkin dimaksudkan oleh Elias. Sesetengah kita mengikut alunan orkestra politik tersebut sehingga kita leka dan lalai. Kesudahannya kita berpecah-belah walaupun kita sebangsa dan seagama serta mengadap kiblat yang sama.
Kecelaruan akibat orkestra politik inilah yang membuka laluan kepada pihak-pihak lain untuk begitu berani dari semasa ke semasa terus mempersenda dan memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam.
Mereka sudah tidak ada rasa takut atau bimbang lagi kerana mereka tahu akan ada pemimpin politik Melayu yang akan sentiasa 'senada' dan 'seirama' dengan mereka.
Kepentingan politik mengatasi segala-galanya, apa sahaja hujah yang berkaitan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam akan dianggap rasis.
Atas sebab itulah Elias menegaskan, bahawa kita boleh berbeza cara hidup termasuk fahaman politik tetapi tidak sepatutnya berpecah.
Ia kerana perpecahan tidak akan menguntungkan mana-mana pun kelompok Melayu dan umat Islam. Sebab itulah di dalam al-Quran dan hadis, soal perpaduan ummah amat ditekankan.
Sejarah Islam sudah membuktikan perpecahan di kalangan umat Islam akan melemahkan mereka dan akhirnya mereka akan bercerai-berai sehingga tumbangnya empayar keagungan Islam.
Seperti mana kata Elias kunci kejayaan untuk menjadi umat yang hebat serta disegani sebenarnya bermula dengan kekuatan perpaduan dan bukannya kekuatan ekonomi.
Tetapi berapa ramaikah pemimpin Melayu yang menyedari perkara ini? Oleh kerana mementingkan perebutan kuasa politik, mereka meminggirkan semua peringatan itu.
Bagi mereka, kerjasama politik di dalam satu pakatan biarpun berbeza ideologi adalah lebih mustahak berbanding daripada mempertahankan hujah atau kritikan benar yang disampaikan oleh lawan politik mereka biarpun ia berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa.
Malahan ada pula yang tanpa mahu berfikir panjang - sudah pasti kerana kepentingan politik - sanggup bersetuju jika ada pihak luar mencampuri urusan dalaman negara kita.
Bagi mereka itu berlaku kononnya kerana di negara ini yang pemimpin utamanya adalah orang Islam terlalu banyak kepincangan termasuklah dalam bidang kehakiman.
Justeru hujah mereka, campur tangan asing hanyalah lambang keprihatinan kelompok berkenaan. Tetapi mereka sengaja melupakan orang asing yang bersikap demikian pastinya mempunyai 'udang di sebalik batu'.
Lebih malang lagi, pendirian yang boleh dianggap songsang ini disokong pula oleh penulis-penulis blog politik yang tidak sebulu dengan pemimpin parti Melayu di pihak kerajaan.
Ini belum lagi termasuk lidah rasmi parti masing-masing yang ada antaranya seratus-peratus hanya memaparkan fitnah dan memburukkan sesama Islam.
Mereka menulis mengikut emosi, mempertahankan pembatalan perarakan Maulidur Rasul, bergembira dengan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam dan menuduh pemimpin yang mempertahankan hak Melayu dan Islam sebagai rasis.
Inilah senario akibat leka dan lalai dengan orkestra politik yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak mahu orang Melayu dan Islam bersatu.
Bagi puak yang memainkan orkestra politik dengan tujuan untuk terus memecah-belah orang Melayu, mereka terus akan berbuat demikian kerana mereka tahu kelemahan orang kita ialah mudah terpengaruh dengan retorik politik. Ini termasuklah kata-kata ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Hakikatnya, seperti mana dibimbangi oleh Elias, orang Melayu terus berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik tidak lagi diiringi dengan usaha untuk merapatkan jurang dalam soal-soal berkaitan orang Melayu dan Islam.
Ada antara pemimpin Melayu terlalu teruja untuk meraih kekuasaan dan kedudukan, kelompok seperti ini sudah tidak mempedulikan apa-apa lagi selain mencari kedudukan politik semata-mata.
Justeru ketika kita masih berada dalam semangat sambutan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, maka cubalah berfikir sejenak wajarkah kita terus menari mengikut rentak orkestra alunan orang lain sehingga suatu hari kelak mampu memudaratkan masa depan orang Melayu dan umat Islam. - Utusan Malaysia
SEBUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
”Kini Pulau Pinang sudah diperintah oleh DAP. Walaupun PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkongsi kuasa di negeri ini kita yakin dan percaya suara pemimpin mereka tidak sekuat mana.Mungkin hanya sekuat sayur taugeh itu yang boleh kita definasikan kekuatan PAS dan PKR di negeri ini. Sama ada suka atau tidak suka , PAS dan PKR hanya berada di bawah telunjuk DAP selama parti ini memerintah. PAS dan PKR tidak mempunyai kuasa penuh dan tidak akan mampu membuang imej antara dua darjat di negeri ini. Orang Melayu akan terus miskin dan terbiar selagi DAP , memerintah negeri ini.”
Sepotong ayat di atas, sebenarnya adalah bayangan situasi yang sudah berlaku. Bak kata pepatah melayu, ”nasi sudah menjadi bubur”. Cuma yang amat dikesalkan, kenapa orang-orang Melayu (Islam) dalam PKR dan PAS tidak menyedari hakikat ini. Kenapa mereka mesti bersekongkol dengan puak-puak kafir ini. Kembalilah kepada perjuangan mulia dan suci, menyelamatkan bumi Malaysia dari kerakusan ”pemimpin politik kafir”. Tengok dan siasatlah bagaimana cara mereka bercakap. Cara mereka melayani pemberita. Fikirkanlah sedalam-dalamnya.
