NAK BUAT APA BILA PENCEN
Ramai orang lazimnya tertanya-tanya tentang aktiviti harian selepas berpencen. Tidak ramai yang berjaya merancang dengan baik bila tiba masanya untuk berpencen.Lantaran itu, ramai YB (yang berpencen..yang bersara) akan mengalami stress selepas sebulan atau dua bulan selepas bersara.
Buka butik pakaian masa pencen
Foto:Sinar Harian.
Pelbagai soalan timbul sebelum berpencen.
1.Apa nak dibuat selepas pencen?
2.Tuan sudah kayakah, maka mahu pencen?
3.Stress di tempat kerja? Jika ya pencen pun stress juga, nanti stress duit pula.
4.Anak-anak tuan kesemuanya sudah bekerja? Maka tuan ingin pencen?.
TAK TAHULAH? Kebanyakan orang tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada semua soalan tersebut. Apa yang pastinya, jika kita boleh dapat semua apa yang kita kehendaki semasa bertugas dan bekerja, maka tidak perlulah kita pencen, walaupun masanya sudah tiba.
-Jika kita ingin bermain golf, ada orang (kuli batak) uruskan golf untuk kita.
-Jika kita ingin melancong ke luar negara, ada orang uruskan program di luar negara
-Jika kita ingin bersantai dalam negara, bila-bila masa sahaja ada staf yang halalkan cara
-Jika kita ingin makan sedap, makanan datang jumpa kita
-Jika kita ingin menginap di hotel 10 bintang, taukeh hotel datang melutut buat program untuk kita.
Sewaktu bekerja sudah bagaikan duduk dalam syurga dunia(masyaallah, kelebihan syurga akhirat tidak dapat digambarkan), maka tidak perlulah pencen. Kerjalah selagi ada nyawa di badan.
Saya ingin pencen awal sebab saya ingin lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa saya bekerja.
Ia bukan perkara pelik. Ia bukan perkara terlarang, cuma ia tidak boleh dilakukan. Ia barangkali melanggar peraturan.
Perkara-perkara yang boleh dilakukan.
1. Saya ingin tulis buku. Tulis banyak-banyak dan terbitkan.
2. Saya ingin menerbitkan buku @jadi penerbit
3. Saya ingin memberi kursus atau bercakap mengenai perkara-perkara tertentu dalam bidang yang saya tahu, atau saya fikir saya tahu.
4. Saya ingin berniaga, walaupun saya belum pasti apa yang ingin saya niagakan.
5. Saya ingin melancong ke luar negara. Bukan jauh, tempat-tempat yang murah-murah sahaja.
6. Saya ingin kayuh basikal keliling.
7. Saya ingin lepak, sambil minum-minum dengan rakan-rakan. Entahlah, barangkali setelah pencen, rakan pun sudah lari.
Salah satu perkara penting yang ramai orang mahukan tetapi “struggle” untuk capai adalah Kebebasan Masa tetapi disertai dengan Kebebasan Wang.
Cuba perhatikan sekeliling kita, ada orang ada duit tetapi tidak ada masa, ada orang ada masa tetapi tiada duit tetapi yang paling parah ialah tiada duit dan tidak masa serta tidak ada masa beribadat.
Anda boleh cakap wang tidak penting tetapi eventually wang adalah alat yang bagus yang jika anda ada dan tahu gunakannya, anda lebih mudah capai kebebasan masa supaya anda boleh pilih untuk beribadat dan membantu ramai orang dengannya. Kebebasan masa dan wang adalah 2 perkara yang tidak akan diajar di sekolah atau universiti kerana sistem pendidikan kita mengajar supaya kita menjadi pekerja dan bekerja sehingga pencen. Umur pencen dibarat telah dinaikkan mencecah 60 tahun dan ada yang 65 tahun. Kita pun mungkin akan menurut sistem yang sama.
Satu masa dahulu saya pun hampir-hampir terikut sistem yang ada iaitu belajar pandai-pandai dan kemudian dapatkan kerja yang “baik”. “Baik” bagi setiap orang berbeza. “Baik” bagi orang yang bekerja macam saya satu masa dahulu adalah RM1,500-RM2,000 sebulan dan kita bandingkan dengan kawan kita yang dapat RM1,000-RM1,500 sebulan. Memanglah “rasa baik”. Tapi bila saya kenali mereka yang berniaga dan berjaya dengan perniagaan mereka, mereka bukan sahaja mempunyai bracket pendapatan ratusan ribu ke jutaan ringgit setahun tetapi mereka ada masa yang berkualiti dengan keluarga mereka, mereka banyak buat sumbangan wang serta khidmat masyarakat serta mereka ada masa untuk solat berjemaah dan mengaji kitab.
Sudah tentu ada yang kaya tapi tidak ada masa untuk keluarga, tidak ada masa untuk ke masjid dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Bukan orang kaya sahaja, mereka yang tak kaya pun lagi ramai macam tu.
Faktanya ialah, ini hidup kita dan kita sebenarnya ada pilihan untuk tentukan hidup bagaimana yang kita mahu bina yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.