Lihat dan bacalah sepotong ayat ini:
”Apa yang kita lihat sekarang banyak tanah di negeri ini bukan sahaja sudah beralih tangan kepada bukan Melayu malah sudah terjual kepada orang luar. Jika sesuatu tidak dilakukan orang Melayu akan merempat di negeri ini.”
Lagi, baca ini pula!
”Kalau tak percaya boleh datang dan melihat sendiri berapa kerat peniaga Melayu di negeri ini. Orang Melayu hanya mampu berniaga di bawah-bawah pokok dalam keadaan gerai mereka yang uzur dan daif. Nasib tidak baik sering diserbu oleh pihak majlis perbandaran dan sebagainya. Kalau kita sempat pergi ke Teluk Bahang Pulau Pinang dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri peniaga India Muslim berniaga roti menggunakan basikal roda tiga dan sebagainya. Setahu kita peniaga roti basikal roda tiga wujud di zaman sebelum merdeka lagi. Tidak sakitkah mata pemimpin parti-parti Melayu dan Islam melihat fenomena ini? Adakah kuasa yang diberikan kepada mereka guna untuk memperjuangkan kepentingan ahli mereka sahaja?”
Inilah yang bakal terjadi pada PRU13 atau PRU14.. Seandainya terjadi, anak-anak cucu akan mengutuk!!! Melayu akan mengemis di negeri sendiri???
PULAU PINANG DALAM BAHAYA!
Sesuatu yang WAJIB dibaca!
(Saya petik daripada: Yazidothman.com
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.
Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan .
Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.
Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.
Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ;
“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”
Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.
Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.
Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .
Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!
HANCUR - ZAKAT PULAU PINANG!
Inilah ceritanya bila kafir laknat memerintah. Bacalah, biar sampai faham.
(Petikan sumber daripada Berita Harian)
FEB 17 — Siapakah bakal dilantik Pengerusi Syarikat As-Sahabah Urus Zakat Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Pusat Urus Zakat (PUZ), syarikat yang diamanahkan mengendalikan urusan zakat di Pulau Pinang?
Berjayakah kerajaan negeri pimpinan DAP untuk ‘menguasai’ PUZ dengan mencadangkan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menduduki jawatan itu, yang sebelum ini secara tradisinya disandang oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).
Mengapa pula kerajaan negeri begitu berminat untuk menempatkan Mansor menduduki kerusi itu walaupun beliau bukannya YDP Maipp mahupun Ahli Majlis Maipp sehingga dibantah keras oleh Umno Pulau Pinang?
‘Arahan’ kerajaan negeri kepada Maipp yang memiliki kepentingan 100 peratus dalam PUZ melalui surat yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, bukannya Ketua Menteri, Lim Guan Eng, supaya melantik Mansor, juga dilihat pelik oleh Umno kerana Abdul Malik tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk mengeluarkan surat itu.
Umno melihat cadangan pelantikan Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sebagai usaha kerajaan negeri untuk memanipulasi hal-ehwal zakat bagi kepentingan politik, bukannya golongan asnaf.
Lantaran itu, Umno Pulau Pinang mahu YDP Maipp, Ellias Zakaria, dilantik menjawat jawatan berkenaan kerana beliau mempunyai latar belakang yang tepat bagi menguruskan institusi zakat di negeri ini. Ellias yang juga bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri juga mahu mempertahankan tradisi yang diamalkan sejak PUZ ditubuhkan pada 1994, iaitu YDP Maipp juga menyandang jawatan Pengerusi PUZ.Malah, mesyuarat Ahli Majlis Maipp yang diadakan baru-baru ini juga menyaksikan ada ahli majlis yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri itu. Dan, apakah keputusan mesyuarat seterusnya yang dijadualkan pada akhir bulan ini.
Yang menjadi persoalan ialah kenapa kerajaan negeri begitu berminat dengan jawatan Pengerusi PUZ selepas gagal untuk ‘memiliki’ kerusi YDP Maipp. Adakah ia kerana PUZ yang menguruskan kira-kira RM40 juta kutipan zakat setahun, dilihat seperti ‘lembu susu’ oleh pihak yang berkepentingan sehingga merebut untuk menguasainya.
Sebenarnya, usaha pakatan pembangkang – DAP, PKR dan Pas — untuk menguasai Maipp dan seterusnya PUZ bermula sejak mengambilalih Pulau Pinang pada Mac 2008. Ketika itu, YDP Maipp yang juga Pengerusi PUZ disandang oleh Shabudin Yahaya.Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan sejak 2004 hingga kini, ‘ditekan’ supaya melepaskan jawatan dalam Maipp.
Lantaran tekanan itu, Shabudin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 15 April 2008 selepas mengutuskan surat pelepasan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama negeri. Bagaimanapun, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak memberi perkenan, sebaliknya menitahkan supaya Shabudin terus memegang jawatan itu sehingga tempoh tauliah tamat pada Disember 2009.
Pada masa sama, perbincangan diadakan di antara wakil kerajaan negeri diketuai Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin (meletak jawatan pada April 2009) dengan pemimpin Umno. Mereka setuju bahawa individu yang bakal dilantik sebagai YDP Maipp mestilah bukan orang politik bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.Kedua-dua pihak bersetuju mencadangkan nama Ellias yang juga pensyarah USM kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai pengganti Shabudin selaku YDP Maipp dan kemudiannya diperkenankan.
Bagaimanapun, ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir pada Ogos 2009 berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari Pas, isu jawatan YDP Maipp muncul semula.Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat pengumuman jika calon Pas, Mohd Salleh Man, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menang pilihan raya kecil itu, beliau akan dilantik sebagai YDP Maipp walhal Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Ellias.
Mesyuarat Exco kerajaan negeri turut bersetuju melantik Mohd Salleh mengisi jawatan berkenaan, sekali gus membelakangkan keputusan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sekali lagi masalah timbul kerana kerajaan negeri bukan saja mengetepikan perkenan Seri Paduka tetapi juga mempermainkan harapan penyokong Pas yang mahu wakil mereka juga mendapat jawatan dalam kerajaan negeri setelah Mohd Hamdan tidak diberikan apa-apa jawatan.
Apabila Shabudin mengosongkan kerusi jawatan YDP Maipp dan diganti oleh Ellias seperti diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, penyokong Pas hanya menggigit jari untuk melihat wakil mereka mendapat jawatan berkenaan dan berasakan seolah-olah mereka dipermain-mainkan kerajaan negeri.Jadi untuk tidak menghampakan harapan Pas yang menjadi penyokong setia walaupun dilayan seperti ‘melukut di tepi gantang’, Mohd Salleh diberi jawatan sebagai Timbalan YDP Maipp.
Selepas gagal menguasai kerusi YDP Maipp, maka kerajaan negeri kini berusaha untuk menguasai PUZ dengan mencadangkan Mansor yang juga Adun Penanti untuk menjadi Pengerusi PUZ.
Motif sebenar cadangan itu tidak diketahui, tetapi sekiranya apa yang didakwa oleh Umno Pulau Pinang bahawa ia bermotifkan politik, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi umat Islam termasuk pembayar zakat.Justeru, bantahan itu perlu dipandang serius kerana campur tangan politik dalam pengurusan zakat memungkinkan ada golongan yang layak menerima zakat akan dipinggirkan kerana fahaman politik yang berbeza, selain gagal memastikan pembangunan masyarakat Islam terpelihara.
Bukannya menyokong mana-mana pihak tetapi sekadar peringatan kepada kerajaan negeri bahawa apa yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang mungkin boleh berlaku terutama dalam keghairahan parti politik untuk mencari sokongan dan meluaskan pengaruh masing-masing.
Justeru, kemelut ini perlu diselesaikan segera kerana ribuan penerima zakat di bawah sana sentiasa menunggu bila hak mereka akan tiba dan pada masa yang sama imej institusi zakat juga perlu bersih. Dalam dunia yang serba mencabar hari ini, semua pihak sepatutnya berusaha memartabatkan institusi zakat dengan meningkatkan kesedaran di kalangan umat Islam supaya membayar zakat, serta memantapkan sistem pengurusan zakat bagi memastikan pembangunan umat Islam terpelihara. Kita tidak mahu akibat perebutan siapa yang berhak menjadi Pengerusi PUZ menyebabkan pengurusan zakat menjadi berkecamuk sehingga menjejaskan nasib penerimanya, sekali gus mencemarkan imej Islam.
Ketepikan segala permasalahan dan buat keputusan terbaik kerana kita tidak mahu ‘gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’. — Berita Harian
Komen:
Lihatlah betapa liciknya Pakatan Rakyat “menghakmilik” harta orang lain menjadi harta mereka. Harta orang Melayu Islam Pulau Pinang. Entah apa lagi yang mereka akan ambil. Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pun terjadi sebegini.
Cuba tengok pula satu perkara lagi yang mereka hendak buat. Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan… apa motif sebenarnya. Lihat dan fikirlah secara mendalam. ”Pilihan raya PBT hanya mainan politik pembangkang!”
Secara logiknya, pilihan raya kerajaan tempatan hanya menyebabkan politiking sepanjang proses itu. Ia bertentangan dengan mandat atau peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sepatutnya menumpukan kepada kaedah terbaik dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Pemilihan itu turut membabitkan sejumlah wang, masa dan tenaga banyak. Tetapi apabila kerajaan Pulau Pinang dan Selangor bercadang mahu mengadakan pilihan raya pada peringkat kerajaan tempatan, maka maksud tersurat dan tersirat di sebalik proses itu sebenarnya tersembunyi beberapa muslihat besar.
Kenapa bersungguh mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan selepas sekian lama ia dimansuhkan? Pilihan raya kerajaan tempatan antara lain membabitkan kawasan Bandar Kuala Lumpur untuk memilih ahli majlisnya. Pilihan raya itu bagaimanapun dimansuhkan pada 1970. Sejak itu, tiada lagi pilihan raya kerajaan tempatan dan selepas 40 tahun berlalu kenapa kerajaan pakatan mahu ‘menghidupkan’ semula pemilihan berkenaan?
"Mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan banyak politiking dan tidak memberi manfaat kepada rakyat selain menghabiskan perbelanjaan".