Ini soalan yang saya cadangkan anda tanya kepada diri sendiri dan ini mengambil assumption bahawa sekiranya Allah swt berikan anda kesihatan dan umur yang panjang sebagaimana doa anda setiap kali lepas solat.
Adakah kehidupan anda hari ini semakin hari semakin mendekati kebebasan masa dan wang agar anda mempunyai masa untukNya?
Jika ya, baguslah. Jika tidak, pastikan ia menjadi antara agenda utama anda tahun ini iaitu untuk belajar bagaimana untuk merancang agar anda “on-track” mencapainya segera. Jangan tunggu pencen baru nak ada masa dengan keluarga atau Tuhan kerana waktu itu belum tentu sampai.
Berapa ramai hari ini sibuk kerja tetapi gaji masih tidak cukup dan tidak ada masa serta tidak mampu pun berikan kehidupan yang tenang kepada keluarga? Rumah pun tidak mampu nak beli.
Sebab itu antara penyelesaiannyanya adalah mempelajari ilmu berniaga, ilmu pelaburan yang sebenar serta ilmu pemasaran kerana ilmu-ilmu ini telah terbukti berjaya membebaskan ramai daripada belenggu makan gaji dengan mencapai kewangan yang kukuh dalam masa yang singkat serta bebas masa. Of coz semuanya juga mudah bila ada perhubungan yang bagus dengan Allah swt yang Maha Berkuasa.
Kalau diamat-amatkan kisah-kisah kejayaan perniagaan seseorang pasti dikaitkan dengan agama.
Jarang kita temui orang yang berjaya dalam perniagaannya tetapi mereka ini tidak menyumbang kepada agama yang mereka anuti, tidak kira agama Islam mahupun sebaliknya.
Mari sama-sama kita cungkil rahsia ini.
Sebelum memulakan perniagaan,
semak hubungan kita dengan agama. Adakah kita seorang yang patuh kepada ajaran agama?
Sebagai contoh, adakah kita seorang yang tepati waktu solat 5 waktu sehari semalam? Adakah kita taat membayar zakat fitrah & zakat harta setiap tahun? Adakah setiap Ramadhan kita berebut-rebut mengerjakan amalan sunat? Adakah kita tidak pernah bercuti untuk solat dhuha setiap hari?
Jika ya, anda pasti berjaya dalam perniagaan. Jika tidak, eloklah diperbaiki dahulu sehingga menjadi rutin harian, sebelum memulakan perniagaan.
Mengapa?
Kerana dalam sesebuah perniagaan yang berjaya, tiada istilah ‘tokey’ goyang kaki. Tiada istilah rehat & tiada istilah pencen. Selagi mata belum tertutup, selagi itu ‘tokey’ bekerja tanpa henti.
Begitu juga dengan agama, selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita solat tanpa cuti, selagi itu kita berpuasa tanpa ponteng, selagi itu kita bayar zakat tanpa ada tarikh pencen.
Cara Hidup Islam vs Perniagaan Yang Berjaya
Dalam berniaga, pelanggan adalah segalanya. Tanpa pelanggan, bukan berniaga namanya. Apabila pelanggan mencari, kita mesti ada di situ untuknya. Di sinilah solat 5 waktu mendidik kita menepati masa.
Dalam berniaga, sifat amanah dan jujur adalah aset penting. Pelanggan akan kembali kepada kita selagi kita jujur dan amanah. Terlebih bayar, tersilap pulangkan baki, tak cukup sukatan, kerosakan alat penimbang, semua ini berlaku dalam perniagaan. Jika sedar kita betulkan, jika tidak disedari, zakatlah pembersih harta.
Sebab itu, 2.5% daripada pendapatan perniagaan BUKAN hak kita, sebab itu mesti dikeluarkan. Zakat mengajar kita supaya tidak sayang untuk melepaskan harta yang bukan hak kita. Zakat juga menjauhkan diri kita dari sifat kikir, kedekut dan tamak haloba.
Dalam berniaga, kita membuat keuntungan dengan memenuhi permintaan pelanggan. Kenalpasti kesakitan, cari penawarnya. Kenalpasti masalah, cari solusinya. Ramadhan mendidik kita berebut membuat kebaikan. Jumpa orang susah, hulurkan bantuan. Jumpa orang miskin, hulurkan keperluan. Jumpa orang berpuasa, hulurkan air untuk berbuka.
Dalam berniaga, kesabaran adalah kunci kejayaan. Mula-mula buka kedai, stok banyak, pelanggan belum kenal, kita risau stok rosak. Apabila sudah dikenali, stok pula tak dapat tampung permintaan, kita risau pelanggan lari. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran.
Dalam berniaga, servis selepas jualan & khidmat nasihat sangat dihargai oleh pelanggan. Pelanggan pasti akan kembali untuk berurusan dengan kita selagi kita ini berkualiti di mata mereka. Solat dhuha mendidik kita untuk berterima kasih kepada Pencipta di atas rezeki semalam, di samping memohon & mengharapkan agar dimurahkan rezeki pada hari ini.
Kesimpulannya, taatlah kepada agama, anda pasti berjaya. Sekadar ini dahulu renungan untuk hari ini, wallahu a’lam.
Lihat blog saya
Menjana Pendapatan