Syed Ali Alhabshee
Setiausaha Barisan Nasional
Persoalan pertama timbul ialah siapa bakal bertanding pilihan raya itu? Apakah ia membabitkan proksi parti politik atau individu tulen yang mahu berkhidmat sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengadakan pilihan raya itu tidak lebih kecuali ada motif politik.(Hendak mengalihkan fokus kepada kelemahan pentadbirannya)
Ketika kerajaan pakatan pimpinan beliau menghadapi kemerosotan sokongan rakyat Pulau Pinang serta kritikan pemimpin ‘parti sahabat’ sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka cadangan beliau antara lain sebagai kaedah mengawal kerosakan terhadap DAP. Cadangan Guan Eng juga tidak lebih daripada sekadar mahu mengalihkan tumpuan umum terhadap kelemahan kerajaannya.
DAP menguasai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. PKR pula mengisi 9 kerusi dan 1 milik Pas, manakala 11 milik Barisan Nasional (BN). Andai pilihan raya itu dibenarkan, Guan Eng berasakan DAP mampu mengulangi keupayaan seperti ketika pilihan raya umum 2008 lalu. Kemenangan itu akan dicanang, dimanipulasi dan dieksploitasi menjadi pelbagai bentuk isu serta modal politik parti pembangkang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyokong cadangan Guan Eng kerana berfikiran sama iaitu pilihan raya berkenaan boleh dijadikan kaedah mengawal kerosakan PKR yang kian mereput kerana satu persatu pemimpinnya meletakkan jawatan dan keluar parti. (Taktik mengalihkan perhatian seperti tunjuk ajar DS Anwar Ibrahim )
“Pilihan raya kerajaan tempatan adalah agenda politik parti pembangkang semata-mata untuk memenuhi janji politik mereka,” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Ini boleh dijadikan peluang untuk menguji kekuatan parti dalam kawasan itu. Ini satu strategi (politik),” kata aktivis Tan Sri Lee Lam Thye pula.
Komen:
Wahai sahabat-sahabat seMelayu dan seIslam, marilah kita merenung semua TIPU MUSLIHAT yang sedang dirancangkan. Fikirkanlah tentang anak-anak cucu kita yang akan mendiami negara ini. Kita mungkin tidak akan hidup lagi selepas PRU13, PRU14 atau PRU15. FIKIRKANLAH...
CERITA BOHONG DAN DONGENG.
Baca berita di bawah ini. Saya ambil dari Harakahdaily. Bukan surat khabar lain pun. Bangunlah saudara seIslam ku...Bangunlah!
KUALA LUMPUR, 23 Mac: “Kalau DAP (dan) Pakatan Rakyat dianggap ‘anti Islam’, adakah Umno dua kali ganda ‘anti Islam’ kerana memberikan peruntukan yang jauh lebih sedikit waktu memerintah kerajaan negeri dulu,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Justeru, beliau menempelak dakwaan Umno bahawa DAP melaksanakan dasar ‘anti-Islam’ di Pulau Pinang apabila membacakan jumlah peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan negeri era Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional untuk perkembangan Islam.
“Waktu kita ambil alih kerajaan (2008), kerajaan Umno beri peruntukan (sebanyak) RM12.5 juta untuk perkembangan Islam di Pulau Pinang, selepas kita memerintah (2009), kita naikkan pada RM20.5 juta,” jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP di Dewan Rakyat pagi tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri turut meningkatkan peruntukan kewangan untuk aktiviti perkembangan Islam sehingga RM24.3 juta pada tahun ini.
Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam sesi soal jawab, mendakwa Guan Eng dan DAP mengamalkan sikap anti-Islam ketika mentadbir kerajaan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Utusan Malaysia turut didakwa cuba menutup pencapaian sebenar kerajaan negeri dalam memelihara kepentingan Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang.
Tidak cukup dengan mendakwa Utusan Malaysia sebagai ‘utusan fitnah’, beliau turut mendakwa akhbar tersebut juga mengamalkan sikap anti Islam demi merealisasikan cita-cita Umno untuk menguasai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kelak.
Pun begitu, beliau melahirkan rasa yakin bahawa rakyat Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan dakyah ‘anti Islam’ yang dipropagandakan oleh akhbar Utusan Malaysia kerana rakyat sekarang bermaklumat dan bijak menilai berita dari akhbar tersebut.
Komen:
Memang le banyak (lebih sikit), tapi wang zakat dah jadi apa??? Jangan temberang la semua tu. YB Zahrin dah timbulkan soal ini hingga keluar parti. Kalau tidak bekas Timbalan Ketua Menteri tak letak jawatan. Kita kena tanya pasai apa? Ini yang penting dulu. Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka terlungkup habis di telan laut. Tak habis-habis dia orang menyebarkan pembohongan.
MENGAPA INI TERJADI?
“POLITIC is the art of possible”, kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck.
Mungkinkah kerana berpegang kepada falsafah itu tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti.
Terakhir anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, 65 mencuba falsafah itu. Sebelumnya Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
Manakala anggota parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dipecat sebagai ahli parti. Sekarang jumlah anggota parlimen PKR tinggal 27 orang.
Rakan-rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kekal 28 kerusi dan PAS juga bertahan 23 kerusi. Pada awalnya jumlah anggota parlimen yang menang atas tiket PAS ada 24 kerusi, namun Datuk Ibrahim Ali enggan mengakui hakikat itu.
Jadi PAS terus kekal dengan 23 kerusi biar pun ada pertambahan dengan satu kerusi di Kuala Terengganu pada Januari 2009.
Politik ikut cuaca juga melanda wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Mereka lebih ramai yang sudah beralih angin.
Segala cerita bermula di Perak pada awal tahun lepas. Dua Adun PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) dilaporkan hilang, tiba-tiba mereka muncul bersama Datuk Seri Najib Razak.
Turut hilang Adun DAP, Hee Yit Fong (Jelapang). Amalan politik mereka menepati ramalan Otto Von Bismarck, segala kemungkinan boleh berlaku. Benarlah dikatakan ia seumpama cuaca.
Jamaluddin, 53, sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan.
Manakala Osman, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak.
KOMEN:
Persoalan tentang berita dan bilangan kerusi itu tidak penting. Sebenarnya, yang lebih penting ialah mengapa ”keluar parti” ini terjadi? Ini perlukan jawapan yang jelas dan benar. Bukan suatu andaian atau pendapat main hentam saja. Dalam dunia realiti, sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Pokok pada persoalan ini hanyalah satu iaitu ”KECEWA DENGAN KEPIMPINAN”. Kepimpinan mementingkan bulu, mengutamakan kroni dan kedudukan atau taraf sosio-ekonomi. (Maksudnya, yang kaya diutamakan. Yang dulunya ada kedudukan, akan diberikan jawatan serta-merta.) Perkara mengenai kemuliaan Islam dan kedudukan Melayu bukan lagi menjadi dasar perjuangan. Tidak berani bercakap dua perkara ini demi menjaga hati ”rakan se pakatan”. Alangkah hinanya perjuangan ini! Jangan lah diberikan alasan mereka yang keluar itu kerana mendapat habuan dari pihak lain. Ini alasan macam budak-budak hingusan yang hanya dipujuk dengan gula-gula. Ini soal perjuangan, macam YB Datuk Ibrahim Ali. Dia lebih selesa berjuang sebagai ahli Bebas. Bebas bercakap segala penyelewengan. Kalau duduk dalam parti, akan susah jika bercakap perkara-perkara dasar parti. Kelak nanti dihadapkan ke JK Disiplin parti yang entah apa-apa. Kemudian, tanpa banyak pertimbangan akan dipecat. Lebih teruk lagi, buat sembahyang hajat diturunkan bala atau laknat kepada YB yang berkenaan. Yang menghairankan, sembahyang hajat supaya tunjukkan kebenaran tentang MELIWAT tak berani nak buat. Sepatutnya buatlah supaya rakyat jelas perkara ini. Bukan sahaja tak buat solat hajat, malah pelbagai fatwa dikeluarkan. Konon-kononnya, mereka sahajalah ulamak yang direstui ALLAH swt.
Peristiwa di Perak, ditakdirkan terjadi begitu. ALLAH Maha Adil dan Pengasih. Kasihkan kepada orang Islam dan Melayu di Perak, maka kerajaan PR tumbang. (Faham-faham saja le!) Kita orang Melayu Perak sepatutnya bersyukur.
Monday, March 22, 2010
CAKAP TAK FAHAM!
KOTA BHARU, 22 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.
Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.
“Saya pun kenal juga (Anwar Ibrahim). Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.
“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi (jangan) sampai kepada peringkat (seolah-olah) macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.
“Saya terima nasihat dia (Izam), tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.
“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.
“Izam tidak kenal, sebab itulah dia (bersikap) sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Nik Aziz mengulas nasihat mantan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Izam Mohd Nor supaya (Nik Aziz) menjauhi Anwar Ibrahim.
Komen:
Mana ada pihak yang berani nak cakap apa pasal Anuar. Masing-masing dok tunggu habuan nak jadi Timbalan PM. Cakap lebih kurang nanti, kena pancung!Semua yang tak betul, jadi betul belaka! Kita tunggu dan lihat! Allah Maha Adil dan Pengasih. Allah murka kepada orang yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Apakah hukum orang yang mempertahankan seseorang yang "pembohong"? UMNO tidak pernah tipu orang. Tapi, orang yang kata UMNO tipu. Orang kata mereka tidak tipu, tapi mereka putar-belit. Mereka ni cemburu, sebab UMNO dah lama memerintah. Rekod UMNO baik sebab banyak pengalaman dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. PR memerintah tiga negeri pun dah macam-macam cerita. UMNO jaga orang Melayu dan Islam. Tapi, mereka memusnahkan Melayu dan merosakkan Islam. Kerana mereka, orang kafir sudah berani mempersendakan Islam dan Melayu. Sedarlah!
CERITA SEDIH!
Biasa le tu. Berjaga-jaga dahulu lebih baik. Nasi kalau dah jadi bubur tak guna.
Tu, sememangnya ye. Pelajar itu ditaja oleh kerajaan untuk belajar. Nanti kalau ditasak dengan fahaman politik yang tak ketahuan nanti kan susah. Budak-budak remaja kampung boleh lah ”ditipu” dengan pelbagai propaganda negatif, sehingga melilit kepala melawan polis berdemonstrasi di sana-sini. Jadi, eloklah dilarang awal-awal... nanti rosak otak budak-budak yang tengah nak belajar ni.
Bacalah apa yang saya sajikan di bawah ini. Fikirkanlah kewajarannya.
Petikan dari Harakahdaily.
Semangat IMalaysia yang dilaungkan oleh Najib dan kerajaan yang telah membelanjakan wang jutaan ringgit untuk disebarkan luaskan kepada semua peringkat rakyat dari pegawai kerajaan sehinggalah kepada rakyat biasa.
Sebenarnya bukan tujuan saya untuk membenarkan dasar (Komen: Kenapa pulak? Inikan dasar yang baik?) ini namun yang dikesali ternyata ianya sebagai satu gimik politik dan dasar yang cuma menjadi mainan politik pemimpin BN namun jauh untuk dilaksanakan oleh mereka sendiri termasuklah oleh pegawai kerajaan di bawahnya. (Komen: Habis tu, mana yang bukan gimiknya? Yang PAS buat???)
Realiti kepada apa yang berlaku di Ireland dimana sesampai kami disini dimaklumkan hampir semua pelajar tajaan kerajaan seperti dari MARA, JPA dan sebagainya telah diugut (Bukan ugut, tapi larang..tumpu pada pengajian dulu) oleh jabatan penuntut Malaysia disini dari menghadiri apa saja program yang diatur oleh Kelab Penyokong PAS Ireland (Komen:Ini pertubuhan politik, mana boleh!) yang suatu masa dulu dirasmikan oleh Presiden PAS sendiri.
Secara umumnya tindakan yang dilakukan oleh Pegawai jabatan penuntut yang sering dilakukan bila ada saja pemimpin Pakatan Rakyat sampai di sini adalah satu lumrah. Malah telah ada pelajar Malaysia yang ditarik biasiswa kerana hadir dalam program bersama pemimpin PAS (Komen:Itu pun selepas diberi nasihat..degil jugak, gasak kau le). Sedangkan bila ada saja pemimpin BN dan UMNO yang sampai malah diadakan satu program khusus dan semuanya hadir.(Komen:Bukan program politik atau mencaci-maki kerajaan. Ini kira majlis ilmu)
Namun saya tetap mengucapkan terima kasih kepada pegawai tersebut yang telah melakukan tindakan double standard yang ternyata menambahkan kebencian rakyat Malysia termasuk penuntut Malaysia yang diugut itu kepada UMNO dan BN. (Komen: Ini tak timbul sebab mereka sudah ada perjanjian. Kalau rasa nak bebas, pergilah belajar dengan duit sendiri.Sapa pun tak kisah!)
(Penulis asal artikel ini pun tak patut juga. Dulu masa belajar sampai dapat Dr. pun pakai duit kerajaan/JPA/ MARA jugak).
CERITA BOHONG!
Hari ini saya bawa sebuah cerita dari HarakaDaily.(Sorry) Kalau tak bawa, ramai yang tak tau. (Ramai yang tak suka baca Harakah, sebab nanti pening kepala).. Saya suka baca jugak, sebab nak tahu cerita fitnah dan pembohongan..
Cerita ni sebenarnya dah terbalik kuang. Yang menggelabah beruk tu bukan UMNO, tapi rakan karib PKR la. Siapa lagi. Cerita ni cerita jahat ”orang-orang PKR”. Bukan cerita orang UMNO. Yang kelam-kabut balas statement tu sememangnya dia sendiri tak jujur. (Orang UMNO yang jujur ni duduk sengap-sengap , tak kata apa pun). Yang mengelabah tu pulak lari lintang-pukang kat luar negara.Cari penyokong orang putih Kristian laknat. Lain kali kalau nak tulis tu, fikir-fikirlah banyak kali.. kan dah kena batang hidung sendiri.
Apa-apa pun baca petikan ini dahulu! Kemudian, lu fikir la sendiri....
Pendedahan Zahrain bala buat Umno
Penulis:Mandoor
Dalam Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim 'enak' menghentam parti yang banyak berbakti kepadanya. Pimpinan UMNO mula bercakaran sesama sendiri.(Komen; Mana ada!)
Lapan Ahli Parlimen yang didedahkan namanya oleh Zahrain mula kebinggungan dimedia. Bukan sahaja Tunku Razali Hamzah, Timbalan Speakar, Datuk Dr. Fuad Zarkasi dan lainnya sahaja, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga 'diserkop' oleh Zahrain.
Dalam pengetahuan pencatat ada beberapa nama 'besar' lain tidak disebut. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan Zahrain malu mahu menyebutnya. Ataupun Zahrain tidak tahu maklumat lengkap.
Nampaknya bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja dibelasah. Pemimpin UMNO, Angkatan Tentera Malaysia dan Tuanku Mizan juga diseret dalam Dewan Rakyat tempohari.
Ada ahli UMNO berkata, "Zahrain ni kuda Trojan Anwar ke... ?. Pencatat enggan mengulas spekulasi ini. Ia agak rumit untuk dibicarakan disini. Apa yang pasti pemimpin UMNO kini tersipu-sipu dengan pendedahan Zahrain.(Komen- Pasai apa pulak nak tersipu-sipu…Tak kisah pun)
Adakah ia bertujuan menghancurkan Pakatan Rakyat atau menjahamkan UMNO ? Ini yang menjadi perbualan ahli UMNO kini. (Komen: UMNO tak akan jahanam. Dah lebih 50 tahun.. tunjang panjang ke pusat bumi..)
Pada masa yang sama di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri lain lebih 1,000 jemaah telah menamatkan sholat hajat mereka yang berakhir malam tadi. Ia dilakukan 7 hari 7 malam di lebih 10 masjid dan surau.(Komen:Ini kerja orang memperalatkan Islam.. Pasai apa tak solat hajat tunjuk sapa liwat turunkan laknat… Tak berani pun!)
Ia ditujukan kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan MP lain yang curang pada undi rakyat. Ada yang perpendapat sholat hajat itu kian membuahkan hasil. (Komen:Mana ada. Perasan saja!)
Bukan Mohsin dan 'rakan-rakan kataknya' sahaja dilihat memalukan diri sendiri. Jelas dimedia MP tersebut seperti cacing kepanasan.
UMNO dilihat semakin huru-hara kerana tindakan kotornya 'membeli' MP Pakatan Rakyat.(Komen:Ada ka bukti yang UMNO buat kerja ni? Lazimnya, siapa yang suka sangat cakap macam ni, dia la dok buat kerja tu!)
Jika pembaca tidak yakin dengan sholat hajat itu. Kita tunggu dan lihat sahaja kesudahannya.(Komen:Lepas ni buat pula solat hajat Allah turunkan bala pada yang mai ”liwat” pulak! Boleh?)
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.(Komen:Kalau dah tak berani bertanggungjawab, tak usahlah siar!)
Monday, March 8, 2010
MUAL DAN MUNTAH!
1. Buat ceramah tanpa permit.
2. Mereka bercakap pasal hak asasi, tetapi mereka bercakap penuh HASUTAN, FITNAH dan MERESAHKAN JIWA RAKYAT! Amat merbahaya.
3. Polis menjaga ketenteraman awam sebelum menjadi MARAK dan SUKAR DIKAWAL. Budaya REFORMASI menular kembali. Siapa dalangnya?
4. Mereka cuba mengalihkan ISU KERETAKAN dalam parti. Ini taktik lama. Semua orang sudah faham.
5. Mereka hendak memburukkan NAMA BAIK negara ke negara luar. Baik ke perangai macam ini?
6. Siapa salah jika cedera? Mereka MENGHALANG TUGAS-TUGAS POLIS? Berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang negara. Kalau tiada undang-undang apa akan jadi pada sebuah negara? HANCUR LEBUR..
7. Apa sahaja sekarang TUDUH kepada BN atau UMNO yang punya angkara. Bagi mereka, parti mereka buat kerja BETUL sokmo!
PETALING JAYA, 8 Mac: Para pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan pihak polis menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam akan mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.
Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu, mereka berkata, rakyat berhak berhimpun secara aman.
Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara.
"Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu," kata kenyataan yang ditandatangani oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.
Mereka dipercayai mengulas tindakan kira-kira 50 anggota FRU yang menyerbu perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi ketika Naib Presiden PKR, Azmin Ali sedang berucap.
Akibat serbuan itu, tiga petugas cedera dan membuat laporan polis.
Bagi mereka, di Malaysia hari ini pihak polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini.
Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah.
"Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara," kata kenyataan itu.
Wakil-wakil Pakatan Rakyat juga akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini, tambah kenyataan itu. .
Sudah baca semuanya. Inilah contoh-contoh artikel atau berita yang merosakkan MINDA rakyat Malaysia. Tiada kerja lain, semuanya kerja FITNAH, HASUT, CACI dan PUTAR BELIT. Bila bercakap atau beri ”statements” bukan main garang. Bila sudah kena komen, kata lah pemberita salah lapor. PEMBERITA juga yang kena ejek, ANJING UMNO. Pemberita dia orang, tulis lagi ”hebat”. Kadang-kadang sampai tak tahu yang mana betul atau salah, melainkan SEMUANYA BETUL! TIADA YANG TIDAK BETUL. Rakyat pun sudah MUAL dan MUNTAH dengan ”fatwa-fatwa” songsang yang ikut selera!
Cuba lihat yang ini pula. Lagi MELOYAKAN... TUDUHAN, HASUTAN, kerja lain tidak ada?
Kini, semua cawangan PAS di seluruh negara sedang sibuk bermesyuarat agung. Muktamar Tahunan PAS dijangka akan diadakan pertengahan tahun ini.
"Tahu tak kenapa Umno berusaha keras untuk membeli seramai mungkin anggota Parlimen kita sekarang...kerana mereka mahukan kuasa 2/3 dalam Dewan Rakyat.
"Dengan kuasa 2/3 ini, mereka boleh pinda perlembagaan termasuk meminda persempadanan kawasan pilihan raya ala gerymendaring yang membolehkan mereka menyusun penduduk dan pengundi ikut kehendak mereka," kata Dr Mariah.
Dr Mariah yang juga Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat berkata, Umno juga sedang berusaha keras untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi menjelang pilihan raya umum nanti.
Kaya betul UMNO, boleh BELI Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakai Rembat =PR). Isu baru pulak PINDA PERSEMPADANAN kawasan pilihan raya. Kalau tidak betul, harap-harap ALLAH SWT turunkan bala!
Sebenarnya, orang-orang Melayu (yang beragama Islam) dalam Pakatan Rakyat (PR=Pakai Rembat)adalah orang-orang yang PALING RUGI dan PALING BODOH. Apa tidak ruginya, asyik REFORMASI sampai tidak sempat hendak cari rezeki. Kalau di Penang, sekarang yang kaya raya, SIAPA? Di Selangor pun macam tu, SIAPA JADI TAUKEY BOSAT??? Yang jadi bodoh, kerana TERPAKSA MENGIYAKAN APA "RAKAN" MEREKA KATA, WALAUPUN BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM. Tak betul ke pendapat saya ni?? Pasal apa jadi macam ini? Sebabnya, hendak menjadi PM (Pemusnah Malaysia).
Friday, March 5, 2010
PKR - KIAN LAMA, KIAN RETAK!
KUCHING, 3 Mac – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu menunjukkan ahli dan pemimpinnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR.
Retaknya sudah lama berlaku, ada kumpulan dan individu yang meninggalkannya beberapa tahun lalu, kini kian lama parti itu kian retak dan kian ramai meninggalkan PKR.
Menurut Presiden UMNO, keadaan hilang kepercayaan adalah asas yang menunjukkan keretakan dalam PKR bukan perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku.
”Jadi, itu merupakan asas pokok untuk mereka membuat keputusan meninggalkan PKR,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah beberapa pemimpin PKR keluar parti tersebut sejak kebelakangan ini. Terbaru ia melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohammed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Mengenai keinginan Mohammad Fairus untuk menyertai UMNO, Najib memberitahu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti itu merasakan sudah dikhianati oleh pucuk pimpinan PKR.
Katanya, Mohamad Fairus mengatakan yang dirinya difitnah serta dianiaya hingga merasakan sudah tiba masanya untuk bertindak menyertai UMNO.
Terdahulu dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung PBB, Najib turut menyifatkan PKR sebagai parti yang ‘menyendeng’ dengan menabur pelbagai janji termasuk bintang serta bulan tetapi satu demi satu wakil rakyatnya mula hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti berkenaan.
”Ada orang berbisik sesuatu kepada saya bahawa PKR itu adalah ‘Parti Kian Rebah’ dan kita tidak perlu orang yang tidak terbukti sebagai pembangkang,” ujarnya. -UMNONews/Utusan
KEANGKUHAN PAS!
Mar 5th, 2010 | By administrator | Category: Berita Pilihan
BANGI, 4 Mac 2010 – Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.
Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek.
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.-Utusan Malaysia/UMNO News
Thursday, March 4, 2010
MENGAPA TERUS MENIPU RAKYAT?
Saya petik secebis berita dari Harakahdaily.net. bertarikh 04 Mac 2010:
"Wakil-wakil rakyat muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap beberapa wakil rakyat `veteran’ yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Rakyat sebagai musuh pada masa depan negara dan mengkhianati harapan rakyat.
“Tindakan mereka tidak peduli malah sesungguhnya memusuhi masa depan negara dan rakyat. Mereka telah mengkhianati harapan rakyat biasa di Malaysia yang memilih (mereka yang terbabit) untuk perubahan dua tahun lalu,”
Perkara-perkara "putar-belit" yang perlu direnungi sedalam-dalamnya. Banyak yang BETUL atau TIDAK BETUL? Kata mereka:
i. Tindakan mereka yang terbabit meninggalkan parti itu bukanlah disebabkan dasar parti yang tidak adil.
ii. Inisiatif mereka yang terbabit keluar dari parti itu disebabkan oleh masalah yang terlalu peribadi, yang menjurus bukan kepada kepentingan rakyat.
iii. Wakil-wakil rakyat belia (muda) PKR menganggap pemimpin-pemimpin veteran PKR terbabit sebagai "biawak-biawak hidup".
Ini merupakan perkara biasa dalam perjuangan politik. Ada yang bercorak peribadi. Akan tetapi, ada juga yang mengutamakan keikhlasan. Ada yang ikhklas sehingga berani membuat teguran. Sifat ini adalah sifat terpuji dan mulia kerana risikonya mungkin menjatuhkan maruahnya, mendedahkan dirinya kepada ancaman akan "dipukul", dicaci, dimaki dan sebagainya. Inilah sikap orang-orang veteran yang lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang-orang muda yang baru setahun jagung dalam dunia politik. Bak kata orang-orang, "ubun-ubun pun masih lembut lagi".
Maaf cakap: Orang-orang muda (terutamanya YB belia PKR) lebih suka menjadi pengikut yang setia membuta-tuli tanpa berfikir panjang. Ketahuilah bahawa orang-orang veteran ini lebih dahulu makan garam. Lebih matang dalam berpolitik!
Janganlah menyalahkan orang lain kalau rumahtangga sendiri porak-peranda. Kadang-kadang, isu luaran hanyalah antara 20-30% sahaja, yang selebihnya adalah isu dalaman. Lihat semula isu-isu yang terjadi di negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor.Fikirkan juga, mengapa terlalu banyak sangat akativiti-aktiviti maksiat (perjudian, pelacuran, VCD cetak rompak, penagihan dadah) berlaku pada masa ini?
Mengapa isu-isu kepentingan peribadi sahaja yang ditonjolkan sebagai alasan YB-YB mereka keluar parti? Apakah YB-YB ini tidak memikirkan soal maruah peribadi mereka yang digelar sebagai pengkhianat? Sudah tentu mereka sudah tidak sanggup lagi bersekongkol atau bersubahat dengan apa yang sedang dilakukan.
Mengapa UMNO dipersalahkan? Apakah handal sangat ke UMNO untuk memecahbelahkan atau mempengaruhi mereka? ALLAH swt. adalah YANG MAHA ADIL, MAHA MENGETAHUI.. Janganlah MENIPU RAKYAT!!! lagi. Sokonglah pemipmpin-pemimpin yang ikhlas, sanggup menggadai maruah, nama baik demi keamanan negara dan keagungan Allah swt. Bukan pemimpin yang sanggup memutarbelit isu asalkan disenangi oleh "rakan kerabatnya".